You are on page 1of 34

FONG JIA JINN HENNY KONG KAI SIANG KUEH CHINWAN LIM HONG HOWE

PENGENALAN BOLA KERANJANG


Sejenis sukan yang terdiri daripada dua pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 5 pemain yang berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain. Mesti mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Mata akan diperolehi dengan lontaran bola yang berjaya menerusi keranjang dari atas.

Pasukan yang memperoleh mata lebih banyak dikira menang dalam permainan tersebut. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata. Bola boleh digerakkan di dalam gelanggang dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola-bola dikawal.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN


James Naismith telah memperkenalkan permainan bola keranjang ini berdasarkan permainan kuno Kaum Indian Mexico. Permainan ini mula dimainkan pada 1891 di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat. Pada tahun 1932, Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa ditubuhkan diikuti dengan penerimaan permainan ini di Sukan Olimpik 1936. Permainan bola keranjang mula diperkenalkan dan dimainkan sekitar tahun 1920 oleh murid-murid sekolah Cina.

Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) telah ditubuhkan pada tahun 1958. Sejak daripada itu, bola keranjang telah dimainkan di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

KELENGKAPAN PERMAINAN
1. Gelanggang Bola Keranjang 26 meter x 14 meter. 2. Bola Berbentuk sfera. Berukur lilit 75 centimeter hingga 78 centimeter. Beratnya adalah 600 gram hingga 650 gram. 3. Tiang Ukuran dari aras lantai hingga atas papan tampan ialah 3.95 meter. Ukuran dari lantai ke bawah papan tampan ialah 2.75 meter.

4. Papan Tampan Digunakan sebagai tempat untuk menjaringkan gol. Size ukuran ialah

5. Kasut dan pakaian Kasut yang sesuai untuk digunakan ialah kasut sukan manakala pakaian yang digunakan ialah baju tanpa lengan.

PERATURAN DAN UNDANGUNDANG


1. Bilangan pemain Setiap pasukan diwakili oleh 5 orang pemain. 2. Pengadil Sesuatu perlawanan akan diadili oleh seorang pengadil. 3. Masa permainan masa keseluruhan: 40 minit rehat : 10 minit

4. Memulakan permainan Untuk memulakan permainan, pengadil akan melambung bola ke atas. Bilangan pemain dalam permainan ini ialah 5 orang setiap pasukan. Permainan akan dimulakan di bulatan tengah. Seorang dari setiap pasukan akan merebut bola ketika bola dilambung.

5. Lambungan bola Dilakukan di antara dua pemain daripada kedua-dua pasukan. Pemain hendaklah menampar bola tersebut tidak boleh memegang atau menangkap Bola dapat dilemparkan ke segala arah dengan menggunakan salah satu atau kedua tangan.

6. Kekasaran semasa lambungan bola Pemain tidak boleh menahan, memukul, atau menjegal pemain lawan dengan apa-apa cara. Pelanggaran peraturan yang pertama akan dikira sebagai kesalahan, pelanggaran kedua akan diberi sanksi berupa diskualifikasi pemain pelanggar hingga keranjang timnya dimasuki oleh bola lawan, dan apabila pelanggaran tersebut dilakukan dengan tujuan untuk mencederai lawan, maka pemain pelanggar akan dikenai hukuman tidak boleh ikut bermain sepanjang pertandingan. Pergantian pemain tidak dibenarkan.

7. Gangguan bola semasa jaringan Pemain tidak dibenarkan untuk mengganggu bola sedang menurun dalam jaring. Pemain yang menghalang dengan memegang keranjang lawan adalah salah 8. Keputusan permainan Pihak yang membuat jaringan terbanyak dan mengumpul mata terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

9. Penambahan masa permainan Jika kedudukan mata seri setelah masa permainan tamat, tambahan masa selama 5 minit akan diberi.

10. Pembatalan permainan Pasukan yang gagal bermain setelah diarahkan pengadil dikira kalah terus. Permainan juga dibatalkan sekiranya satu kumpulan tidak cukup pemain dan kumpulan yang cukup pemain tersebut akan dikira sebagai pemenang.

11. Tamat permainan Permainan ditamatkan sebaik sahaja masa permainan sebenar telah tamat. Pengadil akan meniup wisel menandakan permainan tamat.

12. Pengantian Pemain Pemain yang menggantikan pemain lain perlulah melaporkan kepada pencatat.

ISYARAT-ISYARAT YANG DIGUNAKAN DALAM PERMAINAN


Jaringan 2 mata Jaringan 3 mata tangan diangkatkan Skor dan permainan dibatalkan menyilang badan Jam dihentikan dirapatkan tangan dinaikkan sambil jari tangan digerakkan kedua-dua jari dinaikkan tiga jari dari kedua-dua belah

Masa bermula

tangan digerakkan ke atas dan bawah kedua belah tangan dirintangkan

Pertukaran pemain membentuk tanda x

Permainan dihentikan seketika

jari ditunjukkan

huruf T menggunakan tapak tangan Kesalahan menggelecek kedua belah tangan

digerakkan ke atas dan ke bawah Jam dihentikan kerana foul tangan kanan genggam

dan keatas, tangan kiri diarahkan ke pinggang

Bola dikembalikan kebelakang kedada Bola kena kaki dengan sengaja kaki Lambungan bola ditunjukkan keatas Memegang bola

tangan dihayun

jari menunjuk kearah

ibu jari kedua-dua tangan

tangan kanan mencekak tangan kiri kedua-dua belah tangan ke

Menghalang pertahan pinggang

Kesalahan pemain tiada lontaran percuma menunjuk kearah garis tepi Menolak/merempuh pemain Kesalahan disengajakan tangan kanan Kesalahan pembatalan digenggam keatas Lontaran percuma penalti lontaran percuma

jari

tangan seolah menolak

tangan kiri mencekak

kedua-dua belah tangan

jari tunjuk kearah garis

KEMAHIRAN ASAS BOLA KERANJANG


MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

A) MENANGKAP BOLA
KEDUDUKAN TANGAN DAN JARI
   

Jari-jari dibuka luas: kedua-dua ibu jari agak dekat. Jari-jari kedua-dua belah tangan membentuk cawan. Sambut dengan hujung jari dan ibu jari kedua-dua belah tangan, bukan dengan tapak tangan. Tangan bertindak sebagai kusyen dengan cara membengkokkan siku: Cara ini akan melembutkan kederasan hantaran dan bola lebih mudah dikawal

MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

B) MENYAMBUT DARI HANTARAN DEPAN


Hujung jari dan ibu jari membentuk cawan di bahagian belakang bola. Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan untuk menyambut keadaan tangan, hampir lurus. Sebaik sahaja bersentuh dengan bola, bengkokkan suku untuk melembutkan kederasan hantaran. Bawa bola ke dada.

MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

C) MENYAMBUT DENGAN SEBELAH TANGAN


Gunakan sebelah tangan yang sesuai untuk menyambut. Melompat sekiranyan perlu. Tangan di belakang bola. Bawa bola ke hadapan setelah menangkapnya bola dapat dikawal dengan kedua-dua belah tangan.

MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

D) MENYAMBUT SAMBIL BERLARI


Mata sentiasa memandang ke arah bola. Setelah menyambut bola, cuma dua langkah maksimum sahaja yang dibenarkan. Selepas dua langkah, pemain harus berhenti larian dengan bola dan mempaksikan, menghantar atau terus melantunkan bola.

MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

E) MELOMPAT DAN MENYAMBUT BOLA TINGGI


Gunakan kedua-dua belah tangan sekiranya hantaran tidak terlalu tinggi. Gunakan sebelah tangan sahaja jika hantaran terlalu tinggi tarik turun bola supaya dapat mengawal bola dengan kedua-dua belah tangan.

MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

KEMAHIRAN ASAS BOLA KERANJANG


MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

A) MENGGELECEK DENGAN LANTUNAN RENDAH


Lutut bengkok dan badan condong ke hadapan. Aras lantunan adalah antara lutut dan pinggang. Baik untuk kawalan lantunan digunakan apabila kawalan ketat oleh pihak lawan. Menyusahkan pihak lawan merampas bola. Memudahkan pertukaran hala pergerakan secara mengejut.

MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

B) MENGGELECEK DENGAN LANTUNAN TINGGI


Digunakan apabila kelajuan diperlukan, misalnya semasa tiada pihak lawan mengawal atau semasa melantun dengan tujuan menjaringkan bola. Aras lantunan antara pinggang dan dada.

MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

KEMAHIRAN ASAS BOLA KERANJANG


MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

A) JARINGAN SECARA STATIK


Bersedia Rendahkan badan dengan cara membengkokkan lutut. Bola dipegang pada paras dada.

MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

Aksi menjaringkan bola: Badan dan lutut diluruskan serentak Pegang bola: Satu tangan di bawah dan satu lagi di tepi bola Aksi melepaskan bola dan tangan yang menolak bola. Berdiri di atas bebola kaki ikut lajak ke arah jaring.

MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

B) JARINGAN LOMPAT
Bersedia sama seperti jaringan statik. Melompat dengan kedua-dua belah kaki. Melepaskan bola semasa mencapai ketinggian maksimum. Ikut lajak dengan tangan dan mendarat.

MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

C) JARINGAN LAYANG
Melantun bola ke arah jaring dari sudut kanan atau kiri. Menangkap bola dan mengambil dua langkah besar ke arah jaring. Pada langkah kedua, lonjak ke atas dengan sebelah kaki.

MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

Pegangan bola di pindah ke pegangan sebelah tangan. Tapak tangan di bawah bola. Semasa kemuncak lonjakan, tolak bola ke jaring dengan aksi pergelangan tangan dan jari. Guna papan pantul untuk jaringan sudut. Elakkan daripada memutarkan bola.

MENYAMBUT

MENGGELECEK

MENJARING

You might also like