You are on page 1of 3

Protokol temu bual dengan pihak pentadbir

Soalan temu bual ini adalah untuk memenuhi persoalan kepada kajian kajian saya
iaitu bertajuk:

Interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan


(SMK).

Dengan ini diperakukan bahawa setiap fakta-fakta personaliti dan hasil temu bual
yang diberikan oleh pihak responden, menjadi fakta rahsia dan hanya digunakan bagi
tujuan latihan dan rujukan ilmiah sahaja. Ribuan terima kasih di ucapkan, atas
kerjasama yang telah diberikan.

Tarikh temu bual: Masa:


Tempat temu bual:

Bahagian A: Biodata pihak pentadbir (responden)


Nama guru: Etnik:
Jawatan :
Pengalaman dalam pentadbiran (tahun):

Bahagian B: Soalan temu bual

i. Untuk mengenalpasti bentuk interaksi sosial pelajar Tingkatan 4 pelbagai


kaum di SMK
1. Bagaimanakah pergaulan pelajar tingkatan 4 yang pelbagai kaum di sekolah ini?
2. Berdasarkan pengalaman anda, apakah bentuk-bentuk persaingan yang mungkin
wujud dalam kalangan pelajar yang berbeza kaum di sekolah ini?
3. Adakah terdapat bentuk hubungan timbal balik antara pelajar yang berbeza kaum?
Berikan contoh-contoh hubungan timbal balik yang wujud.
4. Adakah salah faham atau pergaduhan pernah berlaku dalam kalangan pelajar
tingkatan 4 di sekolah ini? Boleh anda jelaskan.
5. Setujukah anda jika di katakan pelajar suka bergaul dengan rakan yang sama
kaum? Sila nyatakan pandangan anda.

ii. Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi sosial


pelajar pelbagai etnik.

1. Guru merupakan ‘role model’ pada segala tingkahlaku pelajar mereka. Sikap
guru, seperti bias, prejudis terhadap kaum akan mempengaruhi pergaulan
pelajar di sekolah. Adakah situasi sebegini berlaku di sekolah anda?

2. Adakah sikap guru yang tidak menerima kepelbagaian kaum, akan memberi
kesan terhadap hubungan pelajar yang berbeza kaum? Adakah situasi ini
berlaku di sekolah anda?
3. Pengajaran guru yang kurang menekankan elemen budaya pelbagai kaum sewaktu
P&P, akan mempengaruhi pergaulan seharian pelajar. Adakah anda bersetuju? Sila
anda jelaskan.
4. Apakah sikap yang perlu ada dalam kalangan guru bagi meningkatkan interaksi
pelajar di sekolah?

5. Adakah kemudahan infrastruktur sekolah anda penting dalam membantu pergaulan


pelajar pelbagai etnik di sekolah? Mengapa?

6. Adakah sekolah yang mempunyai bahan-bahan yang melambangkan perpaduan


kaum, misalnya mural, membantu dalam meningkatkan pergaulan pelajar? Sila anda
jelaskan.

7. Adakah komposisi guru yang pelbagai kaum di sekolah ini, memberi kesan atau
mempengaruhi hubungan antara pelajar berbeza kaum? Sila nyatakan pandangan
cikgu.

8. Persekitaran sekolah yang mempunyai pelajar yang berbeza kaum, adakah ianya
dapat membantu mereka mengenali dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain?
Sila nyatakan pandangan anda.

9. Kelemahan pelajar menguasai Bahasa Melayu, menyebabkan pergaulan mereka


terbatas. Adakah anda bersetuju? Mengapa?

10. Perbezaan budaya menyebabkan pelajar tidak mahu bergaul dengan kaum lain.
Adakah anda bersetuju? Mengapa?

11. Bagaimanakah pergaulan pelajar yang berasal daripada sekolah monoetnik


(SRJKC & SRJKT) apabila memasuki sekolah menengah?

12. Adakah terdapat sikap-sikap negatif (prejudis, rasisme) dalam kalangan pelajar
tingkatan 4 sekolah ini? Jika ada, adakah ianya mempengaruhi pergaulan seharian
mereka dengan kaum yang berbeza?

13. Adakah anda bersetuju rakan sebaya mempengaruhi seseorang pelajar dalam
interaksi seharian mereka di sekolah? Mengapa?

14. Pada pandangan cikgu, adakah sikap, tanggapan ibu bapa terhadap kaum
berbeza akan mempengaruhi pergaulan seharian anak mereka di sekolah?

15. Adakah cikgu bersetuju jika dikatakan, persekitaran tempat tinggal pelajar
yang terdiri daripada kaum yang pelbagai akan membantu membentuk sikap
pelajar yang mudah mesra denagn kaum yg berbeza semasa mereka di sekolah?

16. Pada pandangan anda, kenapakah pelajar enggan bergaul dengan kaum yang
berbeza? Kenapa keadaan ini berlaku? Adakah situasi berlaku di sekolah anda?
iii. Untuk mengenalpasti strategi yang digunakan oleh sekolah dalam
meningkatkan interaksi sosial pelajar pelbagai kaum di SMK.

1. Bagaimanakah cara yang dimainkan oleh sekolah anda dalam menggalakkan


interaksi pelajar pelbagai kaum? Berikan contohnya.

2. Adakah sekolah anda memberi kebebasan pelajar mengamalkan budaya mereka di


sekolah? Sila kongsikan pengalaman anda.

**Sekian sahaja sessi temu bual, jika ada apa-apa pendapat yang ingin anda
kongsikan, sila nyatakannya. Sekian, terima kasih.

You might also like