You are on page 1of 3

Strategi hantaran ke dalam

Strategi pertahanan

Kejohanan utama

Togol subbahagian Kejohanan utama

Kejuaraan Dunia Bola Jaring

Sukan Komanwel

Kejohanan domestik

Australasia

England dan Wales

Singapura

Lihat juga

Pautan luar

Bola jaring

Rencana

Perbincangan

Baca

Sunting

Sunting sumber

Lihat sejarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bola jaring

MalawiFijiNetball.jpg

Malawi (merah) bermain Fiji (biru) di

Sukan Komanvel 2006.

Badan induk tertinggi International Federation of Netball Associations

Pertama kali dimainkan 1895, New Orleans, Louisiana (USA)

Ciri-ciri

Contact Tanpa-sentuhan
Ahli pasukan Tujuh pemain dalam pasukan di gelanggang pada satu masa Seven, (sesetengah
variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan)

Jenis Dalam atau luar dewan

Peralatan Bola jaring

Kemunculan

Sukan Olimpik 1995

Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat
menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Bola jaring kini adalah dimainkan dengan
cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular
di Hindia Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 980 juta penduduk bermain bola jaring dalam
lebih daripada 100 juta buah planet.

Peraturan

Gelanggang dan dimensi

Seperti bola keranjang, bola jaring dimainkan sama ada di gelanggang yang keras atau lembut
dengan gelung atau "rings" pada kedua-dua hujung.

Gelanggang ini lebih besar berbanding dari gelanggang bola keranjang, menjadi 30.5 m panjang dan
15.25 m lebar. Garisan yang lebih panjang dikenali sebagai "garisan sisi" dan garisan lebih pendek
dikenali sebagai "garisan gol" atau (base lines). Tanda-tanda gelanggang tidak lebih lebar daripada
50 mm. Gelanggang adalah terbahagi kepada tiga bahagian yang mengawal di mana setiap
kedudukan individu yang dibenarkan bergerak.

Satu "bulatan tengah" berdiameter-90 cm adalah terletak di tengah gelanggang. Pada setiap hujung
gelanggang terdapat "shooting circle" atau "bulatan gol" separuh bulat berjejari 4.9 m di mana
semua jaringan gol mesti diambil di situ. Tiang gol adalah 3.05 m tinggi dari bahagian atas gelung
sehingga ke lantai dan tidak mempunyai papan penghadang. Gelung mempunyai dimeter dalaman
380 mm dan terletak 150 mm dari tiang gol. dan diperbuat daripada besi berdiameter 15 mm.
Kedua-dua ketinggian dan diameter bagi gelung adalah lebih kecil daripada gelung bola keranjang. Ia
adalah berkemungkinan untuk bermain bola jaring menggunakan gelung bola keranjang tetapi jika
terdapat mana-mana sentuhan antara bola dan papan hadang, bola itu adalah dianggap luar
permainan. Jika satu gol dijaring dari papan penghadang ia tidak dikira. Beberapa versi peraturan
membenarkan satu gol dijaringkan daripada satu lantunan papan penghadang jika pemain yang
dapat menangkap bola tanpa terkena lantai.

Gelanggang bola jaring.

Kedudukan
Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah
variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai
"bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap
pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan
mereka dianggap "offside". Kedudukan digambarkan di bawah:

Kedudukan bola jaring

Nama kedudukan Singkatan Lawan Kawasan dibenarkan

Goal Shooter GS Goal Keeper. Attacking third, including goal circle

Goal Attack GA Goal Defence Attacking and centre thirds, including the goal circle

Wing Attack WA Wing Defence Attacking and centre thirds, but not the goal circle

Centre C Centre Attacking, centre, and defending thirds, but not the goal circles

Wing Defence WD Wing Attack Centre and defending thirds, but not the goal circle

Goal Defence GD Goal Attack Centre and defending thirds, including the goal circle

Goal Keeper GK Goal Shooter Defending third, including the goal circle

Strategi

Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi
menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya
pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut
akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan
lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan.
Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta
mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan
pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan
dengan berkesan.

Strategi hantaran tengah

Strategi I Perhatikan rajah kedudukan pemain di bawah. Latihan strategi seperti ini bermula dari
pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja
pengadil meniupkan wisel. WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada
dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS
membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada dalam kawasan jaringan. Dengan
demikian GA berpeluang membuat jaringan gol.

Rajah 4.12: Strategi daripada hantaran tengah

You might also like