You are on page 1of 6

Alat Muzik

Alat muzik digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat
ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa(magis) selain dari
fungsi utama sebagai alat hiburan. Terdapat pelbagai jenis alat muzik tradisional di
Malaysiaseperti gambus, erhu, rebab, yangqin,sompoton, kompang, angklung, rebana,
canang, tabla, sitar, gong, bongo, rebana ubi, gendang, dan seruling.

ANCAMAN-ANCAMAN KEPADA ALAT MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA


1. Pengaruh alat muzik moden yang menguasai pasaran dunia pada hari ini.
2. Sikap ibu bapa yang tidak mahu mendidik dan mendedahkan anak-anak untuk bermain
alat-alat muzik tradisional Malaysia.
3. Permintaan atau selera masyarakat yang lebih kepada aliran muzik moden.
4. Tiada peluang mempromosikan seni muzik tradisional di negara kita sendiri.

KEPENTINGAN
KEPENTINGAN MENGEKALKAN WARISAN KESENIAN PELBAGAI KAUM

Menjadi warisan kesenian yang berharga

Supaya tidak lenyap di telan zaman

Dapat memupuk minat generasi muda terhadap warisan kesenian

Menjadi lambang identiti sesebuah kaum

LANGKAH-LANGKAH
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN KESENIAN

Mengadakan pameran dan aktiviti berasaskan kesenian pelbagai kaum

Mengekalkan kesenian sebagai warisan budaya yang amat berharga

Mengadakan pelbagai pertandingan kesenian pada peringkat sekolah dan negara

Melibatkan diri dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesenian

Alat Muzik

Kepentingan Warisan Kesenian


1. Perpaduan kaum
Bidang kesenian dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Contohnya setiap

kaum mengambil bahagian dalam sesuatu persembahan kesenian. Oleh itu, setiap kaum dapat
mengenali dan memahami bidang seni kaum lain. Mereka juga dapat berinteraksi mesra antara satu
sama lain.
2. Peluang Kerjaya
Bidang kesenian menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat. Contohnya sebagai ahli
muzik, pelakon, pereka seni kraf, kareografer dan jurulatih seni mempertahankan diri.
3. Industri Pelancongan
Kepelbagaian dan keunikan warisan kesenian menarik pelancong tempatan dan luar negara.
Contohnya kesenian seni kraf seperti batik, ukiran kayu, labu sayung, anyaman dan songket.
Pelancong juga tertarik dengan kesenian seperti makyung, wayang kulit, dikir barat, dan ulik mayang.
Hasil jualan barangan seni kraf dan bayaran persembahan seni tari meberikan pulangan pendapatan
kepada para penggiat seni.
_____________
Memperkenalkan Warisan Kesenian
1. Pertandingan Aktiviti Kesenian
Penganjuran pertandingan aktiviti kesenian dapat memupuk minat generasi muda terhadap warisan
kesenian. Contohnya pertandingan tarian singa, tarian kuda kepang, seni kraf dan seni
mempertahankan diri.
2. Pameran Kesenian
pameran kesenian diadakan di dalam dan di luar negara. Pameran ini membolehkan orang ramai
mengenali warisan kesenian tersebut.
3. Persembahan Kesenian
Persembahan kesenian membolehkan masyarakat mengenali, mempelajari dan menghayati pelbagai
arisan kesenian negara. Contohnya persembahan drama dan teater. Selain itu, perarakn Citrawarna
Malaysia menonjolkan kesenian muzik dan tarian.
4. Kursus Kesenian
Kursus kesenian diadakan untuk memupuk minat generasi muda mendalami pengetahuan dalam
bidang seni. Contohnya kursus seni tari, seni drama, seni kraf dan seni mempertahankan diri. Kursus
tersebut dianjurkan oleh institusi pengajian tinggi, institusi kebudayaan daerah dan negeri.
5. Media Massa
Media massa seperti televisyen dan akhbar menyiarkan dokumentari, pertandingan dan persembahan
warisan kesenian. Oleh itu, masyarakat dapat mengetahui dan mengenali bidang kesenian tersebut.
__________
Mengekalkan Warisan Kesenian
Cara-cara mengekalkan warisan kesenian
1) Kuat Kuasa Undang-Undang
- Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005. Melalui akta ini, beberapa bidang
kesenian didaftarkan sebagai warisan negara. Oleh itu, sesuatu warisan kesenian akan dilindungi dan
dipelihara melalui undang-undang tersebut.

2) Pendokumentasi
- Usaha pendokumentasi bidang kesenian dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa). Pendokumentasian dilakukan dalam bentuk rakaman
audio, visual dan penulisan buku. Usaha ini membolehkan para pengkaji membuat rujukan dan
penyelidikan.
3) Pendidikan
- Banyak bidang kesenian diajar di institusi pengajian tinggi tempatan. Para pelajar diberi
pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kesenian. Antara institusi tersebut ialah
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Malaya, Universiti Teknologi
MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Kraf Negara.
4) Mengadakan Kursus Kesenian
- Dengan mengadakan kursus kesenian dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari
warisan kesenian yang terdapat di negara ini. Dengan ini, ia dapat menyebarkan kepada orang ramai
dan ia boleh mengekalkan warisan kesenian
Refleksi
Saya berasa sungguh gembira dan puas hati kerana berjaya menyiapkan folio ini. Maklumat-maklumat
telah didapati daripada buku log Kajian Tempatan, buku teks dan beberapa buah laman web.

You might also like