You are on page 1of 3

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah

untuk menentukan tahap atau sesuati ciri yang diperolehi daripada


seseorang individu. Didalan pentaksiran, terdapat 5 konsep yang
saling berkait antara satu sama lain. Antaranya adalah Instrumen,
Skor, Kumpulan yang ditaksir, Kumpulan yang menaksir serta
respons. Kelima-lima prinsip ini mempunyai kaitan antara satu sama
lain. Contohnya instrumen yang disediakan hendaklah sesuai dengan
kumpulan murid yang ditaksir. Ini adalah sangat penting kerana aras
kognitif murid-murid adalah berbeza mengikut tahun persekolahan.

Instrumen merupakan prinsip pentaksiran yang pertama. Ini


disebabkan oleh, pentaksiran tidak dapat dijalankan tanpa satu
instrumen ataupun satu alat untuk menguji pencapaian dan
pemahaman murid. Instrumen yang digunakan dalam pentaksiran
Bahasa Melayu adalah satu set kertas soalan yang telah disediakan
berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang lengkap dan
mencakupi semua kemahiran yang hendak diuji.

Prinsip pentaksiran yang kedua ialah kumpulan yang ditaksir.


Kumpulan yang ditaksir merujuk kepada kumpulan murid-murid yang
hendak diuji. Kumpulan yang ditaksir ini perlu ditentukan dahulu dari
segi tahun persekolahan mereka dan skop pengetahuan mereka. Ini
adalah sangat penting supaya instumen yang disediakan adalah
relevan dan menepati tujuan pentaksiran.
Prinsip pentaksiran yang ketiga ialah respons. Respons merujuk
kepada hasil pengujian iaitu jawapan-jawapan yang telah diberikan
oleh murid-murid di dalam kertas ujian mereka. Respons-respons
murid memainkan peranan yang sangat penting di dalam pentaksiran
kerana respons-respons ini mengandungi data-data ataupun
maklumat-maklumat tentang pencapaian murid-murid untuk suatu
tempoh persekolahan; penguasaan murid-murid tentang satu-satu
tajuk atau kemahiran; dan juga keberkesanan strategi yang
digunakan oleh guru.

Prinsip pentaksiran yang keempat ialah kumpulan yang mentaksir.


Kumpulan yang mentaksir biasanya merujuk kepada guru-guru yang
menyemak skrip jawapan dan juga mereka yang menganalisis skrip
jawapan ataupun respons-respons yang telah diberikan oleh murid-
murid. Sebaik-baiknya, kumpulan guru yang mentaksir skrip jawapan
ini terdiri daripada guru-guru neutral iaitu guru-guru yang tidak
mengenali kumpulan murid yang ditaksir. Dengan ini barulah skor
yang diperolehi itu adalah lebih tepat dan menggambarkan
keupayaan dan tahap penguasaan murid-murid yang sebenar.

Prinsip pentaksiran yang terakhir ialah skor. Skor merupakan data


numerik yang diperolehi daripada analisis respons-respons yang
diberikan oleh murid-murid. Dengan kata lain, hasil pentaksiran
dinyatakan dalam bentuk skor. Daripada skor inilah guru dapat
mengetahui pencapaian dan tahap penguasaan murid terhadap satu-
satu kemahiran atau tajuk pelajaran. Skor ini juga digunakan oleh
guru-guru untuk menganalisis secara lebih terperinci tentang
pencapaian dan tahap penguasaan murid-murid.

You might also like