You are on page 1of 25

Peranan dan implikasi

kepelbagaian
sosiobudaya dalam
sistem pendidikan di
Malaysia.
Disediakan oleh:
-Asvene Permasivam
-Ng Chi Ting
Sekolah
Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem
pendidikan negara. Pada peringkat Rendah terdapat SK, SJK (C), SJK
(T).
Pada peringkat Menengah pula, terdapat Sekolah Berasrama Penuh,
Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,
Sekolah Model Khas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Harian.
Pada masa kini terdapat sekolah yang dikategorikan sebagai
Sekolah Premier iaitu sekolah yang mempunyai tradisi yang panjang
seperti sekolah berusia 100 tahun, terletak di tempat yang strategik
serta mempunyai infrastruktur yang baik seperti sekolah yang terletak
di Cyberjaya dan Putrajaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengadakan sekolah khusus
untuk Pendidikan Khas pada peringkat Rendah dan Menengah.
Selain sekolah KPM, terdapat juga sekolah yang dikendalikan oleh
agensi lain seperti Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Swasta serta
Sekolah Antarabangsa. Maktab Tentera DiRaja ialah di bawah
Kementerian Pertahanan Malaysia.
Di peringkat sekolah menengah, terdapat Sekolah Berasrama Penuh
(SBP) bermatlamat memberi peluang kepada murid cemerlang
khususnya dari kawasan luar bandar mendapatkan pendidikan
terbaik supaya terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum
dan sahsiah.
Sekolah Menengah Teknik (SMT) memberi peluang belajar kepada
murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional.
Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan
separuh mahir.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), diwujudkan bagi
menyediakan Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi
murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah, kepimpinan serta
menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai ilmu
dalam dan luar negara.
Pembinaan sekolah aliran Agama menunjukkan komitmen
Kementerian Pelajaran untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dan
kepercayaan beragama kepada murid-murid.
Sekolah Premier pula ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah
dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak
kepada negara sejak penubuhannya.
Sekolah ini mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan
memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak
penubuhannya.
Sekolah ini menjadi lambang dan kebanggaan negara kerana
kecemerlangannya.
Contoh sekolah priemer
i. Victoria Institution (Kuala Lumpur)
ii. Sekolah Zainab (Kelantan)
iii. Maktab Sultan Ismail (Kelantan)
iv. Sekolah Menengah St. John (Kuala Lumpur)
v. Penang Free School (Pulau Pinang)
vi. Sekolah Tinggi Melaka (Melaka)
vii. Sekolah Menengah Lelaki Methodist (Kuala
Lumpur)
viii. Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak)
ix. Sekolah Kebangsaan Padang Lebar Kikir (Neg. Sembilan)
Sekolah-sekolah di Putrajaya dan Cyberjaya terletak di Koridor Raya
Multimedia dan sebahagiannya merupakan Sekolah Bestari.
Sekolah-sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur
yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik, iaitu
berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid
bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme,
sindrom down, keupayaan kognitif yang rendah, disleksia, dll.
Sekolah Menengah Teknik juga memberi peluang pendidikan kepada
murid bermasalah dengan menawarkan kursus-kursus anjuran Majlis
Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
Kepelbagaian Sosio-budaya juga telah mewujudkan sekolah yang
terdiri daripada pelbagai bangsa.
Kementerian Pendidikan telah berusaha untuk mengatasi masalah
kepelbagaian budaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah.
Program Integrasi untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu
daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan
dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.
Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang
dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu
sistem pendidikan yang seragam.
Sekolah Wawasan sebenarnya sedang beroperasi di Subang Jaya,
Selangor.
Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak
kecil lagi akan memudahkan integrasi yang wujud di kalangan
mereka.
Kurikulum
Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik
merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian
untuk dilaksanakan dalam satu jangka masa tertentu
(Saedah Siraj, 2001; Wiles & Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986).
Kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang telah disusun
dalam kurikulum itu sendiri. Di peringkat penilaian, pengukuran serta
pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang
tercatat.
Persoalan utama yang dibincangkan ialah apakah pendidikan itu
hanya untuk melaksanakan kurikulum yang bertulis sahaja?
Adakah pendidikan hanya mengukur hasilan pembelajaran yang
berupa penguasaan ilmu semata-mata sama ada di tahap tinggi
atau rendah oleh murid?
Perbicaraan mengenai perkara tersebut telah menarik minat para
penyelidik untuk mengkaji mengenai nilai-nilai, kepercayaan, iklim
sekolah dan pengalaman yang dipanggil Kurikulum Tersirat
(Mongolis, 2001; Chafel, 1997; Eisner, 1994; Longstreet & Shane, 1993;
Synder, 1973).
Majoriti tokoh pendidik tempatan dan luar negara mengakui
bahawa sebenarnya apa yang dipelajari di sekolah atau institut
pendidikan lain bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam
Sukatan Pelajaran atau Proforma Kursus tetapi merangkumi kesemua
pengalaman pembelajaran yang diperoleh penuntut semasa
belajar.
Kajian mengenai Kurikulum Tersirat atau Tersembunyi adalah terlalu
sedikit (Margolis, 2001; Chafel, 1997).
Idea Kurikulum Tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh
Jackson (1968) dalam bukunya Life in Classrooms yang seterunya
telah dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973) dan Apple (1980).
Memandangkan jumlah kajian mengenainya amat terhad, belum
ada lagi kata sepakat antara tokoh Kurikulum mengenai definisi yang
paling tepat bagi Kurikulum Tersirat.
Ausbrooks (2000), menjelaskan bahawa Kurikulum tersirat;
is composed of the implicit messages in the schools social climate,
unwritten yet understood by all. It is the body of knowledge a child is
absorbs in school simply by being there day after day. This is the
curriculum that creates a schools so called Learning Environment.
Chafel (1997), berpendapat terdapat 2 bentuk kurikulum yang
dilaksanakan di sekolah:-
i. Kurikulum Overt (Terbuka)
ii. Kurikulum Covert (Tertutup)
Kurikulum Overt memberi fokus kepada Kursus Pengajian Eksplisit
manakala Kurikulum Covert (tersirat) yang memberi fokus kepada
Pembelajaran Tacit (diaplikasikan tetapi tidak didokumentasikan)
Di peringkat pengajian tinggi, Kurikulum Tersirat lebih memberi
penekanan kepada persekitaran yang wujud dalam kalangan warga
kampus.
Adams (2002), mengenal pasti Budaya akademik sebagai Kurikulum
Tersirat.
Beliau berpendapat di antara peranan utama pengajar dan ahli
akademik di Institusi Pengajian Tinggi ialah memindahkan Sistem
Budaya melalui strategi pengajaran dan penilaian yang dilaksanakan.
Margolis (2001), pernah menjalankan kajian terhadap Kurikulum
Tersirat di peringkat pengajian tinggi telah mengadakan temu bual
dengan beberapa orang ahli akademik dari pelbagai institusi
pengajian tinggi di Amerika Syarikat.
Beliau mendapati beberapa istilah yang sama untuk kurikulum tersirat
disebut oleh responden termasuklah tacit learning, unintended and
intended consequences of schooling, political socialization, role
development, mentoring and intentional practices.
Melalui Kurikulum Tersirat, Kementerian berusaha membentuk bangsa
yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum.
Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai budaya
masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya
aktiviti Ko-kurikulum.
Kurikulum Tersirat diaplikasikan melalui aktiviti Berpersatuan, Kegiatan
Panitia dan aktiviti Kokurikulum.
Kurikulum Tersirat juga harus menggalakkan interaksi dalam kelas
sosial.
Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas
sosial murid.
Penerapan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui
pembentukan kurikulum.
Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu
dirancang dengan teliti.
Ciri-ciri Kurikulum Tersirat boleh dimaksudkan seperti berikut:
(i) Merangkumi semua pengalaman pembelajaran murid di mana
mereka belajar.
(ii) Hasil pembelajarannya adalah bersifat relatif dan sukar diukur secara
kuantitatif.
(iii)Nilai-nilai yang dibentuk oleh pelaksana kurikulum sendiri.
(iv) Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi,
persekitaran dan latar belakang pelaksana Kurikulum.
(v) Kurikulum tersirat tidak tercatat dalam kandungan kurikulum
berkenaan mahupun dalam penilaian.
(vi) Jenis dan pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis,
tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri.
Di Institusi Pengajian Tinggi Keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat
oleh Bergenhenegouwen (1987) boleh dijadikan sebagai asas dengan
beberapa pengubahsuaian. Tiga kategori diperkenalkan iaitu:-
i. Budaya belajar untuk belajar
ii. Budaya belajar untuk menjadi pengajar
iii. Belajar untuk Pembudayaan
Carpenter (1985), telah membuat kajian terhadap kesan kemahiran
belajar terhadap para guru pelatih.
Beliau telah membuat kajian terhadap kesan kemahiran belajar ke
atas guru pelatih.
Hasilan kajian beliau menunjukkan bahawa kumpulan guru pelatih
yang tidak diajar dengan kemahiran belajar didapati tidak
mempunyai keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah.
Kurikulum yang didefinisikan oleh tokoh-tokoh pendidikan sebenarnya
merangkumi seluruh kandungan serta meliputi pengalaman
pembelajaran yang diperoleh murid.
Kelihatan seolah-olah pengalaman pembelajaran lain seperti iklim,
budaya, kepercayaan, sikap dan nilai tidak wujud dalam sistem
pendidikan formal.
Kurikulum yang didefinisikan oleh tokoh-tokoh pendidikan
sebenarnya merangkumi seluruh kandungan serta meliputi
pengalaman pembelajaran yang diperoleh murid.
Kelihatan seolah-olah pengalaman pembelajaran lain seperti
iklim, budaya, kepercayaan, sikap dan nilai tidak wujud dalam
sistem pendidikan formal.
Sekian, terima kasih

You might also like