You are on page 1of 24

DEMOKRASI

DAN PILIHAN
RAYA
TOPIK 6
SISTEM PILIHAN RAYA
 Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen di samping mengekalkan
Raja Berperlembagaan

• Sultan atau Yang di-Pertua Negeri merupakan Pemerintah Berperlembagaan


bagi negeri- negeri berkenaan

• Mengikut Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab mengadakan pilihan


raya terletak pada Suruhanjaya Pilihan Raya
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
(SPR)
KEANGGOTAAN
Ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
yang terdiri daripada
• Pengerusi
• Timbalan Pengerusi
• Lima orang ahli
SPR - sebuah badan yang bebas daripada kawalan politik
Tidak boleh dipecat kecuali dengan syor tribunal
Memegang jawatan sehingga umur 66 tahun atau hilang kelayakan dan boleh
meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan menulis surat kepada YDPA
YDPA melalui perintah memecat mana-mana ahli SPR jika :
a) bankrap/muflis yang belum dilepaskan
b) Memegang apa-apa jawatan berpendapatan
c) Ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
Saraan ahli-ahli SPR di bawah peruntukan Parlimen dan dipertanggungjawabkan pada
Kumpulan Wang Disatukan
Parlimen juga membuat peruntukan bagi terma jawatan
FUNGSI UTAMA SPR
Membuat kajian dan persempadanan semula bahagian pilihan raya
Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan pemilih
Menjalankan pilihan raya umum untuk Dewan Rakyat atau Dewan Undangan
Negeri dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan
PROSES PERSEMPADANAN
KAWASAN PILIHAN RAYA
Diadakan tidak kurang daripada 8 tahun sejak persempadanan semula yang
terakhir.
Bermula apabila SPR menerbitkan dalam warta kerajaan dan surat khabar
tempatan di mana peta yang dicadangkan akan dipaparkan di setiap kawasan
pilihan raya yang akan terkesan oleh proses persempadanan semula.
SPR akan memaklumkan kepada Perdana Menteri dan Yang di-Pertua Dewan
Rakyat sebelum memulakan proses tersebut.
 Pihak yang boleh membantah cadangan yang dikemukakan ialah :

~Kerajaan negeri
~Pihak Berkuasa Tempatan
~Kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 100 orang pengundi di kawasan pilihan
raya yang terkesan dan dalam daftar pemilih semasa
 Bantahan boleh dibuat sebelum daripada tarikh penerbitan SPR dalam warta Kerajaan dan
surat khabar.
 Dewan rakyat meluluskan persempadanan semula dengan memerlukan majoriti mudah
 Dewan Rakyat perlu meminda Perkara 46 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan majoriti
dua pertiga
 Proses persempadanan akan berakhir apabila SPR membentangkan cadangannya kepada
Perdana Menteri
PENDAFTARAN PEMILIH
 Seseorang pemilih itu hendaklah berdaftar dengan SPR sebelum dia boleh mengundi dalam
pilihan raya
 Seseorang itu layak untuk mendaftar jika :

a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan
c) Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia
d) Tidak hilang kelayakan
HILANG KELAYAKAN
PEMILIH
 Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia:

a) Pada tarikh kelayakan ditahan kerana tidak siuman atau menjalani hukuman penjara
b) Sebelum tarikh kelayakan didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara melebihi 12
bulan dan masih menjalani hukuman penjara semasa kelayakan
c) Didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
d) Telah memperoleh kerakyatan asing
KELAYAKAN CALON
 Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat-syarat
berikut:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
ii. Berumur 21 tahun atau lebih pada hari penamaan calon
iii. Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding
HILANG KELAYAKAN
MENJADI CALON
Seseorang calon hilang kelayakan jika :
i. disahkan sebagai orang tidak sempurna akal
ii. Diisytiharkan bankrap
iii. Memegang jawatan berpendapatan atau gagal mengemukakan laporan
perbelanjaan pilihan raya
iv. Telah memperolehi kewarganegaraan asing
v. Didapati bersalah oleh mahkamah Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara
melebihi satu tahun atau denda melebihi RM2000 dan belum mendapat
pengampunan
TEMPOH PILIHAN RAYA
Pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan
sekali dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal
Pilihan raya umum diadakan 60 hari selepas tarikh pembubaran
Pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan,
sama ada disebabkan kematian, perletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan
Rakyat itu hilang kelayakan
Tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR
PROSES PILIHAN RAYA
Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluran writ
pilihan raya olh SPR kepada pegawai pengurus
Pada tarikh yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh
hari penamaan calon dan hari mengundi
DEPOSIT CALON PILIHAN
RAYA
Berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Dewan
Undangan Negeri
Calon yang gagal memperoleh 12.5 perutus atau satu per lapan undi jumlah
keseluruhan yang dikira akan hilang wang deposit
KEISTIMEWAAN UNTUK SESEORANG
CALON PADA HARI MENGUNDI
 Calon dibenarkan melawat tempat-tempat berikut:
- Tempat mengundi atau mengira undi
- Pusat mengira undi berpusat dan berkelompok
- Pusat pengeluaran, pembukaan dan pengiraan undi pos
- Pusat penjumlahan rasmi undi
PETISYEN PILIHAN RAYA
Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah
Sebarang cabaran atau petisyen keputusan pilihan raya akan dibawa ke
Mahkamah Pilihan Raya dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan
raya
Keputusan Mahkamah Pilihan Raya boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan
PENYATA PERBELANJAAN
PILIHAN RAYA
Perbelanjaan pilihan raya:
i. - tidak melebihi RM200,000 bagi Dewan Rakyat
ii. - tidak melebihi RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri
dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya diwartakan
ELEMEN-ELEMEN PENTING
PILIHAN RAYA
Elemen-Elemen Penting Pilihan Raya :
i. Bahagian Pilihan Raya
ii. Pemilih
iii. Calon
iv. Proses Pilihan Raya
RUMUSAN PROSES PILIHAN
RAYA
1. Pengeluaran Writ
2. Penamaan Calon
3. Kempen Pilihan Raya
4. Pengundian
5. Penjumlahan rasmi undi dan pengumuman
6. Keputusan Pilihan Raya
JENIS-JENIS PENGUNDIAN
Terdapat tiga jenis pengundian di Malaysia:
Pengundian biasa melibatkan pemilih-pemilih biasa yang akan mengundi
pada hari yang ditetapkan sebagai hari mengundi.
Pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota polis
dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA)
Pengundian pos melibatkan pengundi tidak hadir yang terdiri daripada
 Angkatan tentera dan pasangan
 Anggota polis serta pasangan
 PGA yang terpaksaa menjalankan tugas operasi pada hari mengundi
 Pelajar di luar negara dan pasangannya
 Kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara dan pasangannya
 Pengundi-pengundi lain yang dibenarkan mengundi secara pos ialah
~Petugas pilihan raya
~Ahli panel, pegawai dan kakitangan SPR
~Mana-mana kategori yang ditetapkan oleh SPR layak untuk mengundi secara
pos melalui pewartaan.
JENIS PILIHAN RAYA
Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu:
 Pilihan Raya Umum (PRU)
 Pilihan Raya Kecil (PRK)
 Pilihan Raya Umum diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan
atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh 5 tahun
 PRK berlaku untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di luar
jangka disebabkan oleh:
• Kematian
• Peletakan jawatan
• Hilang kelayakan
• Pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya
KELAYAKAN MENDAFTAR
SECARA AUTOMATIK
 Warganegara Malaysia
 Berumur 18 tahun ke atas
 Menetap di alamat seperti di kad pengenalan
 Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih mengikut undang-undang warganegara
Malaysia

You might also like