You are on page 1of 8

Peraturan Futsal FiFa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL


Berikut adalah peraturan peraturan futsal yang digunakan oleh sebarang pertandingan futsal
di seluruh dunia.Ukuran gelanggang mungkin berlainan kerana gelanggang yang biasa
digunakan lebih kecil dari standard futsal sedunia.Oleh itu jarak-jarak yang digunakan
didalam peraturan ini bolehlah disesuaikan mengikut ukuran gelanggang yang
digunakan.Kejadian di luar jangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan seperti berikut :

Semua kejadian perkara-perkara bukan teknikal akan diputus berasaskan kepada


PERATURAN AM KEJOHANAN
Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan
Futsal Peringkat Negeri Sarawak 2015 berasaskan kepada peraturan-peraturan Persatuan Bola
Sepak (FAM) dan Undang-undang permainan bola sepak persekutuan bola sepak
antarabangsa (FIFA) dan keputusan adalah muktamat.
Keseruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah yang diketuai oleh seorang
ketua pengadil.
Jawatankuasa pengelola berhak mengubah mana-mana jadual,peraturan,syarat dan undangundang perlawanan secara serta merta.

A) Peraturan Pertama Jumlah Permain


a)
b)
c)
d)

Jumlah minimum permain untuk memulakan perlawanan 5 termasuk perjaga gol


Jumlah minimum permain untuk menghabiskan perlawanan 3
Jumlah maksimum untuk permain simpanan 3
Maksimum pertukaran pemain tiada

Cara-cara pertukaran;
Semua permain kecuali perjaga gol masuk dan keluar secara bebas,pertukaran perjaga gol
mesti dibuat apabila bola keluar dari permainan dan dengan perhatian pengadil.Pemain yang
keluar mesti keluar gelanggan terlebih dahulu sebelum pemainan simpanan masuk.

www.warisankenyalang.my
wariskenyalang@gmail.com

B) Peraturan Kedua Alatan-Alatan Pemain


1.
a)
b)
c)
d)

Peralatan sukan yang biasa


Jersi
Kasut Futsal
Sarung Kaki Panjang
Shin-Guards

C) Peraturan Ketiga
Tugas menguatkuasakan peraturan menggunakan peraturan advantage, mencatat semua
kesalahan permain semasa dan selepas perlawanan, menghentikan permainan bila perlu,
memberi amaran dan mengeluarkan permain yang melukukan kekasaran, dan sikap-sikap
yang tidak menonjolkan semangat kesukanan, tidak membenarkan yang bukan permain
memasuki gelanggang krtiga perlawanan sedang berlansung, menghentikan perlawanan untuk
memastikan pemain yang cedera telah dibawa keluar, dan menuntukan bola yang akan
digunakan posisi berlawanan dengan kedudukan bangku permain.

B) Peraturan Keempat Penjaga Masa


Tugas memulakan masa selepas sepak mula, memaklumkan waktu habis separuh masa
pertama dan kedua kepada pengadil, mencatat kekasaran (foul) dan memaklumkan
kepada pengadil apabila sesebuah pasukan telah melakukan kesalahan (foul) lebih 5
kali (5-foul limit), mencatat skor, pemain yang diberikan amaran dan dikuluarkan dan
informasi-informasi yang relevan.Posisi di luar garis tengah padang di zone pertukaan
pemain (bangku pemain)

C) Peraturan Kelima - Masa Permainan


1) Masa permainan berlansung masa pertama selama 5 minit , separuh masa kedua 5 minit dan
waktu rehat 1 minit.
2) Masa permainan berlansung Suku Akhir masa pertama 5 minit , separuh masa kedua 5
minit dan waktu rehat 1 minit
3) Masa permainan berlansung Separuh Akhir masa pertama 5 minit , separuh masa kedua 5
minit dan waktu rehat 1 minit.
4) Masa permainan berlansung Akhir masa pertama 7 minit , separuh masa kedua 7 minit dan
waktu rehat 1 minit.
5) Masa dicatat berterusan tiada Timeout

www.warisankenyalang.my
wariskenyalang@gmail.com

D) Peraturan Keenam - Permulaan Permainan


1) Prosedur lambung duit syiling untuk menentukan sepak mula, pemain lawan di luar bulatan
permulaan , permainan bermula sejurus selepas bola disentuh oleh pemain mul;a sebelum
pemain lain menyentuh bola.Sepak mula selepas gol dijaringkan dan sebelum separuh masa
kedua.

E) Peraturan Ketujuh - Bola Diluar Dan Didalam Permainan


1) Bola diluar permainan apabila bola sepenuhnya melintasi garisan gol atau garisan tepi
gelangang ; apabila permainan dihentikan oleh pengadil, apabila bola menyentuh jarring
atas.Garisan-garisan tepi ( touchline) dan garisan gol dikira garisan dalam permainan.

F) Peraturan Kelapan Cara-Cara Menjaringkan Gol


1) Apabila bola sepenuhnya melepasi garisan gol, diantara tiang gold an dibawah palang.

G) Peraturan Kesembilan Kesalahan Dan Kekasaran


1) Sepakan percuma direct dibrikan kepada pasukan lawan apabila pemain secara sengaja
melakukan penalty diberikan apabila kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti);
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)
k)

Menendang atau membuat percubaan untuk menendang pemain lawan


Menjatuhkan pemain lawan
Melompat ke arah pemain lawan
Menerjah ke arah pemain lawan secara bahaya
Menerjah ke arah permain lawan daripada belakang
Menyerang, membuat percubaan menyerang, atau meludahi pemain lawan
Memegang pemain lawan
Menolak pemain lawan
Menerjah permain lawan dengan bahu (shoulder charge)
Sliding pemain lawan (sliding tackle)
Memegang atau menyentuh bola didalam permainan (kecuali perjaga gol

2) Sepakan percuma indirect diberikan kepada pemain lawan apabila pemain melakukan
mana-mana diantara 8 kesalahan berikut (sepakan diambil dari jarak 6 meter daripada gol
www.warisankenyalang.my
wariskenyalang@gmail.com

apabila kesalah dilakukan dalam kawasan penalti);


a)
b)
c)
d)
e)

Bermain secara bahaya (eg: menendang bola yang dipegang perjaga gol)
Melakukan penghadangan
Menerjah penjaga gol di dalam kawasan penalty
Perjaga gol menangkap atau menyentuh bola menggunakan tangan back pass
Perjaga gol menangkap atau menyentuh bola menggunakan tangan kick-in daripada
pemain sepasukan.
f) Perjaga gol mengawal bola mengunakan mana-mana bahagian tubuh lebih 4 saat
g)

Pemain patut diberi amaran keras (eg: dilayankan kad kuning) apabila :
a) Pemain simpanan memasuki gelanggang daripada posisi yang salah atau pemain gentian
memasuki gelanggang sebelum pemain yang ditukarkan keluar sepenuhnya daripada
gelanggang.
b) Secara kerap melakukan pelanggaran peraturan permainan.
c) Membangkang mana mana keputusan pengadil.
d) Didapati bersalah melakukan perbuatan yang tidak menonjolkan semangat kesukanan.
e) Sekiranya dalam perkara di mana pemain di peridtah keluar gelanggang dan salah satu
pasukan tingal kurang dari 3 pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan dan
kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 atau jariangan
yang terbesar.
Layangan kad kuning boleh menyebabkan pemain lawan diberikan sepakan percuma
indireck daripada tempat pelanggaran ( atau dari jarak 6 meter apabila pelanggaran
dilakukan dalam kawasan penalti).Pemain harus dikeluarkan (dilayangkan kad merah)
apabila melakukan :
a)
b)
c)
d)
e)

Kekasaran yang serius


Kelakuan ganas
Kekasaran atau berbahasa kasar
Kali kedua melakukan kesalahan yang diberikan amaran (kad kuning kedua)
Dengan sengaja menhalang peluang jaringan gol dalam kawasan penalti dengan
mengunakan tangan.

3) Sepakan percuma direct (atau sepakan penalty) diikuti dengan pengeluaran pemain
untuk kesalah 1,2 dan 5 dan sepakan percuma indirect untuk kesalahan dilakukan di dalam
kawasan penalty).Pemain yang dibuang padang (dilayangkan kad merah) dikeluarkan untuk
keseluruhan permainan dan tidak dibenarkan untuk duduk di banku simpanan.Pasukan yang
pemainnya dibuang padang boleh membawa masuk pemain simpanan sebagai ganti pemain

yang dibuang padang selepas pihak lawan sudah menjaringkan gol (selapas salah satu
www.warisankenyalang.my
wariskenyalang@gmail.com

belaku). Masa hukuman 2 minit di periksa oleh penjaga masa ( atau pembantu
pengadil).Pemain gentian tidak boleh masuk tanpa kebenaran pengadil dan bola
mestilah di luar permainan.

J) Peraturan Kesepuluh Sepakan Percuma

Jenis : Lansung (direct) dan tidak lansung (indirect)


Benteng : Sekurang sekurang 3 kaki daripada bola sehingga bola dimainkan.
Bola dalam permainan : Selepas bola telah bergerak di dalam lingkungannya.
Had masa : Sepakan mesti diambik dalam 4 saat .
Syarat : Pengambil sepakan tidak boleh menyentuh bola semula sebelum bola disentuh
pemain lain.

K) Peraturan Kesebelas Kesalah Akumulasi


Kesalahan akumulasi merujuk kepada semua kesalahan yang disebut dalam peraturan
kesembilan.Apabila sesebuah pasukan mengumpul 5 kesalahan akumulasi semasa separuh masa
(kesalahan di masa tambahan dikira sebagai separuh masa kedua), daripada kesalah keenam :
Pasukan yang melakukankesalahan tidak dibenarkan membuat benteng pertahanan semasa
sepakan dibuat.

Semua Sepakan Mestilah Secaras Lansung ;


Kesalah yang dilakukan di dalam jarak 12 meter daridapa garisan gol harus dihukum dengan
sepakan percuma lansung dari tempat kesalahan dilakukan atau dari tempat pengambilan yang
dilakukan di luar jaral 12 meter mestilah dihukum dengan sepakan percuma lansung di tempat
pengambilan penalty kedua.

Prosedur :
Sebelum bola disepak, semua pemain selain penjaga gold an pengambil sepekan percuma
mestilah berada di luar garisan imaginaryyang sejajar dengan garisan gol dan satu garis
dengan garisan melintang di mana bola akan disepak.Penjaga gol mestilah berada di kawasan
penalti sekurang-kurangnya 5 m daripada bola.Penggambil sepakan mestilah mensasarkan gol
dengan niat untuk menjaringkan gol.Tiada pemain lain yang boleh menyentuh bola sehingga bola
menyentuh gelanggang,melantun daripada tiang gol atau palang gol,atau bola keluar daripada
gelanggang.Jiga kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma diambil dari
jarak 6 m terdekat dari gol di mana kesalahan dilakukan (sepakan bukanlah sepakan penalty).

L) Peraturan Sepakan Penalti


a) Diambil dari tanda sepakan penalti di tengah- tengah garisan yang berjarak 6 m dari gol.
b) Pengambil sepakan mestilah mensasarkan gol dengan niat menjaringkan gol.
c) Semua pemain lain mestilah berada di luar kawasan penalti dan pemain lawan mestilah berada
sekurang-sekurang 5m daripada tempat pengambilan sepakan penalti.

www.warisankenyalang.my
wariskenyalang@gmail.com

M) Peraturan Sepakan Masuk


a) Diambil dari tempat lontaran masuk.
b) Bola mesti menyentuh garisan tepi sebelum disepak masuk
c) Kaki yang tidak menyepak bola mestilah diluar garisan atau menyentuh garisan tepi; jika
melebihi garisan tepi, sepekan masuk diberi kepada pemain lawan
d) Sepekan masuk mestilah diambil dalam masa 4 saat, jika tidak,sepekan masuk diberi kepada
pemain lawan.
e) Pemain yang mengambil sepekan masuk tidak boleh menyentuh bola sebelum pemain lain
menyentuhnya ; pelanggaran sepakan percuma tidak lansung kepada pemain lawan dari tempat
pelanggaran berlaku.
f) Pemain lawan mestilah berjarak 5 m dari tempat sepakan masuk dibuat
g) Gol dibuat lansung dari sepakan masuk tidak akan dikira.

N) Peraturan Gol Clearance


a) Diambil dari tempat gol kick
b) Penjaga gol mestilah berada di dalam kawasan penalti semasa membaling bola
c) Bola tidak dikira dalam permainan jika belum melepasi kawasan penalti.Jika gol clearance
diterima di dalam kawasan penalti, goal clearance mestilah diambil semula

O) Peraturan Sepakan Sedut


a) Bola mestilah di sedut jika bola tidak diletak dengan betul, sepakan sudut mestilah diambil
semula
b) Diambil dalam 4 saat; jika tidak, sepakan percuma tidak lansung diberi kepada pemain lawan
c) Pengambil sepakan tidak boleh menyentuh bola sebelum pemain lain menyentuh bola;
pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan pemberian sepakan percuma tidak lansung kepada
pemain lawan dari tempat pelanggaran berlaku
d) Pemain lawan mestilah berada sekurang- sekurang 5 m daripada tempat sepakan sudut dibuat.
e) Jariangan gol secara lansung daripada sepakan sedut akan dikira

Ektra Sepakan Penalti Penentuan

Pengadil menuntukan gol mana yang akan digunakan


Salingan duit syiling untuk menentukan giliran
Sepakan diambil oleh pemain yang berlainan daripada setiap pasukan ; kapten setiap pasukan
akan memberi 5 nama ini kepada pengdil sebalum sepakan diambil
Jika masih seri selepas 5 sepakan, sepakan penalti tambahan akan diambil berdasarkan
peraturan kalah-mati (sudden-death basis oleh pemain yang masih belum mengabil sepakan
Pemain yang dibuang gelangan semasa perlawanan tidak boleh mengambil sepakan ini
www.warisankenyalang.my
wariskenyalang@gmail.com

Mana- mana pemain yang layak dalam pasukan boleh menggantikan penjaga gol nya
mengambil sepakan
Semasa sepakan penalti penentuan berlangsung,pemain akan tetap berada di separuh
gelanggang lain.

Extra 2 Mata

Mata untuk menang


Mata untuk seri
Mata untuk kalah

P) Peraturan Pendaftaran Pemain dan Pegawai


a)

Setiap pasukan mestilah terdiri daripada :


Seorang pengurus pasukan
Seorang jurulatih
Semua pemain dikehendaki membawa kad pengenalan pada hari pertandingan
Senarai pemain yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad.Pemain
yang didaftarkan untuk kejohanan ini hanya layak bermain satu pasukan sahaja.Jika pemain
tersebut mewakili pasukan lain dan didapati bersalah, maka pasukan yang diwakili pemain
tersebut akan disikirkan terus daripada kejohanan.

Q) Peraturan Perlawanan Yang Ditunda Atau Dihentikan Menarik Diri


Menyerah Kalah/Memberi Kemenangan Percuma
a) Semua pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh memberikan
kemenangan percuma kepada pihak lawannya untuk perlawanan yang akan atau sedang
berlansung
b) Setiap pasukan dimestikan meneruskan perlawanan dalam semua perlawanan walaupun telah
layak untuk ke pusingan kalah mati.
c) Perlawanan yang ditunda atau dihentikan :
www.warisankenyalang.my
wariskenyalang@gmail.com

Sekiranya pengadil memutuskan pelawanan tidak boleh dimainkan atau ditangguhkan kerana
sebab-sebab luar jangka atau bencana alam , kekurangan kawalan keselamatan perlawanan
atau sebab-sebab teknikal,maka pegawai kejohanan hendaklah membuat keputusan yang
mana keputusannya adalah muktamad.
Sekira pengadil menghentikan perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain satu
pasukan yang tidak memuaskan, maka kemenangan akan diberi kepada pasukan lawan
dengan tiga mata dan jaringan gol 3-0 atau lebih semasa perlawanan dihentikan.
Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu perlawanan atau gagal menurunkan minimum
lima 5 orang pemain pada masa permulaan perlawanan
Jika pasukan tersebut enggan meneruskan permainan atau meninggalkan gelanggang sebelum
tamatnya perlawanan.
Jika pasukan memberi kemenangan percuma
Jika pasukan gagal menamatkan jadual perlawanannya dalam pertandingan tanpa mendapat
persetujuan jawatankuasa pengelola, pasukan tersebut terkeluar daripada pertandingan dan
semua keputusan mata atau jaringan perlawanan-perlawanan terdahulu tidak dikira

www.warisankenyalang.my
wariskenyalang@gmail.com

You might also like