You are on page 1of 8

1.

0 Latar belakang kes

Teck seng merupakan seorang murid pintar cerdas yang telah memasuki
sekolah menengah. Dia berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah di
mana ayahnya merupakan seorang pemandu teksi manakala ibunya pula bekerja
sebagai pekerja kilang. Disebabkan kesibukan ibubapanya bekerja, teck seng sering
keseorangan dirumah. Walaupun teck seng mempunyai seorang abang, hubungan
kekeluargaan mereka kurang baik. Teck seng sering tidak sefahaman dengan
abangnya manakala ibubapanya pula sering bergaduh tentang masalah kewangan.

Teck seng sering menunjukkan perubahan emosi yang tidak menentu semasa
berada di dalam kelas. Hal ini menyebabkan teck seng tidak disenangi oleh rakan
sekelas dan tidak mempunyai teman yang rapat. Selain itu, teck seng juga
menghadapi masalah untuk menyiapkan tugasan kerja yang diberikan oleh guru pada
masa yang ditetapkan kerana teck seng sangat mementingkan kesempurnaan dalam
setiap tugasan yang diberikan. Dia memerlukan banyak masa untuk menyiapkan
tugasan untuk mencapai kepuasan hatinya.

Teck seng meupakan harapan keluarga, ibubapanya terlalu meletakkan


harapan yang tinggi kepadanya menyebabkan Teck seng sering berasa tertekan.
Teck seng juga mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam matematik dan sains. Dia
sangat meminati sains dan matematik. Tambahan pula, Teck seng juga menghadapi
masalah dengan rakan rakannya disekolah. Dia sering dibuli oleh pelajar disekolah
kerana saiz badannya yang kurus dan lemah. Tambahan pula, sistem pembelajaran
yang mementingkan gred peperiksaan telah menimbulkan kebencian Teck seng
kepada sekolahnya. Selain itu, kaedah pedagogi yang telah dijalankan oleh guru
adalah sangat membosankan dan tidak merangsang pemikiran Teck seng. Oleh
kerana teck seng merupakan seorang pelajar pintar cerdas, dia mempunyai pemikiran
yang berbeza berbanding rakan-rakan seusianya. Dia sering memikirkan masalah
yang ada disekelilingnya. Pemikiran yang berbeza daripada rakan rakan yang lain
menyebabkan dia merasakan dirinya adalah pelik dan berbeza daripada rakannya.

1
2.0 Analisis

Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental


mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu, mereka tidak
dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku
kerana keperluan dan rnotivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan
kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa
konflik dalam hidup mereka. Antaranya ialah masalah penyesuaian diri di dalam kelas
aliran perdana. Teck seng menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri di dalam
bilik darjah. Disebabkan Teck seng merupakan seorang murid pintar cerdas, dia
mudah berasa bosan dan hilang minat terhadap pembelajaran di dalam kelas kerana
dia merasakan pembelajaran di dalam kelas adalah sangat mudah dan tidak berupaya
merangsang pemikirannya. Teck seng sering berasa kecewa kerana tidak mendapat
galakan dan sokongan daripada orang disekelilingnya. Oleh itu, dia sering
menunjukkan perubahan emosi yang mendadak semasa berada di dalam kelas.
Perubahan tingkah laku dan emosi yang tidak menentu telah menyebabkan Teck seng
tidak mempunyai teman yang rapat di sekolah.
Teck seng juga menghadapi masalah dalam sosioemosi. Jenis-jenis masalah
yang timbul adalah seperti keinginan melakukan sesuatu dengan amat sempurna,
terlalu mengasingkan diri dari interaksi sosial dan keghairahan atau rangsangan deria
terlebih (Johnson, 1994). Masalah ini sering terjadi kepada Teck seng dimana dia
sering tidak dapat menyiapkan tugasan kerja yang diberikan pada masa yang
ditetapkan kerana dia sangat mementingkan kesempurnaan dan terlalu menetapkan
piawai yang tinggi dalam setiap tugasan kerja yang dibuat. Oleh itu, Teck seng akan
berasa tertekan sekiranya tugasan dihantar tidak dilakukan dengan sempurna. Selain
itu, Teck seng juga sangat sensitif dengan keadaan orang disekelilingnya. Menurut
Nelson dan Galas (1994), sifat terlalu sensitif (supersensitivity) boleh dikaitkan dengan
kesedaran pelajar pintar cerdas mengenai permasalahan disekelilingnya dan
kekecewaan terhadap ketidakupayaan mereka untuk membuat perubahan yang dapat
memberi kesan kepada keadaan sekelilingnya. Keadaan ini boleh dilihat pada Teck
seng, dimana beliau sangat risau dan sangat mengambil berat tentang rakan-
rakannya yang terpaksa menerima dan mengikut sistem pembelajaran yang hanya
mementingkan gred peperiksaan semata-mata tanpa mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat.

2
Selain itu, faktor persekitaran disekolah juga telah memberi kesan kepada
perkembangan sosioemosi Teck seng. Teck seng sering berasa tertekan apabila
berada di sekolah. Disebabkan saiz badannya yang kecil dan kurus, dia sering dibuli
oleh rakan-rakannya. Tambahan pula, pengajaran guru yang tidak menarik semasa
proses pembelajaran di dalam kelas menyebabkan Teck seng mudah merasa bosan
apabila berada didalam kelas. Teck seng telah diajar teknik pengajaran dan sukatan
yang sama seperti pelajar yang lain sedangkan teck seng mempunyai potensi yang
lebih besar dalam matematik dan sains. Keadaan ini akan menghalang
perkembangan potensinya. Biasanya, sekolah gagal memberi perhatian yang wajar
kepada pelajar pintar cerdas kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program
pendidikan dan bimbingan yang khusus (Gallagher & Gallagher, 1994). Selain itu,
terdapat guru yang merasa tertekan untuk mengakui keupayaan kanak-kanak pintar
cerdas kerana guru biasanya berasa ragu-ragu kepada kemahiran matematik yang
luar biasa yang dikuasai oleh pelajar pintar cerdas. Mereka mungkin menganggap
kebolehan memanipulasikan nombor ini tidak berpadanan dengan pemahaman yang
secukupnya. Oleh itu, guru tetap memberi latihan yang sama kepada semua pelajar.
Walaupun ini bermakna pelajar pintar cerdas hanya mengulangi sesuatu yang telah
sedia dikuasai (Leyden, 1998).
Kebanyakan masalah emosi kanak-kanak pintar cerdas sama ada dalam
bidang akademik mahupun persekolahan adalah disebabkan kegagalan pendekatan
pendidikan sedia ada dan juga kurangnya kesedaran guru. Biasanya, guru kurang
senang terhadap kanak-kanak yang kreatif. Oleh itu, jika kanak-kanak pintar cerdas
tidak diberi pendedahan yang sepatutnya bermakna potensi yang ada pada mereka
sukar untuk dikembangkan. Disekolah, terdapat sebilangan guru tidak memiliki
semangat akademik yang baik, antaranya, guru tersebut mungkin memberi golongan
pelajar ini maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dan tidak memberangsangkan,
selain tugasan yang diberi menjadikan golongan pelajar ini lebih derita seperti kerja
salin-menyalin; menghafal fakta yang tidak dapat dikaitkan dengan pengalaman
pelajar. Kadang-kadang, tugasan yang diberi guru tidak sesuai dengan keperluan
(motivasi intrinsik) mereka yang sentiasa ingin tahu dan mengkaji sesuatu topik
dengan lebih mendalam. Faktor tersebut menjadikan pelajar pintar cerdas seperti
Teck seng tidak suka kepada sekolah.

3
Di samping itu, hubungan kekeluargaan dalam keluarga Teck seng adalah
kurang baik. Disebabkan kesibukan ibubapanya bekerja, Teck seng tidak mempunyai
tempat untuk meluahkan perasaannya. Dia sering kesunyian dan berasa tidak
dipedulikan oleh ahli keluarganya. Ibubapanya juga lebih cenderung untuk mengawal
kebebasannya. Kebiasaannya, pelajar didesak oleh ibu bapa supaya mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dengan kata lain, mengawal kebebasan
anak-anak supaya mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
yang bertujuan untuk memenuhi kehendak ibu bapa. Sementara itu, ibu bapa kepada
kanak-kanak pintar cerdas yang tidak memiliki kesedaran mengenai keadaan anak-
anak mereka mungkin lepas tangan dalam mengikuti perkembangan anak mereka.
Keadaan lebih serius di kalangan kanak-kanak pintar cerdas seperti teck seng yang
mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang rendah. Kanak-kanak sebegini
mungkin juga menghadapi masalah dengan adik-beradik. lni berlaku terutamanya
dalam budaya keluarga yang lebih mementingkan persaingan dan individualistik.

3.0 Cadangan penyelesaian masalah

Guru haruslah mengubahsuai teknik pengajaran didalam kelas supaya sesuai


dengan tahap kecerdasan Teck seng dan murid-murid yang lain. Contohnya, guru
boleh menyediakan dua standard pembelajaran berbeza kepada Teck seng dan
rakan-rakannya. Hal ini kerana tugasan dan aktiviti yang mencabar dapat
meningkatkan inkuiri dalam dirinya sekaligus dapat mengembangkan potensi Teck
seng secara optimum. Menurut Khadijah M. Shahid (1992), yang membuat kajian ke
atas beberapa orang pelajar pintar cerdas mendapati bahawa mereka mudah berasa
bosan kecewa dengan suasana di sekolah kerana kebanyakan guru yang mengajar
menggunakan kaedah tradisional yang umumnya kurang memahami kehendak dan
minat mereka. Oleh itu, guru haruslah peka terhadap minat dan kebolehan yang ada
pada Teck seng bagi merancang strategi pengajaran berkesan untuknya. Contohnya,
guru boleh mengadakan program penggayaan di dalam kelas di mana, guru boleh
mengadakan aktiviti penyiasatan misalnya melalui eksperimen dan kaedah simulasi
untuk meningkatkan kreativiti dan kebolehan mereka dalam menyelesaikan masalah.

Selain itu, guru juga boleh mengadakan program pecutan kepada Teck seng,
di mana Teck seng dikeluarkan daripada bilik darjah yang biasa untuk subjek subjek
yang spesifik.teck seng mempunyai minat dan kebolehan yang tinggi dalam subjek

4
sains dan matematik. Oleh itu, bagi subjek matematik dan sains, Teck seng boleh
ditempatkan ke kelas peringkat yang lebih tinggi yang sesuai dengan perkembangan
inteleknya.
Disamping itu, guru haruslah peka kepada keperluan pembelajaran pelajar
pintar cerdas seperti Teck seng. Guru haruslah meningkatkan kualiti tugasan yang
diberikan kepada mereka supaya dapat meningkatkan pemikiran mereka. Kadang-
kadang, guru lebih suka menambah jumlah tugasan pelajar lebih daripada biasa.
Sebenarnya, cara ini tidak sesuai dilakukan terhadap golongan pelajar ini kerana
mereka memerlukan cabaran kualiti (antaranya, sesuatu konsep yang lebih
mencabar) dan bukannya cabaran kuantiti. Contohnya, jika guru meminta pelajar ini
menulis lima artikel mengenai lima topik, sudah pasti tugasan sebegini membosankan
dan menjadikan mereka serba salah kerana mereka perlu memberi fokus terhadap
setiap topik, selain terpaksa membuat kajian terperinci atau intensif. Bagaimanapun,
tugasan yang lebih sesuai antaranya meminta mereka menulis satu artikel mengenai
satu tajuk yang memang menarik minat mereka.
Dalam soal menyiapkan tugasan, selain memberi mereka galakan supaya
menyiapkan tugasan mereka dengan sebaik mungkin, golongan pelajar ini perlu diberi
kebebasan dalam menentukan had masa menyiapkan tugasan. Ini kerana motivasi
intrinsik adalah pendorong yang kuat terhadap tingkah laku mereka. "Kanak-kanak
pintar cerdas perlu menikmati autonomi, autoriti dan kebebasan untuk membuat
keputusan sendiri. Namun kebebasan ini perlu digabungkan dengan amanah" (Nik
Azis Nik Pa, 1990).
Sebagai guru, saya boleh menasihatkan ibubapa Teck seng supaya
menyokong dan membantu anak mereka untuk meningkatkan keyakinan diri dan
membantu menjalani hidup tanpa meletakkan sebarang tekanan untuk pencapaian
yang terlalu tinggi daripada kemampuan anaknya. Ibu bapa perlu sedar bahawa
walaupun anak mereka mempunyai kecerdasan yang tinggi,tidak semestinya mereka
boleh melakukan semua perkara dengan cemerlang tanpa melakukan kesilapan. Oleh
itu, ibu bapa perlu sentiasa memotivasi anak mereka supaya terus berusaha untuk
mencapai kejayaan. Guru juga boleh memberitahu ibu bapa Teck seng tentang
keadaan anak mereka yang memerlukan kasih sayang dan perhatian keluarga untuk
menyokong perkembangan intelek dan emosi yang sihat. Nasihat boleh diberikan
kepada ibu bapanya supaya meluangkan masa yang berkualiti dan berkomunikasi
dengan anak mereka dan tidak hanya mementingkan pekerjaan supaya dapat
5
memantau keinginan, keperluan atau masalah yang dihadapi oleh anak mereka.
Komunikasi sangat penting untuk mengetahui perkembangan anak anak di sekolah.
Ibu bapa harus memberi respon kepada keperluan anak mereka supaya keperluan
anak anak dapat dipenuhi. Perhatian daripada ibu bapa akan menyebabkan anak
anak berasa disayangi dan sekaligus dapat membantu Teck seng meningkatkan nilai
estim kendiri.

Akhir sekali, pihak sekolah haruslah mewujudkan suasana pembelajaran


sepanjang hayat dan tidak hanya mementingkan gred peperiksaan semata-mata.
Pihak juga haruslah menerapkan nilai kerjasama dalam kalangan murid supaya sikap
individualistik dalam kalangan murid dapat dihapuskan. Pihak sekolah yang terdiri
daripada guru dan pihak pentadbir haruslah mewujudkan program khas kepada murid
pintar cerdas seperti Teck seng supaya potensi dan keupayaan yang ada pada diri
Teck seng dapat dikembangkan secara menyeluruh.

4.0 Kesimpulan

Para pendidik dan ibu bapa perlu memberi perhatian kepada keperluan emosi
dan sosial pelajar remaja pintar dan berbakat kerana sebilangan mereka sering
mengalami masalah pada peringkat ini. Mengikut "American Association of
Suicidology" (1989), persekitaran positif dalam keluarga, sekolah dan masyarakat
perlu dalam membantu dan memelihara perkembangan kognitif dan keperluan afektif
pelajar pintar dan berbakat. Jelas sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh
golongan pintar cerdas dewasa ini adalah berpunca daripada dua faktor utarna iaitu
Keistimewaan yang ada pada diri mereka dan faktor luaran. Adalah tidak tepat untuk
mengandaikan golongan pintar cerdas ini akan dapat mencapai kejayaan hidup
dengan begitu mudah. Pada hakikatnya, golongan ini perlu mengatasi pelbagai
halangan yang mereka hadapi supaya mereka dapat mengembangkan sepenuhnya
potensi yang sedia ada pada diri mereka. Peranan pendidik adalah sangat penting
untuk membantu mereka mengatasi halangan-halangan tersebut. Selain motivasi,
perhatian juga perlu diberi kepada keperluan mereka yang unik.

6
Rujukan

Bee, H. (1999). The growing child: An applied approach (2nd ed.). New York: Longman.

Chan, D. W. (2003). Dimensions of emotional intelligence and their relationships with social
coping among gifted adolescents in Hong Kong. Journal 0f Youth and Adolescence, 32(6),
409.

Chua, T. T., & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan asas.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Clark, C., & Callow, R. (2002). Educating the gifted and talented: Resource issues and
processes for teachers (2nd ed.). London: Fulton.

Cross, T. L., Cook, R. S., & Dixon, D. N. (1996). Psychological autopsies of three academically
talented adolescents who committed suicide. Journal of Secondary Gifted Education,
7,403-409.

Delisle, J. (1986). Death with honors: Suicide among gifted adolescents. Journal of Counseling
and Development, 64, 558-560.

Gallagher, J. J., & Gallagher, S. A. (1994). Teaching the gifted child (4th ed.). Boston, MA:
Allyn.

Leyden, S. (1998). Supporting the child exceptional ability (2nd ed.). London: Fulton.

Hayes, M., & Sloat, R. (1990). Suicide and the gifted adolescent. Journal for the Education of
the Gifted, 13,229-244.

Johnson, M. C. (1994). Cerulean sky: A gifted student explains his differences and difficulties.
Gifted Child Today, 17(5), 20-21, 42.

Piirto, J. (1999). Talented children and adults: Their development and education (2nd ed.).
Harlow, England: Prentice-Hall.

Kirk, S. & Gallagher,. (1989). Educating exceptional children (6th ed.). Boston, Houghton

7
Mifflin .Co.

Khadijah Rohani Mohd Yunus. (1990). Teori dan konsep pendidikan pintar cerdas dari
perspektif Barat. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Khadijah Md. Shahid. (1992). Penyesuaian peribadi dan sosial pelajar pintar cerdas.
Universiti Malaya.

Mischel. W. (1999). Introductory to personality (6th ed.). Florida : Harcourt Brace College
Publications.

Nelson, R. E., & Galas, J. C. (1994). The power to prevent suicide: A guide for teens helping
teens. Minneapolis, MN: Free Spirit.

Nik Azis Nik Pa. (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas:Teori dan praktik. Petaling
Jaya: Pustaka Islam.

Silverman, L. (2000). Counseling needs and programs for the gifted. London: Pergamon.

You might also like