You are on page 1of 6

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Sikap Terhadap Toleransi Beragama

Sikap terhadap toleransi beragama dalam kajian ini merujuk kepada persepsi pelajar terhadap
pengalaman tentang toleransi beragama dalam pergaulan dengan rakan yang berbeza agama,
hormat terhadap ajaran agama lain, sikap hormat terhadap pandangan ataupun pemikiran
penganut agama lain dan hormat terhadap adat dan budaya agama lain. Secara
keseluruhannya, hasil analisis kajian telah didapati melalui google form yang kami telah buat.

Hasil maklum balas yang telah diberikan oleh beberapa orang pelajar yang lingkungan
umurnya dalam 18 tahun hingga 20 tahun iaitu sebanyak 88.9% dan sebanyak 11.1% pelajar
berumur atas 20 tahun menjawab memberikan maklum balas. Seterusnya bagi jantina pula,
sebanyak 55.6% yang memberikan maklum balas adalah daripada pelajar lelaki dan 44.4%
pula adalah daripada kalangan pelajar wanita. Bagi maklum balas terhadap agama pula, 100%
yang memberikan maklum balas terhadap google form ini adalah kesemuanya beragama
islam .Seterusnya google form ini menjelaskan lapan item mengenai sikap terhadap toleransi
beragama dalam kalangan pelajar, iaitu ialah :

1) Adakah anda mempunyai kawan baik yang berlainan agama dan bangsa?

Sebanyak 55.6% pelajar yang memberikan maklum balas ini mempunyai kawan baik yang
berlainan agama dan bangsa manakala sebanyak 44.4% pelajar pula tidak mempunyai kawan
baik yang berlainan agama dan bangsa. Ini menunjukkan sikap terhadap toleransi beragama
dikalangan pelajar adalah lebih baik.
2) Saya menghormati upacara agama yang bukan seagama dengan saya.

Bagi maklum balas berkaitan item ini, Kami mendapati sebanyak 66.7% pelajar memberikan
maklum balas yang sangat positif iaitu mereka sangat menghormati upacara agama yang
bukan seagama dengan mereka. Manakala selebihnya hanya mengormati sahaja. Ini
menunjukkan sikap terhadap toleransi beragama dalam kalangan pelajar ini adalah lebih
kepada menghormati agama lain.

3) Saya menghormati rakan bukan seagama saya.

Sebanyak 55.6% daripada kalangan pelajar yang memberikan maklum balas ini menunjukkan
bahawa mereka sangan menghormati rakan bukan seagama dengan mereka. Manakala
selebihnya memberikan maklum balas bahawa mereka juga menghormati rakan bukan
seagama dengan mereka tetapi tidak terlalu tinggi rasa hormat mereka. Jadi ini menunjukkan
kesemua pelajar menhormati antara agama lain.
4) Saya selesa bergaul ataupun makan semeja dengan rakan bukan seagama dengan saya.

Bagi maklum balas ini, terdapa 33.3% sangatlah selesa bergaul dengan rakan bukan seagama
dengan mereka dan seterusnya sebanyak 33.3% pula hanya selesa dan selebihnya pula hanya
biasa- biasa sahaja. Ini bermaksud semua pelajar boleh bergaul dengan rakan bukan seagama
dengan mereka tanpa rasa tidak selesa dan ini dapat meningkatkan sikap terhadap toleransi
beragama.

5) Saya tidak prejudis terhadap penganut agama lain.

Sebanyak 55.6% pelajar yang memberikan maklum balas ini menunjukkan bahawa mereka
sangat pasti bahawa mereka bersikap sangatlah tidak prejudis terhadap penganut agama lain
dan selebihnya juga memberikan maklum balas yang masih positif dan ini menunjukkan
sikap prejudis terhadap penganut agama lain dikalangan pelajar adalah sifar justeru dapat
meningkatkan lagi sikap terhadap toleransi beragama.
6) Apakah situasi dalam university jika tiada sifat toleransi beragama dalam kalangan
pelajar.

Kebanyakan maklum balas yang diberikan kesemuanya adalah negative iaitu sebagai contoh,
akan berlaku permusuhan, pergaduhan, keadaan university menjadi kucar kacir, pelajar tidak
mesra antara satu sama lain dan akan terjadi dimana pelajar akan bergaul secara berpuak-
puak sahaja dan pelajar-pelajar saling tidak menghormati pada agama lain. Jadi setiap
maklum balas yang diberikan menunjukkan dimana betapa buruknya situasi yang akan
berlaku di universiti sekiranya tiada sifat toleransi beragama dalam kalangan pelajar.
7) Apakah cara anda dalam memupuk sifat toleransi beragama dalam kalangan pelajar?

Kesemua maklum balas yang didapati di dalam item ini menunjukkan bahwa setiap pelajar
sangat prihatin terhadap memupuk sifat toleransi beragama dalam kalangan pelajar, mereka
memberikan cadangan yang positif-positif seperti bekerjasama, menghormati sesame
manusia, bertolak ansur dan juga mengadakan aktiviti yang dapat disertai oleh pelbagai kaum
dan agama. Dengan cadnagn yang diberikan ini, kita dapat mengetahui bahawa setiap pelajar
mahu memupuk sifat toleransi beragama dalam kalangan pelajar.

Secara keseluruhannya, sikap terhadaptoleransi beragama merupakan suatu sikap yang perlu
diberi perhatian terutama di kalangan pelajar, kerana golongan ini merupakan penentu
masyarakat pada masa hadapan. Sekiranya Berjaya menanam kesedaran toleransi dan dapat
mengintepretasi dengan cara yang betul, maka tetap wujudnya keharmonian dan
ketenteraman dalam hidup bermasyarakat pada masa hadapan. Akan tetapi, sekiranya
gagaldalam usaha memahami serta menghayati sikap terhadaptoleransi beragama ini, maka
mungkin kesalahfahaman ataupun pertelingkahan boleh muncul dan akan menjadi suatu yang
biasa dalam kehidupan seharian.

You might also like