You are on page 1of 10

2ND UKM WORLD ART FESTIVAL 2017

UKM World Art Festival telah kembali menghangatkan keadaan di Dewan Dewan
Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah diadakan
pada 17 November sehingga 20 November 2017 bermula pada pukul 8:00 pagi sehingga 5
petang. Anjuran Urusetia ARTISUKMA bersama Pusat Kebudayaan Universiti UKM dengan
kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia (MAKUM). UKM World Art
Festival kali ini merupakan kesinambungan daripada edisi pertama yang lepas dan ini merupakan
festival seni yang kedua bertemakan "Celebrate Culture & Diversity One World". Tambahan
pula,pada tahun ini UKM World Art Festival telah menjemput delegasi dari beberapa negara
terpilih seperti Jepun, Mexico, Mozambique, Somalia, China, Thailand, Filipina dan Karzhastan
di samping menghantar wakil dari Malaysia yang merupakan ahli Artisukma di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Setiap negara mempersembahkan persembahan yang berprestij dan
memukau. WAF kali ini menonjolkan pelbagai keunikan berlainan dengan UKMWAF yg lepas,
UKMWAF kali ini memperkenalkan negara negara yang lain seperti Jepun dan Somalia. Di
samping itu, UKMWAF kali ini juga turut berkerjasama dengan Muzium Negara untuk
mengadakan persembahan semasa Festival Kipas Kipas diadakan di Muzium Negara pada 19
November 2017. Tambahan lagi, kelab kelab kebudayaan di bawah Urusetia ARTISUKMA
seperti Kelab Tulisan Khat, Kelab Orkestra Tradisional Cina, Kelab Cak Lempong dan Kelab
Seni Batik diberi peluang untuk terlibat sama semasa pembukaan Malam Gala Show 2nd
UKMWAF. Mereka turut mengadakan persembahan dan menjual kraftangan hasil daripada
pelajar citra kebudayaan sendiri seperti kain batik, keychain tulisan khat dan sebagainya untuk
menjana keuntungan dan memdedahkan pelajar kepada penjanaan dana melalui perniagaan.

Objektif setiap negara yang terpilih membuat persembahan adalah bertujuan


untuk menunjukkan budaya, kebolehan,kesenian dan amalan turun-temurun yang mereka sering
praktikkan di negara mereka mengikut adat masing-masing. Di samping itu, memberi
pendedahan mengenai pakaian tradisional, alatan tradisional dan tarian tradisional. Tambahan
pula, kehadiran wakil setiap negara ini membantu para pelajar untuk saling berkomunikasi dan
berinteraksi dengan mereka walaupun mempunyai bahasa yang berbeza. Hal ini membuktikan
bahawa talian persaudaraan dan perkongsian budaya tidak akan terputus walaupun negara
berlainan dan berlainan bahasa. Seterusnya, menerapkan nilai-nilai kesenian dan kebudayaan
dikalangan para pelajar supaya dapat mewujudkan kesedaran akan betapa pentingnya seni dan
budaya bangsa, mengadakan platform dan bertukar tukar di antara pencinta seni serata dunia
dengan warga kampus untuk mencari kesefahaman dan kesatuan melalui aktiviti kesenian serta
mempamerkan bakat-bakat kesenian di kalangan pelajar UKM dan delegasi antarabangsa yang
dapat membantu memartabatkan seni Negara.

Semasa majlis berjalan negara pertama yang membuat persembahan ialah negara
Thailand. Thailand mempersembahkan sebuah tarian yang diberi nama Kub Kab Piern Dance
atau lebih dikenali dengan Tarian Mencari Jodoh dipersembahkan dengan pakaian tradisional
mereka dan dianggotai seramai empat lelaki dan empat wanita. Keserasian berpasangan dapat
menonjolkan apa yang mereka ingin sampaikan kepada para penonto
Negara seterusnya ialah China yang mempersembahkan nyanyian dengan alunan suara
yang lunak dan merdu dipersembahkan oleh pasangan serasi yang segak dan cantik berpakaian
tradisional China yang dikenali sebagai samfu. Tajuk lagu mereka ialah “Xiang Qing Xiang Ai”
yang membawa maksud sama-sama saying sama-sama cinta. Dan berikutnya diikuti dengan
enam orang wanita yang juga ikut mempersembahkan lagu yang sama. Mereka menyampaikan
perasaan yang terpendam dengan nyanyian merdu serta lirik yang mempunyai makna tersurat
dan tersirat .
Persembahan ketiga pula dari negara Somalia. Mereka mempersembahkan tarian
tradisional yang dinamakan Dhaanto. Tarian Dhaanto adalah bertujuan untuk dipersembahkan
kepada para tentera untuk menaikkan semangat ketenteraan mereka apabila ingin
berperang.Konsep pakaian adalah agak biasa , mereka hanya memakai t-shirt dan kain pelekat.
Pola tarian mereka adalah pola lantai vertikal dan diikuti dengan pola lantai selang seli.
Persembahan yang keempat dibawakan oleh seorang wakil dari negara Jepun yang
mempersembahkan satu tarian moden kontemporari yang diberi tajuk Nippon The Land Of
Cherry Blossom yang berkaitan dengan konsep ninja dan samurai.Tarian solo ini dapat
menyampaikan suasana tersirat atau tersurat dengan bantuan pencahayaan yang sangat cekap dan
mantap. Setiap penukaran pencahayaan di atas pentas mewakili dimensi-dimensi yang berbeza.
Dari situ kita dapat merasakan dan mendalami apa yang sebenarnya sedang berlaku dan apa yang
sedang dia cuba sampaikan kepada penonton.
Persembahan kelima ialah persembahan memainkan alatan muzik tradisional yang
dipersembahkan oleh wakil dari Kazakhstan memaparkan enam orang sedang memainkan alatan
muzik tradisional Kazakhstan salah satunya ialah lagu “Akku” dan “Ata Tolguo” yang direka
oleh Nurgisaa Tlendiev, lagu “ Ush Konyr(Folk Song) , dan lagu “Kurmangazy-Balbraun”.
Kadal Tahu Ragragsakan Pig-Apir

Persembahan keenam ialah dari negara Filipina, mereka mempersembahkan tiga persembahan
iaitu yang pertama dinamakan Kadal Tahu, kedua ialah Ragragsakan dan persembahan ketiga
ialah Pig-Apir.
Manakala persembahan ketujuh dipersembahkan oleh kumpulan penari dari Mozambique
bertajuk ‘Afrokwasa” diikuti dengan persembahan delegasi dari Mexico mempersembahkan
tarian tradisional mereka yang berasal daro Raices,Mexico .Akhir sekali, delegasi Malaysia
menamatkan majlis dengan persembahan mereka yang bertajuk Suiku “My Life”.

Kesimpulannya, festival ini merupakan festival kesenian dunia kedua yang dianjurkan
Urusetia ARTISUKMA dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti bertempat di DECTAR,
UKM Bangi dengan penglibatan peserta dari seluruh pelosok dunia. Festival ini berkonsepkan
bengkel dan persembahan yang berlainan dan mencabar kebiasaan tradisi Malaysia. Festival
KesenianDunia UKM kali ini memberi penekanan untuk memperkenalkan pelajar UKM
terhadap kepelbagaian budaya dan kesenian serta pengalaman menguruskan program bertaraf
antarabangsa bersesuaian dengan visi UKM untuk melahirkan siswazah beraspirasi kebangsaan,
kompeten, berdaya saing dan inovatif.
2ND UKM WORLD ART FESTIVAL 2017

UKM World Art Festival telah kembali menghangatkan keadaan di Dewan Dewan Canselor Tun Abdul
Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah diadakan pada 17 November sehingga 20 November 2017
bermula pada pukul 8:00 pagi sehingga 5 petang. Anjuran Urusetia ARTISUKMA bersama Pusat Kebudayaan Universiti UKM
dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia (MAKUM). UKM World Art Festival kali ini merupakan
kesinambungan daripada edisi pertama yang lepas dan ini merupakan festival seni yang kedua bertemakan "Celebrate Culture &
Diversity One World". Tambahan pula,pada tahun ini UKM World Art Festival telah menjemput delegasi dari beberapa negara
terpilih seperti Jepun, Mexico, Mozambique, Somalia, China, Thailand, Filipina dan Karzhastan di samping menghantar wakil
dari Malaysia yang merupakan ahli Artisukma di Universiti Kebangsaan Malaysia. Setiap negara
mempersembahkan persembahan yang berprestij dan memukau. WAF kali ini menonjolkan pelbagai keunikan berlainan dengan
UKMWAF yg lepas, UKMWAF kali ini memperkenalkan negara negara yang lain seperti Jepun dan Somalia. Di samping itu,
UKMWAF kali ini juga turut berkerjasama dengan Muzium Negara untuk mengadakan persembahan semasa Festival Kipas
Kipas diadakan di Muzium Negara pada 19 November 2017. Tambahan lagi, kelab kelab kebudayaan di bawah Urusetia
ARTISUKMA seperti Kelab Tulisan Khat, Kelab Orkestra Tradisional Cina, Kelab Cak Lempong dan Kelab Seni Batik diberi
peluang untuk terlibat sama semasa pembukaan Malam Gala Show 2nd UKMWAF. Mereka turut mengadakan persembahan dan
menjual kraftangan hasil daripada pelajar citra kebudayaan sendiri seperti kain batik, keychain tulisan khat dan sebagainya untuk
menjana keuntungan dan memdedahkan pelajar kepada penjanaan dana melalui perniagaan.

Objektif setiap negara yang terpilih membuat persembahan adalah bertujuan untuk menunjukkan budaya,
kebolehan,kesenian dan amalan turun-temurun yang mereka sering praktikkan di negara mereka mengikut adat masing-masing.
Di samping itu, memberi pendedahan mengenai pakaian tradisional, alatan tradisional dan tarian tradisional. Tambahan pula,
kehadiran wakil setiap negara ini membantu para pelajar untuk saling berkomunikasi dan berinteraksi dengan mereka walaupun
mempunyai bahasa yang berbeza. Hal ini membuktikan bahawa talian persaudaraan dan perkongsian budaya tidak akan terputus
walaupun negara berlainan dan berlainan bahasa. Seterusnya, menerapkan nilai-nilai kesenian dan kebudayaan dikalangan para
pelajar supaya dapat mewujudkan kesedaran akan betapa pentingnya seni dan budaya bangsa, mengadakan platform dan bertukar
tukar di antara pencinta seni serata dunia dengan warga kampus untuk mencari kesefahaman dan kesatuan melalui aktiviti
kesenian serta mempamerkan bakat-bakat kesenian di kalangan pelajar UKM dan delegasi antarabangsa yang dapat membantu
memartabatkan seni Negara.

Semasa majlis berjalan negara pertama yang membuat persembahan ialah negara Thailand. Thailand
mempersembahkan sebuah tarian yang diberi nama Kub Kab Piern Dance atau lebih dikenali dengan Tarian Mencari Jodoh
dipersembahkan dengan pakaian tradisional mereka dan dianggotai seramai empat lelaki dan empat wanita. Keserasian
berpasangan dapat menonjolkan apa yang mereka ingin sampaikan kepada para penonton. Negara seterusnya ialah China yang
mempersembahkan nyanyian dengan alunan suara yang lunak dan merdu dipersembahkan oleh pasangan serasi yang segak dan
cantik berpakaian tradisional China yang dikenali sebagai samfu. Tajuk lagu mereka ialah “Xiang Qing Xiang Ai” yang
membawa maksud sama-sama saying sama-sama cinta. Dan berikutnya diikuti dengan enam orang wanita yang juga ikut
mempersembahkan lagu yang sama. Mereka menyampaikan perasaan yang terpendam dengan nyanyian merdu serta lirik yang
mempunyai makna tersurat dan tersirat . Persembahan ketiga pula dari negara Somalia. Mereka mempersembahkan tarian
tradisional yang dinamakan Dhaanto. Tarian Dhaanto adalah bertujuan untuk dipersembahkan kepada para tentera untuk
menaikkan semangat ketenteraan mereka apabila ingin berperang.Konsep pakaian adalah agak biasa , mereka hanya memakai t-
shirt dan kain pelekat. Pola tarian mereka adalah pola lantai vertikal dan diikuti dengan pola lantai selang seli. Persembahan yang
keempat dibawakan oleh seorang wakil dari negara Jepun yang mempersembahkan satu tarian moden kontemporari yang diberi
tajuk Nippon The Land Of Cherry Blossom yang berkaitan dengan konsep ninja dan samurai.Tarian solo ini dapat
menyampaikan suasana tersirat atau tersurat dengan bantuan pencahayaan yang sangat cekap dan mantap. Setiap penukaran
pencahayaan di atas pentas mewakili dimensi-dimensi yang berbeza. Dari situ kita dapat merasakan dan mendalami apa yang
sebenarnya sedang berlaku dan apa yang sedang dia cuba sampaikan kepada penonton. Persembahan kelima ialah persembahan
memainkan alatan muzik tradisional yang dipersembahkan oleh wakil dari Kazakhstan memaparkan enam orang sedang
memainkan alatan muzik tradisional Kazakhstan salah satunya ialah lagu “Akku” dan “Ata Tolguo” yang direka oleh Nurgisaa
Tlendiev, lagu “ Ush Konyr(Folk Song) , dan lagu “Kurmangazy-Balbraun”.Persembahan keenam ialah dari negara Filipina,
mereka mempersembahkan tiga persembahan iaitu yang pertama dinamakan Kadal Tahu, kedua ialah Ragragsakan dan
persembahan ketiga ialah Pig-Apir. Manakala persembahan ketujuh dipersembahkan oleh kumpulan penari dari Mozambique
bertajuk ‘Afrokwasa” diikuti dengan persembahan delegasi dari Mexico mempersembahkan tarian tradisional mereka yang
berasal daro Raices,Mexico .Akhir sekali, delegasi Malaysia menamatkan majlis dengan persembahan mereka yang bertajuk
Suiku “My Life”.

Kesimpulannya, festival ini merupakan festival kesenian dunia kedua yang dianjurkan Urusetia ARTISUKMA
dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti bertempat di DECTAR, UKM Bangi dengan penglibatan peserta dari seluruh
pelosok dunia. Festival ini berkonsepkan bengkel dan persembahan yang berlainan dan mencabar kebiasaan tradisi Malaysia.
Festival KesenianDunia UKM kali ini memberi penekanan untuk memperkenalkan pelajar UKM terhadap kepelbagaian budaya
dan kesenian serta pengalaman menguruskan program bertaraf antarabangsa bersesuaian dengan visi UKM untuk melahirkan
siswazah beraspirasi kebangsaan, kompeten, berdaya saing dan inovatif.

You might also like