You are on page 1of 10

FOLIO

PERMAINAN
BOLA
JARING
NAMA: NUR’ AIN
SHAFIYYAH
KELAS; 3 IRSYAD
SUBJEK: PENDIDIKAN
KESIHATAN
NAMA GURU: PN
SUHAIDA
Bola jaring adalah
sukan berpasukan
tanpa-sentuhan yang
berasal daripada
Amerika Syarikat
menyerupai, dan
berasal daripada, bola
keranjang. Bola jaring
kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah
pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan
adalah popular di Indies Barat, Sri Lanka, dan United
Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam
lebih daripada 70 buah negara

Ciri ciri bola jaring


Contact: Tanpa-sentuhan
Ahli pasukan: Tujuh pemain dalam pasukan di gelanggang
pada satu masa Seven, (sesetengah variasi remaja/latihan
hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan)
Jenis: Dalam atau luar dewan
Peralatan: Bola jarring

PERATURAN DAN UNDANG-


UNDANG PERMAINAN
Objektif : menjaring sebanyak mungkin gol di tiang pasukan lawan
PEMAIN
Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain
simpanan.
(a) PENJAGA GOL
Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan
lawan baik di dalam kawasan dan di luar kawasan jaringan. Penjaga
gol boleh keluar masuk kawasan gol. Tugas- tugasnya ialah menjaga
kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan
jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).
(b) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)
Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan
penyerang gol (GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan
tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh
menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemain dalam
kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah
menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga
boleh menerima bola dari hantaran tengah.
(c) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD)
Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan.
Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan
kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan jaringan.
WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaku semasa bola
dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain
lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA. Kadangkala, WD
boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola
dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.
(d) Pemain tengah (C)
Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting
kerana ia ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan pemain yang
membuat hantaran tengah di awal permainan. Kawasaan C hampir
meliputi keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua
kawasan kecuali di kawasan D.
(e) Penyerang sayap (wA)
Penyerang sayap (wing attack = WA) juga penyerang, dan tugas
utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan.
WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan penyerang
gol dengan kerjasama pemain tengah.
(f) Penyerang gol (GA)
Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA
akan bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan
penjaring gol. GA juga selalu menerima hantaran tengah dan
bertindak sebagai penyerang.
(g) Penjaring gol (GS)
Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS
mestilah mahir membuat jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan
bermain di kawasan masing-masing. Pemain tidak bebas bergerak ke
segenap sudut gelanggang dan mereka hanya bermain mengikut tugas
yang telah ditetapkan.
2. PENGADIL
Pengadil bertanggungjawab memastikan pertandingan
itu berjalan lancar dan semua pemain bermain dengan
‘bersih’ dan mengikut peraturan permainan yang telah
ditetapkan. Pengadil adalah orang yang paling berkuasa
dalam gelanggang.

Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang


terdiri daripada seorang penjaga masa dan seorang lagi
pencatat masa dalam satu pertandingan. 2 orang
pengadil inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap perjalanan sesuatu pertandingan dan lazimnya
pengadil ini terdiri daripada wanita tetapi terdapat juga
pengadil lelaki.

Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya berada


di luar gelanggang,
kecuali dalam keadaan atau tugas berikut:
1. Membuat lambungan
2. Menunjukkan tempat di mana penalti akan diambil
3. Melihat permainan dengan lebih jelas
4. Melihat pemain yang tercedera (jika ada)
Wisel adalah perlu bagi seorang pengadil dalam
sepanjang masa permainan.
UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING
1. PENALTI
(a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan
dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan
(i) Undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil
hendaklah menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan
denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada
pasukan yang dilakukan kesalahan.
(b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.
(c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada
salah satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang
dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti itu.
(d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di
tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang
betul.
(e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran
penalti, jaringan penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi
undang-undang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat
yang ditunjukkan adalah sama dengan kaki mendarat semasa pendaratan
atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki tetap di atas tanah.
(f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau
jaringan penalti melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran
percuma diberikan kepada pasukan lawan.
(g)Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-
undang (c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak
lawan.
2. HANTARAN PERCUMA
Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam
gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan
yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol.
Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu
membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang
seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu.
Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti
Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar
undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana
sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh
dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan
sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika
pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang
membuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu
berjaya melepasi jaring.
Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika
tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti
akan diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau
diganggu).
Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:
(a) Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang
pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang
melakukan kesalahan.
(b) Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran
penalti atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat
pemain kedua.
(c)Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di
sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan
mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain
yang mengambil.
(d)Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang
seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari
pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil
bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang
membuat hantaran.
(e)Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol boleh
membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan
Hantaran ke Dalam
Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk
lontaran ke dalam sekiranya :
(a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau
(b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar
gelanggang.

Lambungan
Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:
(a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu
atau kedua-dua belah tangan.
(b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang.
(c)Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola
sebelum bola itu keluar gelanggang.
(d)Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah
seorang memegang ataupun menyentuh bola.
(e)Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu
permainan.

You might also like