You are on page 1of 3

Pemain

Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain simpanan. Setiap seorang pemain
mempunyai fungsi atau tugas yang tersendiri. Senarai dan kedudukan pemain adalah seperti berikut:

(a) Penjaga gol (GK)

Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dlamkawasan
mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasangol. Di antara tugasnya ialah
menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang didalam kawasan jaringan. GK juga perlu
bekerjasama dengan penahan gol (GD).

(b) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)

Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA)pasukan pihak
lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalamkawasan jaringan. GD boleh
menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemaindalam kawasan tengah atau kawasan gol,
tetapi tugas utamanya ialah menghalangpenyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh
menerima bola dari hantarantengah.

(c) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD)

Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialahmenghalang gerak
geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukanlawan dalam bulatan jaringan.

WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaksemasa bole di hantar ke tengah atauke dalam
oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA. Kadangkala, WD
boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam
oleh pemain lawan.

(d) Pemain tengah (C)


Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskansebagai
penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awalpermainan. Kasawan C
hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C bolehbergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan
D.

(e) Penyerang sayap (WA)

Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari
kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan
penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

(f) Penyerang gol (GA)

Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasamadengan pemain
tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerimahantaran tengah dan bertindak
sebagai penyerang.

(g) Penjaring gol (GS)

Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat
jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan masing-masing. Pemain tidak bebas
bergerak ke segenap sudut gelanggang dan mereka hanya bermain mengikut tugas yang telah
ditetapkan .

You might also like