You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Menurut Dick & Reiser (1989), reka bentuk merupakan suatu proses sistematik untuk
mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Manakala Richey (1986)
pula menyatakan reka bentuk pengajaran adalah sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran
dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang
boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam
sesuatu mata pelajaran. Secara khususnya, reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang
hendak diajar atau diukur serta diuji dan bagaimana proses pembelajaran itu berlaku sehingga
objektif tercapai. Guru boleh membuat reka bentuk pengajaran dengan menggunakan
pelbagai jenis media mengikut tahap kesesuaian murid. Salah satu media pengajaran yang
boleh digunakan oleh guru ialah perlaksanaan video pengajaran semasa proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Tujuan video pengajaran digunakan dalam bilik darjah
adalah untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Video yang
dibangunkan oleh guru perlu mempunyai matlamat yang nyata dan jelas dan boleh difahami
oleh murid. Matlamat ini akan tercapai sekiranya guru mempunyai perancangan video yang
lengkap dan sistematik. Oleh itu, saya juga telah membuat perancangan yang rapi untuk
menghasilkan video pengajaran sains yang lengkap dan sesuai digunakan dalam pengajaran
sains di sekolah rendah.

2.0 Reka bentuk video berdasarkan model ADDIE

Video pengajaran yang dihasilkan adalah berteraskan model ADDIE. Ini adalah kerana
model ADDIE merupakan antara model reka bentuk yang sistematik dan efektif yang terdiri
daripada lima fasa iaitu analisis(analysis), reka bentuk(design), perkembangan(development),
perlaksanaan(implement) dan penilaian(evaluate). Model ADDIE adalah berlandaskan
behaviorisme, dan merupakan cetusan idea yang dikembangkan oleh Dick & Carry untuk
merancang sistem pembelajaran yang berkesan. Dengan penggunaan model ADDIE dalam
penghasilan video, objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai seiring dengan
kehendak dan keperluan murid. Tajuk yang dipilih untuk menghasilkan video pengajaran sains
ialah tajuk tumbuhan tahun1. Tajuk ini adalah sangat penting sebagai pendedahan awal
kepada murid tahun 1 untuk lebih mengenali dan menghargai alam semulajadi khususnya
tumbuhan.

Proses pertama yang dijalankan dalam mereka bentuk video pengajaran mengikut
fasa ADDIE adalah analisis. Fasa analisis merupakan asas untuk fasa-fasa yang seterusnya
dalam penghasilan klip video. Pada peringkat ini, beberapa analisis telah dijalankan. Saya
telah membuat analisis ke atas pelajar darjah satu di sekolah rendah. Saya mendapati

1
bahawa kebanyakan pelajar darjah 1 tidak meminati tajuk tumbuhan dalam matapelajaran
sains. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan asas tentang tumbuhan. Mereka
hanya mengenali tumbuhan secara umum sahaja. Contohnya, mereka hanya mengetahui
bahawa semua tumbuhan adalah berwarna hijau tetapi mereka tidak mendapat pendedahan
tentang bahagian-bahagian tumbuhan dengan lebih terperinci. Oleh itu, media pengajaran
yang sesuai bagi pelajar tahun 1 ialah melalui video supaya dapat menarik minat mereka
untuk mempelajari tumbuhan. Tambahan pula, pelajar tahun 1 memerlukan lebih banyak
pembelajaran secara visual berbanding secara lisan kerana mereka berada pada peringkat
operasi konkrit, dimana mereka menggunakan deria mereka untuk mempelajari sesuatu
perkara. Selain itu, keupayaan video untuk menunjukkan imej yang bergerak, sudah pasti
akan menarik perhatian pelajar untuk lebih bermotivasi dalam mempelajari tajuk tumbuhan.
Antara objektif pembelajaran dalam tajuk ini ialah murid boleh membanding dan membezakan
bahagian pada tumbuhan iaitu jenis daun, tumbuhan berbunga, batang berkayu dan tidak
berkayu dan jenis-jenis akar.

Seterusnya, reka bentuk atau design merupakan fasa kedua dalam menghasilkan
video pengajaran mengikut model ADDIE. Fasa kedua ini bertujuan menentukan dan mereka
bentuk kaedah intruksional yang akan digunakan (Rio Sumarni Shariffudin, 2007). Kaedah
yang akan digunakan dalam pengajaran ini adalah secara koperatif supaya murid-murid tahun
1 dapat bekerjasama dan menjalankan hubungan yang erat antara rakan sekelas. Di samping
itu, kaedah pembelajaran secara demonstrasi atau pembentangan juga sangat penting untuk
menanam keyakinan dalam diri mereka. Pada fasa ini, saya juga telah membuat lakaran skrip
video supaya rakaman menjadi lebih berstruktur dan tersusun. Lakaran skrip dibuat adalah
sangat teliti supaya klip video akan dihasilkan adalah selaras dengan dokumen standard
kurikulum tahun1. Kemudian, saya juga telah memilih jenis-jenis tumbuhan yang akan
dirakam supaya bersesuaian dengan tahap pengetahuan murid tahun 1. Selain itu, saya juga
meninjau kawasan dan persekitaran yang sesuai untuk membuat rakaman video supaya
proses rakaman video akan berjalan dengan lancar.

Di samping itu, setelah mengenalpasti latar belakang tentang kaedah pembuatan


video, fasa perkembangan (development) akan memberi perincian tentang pembuatan video
pengajaran. Saya telah membuat rakaman ke atas beberapa tumbuhan yang dipilih dengan
menggunakan telefon pintar. Selain itu, semasa rakaman video dijalankan, saya juga telah
mengaplikasikan beberapa jenis shot di dalam rakaman saya. Antaranya ialah extreme close
up, medium shot dan long shot. Untuk merakam ketinggian pokok, saya juga menggunakan
teknik tilting dalam pergerakan kamera semasa merakam. Saya juga menggunakan teknik
pergerakan kamera secara panning, Dolly dan Truck. Rakaman terperinci pada tumbuhan
adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada murid tentang struktur sebenar pada bahagian-

2
bahagian tumbuhan. Seterusnya, saya telah menyunting video dengan menyusun semula
rakaman-rakaman yang telah dibuat. Contohnya, imej-imej tumbuhan yang dirakam dalam
masa yang lama telah diubahsuai supaya sesuai dengan tempoh klip video yang akan
dihasilkan. Selain itu, rakaman-rakaman yang tidak diperlukan akan dikeluarkan. Dengan
menyunting, bahan-bahan rakaman telah disusun semula dan menghasilkan klip video yang
lebih licin dan sempurna. Setelah itu, saya telah membuat rakaman audio untuk memasukkan
kesan bunyi dan muzik latar supaya video menjadi lebih menarik. Kemudian, saya telah
membuat prebiu dengan menunjukkan hasil video kepada beberapa orang kawan untuk
mengenalpasti kelemahan dan kesilapan dalam video tersebut dan membuat pembetulan
untuk meningkatkan keberkesanan video.

Di samping itu, fasa Pelaksanaan(implement) dalam konteks ADDIE merujuk kepada


pembangunan dan rekabentuk media pengajaran yang telah disediakan dan akan
dilaksanakan mengikut keperluan pelajar. Saya telah menggunakan video tersebut dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tahun 1. Saya telah menggunakan video
ini pada awal pengajaran supaya murid mendapat idea tentang topik yang akan dipelajari
pada waktu tersebut. Selepas menayangkan video tersebut, saya telah membahagikan murid
kepada beberapa kumpulan untuk memulakan aktiviti di dalam kelas. Contohnya, saya telah
memberikan latihan secara berkumpulan kepada pelajar untuk menyebut ciri-ciri yang
terdapat pada tumbuhan supaya mereka berasa seronok untuk mempelajari tajuk tumbuhan.
Melalui aktiviti pengajaran tersebut, saya mendapati bahawa ramai pelajar di dalam kelas
tersebut telah memberi respon yang baik ketika soalan yang dikemukan. Saya juga mendapati
mereka lebih aktif pada pembelajaran kali ini berbanding waktu pembelajaran yang lepas.
Selepas aktiviti pengajaran ini, murid juga telah dapat menjalankan aktiviti pengelasan
berdasarkan ciri tumbuhan yang dipelajari.

Akhir sekali, pada fasa penilaian (Evaluation), saya telah membuat penilaian ke atas
video tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya mendapati bahawa video
yang telah dihasilkan adalah bertetapan dengan standard pembelajaran yang terkandung di
dalam dokumen standard kurikulum bagi sains tahun1. Selain itu, maklumat yang terdapat
dalam kandungan video tersebut juga adalah tepat dan terkini. Bahasa yang digunakan
didalam video ini juga adalah bahasa yang mudah dan mudah difahami oleh murid darjah 1.
Dari segi kualiti teknikal, video ini adalah sangat berkualiti dan imej-imej rakaman yang
dihasilkan juga adalah sangat menarik. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah
memasukkan lebih banyak grafik yang sesuai supaya dapat menarik perhatian murid untuk
mempelajari tajuk tumbuhan. Walaubagaimanapun, video pengajaran ini sangat berkesan
dan sangat sesuai kepada murid tahun 1 untuk memupuk minat mereka terhadap mata
pelajaran sains.

3
3.0 Kesimpulan

Model ADDIE dengan fasa-fasanya yang terdiri daripada analisis, reka bentuk,
perkembangan, perlaksanaan dan penilaian merupakan model reka bentuk modul pengajaran
yang terbaik yang boleh diguna pakai untuk membangunkan klip video yang berkesan. Ini
terbukti kerana fasa-fasa yang digariskan adalah bersifat menyeluruh dan sistematik.
Penggunaan model ADDIE dalam rekabentuk instruksional sebenarnya dapat membantu guru
mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik berbanding kaedah
pengajaran tradisional. Model ADDIE bukan sahaja mudah untuk difahami, malahan mudah
untuk diamalkan oleh guru dan pelajar. Pada pandangan saya, rekabentuk instruksional dan
penggunaan model ADDIE ini amat wajar diperkenalkan kepada guru-guru di Malaysia
sebagai asas kepada guru-guru mengenali dunia rekabentuk instruksional.

4
Rujukan

Dick, W., & Reiser, R. A. (1989). Planning effective instruction. United States: Prentice Hall.

Newby, T.J. (2006). Educational technology for teaching and learning. Merrill: Prentice-Hall.
Noriati A.Rashid., et al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam:
Oxford Fajar.
Richey, R. C. (1986). The theoretical and conceptual bases of instructional design. London,

New York: Nichols Publishing Co.

Rio Sumarni Shariffudin. (2007). Design of Instructional Materials for Teaching and Learning

Purposes: Trend and Issues in Instructional Design and Technology. New Jersey:

Pearson Education.

Rozinah Jamaludin. (2000). Asas-asas multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors.

Steven J. McGriff. (2008). Instructional system design: using the ADDIE model. College of

Education, Penn State University.

Wan Ali, et al. (2008). HBEM3103: Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: OUM.

Youngmin Lee. (2006). Applying the ADDIE instructional design model to multimedia rich

project-based learning experiences in the korean classroom. Dimuat turun pada

September 13, 2017 dari http://www.emporia.edu/idt/graduateprojects/spring06

You might also like