You are on page 1of 1

Lampiran 1

Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaa Jitra, Rujukan Tuan :

06000 Jitra, Kedah. Rujukan Kami :

Tarikh : 1 Feb 2018

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jitra,
06000 Jitra, Kedah.

Melalui:
Guru Penasihat/ Pemimpin Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahasa Melayu.

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Jitra

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, RAJA NURUASEYKIN BINTI RAJA HARUN
berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait
dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan PERSATUAN
BAHASA MELAYU mulai 1.Januari, 2018.

3. Bersama-sama ini disertakan :

Draf Perlembagaan.
Draf Aktiviti Asas.
Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………...............

(FAIZAH BINTI ALI)

Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Jitra.
s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Jitra.

11

You might also like