You are on page 1of 7

STEP LADDER ADDITION SEBAGAI KAEDAH ALTERNATIF BAGI PENAMBAHAN MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA NOMBOR EMPAT DIGIT

Oleh: Aniza Binti Nordin1& Mazlan Bin Ibrahim2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan kaedah Step-Ladder Addition dalam meningkatkan kemahiran murid dalam penambahan sebarang nombor empat digit dengan nombor empat digit melibatkan pengumpulan semula dalam kalangan murid Tahun 4 Firdaus Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, Terengganu.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, semakan buku latihan dan lembaran kerja, pemeriksaan kertas jawapan Ujian OTI 1 2012 serta ujian diagnostik. Hasilnya, segelintir murid dikenalpasti menghadapi kesukaran dalam menulis algoritma penambahan dengan betul melibatkan pengumpulan semula disamping melakukan kesalahan dalam menulis fakta asas tambah. Justeru, kaedah ini diperkenalkan sebagai satu usaha improvisasi atau pengubahsuaian terhadap kaedah yang biasa digunakan oleh kebanyakan murid iaitu penambahan bentuk lazim bagi disesuaikan kepada kumpulan murid lemah. Responden terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini ialah melalui ujian pra dan pasca, soal selidik dan temubual. Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah Step-Ladder Addition ini telah berjaya meningkatkan tahap pencapaian murid dengan peningkatan sebanyak 60% hasil perbezaan min markah antara kedua-dua ujian pra dan pasca. Kata kunci: Step-Ladder Addition, penambahan, pengumpulan semula. PENGENALAN Menurut Braten (1998), operasi tambah adalah konsep penting dalam Matematik kerana ia merupakan algoritma pertama yang dipelajari oleh kanak-kanak yang juga akan menjadi asas kepada pembelajaran mereka pada masa akan datang. Tanpa kefahaman yang jelas terhadap konsep dan kemahiran asas yang telah dipelajari pada peringkat awal ini akan mengakibatkan proses pembelajaran seterusnya menjadi lebih sukar. Sepanjang tempoh menjalani praktikum 3 di Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, pengkaji mendapati bahawa terdapat sebilangan kecil murid mengalami kesukaran untuk memahami konsep pengumpulan semula secara menyeluruh disamping lemah dalam mencongak fakta asas tambah.Hasil analisis terhadap markah ujian OTI 1 2012 menunjukkan bahawa murid Tahun 4 Firdaus sangat lemah dalam subjek Matematik kerana rata-rata mereka memperoleh Gred D dan Gred E. Tinjauan awal melalui semakan buku latihan murid serta penandaan pada kertas ujian diagnostik turut dijalankan dan hasilnya, pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh murid telah berjaya dikenalpasti khususnya dalam menyelesaikan masalah penambahan bagi kemahiran mengumpul semula melibatkan penambahan nombor bulat empat digit dengan empat digit. Antaranya ialahtidak meletakkan nilai 1 bagi mewakili 10 sebagai pengumpulan semula pada rumah berikutnya, memulakan pengiraan dari kiri ke kanan, nilai 1 dibawa sebagai pengumpulan semula kepada nilai tempat yang lebih kecil dan menganggap
1 2

Pelajar PISMP Matematik Pendidikan Rendah Pensyarah Jabatan Matematik

nilai tempat puluh ribu tidak mempunyai sebarang kepentingan. Merujuk kepada misconception circular yang dikeluarkan oleh National Centre for Excellence in the Teaching of Mathematics (NCETM) bagi membincangkan kesalahan serta salah tanggapan yang berlaku bagi setiap topik Matematik, kebergantungan terhadap peraturan, kecuaian serta kelemahan berkaitan nilai tempat adalah antara punca berlakunya miskonsepsi dalam topik tambah. Justeru, pengkaji mengambil keputusan untuk memperkenalkan kaedah yang dinamakan Step-Ladder Addition bagi membantu sampel kajian dalam menyelesaikan operasi tambah dengan mengumpul semula.Ia adalah satu usaha pengubahsuaian terhadap kaedah yang biasa digunakan oleh kebanyakan murid iaitu penambahan bentuk lazim. METADOLOGI Objektif Kajian 1. Mengenal pasti pola-pola kesilapan yang dilakukan murid ketika menyelesaikan soalan tambah nombor empat digit dengan nombor empat digit. 2. Membantu meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan soalan tambah nombor empat digit dengan nombor empat digit secara lebih berkesan dan mudah serta sistematik menggunakan kaedah Step-Ladder Addition. 3. Mengetahui persepsi murid terhadap penggunaan kaedah Step-Ladder Additiondalam menyelesaikan soalan penambahan. Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran kajian ini ialah seramai 5 orang iaitu 4 lelaki dan seorang perempuan. Pemilihan murid ini dilakukan selepas pengkaji membuat analisis terhadap markah Ujian TOV serta OTI 1 2012. Kelima-lima mereka telah dikenalpasti gagal dalam kedua-dua kertas ujian ini kerana masing-masing hanya memperoleh gred E semasa ujian TOV, manakala untuk ujian OTI 1, hanya seorang sahaja murid meningkat ke gred D. Dalam ujian diagnostik pula pengkaji mendapati skala yang diperolehi mereka adalah dibawah skala 6. Justeru, kelima-lima murid ini telah diklasifikasikan sebagai murid berpencapaian rendah, seterusnya dijadikan sampel kajian bagi menguji keberkesanan kaedah Step-Ladder Addition yang ingin dilaksanakan. Tindakan Pengkaji telah mengaplikasikan model Kemmis dan Mc Taggart (1988) dalam kajian tindakan ini. Model ini mempunyai 4 tahap kajian iaitu merefleks, merancang, bertindak dan memerhati.Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat refleksi berkaitan permasalahan murid semasa menyelesaikan operasi tambah bagi kemahiran menambah dengan mengumpul semula. Seterusnya, perancangan dibentuk bagi menyelesaikan masalah yang timbul ini dengan menggunakan kaedah Step-Ladder Addition iaitu pengubahsuaian kepada penyelesaian bentuk lazim biasa. Sebanyak empat sesi rawatan dengan mengaplikasikan kaedah Step-Ladder Addition telah dijalankan khusus untuk topik penambahan berfokuskan pengumpulan semula. Pengkaji telah menganalisa pencapaian murid melalui ujian pasca yang dijalankan selepas sesi rawatan dilaksanakan sepenuhnya. Langkah ini diperlukan bagi memerhati kemajuan tindakan yang telah dijalankan, seterusnya, melihat sejauh mana keberkesanan kaedah Step-Ladder Addition yang diperkenalkan dapat meningkatkan kemahiran murid untuk menambah sebarang nombor empat digit dengan nombor empat digit melibatkan proses pengumpulan semula. Perbandingan markah sampel untuk ujian pra dan ujian pasca dilakukan bagi melihat keberkesanan kaedah ini. Selain itu, sesi temubual juga dijalankan bagi mendapatkan reaksi serta pendapat sampel kajian terhadap intervensi yang dijalankan.

Kaedah Step-Ladder Addition 2 8 9 1 7 4 6 Hasil tambah rumah sa Hasil tambah rumah puluh Hasil tambah rumah ratus Hasil tambah rumah ribu 7 9 0

1 0 1 0 8 9 7 8

Rajah 1: Contoh pelaksanaan kaedah Step-Ladder Addition DAPATAN KAJIAN Mengenal pasti pola-pola kesilapan yang dilakukan murid ketika menyelesaikan soalan tambah nombor empat digit dengan nombor empat digit. Berpandukan analisis pada ujian pra dan pasca, terdapat enam jenis kesilapan yang berlaku dalam kalangan responden yang terlibat. Kekerapan kesilapan yang dilakukan oleh responden direkodkan dalam jadual berikut: Jadual 1: Kekerapan kesilapan mengikut kod Kekerapan Kod Kesilapan Ujian Pra A B C D E F Kesalahan menulis fakta asas tambah Menganggap nilai tempat puluh ribu tidak mempunyai sebarang kepentingan Kecuaian semasa melakukan pengiraan Tidak memahami konsep pengumpulan semula Gabungan kesalahan A dan D Kesilapan menulis semula soalan Jumlah Jumlah Keseluruhan 21 8 4 3 5 0 41 52 Ujian Pasca 0 0 9 0 0 2 11

Membantu meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan soalan penambahan menggunakan kaedah Step-Ladder Addition. Instrumen ujian pra dan ujian pasca digunakan bertujuan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program intervensi dijalankan.Pencapaian responden untuk kedua-dua ujian ini dianalisis dengan menggunakan skor pencapaian, min skor serta sisihan piawai skor. Data yang diperolehi melalui pelaksanaan ujian pra dan ujian pasca adalah seperti dalam Jadual 2 di bawah: Jadual 2: Perbandingan skor pencapaian murid untuk ujian pra dan ujian pasca Responden R1 R2 R3 R4 R5
10 8 6 Ujian Pra 4 2 0 Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 Ujian Pasca

Ujian Pra 0 6 2 1 0

Ujian Pasca 6 10 10 6 7

Peningkatan (%) 60 40 80 50 70

Graf 1: Perbandingan skor ujian pra dan pasca Peningkatan yang berlaku memberi implikasi positif terhadap penguasaan murid dalam menyelesaikan masalah tambah melibatkan pengumpulan semula menggunakan kaedah Step-Ladder Addition.Analisa yang dijalankan turut menjelaskan bahawa kesemua responden menunjukkan peningkatan melebihi 50% setelah menjalani program intervensi. Jadual 3: Analisis perbandingan min dan sisihan piawai bagi skor pencapaian murid untuk ujian pra dan ujian pasca Ujian Pra 0.000 6.000 1.800 2.227 Ujian Pasca 6.000 10.000 7.800 1.833

Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai

Bagi ujian pra, min skor yang diperolehi responden ialah 1.800, manakala, min atau purata untuk ujian pasca pula ialah 7.800.Peningkatan sebanyak 6.000 jelas menunjukkan prestasi keseluruhan responden meningkat dengan penggunaan kaedah

Step-Ladder Addition.Sisihan piawai bagi ujian pra dinyatakan sebagai 2.227, dan nilainya berkurang menjadi 1.883 semasa ujian pasca. Berdasarkan jadual di atas, sebaran skor bagi ujian pasca adalah kecil, yang mana pencapaian murid lemah dan murid sederhana adalah hampir sama. Hal ini membawa implikasi bahawa skor-skor tersebut adalah bersifat homogenus. Mengetahui persepsi murid terhadap penggunaan kaedah Step-Ladder Additiondalam menyelesaikan soalan penambahan. Pengkaji telah menggunakan instrumen temubual serta borang kaji selidik bagi tujuan mengumpul data-data berkaitan. i) Temubual

Responden Respon Kod Soalan 2: Adakah kamu seronok menggunakan kaedah Step-Ladder Addition yang cikgu ajar? Mengapa? 1 Seronok sangat! Sebab lagi senang dari cara cikgu 1 dulu ajar! (Senyum) 2 Seronok jugak la cikgu..tak payah nak tambah sampai 1 3 kali. 3 Kalau soalan senang macam mula-mula cikgu bagi 2 latihan dulu OK la..tapi kalau soalan susah, kena tulis panjang-panjang..Kalau ada cara lagi senang daripada ni lagi bagus..hehehe.. 4 Saya suka! Sambil kira boleh lukis tangga. 3 5 Seronok! Sebab dah jarang buat salah. 4 Penentuan Kod: 1: Lebih senang (2) - mudah berbanding bentuk lazim 2. Tidak pasti (1) - gunakaedah apabila berdepan soalan senang 3. Menarik (1) - boleh lukis tangga 4. Yakin (1) - jarang melakukan kesalahan

Responden Respon Kod Soalan 3: Jika diberi soalan penambahan, kaedah yang manakah akan kamu pilih? 1 2 3 4 5 Bentuk tangga! Tak tahu lah cikgu..dua-dua saya suka. Tengok soalan. Tapi saya lagi suka bentuk tangga dari bentuk lazim. Bentuk tangga la cikgu. Tangga! 1 2 2 1 1

Penentuan Kod: 1: Step - Ladder Addition (3) 2. Tidak pasti (2) - mengikut kesesuaian soalan

ii)

Borang kaji selidik Jadual 4: Taburan kekerapan dan peratusan analisis soal selidik

Bil. 1 2 3 4 5

Pernyataan Saya minat pada subjek Matematik Saya suka belajar tajuk Tambah Saya faham akan operasi tambah Pengajaran yang disampaikan guru mudah untuk difahami Saya seronok menyelesaikan masalah penambahan menggunakan kaedah StepLadder Addition Kaedah StepLadder Addition lebih ringkas dan mudah Saya lebih suka kaedah StepLadder Addition berbanding bentuk lazim Saya gembira dapat menyelesaikan masalah penambahan dengan betul 5 5 5 5 4

Bilangan Murid Ya Tidak 100% 0 0% 100% 100% 100% 80% 0 0 0 1 0% 0% 0% 20%

6. 7 8

5 5 5

100% 100% 100%

0 0 0

0% 0% 0%

PERBINCANGAN 5 pola kesilapan telah dikesan pada ujian pra, dan bilangannya berkurang kepada 2 untuk ujian pasca.Hanya 1 sahaja bentuk kesalahan dikenalpasti sebagai pola kesilapan yang berterusan.Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah menganggap nilai tempat puluh ribu tidak mempunyai sebarang kepentingan, kecuaian semasa melakukan pengiraan, tidak memahami konsep pengumpulan semula serta kesilapan menulis semula soalan. Menurut Koshy (2002), kebanyakan miskonsepsi muncul sebagai akibat kepada kebergantungan terhadap peraturan (mathematicsrules), samada tidak difahami, lupa atau hanya mengingati sebahagiannya. Kesalahan menulis fakta asas tambah dilihat sebagai kelemahan responden yang paling ketara dalam ujian pra dengan peratusan setinggi 40.38%.Dapatan ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Ashlock (1971), kanak-kanak perlu mempunyai ingatan segera berkenaan fakta asas supaya mereka dapat menggunakannya dengan mudah semasa membuat pengiraan. Jika sebaliknya, mereka mungkin akan mengalami kesukaran untuk membina kemahiran, seterusnya menjuruskan mereka kepada penyelewengan (kesalahan). Setelah kaedah StepLadder Additiondiperkenalkan, jelas berlaku peningkatan terhadap kelima-lima responden menerusi skor pencapaian mereka dalam ujian pasca. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian lain yang mana menyatakan kaedah Step Ladder Addition berupaya meningkatkan pencapaian murid walaupun ia adalah kaedah alternatif kepada operasi lazim.Tipps, Johnson & M. Kennedy (2011) menyatakan bahawa algoritma alternatif sering dilihat memelihara makna kepada nombor serta nilai tempat , mudah dibentuk sebagai model, mempunyai jaringan kepada anggaran dan pengiraan mental dan tidak melibatkan banyak proses mengingat berbanding algoritma tradisional. Justeru, berdasarkan kajian inilah pengkaji mengambil inisiatif untuk memperkenalkan StepLadder Addition sebagai kaedah yang lebih mudah, menarik, kurang tekanan dan yang lebih penting ia masih mengekalkan konsep tambah mengikut lajur (nilai tempat).

Pengkaji memperoleh respon yang positif daripada kesemua responden terhadap pengenalan kaedah StepLadder Addition.Dapatan turut menyatakan bahawa kaedah ini lebih ringkas, mudah dan mereka suka menggunakan kaedah ini berbanding bentuk lazim.Melalui temubual yang dijalankan juga, rata-rata responden menyatakan minat serta kecenderungan terhadap kaedah ini.Dapatan ini menyokong kajian Tipps, Johnson & M. Kennedy (2011), algoritma alternatif dirujuk sebagai kurang memberi stress, bersifat transisi dan memberi banyak kelebihan kepada murid. CADANGAN Pengkaji mencadangkan agar kajian ini diaplikasikan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah rendah pada masa kini. Hal ini kerana kaedah ini dilihat lebih mudah, ringkas dan mampu menarik perhatian murid. Kaedah ini juga dibentuk bagi meminimakan pola kesilapan dalam proses pengumpulan semula, seterusnya mengurangkan peluang untuk murid melakukan kesalahan. Setelah menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji mendapati bahawa kaedah ini lebih sesuai digunakan oleh murid yang berpencapaian sederhana dan rendah.Pengintegrasian ICT dalam pengajaran kaedah ini juga ingin dicadangkan oleh pengkaji kerana unsur-unsur interaktif telah dibuktikan sebagai mampu menarik perhatian serta mengekalkan fokus murid terhadap pengajaran guru.Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan sampel 5 orang responden daripada kelas 4 Firdaus dan pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan dengan menggunakan sampel kajian yang lebih besar dan terbuka. Kajian seterusnya juga dicadang supaya mengambil kira faktor motivasi murid serta tahap kebolehan individu mereka supaya dapat memperkenalkan kaedah yang lebih berkesan. Pengetahuan tentang kebolehan individu akan membantu pengkaji mengenalpasti kemampuan murid dalam sesuatu bidang, seterusnya mencari pendekatan serta kaedah yang bersesuaian dengan keupayaan murid itu sendiri. Kajian ini hanya memberi fokus terhadap topik penambahan nombor bulat.Dicadangkan supaya kajian ini dikembangkan kepada topik-topik lain seperti Perpuluhan, Masa, Wang, dan Pengukuran. Dengan ini, ia akan memantapkan lagi konsep murid-murid dalam topik penambahan lebih-lebih lagi berkaitan dengan proses pengumpulan semula. SENARAI RUJUKAN Ashlock, R. B. (1971). Teaching the basic facts: Three classes of activities.The Arithmetic Teacher, 18. Braten, I. (1998). Cognitive strategies in mathematics, Part I: On childrens strategies for solving simple addition problems. NCETM (n.d).Misconception Circular 7-9, Misconceptions with the Key Objectives.Diperoleh Ogos 27, 2004darihttps://www.ncetm.org.uk/public/files/2042723/ Steve Tipps, A. J. (2011). Guiding Children's Learning of Mathematics. Wadsworth: Cengage Learning.

You might also like