You are on page 1of 7

http://kakashi-bolakeranjang.blogspot.

com/

Ukuran gelanggang

Cara bermain.. Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata. Bola bola digerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola dikawal.

Tempoh bermain Permulaan untuk permainan bola keranjang ialah dengan lontaran bola di tengahtangah gelanggang oleh pengadil. Caranya ialah dua orang permain, seorang daripada kedua-dua pasukan berdiri di tengah-tengah bulatan tengah gelanggang dengan kaki berada di gelanggang sendiri. Pengadil akan melambung bola ke atas di antara kedua-dua permain untuk direbut, Sebaik sehaja bola dilambung ,keduadua pemain ini akan berusaha menampar bola kepada rakannya. Mereka tidak dibenarkan menangkap bola daripada lontaran pengadil ini. Pemain-pemain lain hendaklah berada di luar seperuh bulatan masing-masing.

Faul

Walaupun pda prinsipnya bola keranjang bukan permainan memerlukan kontak badan , namun kontak ini berkemungkinan terjadi di sepanjang permainan. Jika berlaku kontak ,pengadil memberikan faul kepada permain atau pasukan yang berkenaan. Setiap faul yang dilakukan akan dicatat oleh pencatat. Terdapat dua bentuk faul atau kesalahan dalam permainan bola keranjang,iaitu faul individu dan faul pasukan.

Faul Individu

Jika permain menolak, memegang, mengadang atau memukul pemain lawan, yang menghalangnya daripada meneruskan permainan atau membuat jaringan gol , ia disebut sebagai faul atau kesalahan individu. Seseorang permain tidak boleh dipersalahkan lebih daripada lima kali. Kali kelima pemain yang sama melakukan

kesalahan , ia akan dipersalahkan dan tidak dibenarkan meneruskan permainan.

Faul Pasukan

Apabila sesebuah pasukan melakukan lima kesalahan dalam sesuatu tempoh permainan, sebarang kesalahan berikutnya ke atas lawan , pasukan berkenaan dipersalahkan. Denda ke atas kesalahan itu ialah dua lontaran percuma diberikan kepada pemain yang disalahkan.

Menangkap bola

Menghantar bola

You might also like