You are on page 1of 10

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Al-Quran al-Karim adalah sebuah kitab suci Allah yang telah


diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. sebagai petunjuk kepada
seluruh umat manusia dan alam semesta ini agar sentiasa
berpandukan kepada landasan syariat Islam yang sebenar. Kitab
Allah iaitu al-Quran adalah bimbingan yang dapat memandu
manusia ke arah kebenaran seperti yang telah dijanjikan oleh Allah.
Hasil tulisan di dalam sebuah buku daripada penulisan oleh
Ammar Fadzil yang bertajuk Anatomi al-Quran: Mengenal Ilmu,
Sejarah dan Kandungan al-Quran telah menjelaskan bahawa di
dalam

al-Quran,

Allah

mengajak

manusia

untuk

mengenal

keperibadian yang dimiliki secara fitrah (Ammar Fadzil 2007: 1).


Selain itu, tulisan oleh Ahzami Samiun Jazuli di dalam bukunya iaitu
Kehidupan Dalam Pandangan al-Quran menerangkan bahawa alQuran merangkumi segala peraturan dan ketetapan yang telah
ditetapkan oleh Allah untuk seluruh umat manusia supaya dapat
hidup berlandaskan kepada syariat Allah yang benar (Ahzami
Samiun Jazuli 2006: 510).
Di samping itu, menurut Ammar Fadzil di dalam bukunya juga
ada menyatakan tentang peringatan-peringatan yang terdapat di

dalam al-Quran kepada manusia agar tidak meremehkan segala


ajaran agama yang tersedia di dalamnya supaya tidak tersesat
dalam kehidupan ini. Sekiranya manusia berpaling dari ajaran Allah
iaitu al-Quran menurut beliau maka akan sesat manakala manusia
yang mengikuti ajaran yang terdapat di dalamnya pula tidak akan
sesat dan menyimpang dari jalan kebenaran (Ammar Fadzil 2007:
2). Penulis juga telah menjelaskan bahawa al-Quran akan membawa
kita kepada jalan yang paling mulia di dalam menjalani kehidupan
(Ammar Fadzil 2007: 2).
Di dalam kajian ilmiah ini, penulis membuat kajian menyeluruh
terhadap manhaj, susunan ayat dan huraian serta perbezaan yang
terdapat di antara kitab tejemahan oleh Abdullah Yusuf Ali iaitu The
Holy Quran Text and Translation dan The Meaning of The Glorious
Quran Text and Translation oleh Marmaduke Pickthall. Kedua-dua
buah kitab akan dibandingkan antara keduanya oleh penulis di
dalam kajian ini.
Oleh itu, penulisan ini adalah bertujuan untuk melihat dan
mengenalpasti serta membuat perbandingan di antara dua buah
kitab terjemahan yang diterjemah oleh Abdullah Yusuf Ali dan
Marmaduke Pickthall di dalam menterjemahkan al-Quran ke dalam
bahasa Inggeris.
1.2

LATAR BELAKANG KAJIAN

Berdasarkan kepada latar belakang kajian ini ialah merujuk kepada


kajian kitab terjemahan yang diterjemahkan oleh Abdullah Yusuf Ali
dan Marmaduke Pickthall. Kitab yang diterjemahkan oleh mereka
akan

dikaji

dari

suatu

sudut

untuk

melihat

kepada

kaedah

penafsiran yang dilakukan oleh mereka terhadap surah-surah yang


terdapat di dalam al-Quran di dalam kitab terjemahan mereka iaitu

Abdullah Yusuf Ali iaitu The Holy Quran Text and Translation
manakala The Meaning of The Glorious Quran Text and Explanatory
Translation oleh Marmaduke Pickthall.
Di dalam penulisan ini, penulis juga akan mengkaji tentang
manhaj serta susunan ayat yang telah diterjemahkan oleh mereka di
dalam kitab terjemahan masing-masing. Tambahan pula penulis juga
akan

mengenalpasti

sama

ada

kedua-dua

orang

tokoh

ini

mempunyai persamaan atau perbezaan di dalam kitab terjemahan


mereka yang tersebut.

1.3

PERMASALAHAN KAJIAN

Antara permasalahan kajian ialah:


1. Untuk mengenalpasti manhaj, susunan ayat dan huraian yang
dilakukan oleh Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall di
dalam tafsir mereka iaitu berdasarkan kepada surah alBaqarah.
2. Untuk mengenalpasti dari suatu sudut sama ada terdapat
perbezaan atau persamaan di antara kedua-dua terjemahan
al-Quran.
3. Bagi mengenalpasti dari sudut penghasilan terjemahan alQuran oleh Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall
sekiranya terdapat perbezaan ataupun persamaan di antara
keduanya.
1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini ialah:

1. Menganalisa metode pentafsiran yang terdapat di dalam tafsir


yang diterjemah oleh kedua-dua orang tokoh iaitu Abdullah
Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall.
2. Membandingkan metode tafsiran yang dilakukan oleh mereka
di dalam kitab terjemahan al-Quran.
3. Dapat mengkaji penghasilan kitab terjemahan yang dilakukan
oleh Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall di dalam
kitab tafsir mereka.
4. Melihat kesan dan pengaruh kitab terjemahan Abdullah Yusuf
Ali dan Marmaduke Pickthall terhadap umat Islam.
1.5

LIMITASI KAJIAN

1. Limitasi masa
Tempoh kajian bagi latihan ilmiah ini adalah selama dua semester.

2. Limitasi tempat
Kajian ini meliputi beberapa tempat di sekitar kawasan Universiti
Kebangsaan Malaysia terutamanya di Perpustakaan Tun Sri Lanang,
Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fakulti
Pengajian Islam UKM. Selain itu juga, rujukan yang di rujuk di dalam
membuat kajian ini adalah bertempat di Universiti Malaya, Kuala
Lumpur dan Perpustakaan Awan Negeri Kedah Darul Aman. Ianya
adalah bertujuan untuk memperolehi serta mendapatkan bahanbahan kajian untuk penyelidikan. Tambahan pula, bahan-bahan yang
digunakan oleh penulis di dalam mengkaji latihan ilmiah ini ialah
buku-buku ilmiah dan artikel-artikel yang berkaitan dengan masalah
yang akan dibincangkan di dalam penulisan ini.

3. Limitasi bidang kajian


Di dalam penulisan ini, penulis akan menghadkan skop kajian ilmiah
ini

dengan

menumpukan

kepada

terjemahan

al-Quran

oleh

Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall. Di samping itu, penulis


juga menumpukan kajian tafsir tersebut berdasarkan kepada satu
surah yang terdapat di dalam al-Quran yang diterjemahkan oleh
kedua-dua orang tokoh tersebut dengan mengkaji surah al-Baqarah.
Melalui kitab terjemahan tersebut, penulis juga turut menghadkan
skop kajian ilmiah tersebut dengan melakukan kajian perbandingan
antara kitab terjemahan Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall
yang terdapat di dalam surah tersebut iaitu surah al-Baqarah sama
ada terdapat perbezaan atau persamaan yang terkandung di dalam
kitab tafsir mereka.
1.6

METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, penulis menggunakan dua kaedah iaitu kajian


kepustakaan dan kajian analisis kandungan.

1. Kajian kepustakaan
Penggunaan kaedah kepustakaan seperti mencari bahan-bahan
yang bersumberkan primer dan sekunder. Antara bahan-bahan
tersebut ialah kitab-kitab tafsir yang berkaitan dengan kajian yang
dilakukan.
2. Kajian analisis kandungan

Penggunaan kajian analisis kandungan seperti menganalisis segala


bahan-bahan yang dicari. Kajian ini perlu bagi memperoleh dan
menganalisis bahan-bahan kajian ke atas terjemahan al-Quran yang
dihasilkan oleh Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall. Selain
itu, penulis juga akan membuat perbandingan di antara metodologi
yang digunakan di dalam kedua-dua kitab tafsir ini.
1.7

KAJIAN TERDAHULU

Kajian literatur ini dibuat adalah bertujuan bagi melihat kajian-kajian


lepas yang telah dibuat oleh penulis-penulis terdahulu mengenai
kajian-kajian yang berkaitan dengan kajian ini.
Kajian yang dibuat oleh Nur Jumiza binti Mohammad Rosdi
(2012) berkaitan dengan Kitab Tafsir Pedoman Muttaqin karangan
Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor. Kitab tafsir ini merupakan kitab
tafsir terbaru yang dihasilkan oleh ulama Malaysia dan sehingga
kini hanya dua jilid yang telah diterbitkan. Kajian terhadap kitab
tafsir ini belum pernah dilakukan, justeru itu, penulis melihat ianya
perlu kepada pendedahan awal tentang biografi pengarang serta
metode yang digunapakai oleh beliau dalam menghasilkan kitab
tafsir ini.

Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan kajian

analisis kandungan. Di mana dua jilid kitab tafsir ini telah dikaji satu
persatu bagi melihat metode yang digunapakai oleh pengarang.
Hasil kajian mendapati bahawa pengarang menggunakan metode
tafsir bi al-mathur dengan penafsir al-Quran dengan al-Quran, alQuran dengan Hadith Rasulullah, al-Quran dengan pedapat para
sahabat dan al-Quran dengan pandangan para tabiin. selain itu,
pengarang juga menggunakan metode tafsir bi al-rayi dalam
mentafsir kitab tafsir ini. Dalam mentafsir kitab ini, Dr. Abdul Hayei

lebih banyak menumpukan metode tafsr bi al-mathur berbanding


metode tafsr bi al-rayi dalam mencorakkan hasil tafsiran beliau.
Selain itu, kajian yang dibuat oleh Muhammad Azhan bin
Ismail (2002) yang membuat kajian tentang menganalisa ayat
daripada surah al-Baqarah iaitu berdasarkan kepada beberapa ayat
bermula dari ayat 219 sehingga 229. Analisa ini bertujuan untuk
mencungkil dan menganalisa sebahagian larangan-larangan dan
ketetapan-ketetapan Allah di dalam al-Quran al-Karim. Huraian
ayat-ayat tersebut berdasarkan kepada dalil-dalil daripada hadith
dan dikemukakan juga pendapat-pendapat para ulama berkaitan
perkara yang dibincangkan. Melalui kajian ini, didapati bahawa
setiap larangan dan ketetapan dari Allah S.W.T itu ada hikmah
disebaliknya kerana ianya datang dari Yang Maha Mengetahui segala
sesuatu dan Dialah jua yang menjadikan manusia dan peraturan
alam ini. Hasil daripada kajian ini, ianya dapat memberi kefahaman
yang

mendalam terhadap

larangan dan ketetapan mengenai

perkara tersebut tang tidak lari dari realiti kehidupan umat manusia
masa kini. Ianya juga sebagai panduan untuk manusia menghadapi
kehidupan yang penuh mencabar di muka bumi ini kerana al-Quran
itu diturunkan sebagai panduan untuk seluruh umat manusia.
Di samping itu, kajian yang lain berkaitan dengan surah alBaqarah oleh Nurul Adiya binti Mohd Nazlan (2012) ialah berkaitan
dengan ayat-ayat hukum yang terdapat di dalam surah tersebut. Di
dalam kajian yang dilakukan oleh beliau adalah berdasarkan kepada
tafsir ayat-ayat hukum atau tafsr fiqh merupakan salah satu
pendekatan

dalam

mentafsirkan

al-Quran.

Para

pentafsir

menggunakan manhaj yang pelbagai ketika mentafsirkan ayat-ayat


hukum. Mereka yang memiliki kepakaran dalam bidang fiqh akan
mentafsirkan ayat-ayat hukum dengan panjang lebar berbanding
ayat-ayat yang lain, di samping membincangkan permasalahan dan

perbezaan pendapat fuqaha tentang sesuatu hukum. Manhaj ini


mewarnai

kebanyakan

kitab-kitab

tafsir

turath,

malah

turut

menempias sebahagian kitab-kitab tafsir moden. Kajian penulis ini


dilakukan untuk mengenalpasti manhaj yang sahih dalam tafsr fiqh
dan menganalisis metodologi yang digunakan oleh Tuan Guru Haji
Abdul Hadi Awang dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum serta
mengetengahkan ketokohan beliau dalam tafsir al-Quran. Kajian ini
berbentuk kajian kepustakaan dengan menggunakan reka bentuk
analisis dokumen. Dokumen yang dirujuk ialah buku Kuliyyah Tuan
Guru Abdul Hadi Awang Tafsir Surah al-Baqarah Siri 1 hingga 6 dan
dengan menggunakan surah al-Baqarah sebagai sampel kajian
beliau di dalam kajiannya. Oleh itu, kajian ini mendapati Haji Abdul
Hadi Awang membahaskan ayat-ayat hukum secara ringkas. Beliau
menggunakan

kaedah

pentafsiran

tafsr

bi

al-mathur,

dan

menjelaskan pandangan dan pendapat ulama atau imam-imam


mazhab fiqh secara ringkas. Kajian ini akan menjadi bahan kepada
pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin mengetahui sumbangan Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam tafsir al-Quran, khususnya
manhaj beliau dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum.
Tambahan pula, Zamzuri bin Idris di dalam kajiannya yang
bertajuk Metode Syeikh Abdullah Basmeh Dalam Tafsir Pimpinan AlRahman

iaitu

kajian

yang

membincangkan

metode

yang

digunapakai oleh beliau menerusi karyanya iaitu Kitab Tafsir


Pimpinan al-Rahman. Di dalam kajian ini, penulis memfokuskan
penyelidikan terhadap metode yang digunapakai oleh beliau di
dalam surah al-Anfal iaitu juzu yang kesembilan. Di samping itu,
kajian penulis juga adalah untuk memahami dan menerokai apakah
metode yang digunakan oleh beliau di dalam surah tersebut.
Dapatan daripada kajian yang dilakukan oleh penulis terhadap tafsir
beliau adalah Syeikh Abdullah Basmeh menunjukkan penafsiran
beliau di dalam surah al-Anfal adalah menggunakan metode ijmali

iaitu beliau hanya menerangkan secara ringkas sahaja terhadap


sesebuah ayat.
Di samping itu, kitab terjemahan The Meaning Of The Glorious
Quran Text and Translation (T.th.) oleh Marmaduke Pickthall. Kitab ini
adalah terjemahan al-Quran di dalam bahasa Arab ke dalam bahasa
Inggeris oleh beliau. Di dalam kitab ini terdapat 114 surah yang
terkandung di dalamnya iaitu surah-surah yang terdapat dalam alQuran yang telah diterjemahkan oleh Marmaduke Pickthall.
The Holy Quran Text and Translation (1994) oleh Abdullah
Yusuf Ali juga adalah merupakan salah seorang maulana yang telah
menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris bersama
dengan terjemahan beliau di dalam setiap surah yang terkandung di
dalam al-Quran yang berbahasa Arab.
Pada sorotan ringkas yang dilakukan oleh penulis, didapati
masih belum dijumpai kajian terdahulu yang melakukan kajian
terhadap kedua-dua orang tokoh ini iaitu Abdullah Yusuf Ali dan
Marmaduke Pickthall. Walaubagaimanapun hanya terdapat kajian
terdahulu yang mengkaji tentang surah al-Baqarah menurut kitab
Tafsir Pedoman Muttaqin dan beberapa ayat al-Quran yang terdapat
larangan dan ketetapan yang terdapat di dalam surah al-Baqarah.
1.8

KESIMPULAN

Di dalam kajian ini, penulis akan mengjelaskan tentang kedua-dua


orang tokoh yang mengarang kitab terjemahan al-Quran dari
bahasa Arab ke dalam bahasa Inggeris iaitu Abdullah Yusuf Ali dan
Marmaduke Pickthall.

10

Kesimpulan yang dapat diperhatikan adalah penulis dapat


melihat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan
di antara kedua-dua kitab terjemahan tersebut. Perbincangan yang
menjadi kajian terhadap penulis adalah melalui metode penafsiran
yang digunakan di antara kedua-dua kitab terjemahan al-Quran
yang telah diterjemahkan oleh kedua orang tokoh iaitu Abdullah
Yusuf Ali dan Marmaduke Pickthall. Selain itu, penulis akan
menjalankan kajian mengenai kitab terjemahan oleh tokoh-tokoh
mufassir tersebut adalah bertujuan untuk mengenalpasti manhaj,
susunan ayat dan huraian yang dilakukan oleh Abdullah Yusuf Ali
dan Marmaduke Pickthall di dalam tafsir mereka iaitu berdasarkan
kepada surah Al-Baqarah.
Oleh itu, penulisan latihan ilmiah ini ditulis oleh penulis adalah
bertujuan untuk mengenalpasti sama ada sekiranya terdapat
perbezaan atau persamaan di dalam kitab terjemahan yang
diterjemahkan oleh Abdullah Yusuf Ali iaitu The Holy Quran Text and
Translation manakala The Meaning of The Glorious Quran Text and
Translation oleh Marmaduke Pickthall. Di samping itu, penulis juga
dapat melihat tentang kesan dan pengaruh kitab terjemahan
tersebut terhadap umat Islam di dunia ini.

You might also like