You are on page 1of 4

PAKAIAN TRADITIONAL ETNIK IBAN

Pakaian traditional
lelaki etnik terbahagi
kepada baju di bahagian
dalam yang dikenali
sebagai baju burong dan
di bahagian luar,iaitu
baju gagong. Kain sirat
dipakai dengan
perhiasan lampit dan
ilang di bahagian
pinggang. Ketapu iaitu
hiasan kepala diperbuat
daripada bulu burung
kenyalang atau bulu
burung ruai.Pengunaan gelang di kedua dua belah tangan dikenali sebagai
tumpa jari manakala tumpa betis dipakai di bahagian bawah lutut sebagai
prhiasan tambahan.

Baju traditional wanita etnik iban


digayakan dengan hiasan
kepala,iaitu sugu
tinggi.Pemakaian selampai dan
rawai pada bahagian dalam diikuti
dengan marik empang yang
dihiasi dengan tali ujan. Pada
bahagian pinggang,dihiasi dengan
sementing ringgit dan lampit.
Kain karap dengan kemasan tating
kain dipakai sehingga paras
bawah lutut. Pakaian ini
diperindahkan lagi dengan simpai
pirak,tumpa,buah pauh dan
perenha di bahagian tangan
manakala gerunchung di bahagian
kaki.
PAKAIAN TRADITIONAL ETNIK KADAZAN
etnik kadazan terbahagi kepada dua
,iaitu kadazan papar dan kadazan
penampang.Kadazan papar merupakan
kumpulan terbesar dalam etnik
Kadazan.
Pakaian traditional lelaki etnik
kadazan papar adalah berlengan
Panjang disebut sebagai sia dan
dipadankan dengan seluar Panjang
iaitu souva. Sandai diletakkan di
bahu.Sigal pula dipakai sebagai
penutup kepala.

Sia merupakan baju separas


pinggang bagi wanita etnikkadazan
papar manakala baju bahagian
dalamnya sebagai sia id sahom.
Pemakaian sia dipadankan dengan
dengan kain separas lutut, iaitu
gonob. Perhiasan rupia atau lupia
dipakai di kedua dua belah
tangan.Soundung dipakai di
bahagian dalam dikuti suing sebagai perhiasan
kepala bagi pelengkap gaya

You might also like