You are on page 1of 10

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

BOLA TAMPAR
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110 tahun) yang lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkannya ialah William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan permainan tersebut di Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu beliau mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak. Pada mulanya, permainan ini dinamakan Mintonette, tetapi ditukar kepada volley ball kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara lambung atau lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan pula ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain. Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913 dan Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tenteratentera Amerika Syarikat. Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan tersebut membuka penyertaan kepada kaum wanita. Permainan ini kemudian maju setapak lagi apabila diterima dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964 Di Malaysia, permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun 1959.

61

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEPERLUAN DAN PERALATAN Gelanggang Permainan


RF (Penyerang Kanan) RB (Bek Kanan)

9m

CB (Bek Tengah) Garisan Tengah

LB (Bek Kiri)

CF (Penyerang Tengah)
3

LF (Penyerang Kiri)
m

Garisan Penyerang
3 m

Ka

wa

sa

18 m
n Se rvi s

Kedudukan para pemain bola tampar di gelanggang

Gelanggang bola tampar boleh dibuat di padang terbuka atau tertutup.

2.43 m 2.24 m

Ketinggian jaring untuk wanita senior 2.24 m Ketinggian jaring untuk lelaki senior 2.43 m

Pakaian Pemain

Bola tampar Pemain lelaki Pemain wanita/perempuan

62

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan. Skor (Pengiraan Mata) 1. Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai pemenang. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan.

2.

3.

Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap pemain (atas), berpeluang melakukan servis.

Pemain yang menghasilkan mata (bawah), akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika markah diperoleh.

63

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PUKULAN-PUKULAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR Pukulan Menyangga (Digging)

Teknik untuk menyangga. Luruskan lengan untuk Rapatkan kedua-dua ibu menyangga dengan baik jari Rendahkan badan supaya bola yang disangga melepasi jaring

Pukulan Mengumpan (Setting)

Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar dan sentuh bola pada ketinggian kepala

Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman

64

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Pukulan Rejam/Rejaman (Spiking)

Pukulan rejaman dibuat dengan tapak tangan terbuka dan dikeraskan.

Teknik Pukulan Rejaman

Menghalang (Blocking)

Lonjakan bagi menghalang pukulan hendaklah dilakukan serentak dengan lonjakan pemain lawan yang merejam bola

65

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEKNIK DAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR Servis


1

Pergerakan secara turutan kemahiran servis bawah tangan dengan menggunakan bahagian pangkal tapak tangan yang keras atau bahagian belakang tapak tangan

Pergerakan secara turutan bagi kemahiran servis menggunakan teknik pusing belakang

66

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Pergerakan secara turutan kemahiran servis ala tenis dengan bola dilambungkan dengan ketinggian yang agak munasabah dan mudah bagi seseorang pemain untuk memukulnya.

Pergerakan secara turutan kemahiran servis gaya putar dengan bola dilambungkan sambil tangan memukul pada bahagian tepi bola.

67

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN BERPASUKAN RELI (RALLY) Reli adalah keadaan di mana kedua-dua pasukan berbalas-balas pukulan. Pasukan yang sama handal akan membuatkan permainan berpanjangan dan menjadi menarik.
Reli yang panjang membuat sesuatu permainan itu menjadi menarik

CADANGAN LATIHAN
1

Servis

Bola dipukul secara berperingkat-peringkat untuk latihan servis sehinggalah melepasi jaring Latihan servis ke dinding secara pukulan atas bahu

Membuat latihan servis ke arah dinding Tandakan pada dinding, garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah dan tiga meter. Pemain dikehendaki berdiri sejauh lima meter daripada jaring dan melakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan pukulan ke sasaran secara berperingkat-peringkat. Kemudian ulangi pukulan pada setiap sasaran sebanyak lima kali.

68

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Latihan Pukulan Sangga


1.8 m

Latihan menyangga bersendirian

1m

Latihan menyangga boleh dilakukan ke arah dinding pada jarak 1 meter dan pada arah ketinggian kira-kira 1.8 meter. Latihan menyangga bola ke dinding bersama rakan

Latihan Mengumpan Bola

Melambung dan menangkap bola dengan ketinggian Latihan mengumpan dan paras dahi menyangga pada dinding

Latihan mengumpan dan menyangga pada dinding secara berpasangan

Latihan mengumpan bersama rakan Latihan mengumpan dengan menggunakan gelung rotan

69

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Latihan Membuat Rejaman atau Merejam Bola

Melonjak dan memukul bola melepasi jaring untuk latiham merejam bola

Latihan Menghalang/Membuat Hadangan (Blocking)

Latihan merejam dan menghalang bola. Semasa membuat rejaman, tangan tidak boleh menyentuh atau melintasi jaring

Lonjakan serentak di hadapan jaring

70

You might also like