You are on page 1of 19

http://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN KEPELBAGAIAN, GAYA PEMBELARAN DAN BUDAYA1.

0 Pengenalan Para pendidik tidak percaya semua pelajar itu adalah sama dan setiappelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza-beza antara satu samalain. Malahan juga pengalaman guru di dalam kelas setiap hari membuktikanakan hal ini. Selain itu juga, teori-teori yang diterima dengan baikdiperjelaskan melalui penyelidikan yang meluas dan berdasarkan kepadadokumen yang menggambarkan akan perbezaan pembelajaran setiappelajar. Kebanyakkan para pendidik kini hanya boleh bercakap tentangperbezaan pengajaran, sama ada dari segi gaya pembelajaran, gaya kognitif, jenis psikologikal, atau tahap kepintaran pelajar. Namun ia juga perlu menilitiakan pendekatan yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat merekake dalam situasi pembelajaran.Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itumempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yangberbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepadapembelajaran mereka. Dalam konteks kepelbagaian ini, di manapertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesanyang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia jugaadalah satu imapak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapaikejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaianpelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahappembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikankepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga,sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiapdaripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman GGGB 3223 2KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasilpembelajaran.Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengansebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalammenentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Hal ini adalah keranaia saling berkait rapat antara satu sama lain untuk pembelajaran pelajar. 2.0 Kepelbagaian, Keseragaman dan Amalan Di Sekolah Meskipun pengiktirafan terhadap kepentingan perbezaan di antara setiappelajar, keseragaman tetap menguasai setiap amalan di sekolah. Lebihdaripada 50 tahun yang lalu, National Cantor mengamati bahawa secaraumumnya elemen dalam masyarakat dan sekolah tinggi serta di peringkatkolej, membuat penyeimbangan ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankandengan menggunakan cara pembelajaran yang sesuai yang mana ia adalahbagi mengahasilkan keseragaman untuk semua pelajar. Dalam 50 tahun ini,terlalu sedikit perubahan yang dilakukan. Kebanyakkan sekolah masihberfungsi sebagai seolah-olah semua pelajar adalah sama. Pelajarpelajarmasih menggunakan buku teks yang sama dan bahan pembelajaran yangsama. Mereka bekerja pada langkah yang sama berdasarkan kepada kuantitibahan pengajaran yang sama. Bahkan juga mereka belajar mengikutkurikulum yang sama serta isi kandungan dalam jadual waktu yang sama.Manakala guru-guru pula bercakap kepada seuruh sekumpulan pelajardengan menyampaikan maklumat yang sama pada waktu yang samakepada setiap pelajar. Dan sudah tentu sekolah juga menggunakan ujian-ujian yang sama dalam mengukur dan menilai tahap kejayaan dan hasilpembelajaran.Sesungguhnya perkara seperti

ini adalah salah kerana ia hanyamenitik beratkan akan kesamaan dari semua sudut dan perkara tanpamemperlihatkan kepelbagaian pelajar yang wujud dalam sesebuah sekolah GGGB 3223 3KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN khususnya kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Tidak dapatdinafikan bahawa guru diberi tugas serta tanggungjawab untuk mendidiksejumlah besar manusia. Oleh itu kecekapan dan keseragaman adalahalasan yang digunakan dalam proses kesamaan dalam semua sudut baikdari segi kurikulum, isi kandungan, buku teks, maklumat, teknik dansebagainya. Ini merupakan satu perspektif yang realistik tetapi apa yanglebih penting sekarang adalah kepercayaan kepada kepelbagaian denganamalan di sekolah dengan mengatasi keseimbangan antara keseragamandan kepelbagaian amalan di sekolah.Pada masa ini sekolah amat menitikberatkan keseragaman lebihdaripada kepelbagaian. Satu keseimbangan yang tepat harus di cari dan ditentukan melalui pemerhatian terhadap kepercayaan yang mana wujudnyakepelbagaian dalam sekolah. Oleh itu teori-teori dan penyelidikan yangmeluas perlu memutuskan apakah keseragaman yang perlu di berikankepada setiap orang pelajar dan guru perlu berusaha dalam mempraktikkanapa yang mereka rasa sesuai dalam menyeragamkan pelajar yang pelbagai.Dari satu sudut, ketidakseimbangan yang wujud kini mudah untukdifahami. Persamaan adalah lebih mudah untuk di sesuaikan daripadaperbezaan, dan amalam pendidikan sering di bangunkan secara langsungdalam menggalakkan pendidikan yang sama rata untuk semua pelajar. Olehitu terdapat beberapa model pengajaran yang sesuai dalammenyeimbangkan antara nilai-nilai pendidikan yang konsisten dankepelbagaian manusia. Terlalu menitikberatkan akan kepelbagaian tidak bermakna ia terlalumeletakkan kepercayaan yang jelas dan nilai yang kuat. Ini merupakansesuatu yang mutlak dalam dunia pendidikan. Yang mana kepelbagaiandalam ruang lingkup pendidikan perlu difahami dengan sebaiknya kerana iasememangnya suatu perkara yang wujud dan tidak boleh lari daripadanya.Kelebihan yang terdapat pada pelajar adalah hasil daripada guru yang GGGB 3223 4KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN cemerlang dan satu pengalaman yang menarik. Oleh itu setiap pelajar danguru perlu saling hormat meghormati antara satu sama lain dan pelajar perludi beri peluang dan kesempatan berdasarkan keupayaan diri mereka untukmencapai kejayaan. Cabaran yang wujud dalam memahami situasi ini adalahuntuk mengenalpasti apakah persamaan dan perbezaan yang seharusnyaterdapat di sekolah-sekolah. Satu standard keseragaman yang sesuaidiwujudkan tetapi bukan untuk pempiawaian. Apa yang penting untuk ditentukan adalah: Apakah keputusan yang dijangkakan untuk semua pelajar? Apakah pengalaman yang perlu diperolehi oleh setiap orang pelajar? Adakah kurikulum harus diseragamkan? Bagaimana para pendidik boleh bergerak ke arah satu misi secarabersama dengan mengambil kira akan kepelbagaian?Persolan-persoalan ini tidak memerlukan kepada jawapan yang ringkasmahupun mudah. Tetapi kita perlu meneroka bagi menampung perbezaan-perbezaan individu yang wujud di dalam bilik darjah dan untuk memberikanpeluang yang terbaik kepada semua pelajar bagi mencapai

kejayaan. Olehyang demikian untuk memahami dan menyelaraskan proses pengajaran danpembelajaran dalam amalan di sekolah yang lebih afektif berdasarkankepada situasi kepelbagaian pelajar yang wujud dalam dunia pendidikansekarang adalah melalui pemahaman terhadap perbezaan individu iaitu latarbelakang tentang kepelbagaian pelajar dan gaya pengajaran guru serta gayapembelajaran pelajar itu sendiri. Secara keseluruhannya masalah ini akandapat di atasi dan ditangani. 3.0 Aspek-Aspek Perbezaan Individu atau Kepelbagaian Pelajar Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalahdisebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang GGGB 3223 5KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaam individu bermaksud variasi atau ketidaksamaanindividu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif,emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yanglain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalahdisebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yangseratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Oleh itu guruguru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia bolehmempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. 3.1 Aspek-aspek Perbezaan Individu 1.Jantina2.Fizikal3.Kecerdasan otak4.Bangsa dan bahasa5.Personaliti/sahsiah6.Kesihatan7.Sosial8.Emosi9.Kesihatan/penyakit10.Lok asi tempat tinggal11.Kecerdasan12.Aspirasi/motivasi13.Status sosioekonomi14.Sistem nilai/norma15.Gaya kognitif atau gaya belajar16.Budaya dan world view a)Jantina GGGB 3223 6KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN Masyarakat Malaysia menganggap bahawa golongan lelaki mestiberani dan dianggap sebagai ketua keluarga serta meletakkanharapan yangg tinggi berbanding lelaki. Di sekolah pelajar lelaki lebihnakal dan kurang berdisiplin, manakala pelajar perempuan lebih rajindan berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran. Aktiviti pengajaranharus disesuaikan dgn perkembangan jantina. Tahap perkembanganfizikal, kognitif, emosi dan sosial golongan lelaki adalah lambat 2 tahundaripada perempuan sebelum akil baligh. Selepas akil balighperkembangan mereka hampir sama. Maccoby dan Jacklin (1974)menyatakan bahawa kecergasan lisan pelajar perempuan lebih baikdaripa pelajar lelaki, manakala pelajar lelaki lebih kepada kecerdasanruang. b)Fizikal Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3 kategori.i) Endomorf (bertubuh bulat)- Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudahdiserang tekananperasaan.ii) Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat) Bersifat asertif, agresif, bertenaga, kuat bersukan tetapi ada tandaboleh terlibat akt delinkuen.iii) Ektomorf (kurus dan tinggi) Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserangpenyakit skizofrenia. a)Personaliti

Personaliti adalah merupakan pola pemikiran, perasaan dan tindakanseseorang individu yang relatif unik dan stabil. Personalitimenerangkan sesorang sebagai individu iaitu bagaimana seseorang ituberbeza dengan individu lain serta apakah pola tingkahlaku yang GGGB 3223 7KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN tipikal mengenai seseorang itu. Personaliti juga melambangkan ciri-cirikeperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir,gaya bertindak dan gaya bekerja). Carl Jung membahagikan personalitikepada ekstrovert, introvert dan ambivert. b)Bahasa/Bangsa Dalam sesebuah negara berlaku percampuran pelbagai etnik danbangsa akibat daripada migrasi termasuklah dengan negara Malaysiayang mempunyai masyarakat yang pelbagai bangsa dan etnik. Sepertikaum Cina, India, Melayu, Kadazan dan sebagainya yang mempunyaibudaya yang tersendiri serta bahasa yang berlainan mengikut kaum. c) Gaya Kognisi dan Gaya Belajar Gaya kognisi adalah cara individu mempersepsi maklumat. Gayabelajar adalah persekitaran pembelajaran yg digemari oleh pelajar.Witkin (1940) membahagikan gaya kognisi kpd 2 jenis, iaitu gayakognisi belajar bebas medan dan gaya belajar bersandarmedan. Parry (1984) dan Shipman (1985) membahagikan gaya belajar kpd 24dimensi tentang kajian literatur gaya belajar iaitu inventori Myer-Briggs Type Indicator (MBTI). Ekstrovert lawan introvert Deria lawan gerak hati Pemikiran lawan perasaan Mengadili lawan mengamati d)Kesihatan Sebahagian besar pelajar dalam kelas terdiri daripada murid yanggsihat, riang, cerdas dan normal. Pelajar yangg tidak sihat adalahpelajar yang lemah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sertaaktiviti di luar bilik darjah. Ada juga murid yang kurang sihat danberpenyakit. Kanak-kanak cacat pendengaran, penglihatan, bisu, GGGB 3223 8KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN sengau, gagap dan dyslekxia boleh diperbetulkan dengan penggunaanalat teknologi dan rawatan doktor. e)Lokasi Tempat Tinggal Lokasi tempat tinggal setiap individu itu adalah berbeza antara satusama lain. lokasi tempat tinggal boleh dibahagikan kepada dua iaitutempat tinggal di kawasan bandar dan luar bandar seperti kampungdan sebagainya. Persekitaran antara keduanya tidak sama dan jauhberbeza antara satu sama lain berdasarkan kepada keadaannya. f)Emosi Aspek aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi,kebolehan menanggung kekecewaan dan kesabaran serta mengawalemosi. Emosi seseorang itu seperti gembira, duka, suka, marah, benci,cinta, kasih sayang, takut dan sebagainya. g)Mental Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada padamurid, pengalaman, latar belakang, kebolehan akal ( imaginasi danpenaakulan ),

keupayaan belajar, kebolehan bertindak, kebolehanmeninjau ke hadapan dan kebolehan menggunakan bahasa. h)Tingkah laku Perbezaan tingkah laku boleh diperhatikan dari aspek pergaulan,perhubungan, tingkah laku berinteraksi ( bahasa dan gaya ), unsur unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap dan ketegasan bertindak,kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama. i)Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelassosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspekini mempengaruhi kehidupan semua kanak kanak sejak dilahirkan. GGGB 3223 9KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN 3.2 Implikasi Perbezaan Individu Kepada Pengajaran danPembelajaran1. Kesediaan belajar Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahapkecerdasan yangberbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza.Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid yang lambat. Sekiranya gurumengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan danberkemungkinan akanmenjadi murid tercicir. Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan belajar yangberbeza. Oleh itu pelajar-pelajar yang sama umur tidak semestinyaberada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaandisebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakangkeluarga dan pengalaman pembelajaran. Fahaman guru terhadapperbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani muridsecara individu atau kumpulan mengikut kaedah yang berbeza. 2.Objektif Pengajaran dan Pembelajaran GGGB 3223 10KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harusmengambil objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harusmenyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulanyang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terustertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan. 3.Tingkahlaku Menggangu Pembelajaran Tingkah laku seseorang berbeza dengan seseorang yang lain. Tingkah laku ini mempunyai perkaitan yang rapat denganpersonaliti mereka. Mungkin sukar untuk mengubah personaliti,tetapi seseorang guru itu boleh mengubah sikap murid muridnya.- Pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran seringmempamerkan tingkahlakuyang akan mengganggu perhatian orang lain semasa P&P. Contohnyabising, agresif,vandalisme dan lain-lain. Ada juga murid yang proaktif seperti ingin membuat sesuatu yang belum disuruh, suka bertanyamengenai sesuatu yang belum diajar dan lain- lain.Ini dipanggilmengganggu yang positif. 4. Perbezaan Gaya Belajar - Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar. Adayang suka belajar secara sambil mendengar muzik , ada yang sukavisual, ada yang suka belajar secara individu dan ada juga secaraberkumpulan. 5.

Mental GGGB 3223 11KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN Kebolehan mental ( kecerdasan ) seseorang itu berbeza antaraseseorang dengan seorang yang lain. Ada murid yang mempunyaikekuatan daya ingatan, tetapi lemah dalam kreativiti, begitu jugasebaliknya. Kekurangan dalam sesuatu bidang tidak bermaknamereka akan kecewa dalam kehidupan. Sejarah telah membuktikanorang yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak semestinya berjayadi dalam mengendalikan kehidupan seharian. Tugas guru ialahmencungkil potensi pelajar dalam bidang bidang tertentu. 6. Persepsi Setiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan yang berbezaterhadap pembelajaran. Guru hendaklah mengenal pasti muridyang mempunyai persepsi yang negatif terhadap pembelajaran.Setelah itu beri mereka motivasi agar mereka mrngubah daripadaberpandangan atau bersikap negatif terhadap pelajaran kepadasikap positif. 7. Nilai Setiap pelajar mempunyai nilai yang berbeza berdasarkanperbezaan individu dan latar belakang kehidupan mereka. Tugasguru ialah mengubah pelajar agar mempunyai nilai yang baikterhadap pelajaran. 4.0 Gaya Pembelajaran Pelajar GGGB 3223 12KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN Pembelajaran merupakan suatu usaha berterusan yang dilakukan oleh setiapinsan untuk menguasai ilmu, nilai dan kemahiran. Pembelajaran itu sendiriadalah satu fungsi berkombinasi 'multi-faceted experience'. Pengalamanyang pelbagai rupa dan bentuk dialami melalui rangsangan luaran dandalaman. Rangsanganrangsangan ini mengakibatkan pengamatan ataupersepsi tertentu pada insan yang menerimanya. Berdasarkan persepsitersebut individu berkenaan akan memproses segala maklumat yangditerimanya.Ada yang berpendapat bahawa maklumat baru ini diproses dandiasimilasikan dengan maklumat atau ilmu yang sedia ada pada insantersebut, sebelum menjadikannya ilmu baru yang termantap. Padapandangan mereka, ini merupakan sebahagian daripada pembelajaran.Lantaran itu, persepsi dan pemprosesan rangsangan dan informasimerupakan inti pembelajaran manusia.Cara dan gaya bagaimana seseorang membuat persepsi danmemproses informasi merupakan salah satu isu penting kepada parapendidik. Sekiranya, penyampaian rangsangan itu serasi dengan cara dangaya sipelajar, maka, persepsi dan pemprosesan rangsangan akan jadi lebihmantap dan berkesan. Implikasi ini agak penting bagi pengagajaran danpembelajaran dalam bilik darjah. Jesteru itu, kita harus memahami konsepgaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan sebelum melihat salah satu`strategi' berkesan yang memberi ruang dan melayan pelbagai gayapembelajaran dan kecerdasan.Gaya pembelajaran pelajar yang perlu diketahui oleh guru: GGGB 3223 13KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN 1.Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yangberbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaikuntuk semua pelajar.2.Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktivitipengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalamgaya pembelajaran itu dapat

belajar dengan berkesan dan menguasaihasil pembelajaran.3.Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu: a. Pelajar visual : (Pelajar dalam golongan ini suka belajar denganmelihat)i.Huruf atau perkataanii.Benda, gambar atau gambar rajahiii.Demostrasi, tindakan atau lakonan a. Pelajar audio : (Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar denganmendengar atau bercakap seperti)i.Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguruatau pelajar lainii.Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, berceritaatau menghuraikan c. Pelajar kinestetik : (Pelajar dalam kumpulan ini suka belajardengan membuat atau melakukan sesuatu) seperti:i.Menulis atau melukis sesuatuii.Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan,simulasi, atau projekInteraksi sosial menangani isu-isu berkaitan dengan cara bagaimanapelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran. Reichmann dan Grasha(1974) telah menyarankan beberapa jenis pelajar bersaskan kepada cara GGGB 3223 14KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN mereka gemar belajar. Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secarabersendirian, kolaboratif, penyertaan dan kompetitif. Dunn & Dunn (1978)mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsurunsur asas yang kemudiannya diklasifikasikan kepada lima perkara sahajaberdasarkan rangsangan (stimuli) iaitu: 1) Alam sekitar(cerah -kelab; bunyi seperti muzik - sunyi; formal - tidak formal; panassejuk)2)Emosi( berstruktur tidak berstruktur; bermotivasi tinggi - tidak bermotivasi)3)Sosiologi( Ingin belajar bersendirian - dalam pasangan/kumpulan) 4) Fizikal(auditori; visual; tactual mobiliti tinggi - kurang bermobiliti) danPsikologi (impulsif - reflektif; global -analitik).Sekiranya, ditinjau secara kritikal pelbagai gaya pembelajaran ini, kitadapat merumuskan bahawa setiap orang manusia mungkin mempunyai lebihdaripada satu atau dua jenis gaya pembelajaran. Fungsi gaya pembelajaranini juga mungkin berbeza mengikut masa, alam sekitar, isu pembelajaranserta juga beberapa ciri mental, fisikal dan psikologi orang yang berkenaan.Dan mungkin juga, seseorang itu, lebih cenderung kepada satu ataubeberapa gaya pembelajaran tertentu sahaja. Gaya pembelajaran seseorangitu mungkin juga bersifat dinamis.Ia boleh dikembangkan dan maka boleh berubah (Guild, 1994).Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaanseseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balasdalam suatu suasana pembelajaran (Keefe, 1979). Seseorang pelajar mulabelajar dari masa dia dilahirkan tetapi cara belajarnya adalah dipengaruhi GGGB 3223 15KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN oleh faktor-faktor seperti sosia-ekonomi dan budaya keluarga, emosi, danalam fizikal di persekitarannya.Atas perbezaan faktor-faktor tersebut, gaya pembelajaran seseorangpelajar mungkin berbeza daripada gaya pembelajaran pelajar yang lain.Dapatan-dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat pelajar yanglebih cenderung kepada pembelajaran melalui penglihatan danpendengaran, terdapat juga pelajar yang lebih selesa dengan pembelajaranmelalui bahan manipulatif atau

reflektif; ada juga pelajar yang suka belajardalam kumpulan dan ada juga pelajar yang lebih selesa belajar secaraperseorangan (Felder, 1996).Walaupun seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadappembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang pentingsebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaranyang digunakan. Antara strategi-strategi ini, terdapat strategi yangberpusatkan guru seperti syarahan dan demonstrasi dan terdapat jugastrategi yang berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi danpengajaran reflektif (Freiberg, 1996). Hasil daripada kepelbagaian gayapembelajaran di kalangan pelajar dan kepelbagaian strategi pengajaran dikalangan guru, salahpadanan gaya pembelajaran pelajar dan strategipengajaran guru mungkin berlaku. Ini mungkin boleh menyebabkan pelajarmenjadi bosan dan tidak mengambil perhatian dalam pembelajaran semasaguru mengajar dan seterusnya tidak mencapai prestasi yang diingini.Sebaliknya, guru yang berhadapan dengan murid yang tidak berminat dalampembelajaran akan kehilangan azam untuk mengajar (Felder, 1993). Untukmengelakkan kesalah-padanan tersebut, guru-guru harus mengenal pastidan memahami gaya pembelajaran pelajar supaya strategi pengajaran yangsesuai digunakan untuk memenuhi kehendak pelajar dalam prosespembelajaran. Pelbagai model gaya pembelajaran telah dicadang oleh para GGGB 3223 16KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN pendidik dan satu daripada model-model ini ialah Model Gaya PembelajaranFelder Silverman. 5.0 Peranan Guru Dalam Menghadapi Perbezaan Individu Dan GayaPembelajaran Pelajar Guru harus mempunyai stail pengajarannya yang bitara akan menguruskansesi interaksinya itu. Guru itu mungkin mengelompokkan murid ataumengagihagihkan murid-muridnya mengikut kesukaan mereka. Gurumengadakan pelbagai tugas (tasks) yang diberikan kepada mereka. Ada pulapelbagai cara dan alat bagi guru memperdengarkan cerita.Ada pelbagai teknik untuk meminta murid memperihalkan cerita. Adapelbagai teknik pula untuk membolehkan murid-murid be the story. Disinilah terletaknya stail pengajaran guru iaitu bagaimana guru menguruskansesuatu situasi dan media pembelajaran ke arah pembelajaran yangmenyeronokkan dengan mengambilkira pelbagai gaya pembelajaran pelajarpelajarnya. Untuk menghadapi perbezaan di kalangan murid di dalam kelas,antara perkara-perkara yang boleh dibuat oleh guru ialah:1.Kaedah Kumpulan2. Pengayaan dan pemulihan3.Pengajaran terancang4.Pembelajaran Koperatif 5.Pengajaran dan Pembelajaran individu6.Mempelbagaikan bentuk penilaian7.Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran8.Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar9.Peneguhan Positif 10. Pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan GGGB 3223 17KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN Golongan guru yang inovatif, kreatif, prihatin, dan optimistik harusmeneroka sebanyak mungkin gaya pembelajaran murid-muridnya. Satu carauntuk meneroka adalah dengan mencuba. Kita tidak menafikan banyakkesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Sebagai guru yang hendakmengubah stail pengajarannya, apakah salahnya kalau guru mencubasesuatu interaksi pembelajaran yang benarbenar berasaskan gayapembelajaran murid? Rugikah kalau guru sanggup pula mencuba sesi-sesiinteraksi pembelajaran berasaskan akal? Kita seharusnya berupaya menjadiguru yang tidak memberi jawapan tetapi mendidik murid-murid untukmempersoalkan soalan dan jawapan. Untuk itu, kita harus membina

insanmurid yang menguasai kemahiran-kemahiran belajar dan berfikir denganmengikut gaya, cara, dan rentak pembelajaran murid-murid. Sebenarnyasemua tuntutan perubahan dalam interaksi di bilik darjah itu terserahkepada stail pengajaran masing-masing.Apabila guru kurang menghiraukan perkara-perkara seperti initernyata guru kurang peka kepada gaya pembelajaran murid dan akibatnyamereka mungkin jadi guru yang menjejaskan minda muridmurid. KataPancella J. Raths (1971): As of late, more and more investigators of teaching are beginning torealizethat poor teachers have been inflicting intellectual injury uponstudents too. Pernyataan Pancella mungkin masih boleh diterima pakai pada hari inikerana apabila guru-guru masa kini tidak memberi tumpuan kepada gayapembelajaran murid-murid, maka ini merupakan sekatan kepadaperkembangan pembelajaran murid-murid. Tidakkah ini merupakan satuintellectual injury? Guru yang sedar mengenai kepentingan gaya GGGB 3223 18KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN pembelajaran murid dan mahukan kejayaan dan perkembangan dalampembelajaran murid-muridnya harus boleh menjadi fasilitator yang bolehmenghakiskan mitos Saya tak boleh, cikgu dan Saya tak tahu, cikgu. 6.0 Hubungan Gaya Pembelajaran Pelajar dengan Gaya PengajaranGuru Umumnya kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang gurulakukan dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru terlatih adalah bijak memilih dan menggunakan kaedah yang palingsesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan diri mereka dalam usahamencapai objektif pengajaran yang telah dirancangkan. Pemilihan sesuatukaedah atau strategi haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu sepertigaya pembelajaran pelajar, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan ataukemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian pelajar,persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupukKonsep yang berkaitan dengan kepelbagaian pelajar, pengajaranberpusatkan murid, dan strategi pengajaran bersepadu tentulah tidakasing lagi kepada golongan guru. Bidang psikologi pendidikan yang dipelajaridi maktab-maktab perguruan dari dahulu sehingga sekarang pun masihmengutamakan pengetahuan guru mengenai kepelbagaian pelajar. Begitu juga dalam bidang ilmu pedagogi. Guru-guru mempelajari pelbagai strategidan model pengajaran yang boleh memenuhi minat, keperluan, danperbezaan pelajar.Walaupun latihan perguruan sedemikian dijalankan, namun apabilaguru berdepan dengan situasi sebenar mendidik 35 hingga 55 murid padasesuatu waktu dan dalam situasi saiz bilik darjah yang kurang kondusif,sesak dan sempit, para guru berkemungkinan besar kurang dapat memberipertimbangan terhadap kepelbagaian pelajar dan segala strategi yang GGGB 3223 19KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN disarankan dan yang telah dipraktikkan. Kesannya, guru akan menampilkanstail pengajarannya yang mungkin berbalik kepada penggunaan kaedahpengajaran terus secara kelas daripada strategi pengajaran berpusatkanmurid.Sebagai guru, kadang kala kita tertanya-tanya mengapa sesetengahpelajar kita mudah menerima apa yang kita ajari, dan mengapa yang lainyatidak. Kita juga tertanya-tanya mengapa prestasi sebilangan pelajar tidaksebaik yang lain walaupun mereka mendapat input yang sama dari kita.Memahami gaya pembelajaran dan mengakui hakikat bahawa setiap pelajarmempunyai gaya tersendiri dalam mempelajari sesuatu boleh membantukita memahami isu ini. Ada guru yang jarang sekali mengakui danmemahami bahawa pelajar yang dapat belajar paling berkesan melaluikaedah mendengar biasanya akan bereaksi kurang yakin terhadap komen,soalan dan pembetulan di atas draf

penulisannya, walaupun komen dansebagainya itu relevan kerana maklumat sedemikian lebih sesuai bagipelajar visual. Guru sedemikian tidak menyedari bahawa dalam kelaspenulisan, kefahaman pelajar auditori lebih tinggi apabila diberi input dalambentuk lisan berbanding dalam bentuk cetak (Kinsella, 1995).Dalam pengajaran dan pembelajaran, satu persoalan pokok haruslahditanya iaitu adakah guru memahami gaya pembelajaran pelajar-pelajarmereka yang berbeza? Guru disarankan melakukan perubahan dalam gayapengajaran mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan gayapembelajaran pelajar tetapi amalan para pendidik masih lagi tidak berubah.Sementara itu, guru didesak untuk menggalakkan inisiatif pelajar danmemberinya peluang untuk menyumbang dalam pembelajaran diri . Gurusering meluahkan kekecewaan atas sikap pasif pelajar menerimapengajaran mereka tanpa memikirkan bahawa pelajar juga mungkin kecewadengan gaya pengajaran guru. Raiff (1992) menyatakan, memahami gayapembelajaran seseorang pelajar dengan cara yang terbaik akan membantuguru mengurangkan kekecewaannya dan kekecewaan pelajar tersebut. GGGB 3223 20KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN Dalam konteks memahami sifat pelajar, gaya pembelajaran menjadiindikator bagaimana seseorang pelajar belajar dan cara belajar yangdigemarinya. Gaya pembelajaran juga dianggap sebagai strategi pengajarankerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang pelajarmemberikan maklumat tentang kognisi konteks dan kandunganpembelajaran.Mengikut Wan Zahid (1993), perlaksanaan Kurikulum (KBSR) danKurikulum (KBSM) ini membawa kepada perubahan penekanan daripadapendekatan tradisional kepada pendekatan baru dalam proses pembelajarandisekolah, dimana beliau menegaskan bahawa pembelajaran yang tertumpukepada pelajar (child centered) mesti diamalkan dan sebaliknyamengurangkan atau menghapuskan pembelajaran yang tertumpu kepadaguru (teacher centered).Dalam pembelajaran individu, Ingham (1992) dan Wan Zahid (1993)mengesyorkan agar para guru, pelajar dan ibubapa memahami stailpembelajaran pelajar dan menganggap perbezaan yang ada pada diriseseorang pelajar itu merupakan satu keistimewaan dan mereka dapatmenggunakan keistimewaan itu secara berkesan dalam pembelajaranmereka. Satu perancangan yang teliti dan sistematis amat diperlukanmemandangkan stail belajar individu merupakan satu aspek yang begitupenting dalam pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila kaedah,sumber dan program dipadan-suaikan dengan stail belajar pelajar, makapencapaian akademik dan sikap pelajar akan meningkat.Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu dengan lain tanpamengambil kira umur, status sosioekonomi atau IQ. Selari dengan pendapattersebut Wan Zahid (1993) menyarankan agar pengajaran dan pembelajarandisesuaikan dengan stail gaya belajar individu.Menurut kenyataan Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri PendidikanMalaysia dalam Berita Harian 16 April 1996, beliau menegaskan kemudahan GGGB 3223 21KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN infrastruktur adalah penting bagi guru dalam melaksanakan pengajaran danmemudahkan para pelajar menyesuaikan aktiviti pembelajaran merekasebagaimana yang dikehendaki oleh KBSM dengan lebih baik dan berkesan.Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Tuan Haji Ahmad Mohd. Saiddalam Berita Harian 3hb September 1998 , menyatakan guru bukanlahsemata-mata perlu memiliki ilmu pengetahuan terkini malah lebih daripadaitu guru-guru perlu memahami dan menyelami kehendak pelajar termasukdalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar , dengan ini segala tugasguru boleh dilaksanakan dengan lebih

mudah dan berkesan. Boleh dandapatkah seorang guru memahami dan menyelami kesemua kehendakpelajar-pelajarnya yang ramai? Bagaimana?Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yangdibuat oleh para pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysiamendapati sebilangan besar guru-guru tetap dan kekal mengamalkan gayapengajaran sehala chalk and talk . Kenyataan di atas disokong JemaahNazir Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal denganperanan lama mereka sebagai pengajar.Sementara itu guru-guru masih membahaskan aktiviti pengajaran danpembelajaran ke arah peperiksaan sematamata (Mohd Majid Konteng,1997). Peperiksaan semata-mata dan kurang menumpukan kepadapengajaran yang disesuaikan gaya pembelajaran pelajar ini menyebabkankemerosotan dalam pencapaian akademik matapelajaran tertentu danmerupakan satu faktor menyebabkan matapelajaran itu tidak diminati.Secara realistik, adalah mustahil bagi guru untuk menyesuaikan ataumemadankan gaya pengajaran mereka dengan gaya pembelajaran individukesemua pelajar. Justeru, bagi pelajar juga mereka harus belajarmenyesuaikan gaya pembelajaran mereka dengan gaya pengajaran gurusebab sebagaimana pelajar memasuki bilik darjah dengan membawa GGGB 3223 22KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN berbagai gaya pembelajaran, begitu juga guru dengan membawa gayapengajaran yang pelbagai. 7.0 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Abd. Rahim bin Abd. Rashid (1998), seorang tokoh pendidikan merumuskankaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dalam matapelajaranyang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:i)Guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gayapembelajaran pelajar dengan lebih menekankan soal minat,intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan dan apresiasi sesuatumatapelajaran dalam kehidupan pelajar.ii)Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaranyang melibatkan guru-guru dan pelajar perlu kepada carapembelajaran dengan menggunakan alat bantuan terkini sepertipenggunaan komputer, software atau internet.iii)Pelajar-pelajar perlu didedahkan atau diberi bimbingan melalui gayapembelajaran dengan cara pengumpulan data atau maklumat dan carasatu bahan itu disusun atau dianalisis..iv)Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput apa yang dipelajari,gaya pembelajaran dalam sesuatu metepelajaran seharusnyasentiasa mengaplikasikan apa yang dipelajari kepada situasi baruadalah amat perlu dilakukan oleh pelajar.v)Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaranperlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat GGGB 3223 23KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN penting menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifatinovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan metodologi pengajaran yang bersifat`spoon feed, induktif dan khutbah yang hanya menentingkan supayamurid menerima sahaja apa yang disogok oleh guru telah tidak lagisesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan budaya belajardan budaya mengajar pada era perkembangan informasi maklumatyang berlaku dalam masyarakat moden . 8.0 Budaya Dan Kepelbagaian Pelajar Apabila berbicara tentang budaya pastinya akan diselitkan dengan etnik,agama, jantina sosioekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek iniadalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akankepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalam sesebuah bilik darjah.Guru perlu fahami latar belakang

keluarga pelajar, keadaannya ketikadi dalam kelas, sedang belajar, ketika bersama kawan-kawan dan guru,penampilannya, gaya percakapannya dan ketika keseorangan. Perkara iniboleh diselidik melalui guru-guru, rakan-rakan, ibubapa, orang yang rapatdengannya.Komunikasi yang baik dengan pelajar membantu guru dalammendapatkan maklumat berkaitan diri mereka yang membolehkan guruuntuk membantu setiap pelajarnya berjaya di sekolah dan pemahaman yangmendalam akan proses pembelajaran itu perlu menyediakan satu rangkakerja untuk kurikulum dan pengajaran berdasarkan kepelbagaian pelajaryang wujud.Sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum bahawa budayadan gaya pembelajaran merupakan dua hubungan yang sangat penting GGGB 3223 24KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN dalam memahami kepelbagaian pelajar dalam memberikan pengajaran yanglebih berkesan dalam membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalampembelajaran mereka, walaupun ia perlu di sulusuri dengan berhati-hati.Perhubungan nilai-nilai budaya ini dan pendekatan pembelajaran sertapengalaman di dalam kelas adalah satu hubungkait untuk pelajar berjayabukan sahaja dari segi akademik, bahkan juga dari segi sosial dan emosi. 8.1 Definisi Budaya Masa Kini Budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia yang merupakan satuproses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalamsesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataanbudaya yang bermaksud budi + daya yakni budi sebagai aspekdalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspeklahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segalapenghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yangdapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yangpenting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengansuatu masyarakat yang lain. Antara ciri-ciri Budaya ialah:1.Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat2.Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa.3.Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran. 8.2 Kepelbagaian Budaya Di Malaysia Malaysiaialah sebuah negara berbilangkaumyang hidup dalam keadaanaman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia GGGB 3223 25KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN ialahMelayu,CinadanIndia. Melayu merupakan kaum terbesar denganmembentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yangberagama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu.Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik diMalaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal dibandar-bandar besar di pantai barat semenanjung.Kebanyakkan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme dan kristian sertaberbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochewdan lebihdominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripadapopulasi. Kebanyakkannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam danHindi. Selain itu terdapat juga kaumSikh,Seraniatau Eurasian dan kaumbumiputera lain.Bahasa Melayuialah bahasa rasmi Malaysia, tetapiBahasa Inggerisdigunakan secara meluas.Kaum Bumiputera yang terbesar diSarawakialahIbandengan 600,000orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjangSungai Rajangdan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggaldi barat daya Sarawak.Orang Asli(140,000) tinggal di

SemenanjungMalaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidupberpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalamkehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagaikumpulanetnikyang mempunyai pendapatan terendah berbandingkumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkansistemekonomimereka yang tidak bergantung kepada wang tunai,contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaranhutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihakkerajaanmenawarkanpeluangpelajaranyang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional sepertidoktor.Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidupbersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbezaini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan GGGB 3223 26KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN gabungan budaya Malaysia yang unik.Kepelbagaian kaum ini jugamengundang kepada kepelbagaian dan keunikan budaya yang terdapat dinegara ini.Kurikulum sekolah yang dibentuk dalam sistem pendidikan di negarakita adalah berorientasikan Malaysia bagi tujuan memupuk nilai-nilaikemalaysian. Namun ini bukanlah bermaksud untuk menolak ataumenidakkan budaya sesuatu kaum dengan wujudnya nilai kemalaysiaan ini.Kurikulum ini dibentuk sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaumdi negara ini. Kurikulum yang terdapat dalam sistem pendidikan jugamenerapkan dan mengintergrasikan nilai-nilai murni yang telah diterimaoleh masyarakat di Malaysia.Malahan nilai-nilai murni yang dipilih secara khusus adalah mengikutpelbagai budaya kaum dan bangsa di Malaysia ini. Maka dengan adanyakeseragamanan nilai bagi semua murid di sekolah yang berorientasikanbudaya Malaysia, maka dijangka akan dapat atau struktur yang sama bagikefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga fahaman.Pendidikan sebagai asas intergrasi juga bergantung kepadapemupukan nilai-nilai dan langkahlangkah penyebaran dan pembudayaanyang dilakukan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Malah dengan adanya penerapan nilai maka akan terbentuklah generasiyang mempunyai nilai-nilai yang sama melalui satu bahasa dan satupembudayaan. Justeru, sekolah sebagai sebuah institusi memainkan perananyang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. 9.0 Pendidikan Untuk Semua dalam Konteks Kepelbagaian Pelajar DiMalaysia GGGB 3223 27KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN Negara Malaysia melalui Wawasan 2020 , Falsafah Pendidikan Negara danPIPP 2006-2010 menegaskan betapa pentingnya merapatkan jurangpencapaian diantara pelajar-pelajar berdasarkan pelbagai latarbelakang.Malaysia mencapai kedudukan ke 45 antara 129 negara dunia mengamalkanprinsip Pendidikan untuk Semua. Malaysia tentunya kehadapan dalammemperjuangkan Aspirasi Pendidikan untuk Semua.Walau bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawamasih terdapat 125,000 pelajar Malaysia yang tiada di sekolah. Ini mungkinberkaitan dengan perbezaan bandar -luarbandar atau pendapatan ibubapayang berbeza. Dengan demikian perlulah ada tindakan sosial dan aktivitiekonomi yang boleh membantu ibubapa dan seterusnya mencapai matlamatdan hasrat Pendidikan untuk Semua. Teras ketiga dalam PIPP adalah merapatkan jurang pendidikan,yangmerangkumi jurang antara bandar dan luar bandar jurang antara yangmiskin dan dengan yang kaya; jurang digital dan jurang di antara merekanormal dengan mereka yang berkeperluan khas agar tidak ada sebaranggolongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.Sejajar dengan

dasarpendemokrasian pendidikan, semua murid perlu mendapat akses kepadapendidikan yang berkualiti tanpa mengira kaum dan lokasi tempat tinggalmereka. Hasrat ini hendaklah dicapai di bawah Rancangan Malaysia ke 9yang telah memberi fokus kepada pembangunan modal insan.Pembangunan modal insan perlu diberi perhatian serius kerana menjelangMalaysia menjadi negara maju, kita tidak mahu ada lagidi kalangan kitasebagai penumpang. Prinsip memakmurkan negara dan penduduknya akanmemberi impak kepada peningkatan pelajaran dan merapatkan jurangpendidikan.Kalau di lihat keadaan di Malaysia sendiri terdapatnya kepelbagaianpelajar dari segi budaya, bangsa, agama, sosioekonomi dan sebagainya.Dalam merapatkan jurang pendidikan ini, tidak dapat dibafikan bahawapendidikan bagi semua kaum selain pribumi sudah melangkah ke arah itu, GGGB 3223 28KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN tetapi yang menjadi persoalannya adalah kepada kaum pribumi yang agakterpinggir. Aspek lain yang perlu ditekankan ialah PEDAGOGI PRIBUMI iaitumerujuk kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kumpulan etnikseperti Orang Asli dan lain-lain kaum di Sabah dan Sarawak perlu dilihatdaripada aspek sosio-budaya dan sistem nilai masyarakat berkenaan.Perkara ini perlu diambil kira agar ilmu dan kemahiran yang disampaikanakan mudah diterima dan memberi makna kepada murid-murid Orang Aslidan pribumi. Sebagai langkah memantapkan usaha ini, para pendidik wajarmenjalankan kajian dan penyelidikan khusus mengenai pendidikan kaumpribumi ini supaya teori dan amalan pedagogi yang dikemukakan relevendan menepati dengan keperluan masyarakat tersebut. 10.0 Cabaran Guru Dalam Menguruskan Bilik Darjah Yang PelbagaiBudaya Dan Gaya Pembelajaran Tugas menguruskan bilik darjah merupakan satu cabaran besar bagi seorangguru. Pelbagai kekangan dan permasalahan akan wujud dalam bilik darjah,kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitukerenah murid yang dating dari pelbagai budaya dan memastikan gayapengajaran yang di sampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar.Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalammenentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalambilik darjah dengan menjadikan pelajar sebagai subjek utama.Guru yang bijak dalam pengurusan sesebuah bilik darjah yang didalamnya terdapat pelbagai ragam serta gaya pembelejaran pelajar iaituharuslah memahami dan mengenalpasti dan mengakji latar belakang socialpelajarnya supaya keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah dapat dicapai dengan jayanya dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya. GGGB 3223 29KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN Guru yg memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akanberusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalambilik darjah. Pelajar merupakan asset utama yang boleh dikategorikansebagai pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Golongan ini akansentiasa bersama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaranberlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melaluipendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakangindentiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosioekonomi, stail pembelajaran dan sebagainya. Yang pastinya dalam sesebuah bilik darjah itu tidak akan lari daripadacabaran kepelbagaian pelajar yang wujud di dalamnya. Apa yang pentingadalah guru perlu memahami bahawa terdapat perbezaan antara individupelajar atau kumpulan pelajar dengan yang lain yang mendesak guru untukmenggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan

bilik darjah.Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya pelajarterlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedahyang betul dan tepat.Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yangberkesan perlu memahami perasaan dan kehendak hati nurani para pelajardalam melahirkan stail pembelajaran mereka berdasarkan kepada tahap dan juga minat mereka sendiri. Pembelajaran yang bermakna di dalam bilikdarjah apabila guru melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang,membuat pertimbangan dan menganalisis bagi mengembangakan mindapelajar. Selain itu juga prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan danmengekalakan tahap kejayaan di samping member ruang dan peluang untukpelajar mengatasi kelemahan mereka atanpa membiarkan kegagalanberterusan. Pembelajaran perlu lebih realistic dan mampu mencabarkebolehan pelajar bagi mengembangkan potensi mereka pada masa akandatang. GGGB 3223 30KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN Isu kepadatan bilik darjah di Malaysia yang terlalu sesakmengakibatkan kadar tahap pembelajaran pelajar kian merosot. Oleh yangdemikian cabaran guru dalam memahami setiap pelajarnya kian menjadisukar. Apabila tumpuan yang sepenuhnya tidak dapat diberikan dengankepadatan pelajar dalam sesebuah bilik darjah, ia akan mendatangkan kesankepada pelajar. Bahkan juga guru sendiri akan menjadikan prosespengajaran dan pembelajaran yang dirancnag tidak menacapai matlamatyang diinginkan. Dengan bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima,kawalan kelas akan terabai kerana guru tidak mungkin dapat mengawal danmember perhatian terhadap bilangan pelajar yang ramai.Disamping itu juga, guru tidak dapat mengenalpasti mana pelajar yangpandai dan sebaliknya kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam satukelas. Oleh yang demikian, guru tidak dapat memberikan perhatian kepadapelajar yang lemah di dalam kelas tersebut. Inilah cabaran kini dalam duniapendidikan yang mana lahirnya kepadatan pelajar yang pelbagai latarbelakang manjadi sukar kepada para guru menjalankan proses pengajarandan pembelajaran yang berkesan. Oleh yang demikianlah, isu inimerupakkan satu cabaran dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh parapendidik untuk melahirkan dan membantu pelajar mencapai kejayaan yangdiimpikan. 11.0 Panduan Untuk Proses Pengajaran Pelajar Pelbagai Budaya Terdapat 1 3 panduan untuk menolong menyatukan bangsa, etnik, budaya dan bahasa didalamkurikulum sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif melal uipersekitaran pelbagai budaya di sekolah: 1.Sebagai seorang guru, mereka perlu membuat kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga perlu mempunyai pengetahuan, sikap yang baik, dan GGGB 3223 31KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN kemahiran apabila mengajar. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam mereka dapatmengajar dengan lebih mendalam tentang sesuatu kaum, bangsa, budaya sesuatukumpulan tersebut. Guru-guru juga boleh menambah pengetahuan mereka melalui buku- buku contohnya buku daripada Gary Howard (1999), yang bertajuk We Cant TeachWhat We Dont Know: White Teachers, Multiratial School 2.

Guru perlu mengetahuai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu etnik. Contohnyadi Malaysia, guru perlu mengetahui bagaimana kedatangan sesuatu kaum di Malaysiaseperti cina, India dan mahupun Melayu atau kaum-kaum lain yang berkaitandengan sejarah, latar belakang, budaya, cara hidup kaum tersebut. Selaianitu juga sebagai guru adalah lebih baik sekiranya ia memahami setiapbudaya pelajar yang wujud di dalam sesebuah sekolah supaya ia dapatmenyatukan pelajar yang pelbagai budaya di dalam sesebuah bilikdarjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di dalam bilik darjah.Walaupun seseorang pelajar itu lain agama atau kaum tetapi guruperlu memberikan perhatian yang sama rata buat semua pelajarnyatanpa mengira latar belakang. 3. Guru juga perlu sensitif dengan tabiat dan perangai bangsa sendiri dan penyataan yangdinyatakan dalam kelas. Mereka perlu menjaga sensitiviti sesuatu kaum contohnyamenyatakan hitam seperti orang India.Hal ini akan membuatkan orang India akanmemprotes dan perpaduan kaum akan musnah. Guru yang cemerlang melahirkanpelajar yang juga cemerlang apabila ia melahirkan nilai-nilai kasihsayang dan nilai moral yang baik dalam diri pelajar. Guru adalah rolemodel kepada semua pelajar dan segala apa yang dilakukan ituadalah diperhatikan oleh para pelajar. 4. Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif kepada pelbagai kumpulan etnik.Contohnya: membuat poster, kalendar yang menunjukkan bangsa, etnik dan agama. Selain itu juga proses pengajaran dan pembelajaran jugamenggalakkan pelajarpelajar yang pelbagai budaya dan latar GGGB 3223 32KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN belakang belajar dan bekerja bersama melalui pembelajaranberkumpulan. Gabungkan pelajar-pelajar yang pelbagai budaya didalam sesebuah kumpulan. 5.Guru perlu sensitif dengan bangsa dan tabiat etnik pelajar dan jangan menilai pelajar melalui luaran sahaja. Contohnya, melalui penyelidikan mereka menyangka kanak-kanak tidak mengenali warna. Sebagai seorang guru kita tidak boleh bersikap begitu dan tidak mempedulikan bangsa dan kaum yang berbeza. Kita seharusnya memberi tindak balasyang positif dan sentiasa berfikiran positif. 6. Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar. Alat bantumengajar tersebut mestilah jelas dan membuatkan pelajar mudah faham. Contohnya jikaingin mengajar tajuk bangsa yang ada di Malaysia, guru mestilah pandai untuk memilih bahan yang dapat menarik pelajar untuk belajar dan membuatkan mereka mudah untuk mengingati. Contohnya seperti menunj ukkan gambar dan lain-lain lagi denganmenitikbertakan kesamarataan antara semuanya. 7.Mendalami budaya dan warisan etnik sendiri. Sebagai seorang guru, kita mestilahmendalami budaya etnik sendiri. Dengan kelebihan yang ada, kita boleh menceritakankepada pelajar kelebihan-kelebihan etnik kita dan akan dapat menambah pengetahuanmereka. 8.

Mengetahui sensitiviti setiap etnik dengan lebih mendalam untuk mencapai objektif pengajaran. Contohnya bagi orang cina mereka menganggap membawa sesetengahperkara adalah membawa sial dalam diri mereka . Maka sebagai seorang gurukita mestilah mengetahui sensitivit i mereka.9.Sensitif dengan tahap perkembangan pelajar apabila terlibat dengan aktiviti bangsa, etnik, budaya dan bahasa. Guru juga hendaklah mengetahui tahap setiap pelajar. Contohnyadalam sesebuah kelas, tahap untuk semua pelajar berbeza-beza. Ada sesetengah pelajar lemah dalam matapelajaran tertentu, sebagai seorang guru kita hendaklah mengenal pastitahap semua pelajar. GGGB 3223 33KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN10. Tonjolkan pelajar kamu sebagai pemenang. Kebanyakkan pelajar mempunyai pencapaianyang baik dalam bidang akademik dan kurikulum. Sebagai seorang guru kita mestilahsentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada pelajar. Dengan sokongan yangdiberikan oleh guru, pelajar dapat meningkatkan prestasi mereka dalam matapelajarandan dapat meningkatkan nama sekolah . 11.Guru memainkan peranan yang penting dalam kejayaan pelajar. Setiap ibu bapamenginginkan anak mereka Berjaya dalam akademik, walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi. Naman mereka cuba juga untuk mendapatkan pendidikan yangterbaik untuk anak-anak mereka.12. Gunakan teknik belajar bekerjasama dan kerja berkumpulan untuk memperkenalkan bangsa dan integrasi kaum di dalam sekolah dan kelas. Contohnya di sekolah menengahkebangsaan pelajar pelbagai kaum diletakkan di dalam satu kelas untuk mewujudkansemangat perpaduan antara kaum. Dengan adanya aktiviti kerja berkumpulan, merekadapat mengenali dengan lebih dekat lagi rakan-rakan mereka yang dari pelbagai kaum.13. Semua aktiviti di sekolah mestilah melibatkan pelbagai bangsa, agama dan etnik.Contohnya jika ada hari usahawan, semua kaum mestilah melibatkan diri dan saling bekerjasama diantara satu dengan yang lain. Dengan kerjasama dari semua bangsa,agama dan etnik, maka dapat merapatkan hubungan diantara semua pelajar. Maka perpaduan kaum dapat dibentuk dengan begitu erat dikalangan semua kaum. 12.0 Kesimpulan Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gayapembelajaran mereka sedikit sebanyak membantu guru dalam menyediakanproses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiappelajarnya dan menarik kesungguhan serta usaha mereka menciptapengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaianpengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar akan GGGB 3223 34KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN memberikan faedah kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaianyang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkanmetodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akanmenghasilkan pembaikan pengajaran untuk semua.Seorang guru yang menggunakan kemahiran-kemahiran yangberkesan dan cara pengajaran yang kreatif akan menarik minat danmemberikan peluang kepada semua pelajar-pelajarnya untuk mecapaikejayaan dalam pembelajaran. Guru yang cemerlang adalah guru yangberjaya memahami kehendak pelajar-pelajarnya dengan mendalami latarbelakang serta budaya setiap pelajar-pelajarnya supaya ia dapatmenyediakan proses pengajaran yang

memberikan kesamarataan kepadasemua pelajar. Guru-guru ini perlu tahu bahawa untuk memberikanpengajaran yang berkesan, mereka harus menunjukkan nilai-nilai budayabaik dan memahami gaya pembelajaran setiap daripada mereka. Oleh yangdemikian itu, mereka edikit sebanyak akan terus tertarik untuk mengetahuidan mendalami latar belakang tentang pelajar-pelajarnya.Secara tuntasnya, sebagai seorang guru tugasnya bukan sahajamendidik dan melaksanakan tanggungjawab menyampaikan ilmupengetahuan kepada pelajar tetapi ia mempunyai satu tugas yang besardalam memahami dunia pendidikan yang sebanar terutama pengurusannyadi dalam sesebuah bilik darjah yang mana pada suasana kini pelajar yangwujud adalah datang dari pelbagai latar budaya antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga,kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku dan sosial.Secara umunya untuk menjadi guru yang cemerlang cabaran-cabaranseperti ini tidak dapat tidak perlu hadapinya dalam membatu sertamelahirkan pelajar-pelajar yang berjaya. Selain itu juga guru bukan hanyaditugaskan dengan perkara-perkara ini bahkan juga untuk menjadikansesuatu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif adalah denganmemahami gaya pembelajaran setiap pelajar-pelajarnya. GGGB 3223 35KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN Seperti yang sudah sedia maklum bahawa setiap pelajar mempunyaitahap penguasaan dan gaya pembelajaran yang pelbagai. Ada juga pelajaryang pasif daan ada juga palajar yang aktif tetapi penilaian ini shaja tidakcukup dalam menggambarkan proses pembelajaran yang efektif keranapelajar mempunyai pelabagai ragam kehidupan dan tingkah laku. Gurulahorang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menarik sertamenjadikan harapan dan impian mereka tercapai.Dari segi pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu meikirkan carayang tersendiri dalam memeberikan kesamarataan pembelajaran yang selariuntuk semua pelajar-pelajarnya tanpa mengira budaya. Di negara Malaysiasendiri mempunyai budaya masyarakat yang pelbagai dan majmuk. Olehyang demikian guru harus memahami pelajar-pelajarnya. Melayu, cinamahupun india mempunyai tahap kefahaman dan stail pembelajaran yangberbeza-beza anatara satu sama lain.Secara kesimpulannya, keplabagaian pelajar, gaya pembelajaran, danbudaya meruapakan 3 aspek penting serta secara tidaka lensung menjadicabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yangberkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan ketiga-tiga aspek perubahanini kerana ia akan berubah dari zaman ke zaman mengikur peredaranmasa.guru yang berjaya merealisasikan perkara-perkara ini meruapakanguru yang berkesan dan cemerlang. Kepekaan guru terhadap kepelbagaianini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yangmendatang, inilah dunia pendidikan yang ssebenar dalam menyatukankepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya. 13.1 RUJUKAN Kameenui, Ej. 2002. Effective Teaching Strategies That AccommodateDiverse Learners . New Jersey: Merril Prentice-Hal KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN Lee Shok Mee. 1991. Asas Pendidikan Psikologi Dalam Bilik Darjah . KulaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Hasan Mohd Ali. 1996. Strategi Belajar Yang Berkesan . Kula Lumpur: UtusanPublication & Distrubutors Sdn Bhdhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_Malaysiahttp://www.scribd.com/doc/800485

2/PerbezaanIndividuhttp://www.smkbp.com/attachments/Pengurusan%20Bilik%20Darjah.pdf http://www.scribd.com/doc/18329879/Gaya-PembelajaranAssignmentIndividuhttp://rohaty-education.blogspot.com/2009/07/pendidikan-untuk-semua-dankepelbagaian.html

You might also like