You are on page 1of 12

B la Tampar

Siti Norsyafiqah bt Jalaluddin – 3 Amanah


CONTENTS
CONTEN
TS
APA ITU BOLA
TAMPAR?
PERATURAN BOLA
TAMPAR
KEMAHIRAN BOLA
TAMPAR
APA ITU BOLA TAMPAR?
Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan
oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk
memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap
pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga
kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan,
lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan
memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan
melompat ditekankan dalam permainan ini.
Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau
Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti
Chi-Nan, Shanghai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain. Ia
permainan yang amat terkenal bagi golongan lelaki mahupun wanita. Dimainkan di
England dan merupakan permainan orang luar satu keika dahulu sebelum
diperkenalkan ke Tanah Melayu.
PERATURAN BOLA TAMPAR

DIMENSI GELANGGANG

Sebuah gelanggang bola tampar berkeluasan 9 x 18 meter yang dibahagikan suatu


jaring kepada dua segi empat sama yang lebarnya 1 meter. Jaring gelanggang
berketinggian 2.43 meter dari kawasan tengah gelanggang bagi peringkat lelaki dan
2.24 meter bagi peringkat perempuan. Kelegaan tinggi (height clearance) minimum
untuk gelanggang jenis tertutup yang dicadangkan ialah sebanyak 7 m, namun
ketinggian melebihi 8 m juga disyorkan
3m 3m

9m 9m

9m 9m
PERATURAN BOLA TAMPAR

BOLA

Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball,


FIVB) menetapkan bahawa bola yang digunakan harus:
• berbentuk sfera
• diperbuat daripada kulit haiwan semulajadi atau sintetik
• berukur lilit sebanyak 65–67 sm
• mempunyai berat sebanyak 260–280 g
• mempunyai tekanan dalaman antara 0.30–0.325 kg/sm2

You might also like