You are on page 1of 3

Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka telah menubuhkan Kelab

Seni Gemelan bagi memartabatkan seni muzik tradisional. Objektif


kelab ini ditubuhkan adalah untuk memperkenalkan seni gamelan
kepada murid-murid dan menarik minat mereka terhadap seni muzik
tradisional. Seni Gamelan berasal dari Kepulauan Riau-Lingga dan ia
dimainkan semasa istiadat diraja dan juga majlis-majlis rasmi. Antara
alat muzik yang digunakan ialah saron pekin, saron baron,gong,
gendang, kenong dan banang atau kromang. Kelab ini hanya dibuka
kepada murid-murid tahap dua. Kepada yang berminat, boleh
mendapatkan borang daripada guru penasihat, Cikgu Fazira binti
Hassan. Memandangkan keahlian kelab ini adalah terhad, mereka yang
berminat boleh menghantar borang yang telah diisi dengan segera.
JOHOR BAHRU, 9 April – Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau telah mengadakan
Minggu Seni Budaya peringkat sekolah yang bermula dari 2 April 2017 hingga 5
April 2017. Minggu Seni Budaya ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik
Mohamed Noor bin Basiron.

Tujuan Minggu Seni Budaya ini diadakan adalah untuk menghargai seni
warisan yang semakin dilupakan disamping mencungkil bakat murid-murid.
Terdapat pameran alat-alat muzik tradisional dan pakaian tradisional yang
dipamerkan di Dewan Sekolah agar murid-murid dapat melihat dan mengenalinya
dengan lebih dekat lagi.

Bagi memeriahkan Minggu Seni Budaya ini, telah diadakan persembahan


dikir barat yang disertai oleh murid-murid tahap dua. Manakala persembahan
tarian tradisional disertai oleh murid-murid dari pelbagai kaum yang mana ini
dapat mengeratkan lagi silaturahim dikalangan murid-murid.

Selain itu persembahan drama bangsawan juga diadakan yang berkisarkan


tentang zaman dahulu. Persembahan ini disertai oleh murid-murid dari tahap satu
dan dua. Mereka bersama-sama berganding bahu memastikan persembahan ini
berjaya dan menghiburkan.

Pertandingan berbalas pantun telah diadakan di antara murid-murid tahap


dua manakala pertandingan mendeklmasikan sajak, syair dan guridam disertai
oleh semua murid-murid.

Keseluruhannya Minggu Seni Budaya ini telah berjaya mendekatkan murid-


murid dan warga sekolah tentang warisan seni budaya kita yang semakin
dilupakan disamping mengeratkan perpaduan di antara kaum.

You might also like