You are on page 1of 33

normah

Bola tampar

Dimainkan pada beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di asia tenggara. Howard Keith (1942) (sports and games) bola tampar di amerika telah diubahsuai daripada fraust ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. J.Morgan sebagai pengarah fizikal ditugaskan utk cipta satu permainan rekreasi untuk sekumpulan pelajar yang main bola keranjang.

Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baru yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu.

Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.
Klik sini untuk keterangan lanjut

Kawasan Permainan

Peralatan

Pertukaran yang dibenarkan

Objek & pakaian yang dilarang

Kesalahankesalahan dalam bermain

Peralatan permain terdiri daripada jersi,seluar pendek dan kasut sukan. Jersi,seluar pendek dan stokin mestilah seragam ,bersih dan sama warna untuk satu pasukan.

Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya. Warna : Seragam dan cerah Ukur lilit : 65-67 cm Berat : 260-280 gram Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm2

Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersi yang sama warna ,maka pasukan tuan rumah mesti tukar jersinya . Di gelanggang berkecuali ,pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadual pertandingan mesti menukar jersinya. Referi pertama boleh membenarkan seorang atau beberapa orang pemain: - Bermain tanpa kasut & menukar jersi yang basah semasa selangan set atau selepas penggantian pemain,dengan syarat jersi baru itu mempunyai warna,corak dan nombor yang sama. Dalam cuaca yang sejuk ,referi pertama boleh membenarkan pasukan bermain dengan pakaian latihan,dengan syarat mempunyai warna dan corak yang sama bagi keseluruhan pasukan dan dinomborkan dengan betul.

dilarang memakai objek-objek yang boleh menyebabkan kecederaan atau memberi sesuatu kelebihan yang tidak semula jadi kepada pemain. Pemain boleh memakai cermin mata atas risiko sendiri. tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang tidak mempunyai nombor yang rasmi atau warna yang berbeza daripada pemain lain.

Pukulan Empat Kali

Sentuhan Dua Kali

Menyeberangi Jaring

Bola dipegang

Susunan Giliran (

Enam pemain setiap pasukan. Tiga pemain berada di sepanjang jaring yang dikenali sebagai pemain hadapan. Mereka terdiri daripada pemain kiri yang menduduki posisi 4, pemain tengah di posisi 3, dan pemain kanan di posisi 2. Tiga pemain belakang pula terdiri daripada pemain kiri yang menduduki posisi 5, pemain tengah pada posisi 6 manakala pemain kanan di posisi 1 seperti berikut:

FORMAT KIRAAN Mata


dijalankan dalam 5 set permainan untuk setiap perlawanan kiraan mata penamat ialah 25 dengan kelebihan sekurangkurangnya 2 mata. ( 25/23) dan dalam kes 24-24 tie, permainan diteruskan sehingga 2 mata dicapai sebagai contoh (26-24/27-25).

Pengadil


Perlu menyediakan dua pengadil di setiap garisan tempat pasukan masing-masing.

1
S E R V I S
Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian belakang luar gelanggang. Terdapat dua jenis servis,iaitu : servis bawah tangan (cedok) servis atas kepala (tenis)

Servis atas kepala

Servis bawah tangan

Satu kaki dihadapan manakala satu lg di blkg Bengkokkan lutut sedikit pindahkan berat semasa kelajuan harus ke atas bola menuju ke sasaran. Pukul bola dgn semua jari dengan cara menampar ke arah sasaran

Kaki dominan di belakang .  Fleksi kedua-dua belah lutut.  Pegang bola pada aras atas pinggang.  Ayun tangan dan kontak bola pada aras pinggang.  Pukul pada bahagian bawah bola.  Tangan memukul ke arah sasaran.

Servis lain yang digunakan oleh pemain yang mahir : - servis apungan - servis mencangkuk atas tangan. - servis berpusing atas tangan. paling penting dalam membuat servis ialah mengawal bola iaitu dari segi kelajuan dan perubahan arah bola.

menyangga
Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini juga bertujuan melambungkan bola ke udara. Fleksi kedua-dua belah lutut. Luruskan kedua-dua belah tangan di hadapan badan. Kontak bola pada lengan tangan. Kedua-dua belah tangan ikut arah pergerakan bola. untuk menaikkan atau

mengumpan
Mengumpan ialah kemahiran melambungkan bola ke udara bagi membolehkan rakan sepasukan melakukan rejaman. Fleksi kedua-dua belah lutut. Kedua-dua belah tangan di atas kepala. Kontak bola di hadapan dahi. Luruskan siku dan lutut serentak. Kedua-dua belah tangan arah ke sasaran.

erejam (-smeshMerejam ialah kemahiran untuk mematikan bola dalam gelanggang pihak lawan bagi mendapatkan mata. Pemain perlu memukul bola dengan tapak tangan dengan kencang ke kawasan pihak lawan. Bergerak ke arah bola. Lompat dengan kedua-dua belah kaki. Kontak bola dengan tangan lurus. Pukul pada bahagian atas bola. Fleksi kedua-dua belah lutut semasa mendarat.

Rejaman bola dibahagi kepada empat peringkat. Penujuan ke jaring. Lonjakan. Pergerakan badan di udara sebelum aksi memukul bola. Aksi pukulan bola.

-Melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat -Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas. -Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk merejam bola. -Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka ataun menadahkan tangan. -Pergerakan pergelangan tangan untuk membawa bola turun. penting

-Mendarat dengan membengkokkan lutut untuk menyerap hentakan.

menghadang
Mengadang ialah kemahiran untuk menghalang rejaman yang dilakukan oleh pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan kuasa otot kaki semasa melakukan lompatan.

(a)Melonjak kedua-dua dihulurkan lurus ke atas.

belah

kaki,

tangan

(b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan.

Jika ingin melihat video yang berkaitan dengan permainan bola tampar, sila klik pada ikon di bawah.

You might also like