You are on page 1of 5

UNDANG-UNDANG DALAM PERMAINAN

BOLA SEPAK

Undang-undang (1) : Padang Permainan

Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 15 undang-undang yang diperakui


oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan
bola sepak antarabangsa.

(a) Permukaan Padang Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula
jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.

(b) Ukuran Padang Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang
permainan adalah seperti berikut :

Panjang : Lebar :

Minimum : 90m Minimum : 45m

Maksimum : 120m Maksimum : 90m

Ukuran padang pertandingan antarabangsa:

Panjang : Lebar :

Minimum : 100m Minimum : 64m

Maksimum : 110m Maksimum : 75m

(c) Kawasan Padang Garisan ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan
sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua
garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak
melebihi daripada 5 inci lebar. Padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui
garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang yang mempunyai ukuran jejari 9.

(d) Tiang bendera Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1 (5 kaki) tinggi perlu
ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan
tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.

(e) Tiang Gol Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol.
Jarak antara tiang gol ialah 7 (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2 (8
kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 5 inci.
Undang-undang (2) : Bola

Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang
dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68cm-70cm dan berat bola dalam
lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5
manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja.

Undang-undang (3) : Bilangan Pemain

(a) Pemain

Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah
terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol. Perlawanan tidak boleh dimulakan
sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.

(b) Nama Pemain Gantian Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah
diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan.

(c) Peraturan Pemain Gantian Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang


pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang
hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil.

Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu
kesalahan. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang
berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang. Mengambil tindakan ke atas
pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan. Menyambung semula permainan selepas
memberhentikannya.

(c) Keputusan Pengadil Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan
menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau
setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

Undang-undang (6) : Tempoh Masa Perlawanan

(a) Tempoh Permainan Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit ,
kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan kedua-dua
pasukan.

(b) Masa Rehat Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa
pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

(c) Masa Tambahan


Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran
pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan
pemain yang cedera dari padang untuk mendapatkan rawatan.

(d) Tendangan Penalti Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula,
tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

(e) Pemberhentian Perlawanan Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan


semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.

Undang-undang (7) : Permulaan Perlawanan

(a) Permulaan Perlawanan Penentuan pasukan mana memilih kawasan gol atau
memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah
lambungan syiling akan memulakan pertandingan , sekiranya pihak yang menang
memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan
syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.

(b) Sepak mula Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali
perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan
gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa.

(c) Prosedur

Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah
berada sekurang-kurangnya 9 daripada bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah
dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil
memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepakan ke hadapan untuk dihantar
kepadarakan pasukannya. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang
bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut
menjaringkan gol, sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan.

Undang-undang (8) : Bola Masuk dan Keluar

Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila
melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang.
Permainan akan diteruskan kembali dengan:

Lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar. Lambungan bola yang terkena
pengadil atau penjaga garisan. Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila
berlaku pelanggaran undang-undang.

Undang-undang (9) : Jaringan


Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di
bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar,
membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan. Satu gol akan diperolehi
dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai
pemenang perlawanan. Perlawanan akan dikira ‘seri’ sekiranya kedua-dua pasukan
menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan.

Penjaga gol tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil. Bola mestilah
ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh
menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.

Undang-undang (13) : Balingan Masuk

Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu
dikeluarkan. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan
sendiri yang menyebabkan bola terkeluar.

Prosedur:

Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala.
Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di
luar garisan. Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh
pemain lain. Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.

Undang-undang (14) : Tendangan Gol

Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang
membuat hantaran.

Prosedur:

Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga
gol. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain
menyentuhnya. Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan
penalti. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan
gol diambil. Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

Undang-undang (15) : Tendangan Sudut

Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan
belakang gol.

Prosedur:
Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan
dengan tiang bendera. Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan. Pemain
pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9 dari bola sehinggalah tendangan sudut
diambil. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain
lain menyentuhnya.

You might also like