You are on page 1of 1

SURAT PERMOHONAN

Nur Badrul Iffat Bin Ibrahim


Lot 412, Kampung Pendek,
Jalan Salor,
15100, Kota Bharu,
Kelantan.

Pusat Tuisyen Advance Study (PG0339692-K)


Kota Bharu,
Kelantan. 27 Julai
2016

Tuan/Puan,

Permohonan Guru Home Tutor


Saya adalah Nur Badrul Iffat Bin Ibrahim, berumur 24 tahun daripada
pelajar lepasan Ijazah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Saya
menulis surat ini untuk memaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa
saya ingin memohon jawatan sebagai guru home tutor.

2. Sebagai pengetahuan tuan, saya merupakan Jurusan Ijazah Sarjana


Muda Keusahawanan dan Perdagangan. Tujuan saya ingin membuat
permohonan sebagai guru tuisyen di Pusat Tuisyen D Mutiara kerana saya
mahu mendapatkan pengalaman mengajar di pusat tuisyen. Sebelum ini,
saya mengajar tuisyen di Pusat Tuisyen D Mutiara. Saya juga pernah
mengajar di SMK Tendong semasa latihan mengajar selama 4 bulan. Di
sekolah tersebut, saya diberi peluang mengajar mata pelajaran Prinsip
Perakaunan, Ekonomi Asas dan Kemahiran Hidup. Saya juga diberi
kepercayaan oleh guru pembimbing SMK Tendong dalam mengendalikan
kerja kursus Prinsip PerakaunanTingkatan 4. Saya serba sedikit
mengetahui tentang akaun, yang mana bidang pengkhususan saya yang
kedua adalah Perakaunan. Semasa di UPSI, saya belajar banyak selok
belok tentang perakaunan seperti Management Accounting, Finance, UBS,
Taxation, Financial Accounting dan Perakaunan dalam Organisasi
Pendidikan. Selaku dengan itu, kemahiran dan pengalaman yang ada
akan saya gunakan dalam mengendalikan tugas dan tanggungjawab untuk
mendidik dan memberi ilmu kepada pelajar di pusat tuisyen tuan.

Penjelasan dan keterangan saya sebelum ini diharap dapat memuaskan


hati pihak tuan/puan. Oleh itu, resume yang saya lampirkan ini sedikit
sebanyak membantu tuan pertimbangan akan dibuat terhadap
permohonan saya ini. Saya menghargai masa tuan/puan meninjau semula
permohonan ini dan memberi peluang saya untuk mempelajari serba
sedikit pengalaman bekerja.

Yang benar,
Iffat

You might also like