You are on page 1of 2

SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN

PERTANDINGAN FUTSAL (TERBUKA) YAYASAN SELANGOR 2019

Lampiran 1:

4.1 SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN FUTSAL

1. Pertandingan Futsal Terbuka Yayasan Selangor 2019 hanya melibatkan penyertaan 32


pasukan.
2. Setiap pasukan hanya dibenarkan mempunyai 8 pemain (5 pemain utama dan 3 pemain
simpanan)
3. Pertandingan ini dijalankan dengan menggunakan 2 sistem iaitu:
4. Peringkat kumpulan (sistem permainan liga):
a. Terdapat 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D.
b. Setiap kumpulan terdapat 8 pasukan.
c. Hanya 2 pasukan yang teratas daripada setiap kumpulan layak ke peringkat
seterusnya.
5. Peringkat kalah-mati: bermula daripada peringkat Suku Akhir sehingga Akhir:
a. Melibatkan 8 pasukan iaitu Johan dan Naib Johan kumpulan A, B, C dan D.
6. Pertandingan pemainan “out ball” serta “corner kick” digunapakai
7. Tidak dibenarkan “sliding tackle”, “hard tackle”, “tackle from behind”, “body
holding”, dan “body contact” dalam pertandingan ini.
8. Jaringan gol dikira di mana-mana kawasan pitch (walaupun jaringan dilakukan dari
kawasan sendiri)
9. Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola di luar kawasan D sendiri.
10. Jaringan secara balingan terus oleh penjaga gol adalah tidak dikira kecuali jika terdapat
sentuhan dari mana – mana pemain sebelum bola masuk ke gawang gol.
11. Sepakan terus daripada permulaan perlawanan tanpa disentuh dan terus masuk ke gawang
gol adalah dikira GOL.
12. Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.

4.2 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan ditetapkan oleh
Jawatankuasa penganjur pertandingan.
2. Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat / di luar gelanggang
pertandingan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
3. Tempoh masa menunggu adalah 5 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan
yang melanggar peraturan akan dikira kalah seperti berikut:
a. Pasukan lawan akan mendapat kemenangan 3-0 (jaringan).
4. Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubahkan sesuatu perlawanan
dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa
diberitahu terlebih dahulu.
5. Hanya pemain – pemain yang didaftarkan di dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain
di sepanjang pertandingan ini.
6. Pemain – pemain yang tidak didaftarkan di dalam Borang Penyertaan dan didapati bermain untuk
sesuatu pasukan, kekalahan akan diberikan untuk pasukannya.
7. Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang bersesuaian dan tidak dibenarkan merokok.
SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN

PERTANDINGAN FUTSAL (TERBUKA) YAYASAN SELANGOR 2019

8. Syarat – syarat dan peraturan pertandingan di atas boleh diubah atau ditambah oleh pihak
jawatankuasa penganjur pertandingan tanpa perlu memaklumkan kepada mana – mana pasukan
yang akan bertanding.
9. Keputusan Penganjur adalah MUKTAMAD.

4.3 MASA PERMAINAN

1. Permainan bagi Pusingan Liga Dalam Kumpulan dijalankan:


a. Separuh Masa Pertama (7 minit)
b. Separuh Masa Kedua (7 minit)
c. Tanpa Rehat
2. Permainan bagi Peringkat Kalah Mati bagi Pusingan Suku Akhir Hinga Akhir dijalankan:
a. Separuh Masa Pertama (10 minit)
b. Separuh Masa Kedua (10 minit)
c. Rehat (1 Minit)
3. Jika kedudukan seri setelah tamat masa pertandingan. 5 tendangan penalti akan diberikan untuk
menentukan pemenangnya dan jika masih seri tendangan penalty (sudden death) dijalankan.

4.4 PENGANTUNGAN

1. Pemain – pemain yang menerima kad merah atau diperintah keluar daripada gelanggang oleh
pengadil dengan automatik digantung 2 perlawanan seterusnya.
2. Pemain – pemain yang menerima 2 kad kuning dalam perlawanan yang sama dengan sendirinya
digantung 2 perlawanan seterusnya.
3. Jika terdapat pergaduhan yang melibatkan lebih daripada 3 orang pemain pada satu-satu masa
perlawanan maka permain atau pasukan tersebut akan digantung terus daripada pertandingan
*Merujuk kepada keputusan pengadil.

You might also like