You are on page 1of 2

TUGAS PEMAIN BOLA JARING DALAM PASUKAN

1) Penjaga gol(GK)
Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dalam
kawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Di
antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan
jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).

2)Penahan gol(GD )
Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA)
pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan
jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemain dalam kawasan
tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada
membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantaran tengah.

3)Penahan sayap(WD)
Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialah
menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan
lawan dalam bulatan jaringan.WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaku semasa
bola di hantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat
jaringan, WD akan mengawal WA.
Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola
dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.

4)Pemain tengah(C)
Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskan
sebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan.
Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua
kawasan kecuali di kawasan D.

5)Penyerang sayap(WA)
Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas utamanya
menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola
kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

6)Penyerang gol(GA )
Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasama
dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerima hantaran
tengah dan bertindak sebagai penyerang.

7)Penjaring gol(GS)
Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol.GS mestilah mahir
membuat jaringan.

You might also like