You are on page 1of 11

TAJUK:

Tarian Ngajat
Afif Danial bin Mohamad Nazir
401
AT224109
Isi Kandungan
Pengenalan - 3
Definisi -4
Kementerian dan Menteri -5
Maklumat Ringkas -6
Peribahasa -7
Fokus Tajuk -8 & 9
Kesimpulan - 10
Pengenalan
Sejarah boleh dikaitkan dengan perkara yang telah lalu yang ingin
diambilkan iktibar untuk pengajaran semua agar ianya tidak berulang
kembali. Warisan pula boleh ditakrifkan dengan peninggalan nenek
moyang kita yang perlu dikekalkan . Sejarah dan warisan ini perlu
dikekalkan demi mengekalkan identiti diri sendiri, keluarga, masyarakat dan
juga negara. Tanpa sejarah dan warisan maka hilanglah kecintaan kita pada
negara.
Tajuk yang saya pilih ialah berkenaan dengan tarian ngajat . Tarian ngajat
merupakan tarian tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini
merupakan satu warisan yang perlu dikekalkan sampai ke penghujung
waktu agar keindahan tarian tersebut dapat disaksikan oleh generasi-
generasi seterusnya
Definisi
Sejarah
Menurut kamus dewan keempat, sejarah bermaksud asal usul
keturunan, salasilah peristiwa yang benar-benar berlaku pada
waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo

Warisan
Dengan merujuk kepada Kamus Dewan Bahsa Keempat,
warisan ialah harta peninggalan ataupun harta pusaka. Warisan
juga bermaksud ,sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang bersifat
turun­temurun serta peninggalan
Kementerian dan Menteri
Kementerian Pelancongan Menteri Pelancongan ,
, Seni dan Budaya Seni dan Budaya
Mula-mulanya ditubuhkan pada Nama : Yang Berbahagia Dato' Sri
1959 dibawah Kementerian Hajah Nancy Binti Shukri
Perdagangan Malaysia Berkhidmat sebagai Menteri
Pada 2 Julai 2018, kementerian ini Pelancongan Sejak Ogos 2021
dinamakan semula sebagai Merupakan wakil rakyat Batang
Kementerian Pelancongan , Seni Sadomg , Sarawak
dan Budaya setelah Telah berada dalam politik negara
pembentukan kabinet pada sejak tahun 2008 lagi
pilihanraya umum ke-14.
Sekarang ia dipengurusikan oleh
seoarang Menteri dan Timbalan
Menteri
Maklumat Ringkas
Merupakan tarian tradisional masyarakat Iban di
Sarawak. Tarian ini selalu ditarikan sewaktu majlis
seperti majlis perkahwinan, upacara selepas menuai
padi dan majlis kebudayaan seperti pada Hari Gawai.

Disebabkan oleh keunikan tarian ngajat ini, ianya


dimartabatkan sebagai Warisan Negara pada 2009.
Tarian ini ditarikan dengan iringang muzik yang
didendangkan menggunakan alatan seperti gong
besar(tawak), gong sederhana(bebendai) , satu set
gong kecil (engkurumong) dan dilatarbelakangkan
petikan Sape yang merdu bunyinya.
Peribahasa
Tak lapuk dek hujan dan tak
lekang dek panas
- Adat atau sesuatu yang tidak
berubah tetapi tetap utuh

Biar mati anak , jangan mati


adat
- pantang dan Yang lama dikelek, yang
larangan melanggar adat nenek baharu didukung
moyang; jika anak sendiri
melanggar adat atau - Adat yang lama tetap
undang-undang dia mesti diamalkan di samping budaya
dihukum. hidup yang baharu.

Fokus Tajuk
LANGKAH LANGKAH MEMPERTAHANKAN
WARISAN TARIAN NGAJAT
Pihak kerajaan haruslah membentukkan sebuah organisasi untuk para penggiat seni
tarian Ngajat agar ianya dapat dikekalkan sampai ke hujung zaman
Pertandingan tarian Ngajat harus diperbanyakkan kerana pertandingan ini memupuk
semangat generasi muda khususnya untuk menari tarian ini di khalayak ramai
Institusi pendidikan seperti sekolah rendah haruslan mengajar tarian ini kepada kanak-
kanak yang muda usianya agar mereka dapat menghargai keindahan tarian ini sejak
usia muda, persis kata cendiakawan, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya ”.
Pihak media haruslah menyiarkan tarian ini di kaca televisyen untuk meningkatkan
minat masyarakat tempatan
Fokus Tajuk
KESAN BAIK MEMPERTAHANKAN WARISAN
TARIAN NGAJAT

Tarian tradisional ini dapat dikekalkan dan tarian ini dapat diperlihatkan oleh orang
ramai sehingga ke hujung waktu
Dapat meningkatkan ekonomi negara melalui sektor pelancongan dimana pelancong
datang untuk melihat adat warisan yang dipersembahkan oleh negara yang berbilang
bangsa, budaya, warisan dan agama
Dengan mengekalkannya , tarian ini dapat memperingati kita akan asal usul kita ppada
zaman dahulu kala
Kesimpulan
Natijahnya, sudah jelas lagi bersuluh warisan dan sejarah ini amat penting untuk
membentuk negara yang aman dan damai serta tenteram. Sehubungan dengan
itu, saya menyeru agar semua pihak termasuklah diri saya sendiri berganding
bahu untuk mengekalkan warisan mahupun sejarah yang terdapat di negara kita
yang tercinta ini . Saya berharap agar warisan dan sejarah ini kekal hidup seedar
dengan perederan masa di dunia ini . Kesimpulannya , warisan dan sejarah ini
merupakan satu aset yang amat berharga kepada negara kita.
Terima Kasihh

You might also like