You are on page 1of 4

SK LKTP ULU DENGAR,

JALAN DAHLIA, 86007 KLUANG, JOHOR DT


PERLEMBAGAAN
PASUKAN BADAN BERUNIFORM / UNIT KELAB DAN PERSATUAN /
UNIT SUKAN DAN PERMAINAN
.
NOMBOR PENDAFTARAN

TARIKH

Pendahuluan
Tujuan Perlembagaan:
1.1
Untuk memenuhi syarat dan peraturan Seksyen 92 Ordinan Pelajaran
Perenggan 3
1.2
Untuk menjadi peraturan bagi melaksanakan aktiviti dan pergerakan
persatuan.
1.3
Untuk menjadi garis panduan kepada AJK yang diamanahkan untuk
menjalankan tugas dan peranan masing-masing.
1.4
Untuk maklumat kepada ahli.

Nama dan alamat


2.1
Persatuan / Kelab / Pasukan Badan Beruniform ini adalah dikenali dengan
nama

2.2

Alamat Persatuan / Kelab / Pasukan Badan Beruniform ini


SK LKTP ULU DENGAR, KLUANG, JOHOR DT.

2.3

Persatuan / Kelab / Pasukan Badan Beruniform ini menggunakan lambang /


logo seperti di lampirkan dan dengan cogankata:

Objektif
3.1

..

3.2

3.3

3.4

Keahlian

Ahli yang didaftarkan namanya di dalam senarai nama ahli-ahli Persataun / Kelab /
Pasukan Badan Beruniform dikira sah menjadi ahli berdaftar.
5

Ahli Jawatankuasa
:
Selain guru Penasihat / Pembimbing satu jawatankuasa hendaklah dilantik terdiri
daripada
5.1
Seorang Pengerusi
5.2
Seorang Naib Pengerusi
5.3
Seorang Setiausaha
5.4
Seorang Bendahari
5.5
6 orang AJK ( dilantik dari setiap kelas)

Perlantikan Ahli Jawatankuasa :


6.1
Ahli Jawatankuasa hendaklah dilantik menurut amalan demokrasi.
6.2
Mana-mana kekosongan jawatan dalam organisasi akan dipenuhi oleh manamana ahli yang dilantik oleh guru penasihat sehingga perlantikan baru
dilaksanakan.

Bidang tugas :
7.1
Pengerusi
7.1.1 Menjadi ketua [Pengerusi / Presiden] dalam menjalankan aktiviti
serta tugas.
7.1.2 Bertanggungjawab mematuhi perlembagaan / peraturan yang di
tetapkan persatuan.
7.1.3 Menunaikan amanah yang diberikan oleh ahli.
7.1.4 Menentukan program yang dirancang terlaksana.
7.1.5 Mengawal kerja-kerja Ahli Jawatankuasa yang lain.
7.1.6 Menjadi penghubung dengan persatuan / kelab lain.
7.2

Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu tugas Pengerusi.
7.2.2 Memangku jawatan Pengerusi sekiranya tidak hadir atau sebab-sebab
tertentu.
7.2.3 Menyimpan rekod-rekod keahlian.

7.3

Setiusaha
7.3.1 Memberitahu ahli-ahli untuk bermesyuarat.
7.3.2 Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat dan menyimpan rekod
maklumat.
7.3.3 Menyediakan laporan kegiatan persatuan / kelab .
7.3.4 Menjalankan urusan surat menyurat.
7.3.5 Menyimpan fail-fail persatuan / kelab.

7.4

Bendahari
7.4.1 Menyediakan penyata kewangan dan melaporkannya daam
mesyuarat.
7.4.2 Menyimpan resi-resit penerimaan dan pembayaran.
7.4.3 Mengutip yuran, menerima wang, hadiah / derma serta menyerahkan
semua kutipan kepada guru penasihat.

7.5

Ahli Jawatankuasa
7.5.1 Menghadiri mesyuarat dan bekerjasama dengan semua ahli dalam
menyumbangkan buah fikiran dan tenaga.
7.5.2 Mengetuai dan menjalankan tugas-tugas biro-biro persatuan dan
kelab.

7.6

Ahli-ahli biasa
7.6.1 Menghadiri mesyuarat agong.
7.6.2 Mematuhi arahan dan peraturan.
7.6.3 Membayar yuran khas yang diluluskan.
7.6.4 Menghadiri perjumpaan yang diadakan.
7.6.5 Menyumbang tenaga dan bekerjasama untuk melaksanakan aktiviti
persatuan dan kelab.

Peraturan mesyuarat
:
8.1
Mesyuarat agong untuk melantik Ahli Jawatankuasa akan diadakan pada
awal tahun sesi persekolahan.
8.2
Mesyuarat agong luar biasa boleh diadakan jika difikirkan perlu oleh Ahli
Jawatankuasa.
8.3
Korum bagi mesyuarat agung hendaklah tidak kurang dari dua pertiga
bilangan ahli..
8.4
Korum bagi mesyuarat Ahli Jawatankuasa tidak kurang dari dua pertiga
bilangan ahli.
8.5
Guru penasihat hendaklah dimaklumkan dan dijemput semasa mesyuarat
diadakan.
8.6
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi /
Presiden persatuan / kelab.
8.7
Mesyuarat Agung untuk melantik Ahli Jawatankuasa bolehlah
dipengerusikan oleh ahli-ahli biasa atau Ahli Jawatankuasa kecuali bekas
Pengerusi atau Naib Pengerusi.
8.8
Notis memanggil mesyuarat agung hendaklah dikeluarkan 7 (tujuh) hari
sebelum mesyuarat di adakan.

Sumber Kewangan Persatuan / Kelab :


9.1
Peruntukan dari sekolah.
9.2
Yuran Khas daripada ahli-ahli yang dibenarkan melalui langkah-langkah
berikut:
9.2.1 Cadangan dari mesyuarat Ahli Jawatnkuasa atau mesyuarat agung.
9.2.2 Mendapat kelulusan daripada Guru Besar melalui guru penasihat.
9.2.3 Derma / sumbangan daripada dermawan, penaja atau penganjur.

10

Wang tunai
:
Wang tunai boleh disimpan di tangan bendahari tidak melebihi RM10.00 dalam satu
masa.

11

Pemecatan
:
Ahli boleh dipecat atas sebab-sebab berikut:
11.1
Melanggar peraturan Persatuan / Kelab.
11.2
Tidak menghadiri perjumpaan tiga kali berturut-turut tanpa sebab yang
munasabah.
11.3
Ingkar kepada kepimpinan persatuan / Kelab.
11.4
Apabila diarahkan oleh Guru Besar.

12

Pembubaran
:
Persatuan / Kelab boleh dibubarkan apabila diarahkan oleh Pihak Lembaga
Kokurikulum Sekolah.

13

Pindaan Perlembagaan :
Pindaan perlembagaan persatuan / kelab boleh dipinda setelah diluluskan dan
diterima dalam mesyuarat agung serta diluluskan oleh Guru Besar.

14

Hal-hal lain
:
14.1
Setiap ahli mempunyai hak yang sama dalam Persatuan dan Kelab.
14.2
Ahli yang di pecat boleh merayu secara rasmi kepada Guru Besar melalui
Guru Penasihat Persatuan / Kelab masing-masing.
14.3
Ahli yang ingin berhenti hendaklah mengemukakan surat rasmi kepada Guru
Besar melalui Guru Penasihat Persatuan / Kelab masing-masing.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

.
[
Pengerusi
SK LKTP Ulu Dengar,
86007 Kluang.

Tarikh:

..
[En Nor Hahar b Ismail]
Penolong Kanan Kokurikulum
SK LKTP Ulu Dengar,
86007 Kluang.
Tarikh:..

Diluluskan dan disahkan oleh:

..

Tarikh:..

You might also like