You are on page 1of 12

LAMPIRAN A

PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN FUTSAL
MAKSAK MALAYSIA 2013
1-

NAMA PERTANDINGAN:
Kejohanan FUTSAL Lelaki Dan Wanita MAKSAK Malaysia 2013

2-

PENGANJUR:
MAKSAK Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

3-

PENGELOLA:
MAKSAK Selangor

4-

TARIKH PERTANDINGAN:
18 hingga 21 April 2013

5-

TEMPAT:
Stadium Malawati
Seksyen 13, Shah Alam
Selangor

6-

PERATURAN UMUM:
Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang
berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA serta telah diterima
oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

7-

PERATURAN TAMBAHAN:
Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak
meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan
matlamat penganjuran aktiviti sukan MAKSAK Malaysia.
1

8-

KELAYAKAN PESERTA:
Kelayakan Peserta adalah seperti di Lampiran B.

9-

PENDAFTARAN PEMAIN:
9.1

Setiap Badan Gabungan dikehendaki menghantar 1 pasukan Lelaki /


dan 1 pasukan Wanita dan setiap pasukan hendaklah mengandungi:
Pasukan Lelaki
(i) (1) orang Pengurus
(ii) (1) orang Jurulatih
(iii) (1) orang Fisio
(iv) (12) orang Pemain
termasuk simpanan

Pasukan Wanita
(1) orang Pengurus
(1) orang Jurulatih
(1) orang Fisio
(12) orang Pemain
termasuk simpanan

9.2

Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan


menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola,
hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk
mengambil bahagian.

9.3

Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.


Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang
dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan yang
kedua-dua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan.

9.4

Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat


pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sehari sebelum
tarikh pertandingan bermula.

9.5

Untuk memulakan permainan bilangan minimum pemain untuk satu


pasukan ialah lima orang. Sekiranya dalam perkara di mana pemain di
perintah keluar padang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari tiga
pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan.

9.6

Bilangan maksimum pengganti yang dibenarkan ialah tujuh orang.

9.7

Bilangan gantian dibuat semasa pemainan adalah tidak terhad.


Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke
gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain:

9.8

Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat


semasa bola dalam permainan:
a.

Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar


melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian.

b.

Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat


demikian dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah

menunggu sehingga pemain yang hendak keluar telah melintasi


garisan tepi.

10-

c.

Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan


kebijaksanaan pengadil sama ada memanggil atau tidak untuk
bermain.

d.

Penggantian dikira sempurna apabila pengganti masuk ke


gelanggang, di mana ketika ia menjadi pemain dan pemain yang
diganti tidak lagi di anggap pemain.

9.9

Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain


dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah
diminta terlebih dahulu.

9.10

Pemain-pemain kontrak yang berdaftar dengan Liga Super, Liga


Perdana atau Piala Presiden anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia
(FAM) tidak dibenarkan mengambil bahagian di kejohanan ini.
Walau bagaimanapun, pemain-pemain amatur Piala Presiden dan Liga
FAM bagi musim 2013 anjuran FAM, adalah dibenarkan bermain
dengan syarat Liga berkenaan telah selesai dijalankan, ataupun
pemain-pemain berkenaan tidak terikat dengan mana-mana pasukan
Liga yang berkenaan di sepanjang Kejohanan.

9.11

Sesiapa yang pernah menjalani hukuman Rasuah Bola Sepak,


tidak dibenarkan terlibat di dalam kejohanan ini.

9.12

Pengurus dan Jurulatih dibenarkan bermain. Nama mereka hendaklah


didaftar juga dalam senarai pemain sebagai pemain.

CARA PERTANDINGAN:
10.1

Kejohanan ini adalah di antara pasukan.

10.2

Semua pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan


pasukan-pasukan yang menduduki tempat teratas pada kejohanan
yang lepas akan mengetuai kumpulan masing-masing. Pasukanpasukan lain akan diundi untuk menentukan kedudukan mereka.

10.3

Semua perlawanan diperingkat awal akan dijalankan secara liga


kumpulan.

10.4

Johan dan Naib Johan kumpulan diperingkat liga akan layak ke


pusingan seterusnya.

11-

KESALAHAN-KESALAHAN & KELAKUAN TIDAK BERSOPAN:


11.1

Seseorang pemain yang sengaja melakukan salah satu dari


sebelas kesalahan-kesalahan berikut:a.

Menendang atau cuba menendang pemain lawan.

b.

Membentes pemain lawan dengan menjatuhkan atau cuba


menjatuhkannya dengan menggunakan kaki atau dengan
membongkok di hadapan atau di belakang.

c.

Melompat ke pemain lawan.

d.

Merempuh pemain lawan dengan cara ganas atau bahaya.

e.

Merempuh pemain lawan dari belakang.

f.

Memukul atau cuba memukul pemain lawan atau meludahnya.

g.

Memegang pemain lawan.

h.

Menolak pemain lawan.

i.

Merempuh pemain lawan dengan bahu.

j.

Menggelunsur (sliding tackle) untuk memainkan bola yang


sedang dimainkan atau cuba dimainkan oleh pemain lawan.
(Dibenarkan kecuali pengadil mengatakan sebaliknya)

k.

Memegang bola iaitu dengan membawa, menampar atau


mengawalnya menggunakan dengan tangan atau lengan
(kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya
sendiri).

Hendaklah dihukum dengan sepakan percuma terus, dibuat oleh pihak


lawan dari tempat di mana kesalahan berlaku. Sekiranya seorang pemain
dari pasukan bertahan sengaja melakukan salah satu dari sebelas kesalahan
tersebut dalam kawasan penaltinya, ianya akan dihukum dengan satu
sepakan penalti tanpa mengira kedudukan bola, asalkan bola berada di
dalam permainan.
11.2

Seseorang pemain yang melakukan salah satu dari empat


kesalahan berikut:
i-

Pada pendapat pengadil ia bermain dengan cara bahaya,


contohnya cuba menendang bola dalam pegangan penjaga gol.

ii-

Apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang


pemain lawan iaitu berlari antara pemain lawan dengan bola
atau menggunakan badan untuk menghalang pemain lawan.
4

iii-

Merempuh penjaga gol kecuali setelah keluar dari kawasan


penalti.

iv-

Apabila bermain sebagai penjaga gol:a.

Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan setelah


dengan sengajanya bola disepak oleh rakan sepasukan
kepadanya.

b.

Memegang atau mengawal bola dengan tangan setelah


menerimanya terus dari sepakan ke dalam oleh
rakannya.

c.

Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kaki


di mana-mana bahagian gelanggang, melebihi 4 saat.

d.

Dari hantaran gol ia menerima semula bola dari rakannya


sebelum disentuh atau dimainkan oleh pemain lawan.

Hendaklah dihukum dengan memberi sepakan percuma tidak terus


kepada pemain lawan di mana tempat kesalahan dilakukan kecuali
kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penaltinya maka sepakan
percuma tidak terus itu akan dibuat di garisan 6 meter paling hampir
dengan tempat kesalahan dilakukan.
11.3

Seorang pemain diberi amaran jika:


a.

Semasa penggantian ia masuk ke gelanggang sebelum pemain


yang hendak diganti sempurna keluar dari gelanggang
permainan atau pengganti masuk dari tempat yang tidak
sepatutnya.

b.

Sentiasa melanggar undang-undang permainan.

c.

Membantah dengan perkataan atau perbuatan mengenai


sebarang keputusan pengadil.

d.

Bersalah kerana tidak bersemangat kesukanan.

Untuk sebarang kesalahan di atas, pengadil akan memberi sepakan


percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat kesalahan
dilakukan (melainkan kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penalti,
sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di garisan 6 meter,
paling hampir dengan kesalahan) sebagai tambahan kepada amaran
berkaitan dan dengan syarat tiada pelanggaran undang-undang lebih
berat berlaku.

11.4

Seseorang pemain akan diperintah keluar gelanggang, jika pada


pendapat pengadil, ia:a.

Bersalah kerana bermain dengan amat kasar.

b.

Bersalah kerana berkelakuan ganas.

c.

Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina


atau kata-kata kesat.

d.

Bersalah kerana
permainan.

menerima

amaran

kedua

dalam

satu

Jika permainan dihentikan untuk beri perintah keluar gelanggang


kepada pemain di atas kesalahan para 12.2 (iii) atau (iv) tanpa
pelanggaran undang-undang lain, permainan akan dimulakan semula
dengan sepakan percuma tidak terus oleh pemain lawan dari tempat di
mana kesalahan itu dilakukan. Jika kesalahan itu dilakukan di dalam
kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus hendaklah diambil dari
garisan 6 meter yang paling hampir dengan tempat kesalahan berlaku.

12-

11.5

Mana-mana pemain yang didapati menyerang Pengadil atau pemainpemain yang diperintah keluar padang kerana bergaduh akan
digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini. Beliau akan
tampil kehadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan tatatertib
yang sewajarnya. Keputusan Jawatankuasa Tatatertib bersabit dengan
kesalahan ini akan dipanjangkan kepada Yang DiPertua Majlis Sukan
/ MAKSAK Negeri (yang beliau wakil) dan Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) untuk tindakan selanjutnya.

11.6

Mana-mana Pengurus atau Jurulatih atau pemain yang melakukan


kesalahan di luar padang semasa pasukannya sedang bermain adalah
dianggap sebagai melakukannya di dalam padang.

PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN:


12.1

Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasar kepada


format berikut:a)
b)
c)
d)

12.2

Menang
Seri
Kalah
Menang Protes

3 Mata
1 Mata
0 Mata
3 Mata

Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah mata yang terbanyak akan


menjadi johan kumpulan dan pasukan yang mendapat jumlah mata
kedua terbanyak akan menjadi naib johan kumpulan.

12.3

12.4

13-

Jika dua atau lebih pasukan terikat kedudukannya dengan


memperolehi jumlah mata yang sama maka perbezaan gol akan
digunakan untuk memutuskan kedudukannya:a)

Jika masih seri, maka pasukan yang telah menjaringkan lebih


banyak gol akan melayakkan diri untuk pusingan seterusnya;

b)

Jika masih seri, maka keputusan perlawanan di mana keduadua pasukan bermain antara satu sama lain akan diambil kira;

c)

Jika selepas menggunakan semua langkah di atas dan


keputusan masih seri maka kedudukan pasukan akan
ditentukan oleh lentikan duit syiling atau sebagaimana yang
diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur dan Keputusannya
adalah muktamad.

Bagi perlawanan secara kalah mati, sekiranya berkesudahan dengan


seri, maka kemenangan akan di tentukan melalui (5) tendangan penalti
dan
jika
masih
seri,
(7)
tendangan
penalti tambahan
(1+1+1..seterusnya) yang akan diambil pemain gantian lain (pemain
yang telah mengambil tendangan penalti sebelumnya tidak dibenarkan
mengambil tendangan ini) dilakukan dan jika masih seri juga penalti
secara sudden death akan berkuatkuasa mengikut peraturan FIFA.

MASA PERTANDINGAN:
13.1

Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh 3 hari.

13.2

Setiap pasukan adalah diwajibkan bermain lebih daripada satu


perlawanan di dalam satu hari.

13.3

Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang


telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

13.4

Jangka masa permainan hendaklah di bahagi kepada dua tempoh


yang sama masa iaitu 20 minit bagi kategori lelaki dan 15 minit bagi
kategori wanita (running time) setiap satu.

13.5

Jangka masa bagi setiap separuh masa boleh dilanjutkan untuk


membolehkan sepakan penalti di ambil.

13.6

Pasukan-pasukan berhak meminta satu perhentian masa (time out) di


tiap-tiap separuh masa dengan peraturan berikut:
a.

Jurulatih-jurulatih pasukan boleh meminta satu perhentian masa


(time out) satu minit dari penjaga masa. Permintaan boleh di
buat pada bila-bila masa (satu di setiap separuh masa) tetapi
hanya boleh berbuat demikian apabila bola di bawah kawalan
pasukannya.
7

b.

Penjaga masa akan memberi isyarat kebenaran perhentian


masa ketika bola berada di luar permainan dengan meniup wisel
atau isyarat bunyi yang lain dan berbeza dengan yang
digunakan oleh pengadil.

c.

Bila perhentian masa (time out) di beri, pemain-pemain boleh


berkumpul di dalam gelanggang.
Jika mereka hendak
menerima arahan dari pegawai pasukan, ia hendaklah dilakukan
di garisan tepi gelanggang berhadapan dengan bangku
simpanan pasukan. Pemain-pemain tidak dibenarkan keluar
gelanggang dan begitu juga pegawai yang memberi arahan
tidak dibenarkan memasuki gelanggang.

d.

Pasukan yang tidak meminta perhentian masa yang dibolehkan


di separuh masa pertama tidak boleh membawanya kehadapan
dalam separuh masa kedua.

13.7

Rehat pada separuh masa tidak kurang dari 5 minit.

13.8

Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di


gelanggang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

13.9

Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemainpemain kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum perlawanan
dimulakan.

13.10 Pasukan yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang dijadualkan
akan diberi masa tangguhan selama 15 minit. Jika setelah tamat
tempoh masa yang diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka
kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir
dengan kiraan jaringan 2-0.
13.11 Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi
kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Urusetia MAKSAK
Malaysia akan mengambil tindakan dengan menarik bantuan
kewangan yang diperuntukan dan akan melaporkan kepada Yang
DiPertua Badan-Badan Gabungan agar mengambil tindakan tegas
kepada yang terlibat dan bertanggungjawab.

14-

PENANGGUHAN PERLAWANAN:
Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang
ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan. Dalam membuat keputusan, perkara-perkara
berikut adalah diambil kira.
14.1

Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa pertama dan


Jawatankuasa Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak
8

boleh diteruskan lagi maka keputusan perlawanan akan ditentukan


dengan cara sistem tendangan penalti, tanpa mengambilkira sebarang
jaringan yang telah diperolehi oleh kedua-dua pasukan dalam separuh
masa pertama.
14.2

15-

16-

Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa kedua dan


Jawatankuasa Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak
boleh diteruskan lagi maka jaringan gol yang telah diperolehi sehingga
perlawanan diberhentikan akan diambilkira. Pasukan yang mempunyai
lebih jaringan gol akan diberi kemenangan. Walau bagaimanapun, jika
semasa perlawanan diberhentikan, kedua-dua pasukan terikat dengan
kedudukan seri maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan
cara sistem tendangan penalti.

PERALATAN PEMAIN:
15.1

Pemain tidak dibenarkan memakai apa-apa yang berbahaya kepada


pemain-pemain lain.

15.2

Peralatan biasa seorang pemain adalah baju, seluar, stokin, shinguard


dan kasut futsal. Hanya alas kaki yang di perbuat dari canvas atau
kasut latihan dari kulit yang lembut atau kasut jimnastik dengan tapak
getah atau dari bahan-bahan yang sama. Pemakaian alas kaki adalah
diwajibkan.

15.3

Baju pemain hendaklah bernombor dari no. 1 hingga 22 dan setiap


pemain dari pasukan yang sama mempunyai nombor berbeza.
Penjaga gol dibenarkan memakai seluar panjang. Ia hendaklah
memakai warna di mana dengan mudahnya dapat membezakannya
dengan pemain-pemain lain dan pengadil.

15.4

Sekiranya seorang pemain menggantikan penjaga gol, pemain


tersebut hendaklah melekatkan nombor bajunya di belakang baju
penjaga gol yang di pakainya (bip dengan nombor yang sama).

BOLA:
Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan bola yang diiktiraf oleh
FIFA atau yang setaraf dengannya.

17-

PENGADILAN:
Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil yang
bertauliah disepanjang pertandingan yang diadakan.

18-

BANTAHAN:
18.1

18.2

Kelayakan Peserta

i)

Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus atau


Ketua Pasukan SAHAJA dan hendaklah dibuat SEMASA
MESYUARAT PENGURUS PASUKAN SAHAJA (tidak perlu
wang cagaran RM 500/-).

ii)

Pihak yang membuat bantahan perlu mengemukakan bukti


kukuh berkenaan bantahan yang dibuat.

iii)

Pihak yang dibantah hendaklah memberikan bukti dengan


SEGERA di dalam majlis bantahan tersebut (bahawa peserta /
pemain yang dibantah adalah SAH bermain dan MENGIKUT
SEGALA SYARAT KELAYAKAN BERMAIN.

iv)

Jika terdapat mana-mana pasukan/kontinjen yang membawa


dan menyenaraikan pemain-pemain yang tidak layak
bermain dan bukan kakitangan awam serta di dapati
bersalah dalam majlis bantahan, pasukan tersebut akan
digantung dari menyertai kejohanan MAKSAK pada tahun
tersebut dan tahun berikutnya dan pemain tersebut tidak
akan dibenar menyertai kejohanan MAKSAK sehinggalah
pihak penganjur membatalkan hukuman tersebut.

Teknikal dan Lain-lain Bantahan


i)

Sebarang bantahan berkenaan teknikal/pengadilan dan lain-lain


selain kelayakan peserta hendaklah dibuat secara lisan kepada
pengadil yang bertugas ketika itu.

ii)

Kemudian bantahan tersebut hendaklah dikemukakan secara


bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak lewat
daripada 30 minit selepas tamat pertandingan tersebut (jika
berkaitan
pertandingan/teknikal/pengadilan
dan
lain-lain
berkaitan).

iii)

Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus


Pasukan dan disertakan dengan wang cagaran sebanyak
RM500.00 (tunai). Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan
samada bantahan itu berjaya, gagal atau ditolak.

iv)

Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa


Bantahan dan tatatertib adalah muktamad.

10

19-

JAWATANKUASA BANTAHAN & TATATERTIB


Pengerusi

20-

21-

Setiausaha Agung MAKSAK atau Wakil

Setiausaha :

Penolong Setiausaha Agung/Wakil

Ahli-Ahli

Setiausaha MAKSAK Jawatankuasa


Pengelola/Wakil

Pengerusi Jawatankuasa Teknik &


Pertandingan/Wakil

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil/Wakil

DISIPLIN DAN TATATERTIB:


20.1

Kegagalan pasukan untuk hadir pada majlis perasmian, makan malam,


majlis penutupan dan penyampaian hadiah akan menyebabkan semua
bantuan/subsidi kewangan yang diberikan akan ditarik balik. Laporan
bertulis akan dibuat kepada Yang DiPertua MAKSAK Badan Gabungan
berkenaan agar tindakan yang tegas diambil kepada mereka yang
terlibat dan bertanggungjawab dalam insiden ini;

20.2

Jika terdapat pegawai dan peserta yang tidak berdisiplin disepanjang


kejohanan hingga tamat seperti berpakaian tidak sopan, tidak kemas,
berambut panjang (lelaki) dan lain-lain lagi (tidak mencerminkan
sebagai seorang penjawat awam), mereka tidak akan dibenarkan
menyertai kejohanan. Tindakan susulan akan dibuat oleh Urusetia
MAKSAK Malaysia seperti di para 20.1.

JAWATANKUASA BANTAHAN & TATATERTIB:


Pengerusi

Setiausaha Agung MAKSAK


Malaysia/Wakil

Setiausaha :

Penolong Setiausaha Agung MAKSAK


Malaysia/ Wakil

Ahli-Ahli

Setiausaha Kehormat MAKSAK


Pengelola/ Wakil

Pengerusi Jawatankuasa Teknik &


Pertandingan/Wakil

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil/Wakil

11

22-

HADIAH:
MAKSAK Malaysia akan menyediakan hadiah seperti berikut:a)

Johan

b)

Naib Johan -

c)

Ketiga
Bersama

1 Piala Pusingan x 2
1 Piala Iringan x 2
15 Medal & Hadiah Iringan x 2
1 Piala Iringan x 2
15 Medal & Hadiah Iringan

1 Piala Iringan x 2
15 Medal & Hadiah Iringan x 2
(2 Pasukan yang kalah diseparuh akhir)

Hadiah Tambahan:
d)
e)
f)
g)
h)

23-

Piala Fair Play


1 Piala Iringan x 2
(kad kuning dari peringkat kumpulan hingga akhir)
Penjaring Terbanyak 1 Medal & Hadiah Iringan x 2
Pemain Terbaik
1 Medal & Hadiah Iringan x 2
(Perlawanan Akhir)
Penjaga Gol Terbaik - 1 Medal & Hadiah Iringan x 2
(Perlawanan Akhir)
Pemain Paling Senior 1 Cenderamata x 2

HAK JAWATANKUASA PENGANJUR:


Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah
peraturan-peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah
muktamad.

24-

PERINTAH AM:
Sepanjang kejohanan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk
kepada Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
Urusetia MAKSAK Malaysia atau Urusetia Kejohanan akan memanjangkan
laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya
terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib
serta peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan.

URUSETIA MAKSAK MALAYSIA


JABATAN PERDANA MENTERI

12

You might also like