You are on page 1of 4

PERSATUAN IBU BAPA - GURU ( PIBG ) ( No Daftar : SEL 835 ) Sekolah Kebangsaan Seksyen 18, Jalan Cucur 18 / 13,

40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel / Faks : 03 55422512


_____________________________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-4 SESI 2012/2013 Tarikh Masa Tempat Kehadiran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. En. Ismail bin Supandi Penasihat En. Norhisham b. Noroddin Yang Di Pertua En. Mohd Norazmi b. Roban@Arif Bendahari En. Mansuriatus Shahrir b. Amir AJK En. Wan Amirul Naim bin Wan Muhammad AJK Pn. Norhayati bt. Mat Zain AJK En. Mohammad Ikhram bin. Ishak AJK Pn. Sri Bani bin Mat Hussein AJK Abu Bakar bin Abas Juru Audit Dalaman : 26 September 2012 ( Rabu ) : 8.30 malam : Bilik Wawasan, SK Seksyen 18, Shah Alam.

Hadir bersama 1. 2. 3. 4. Pn. Norul Aini bt. Murshid Datin Jamaliah bt. Anang Pn. Jamilah bt. Abd. Rahim Pn. Hafsah bt. Abdullah GPK 1 GPK HEM GPK Kurikulum GPK Petang

Tidak hadir bersebab 1. 2. 3. 4. 5. En. Manap bin Katis En. Mohd Jufairi b. Hj. Md Nor En. Akmar Jalil b. Shariff En. Zaharudin bin Sarimin Pn. Jasimah bt. Idris Naib Yang Di Pertua Setiausaha AJK AJK AJK AJK AJK AJK
-1UAI/PIBGSKS18/1213

6. Pn. Sarizen a/p Fasal Alahi 7. Pn. Faridah bt. Tastik 8. Pn. Norlini bt. Mohd Ripin

9. En. Amran bin Salleh Agenda 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 1.0 2.0 Bacaan Doa Ucapan aluan NYDP selaku pengerusi Ucapan aluan Tn. Penasihat PIBG Pembentangan Laporan Kewangan Semasa Pengesahan Minit Mesyuarat AJK Kedua Perkara berbangkit Hal-hal lain Ucapan penangguhan Bacaan Doa Ucapan Pengerusi

Juru Audit

2.1 En. Norhisham b. Noroddin selaku YDP PIBG memgucapkan terima kepada semua AJK yang hadir juga kepada 4 orang GPK yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama bermuzakarah pada malam ini. 3.0 Ucapan Aluan Tuan Penasihat

3.1 En. Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan GPK yang sudi menghadiri mesyuarat AJK PIBG sebelum tahun 2012 berakhir.Peperiksaaan UPSR telah berlalu, penasihat bermohon agar semua ahli berdoa agar keputusan yang bakal diterima menggembirakan kita nanti kerana kita telah berusaha kearah itu. 3.2 Aktiviti UPSR.

Penasihat mengucapkan terima kasih kepada PIBG kerana membantu dan memberi sokongan serta sumbangan dari segi idea dan kewangan untuk membantu sekolah dalam pengurusan sekolah. Tindakan : Makluman 3.3 Peperiksaan PKSR 2 akan berlangsung pada 8-12 Oktober 2012 untuk semua murid tahun 1-5 dan murid tahun 5 akan menduduki ujian pelajaran teras pada 16-18 Oktober 2012 kerana ia selaras seluruh negeri Selangor.Surat mekluman akan diedarkan kepada murid sebelum peperiksaan. Prestasi kehadiran murid selepas peperiksaan akan terus dipantau oleh guru-guru. Tindakan : Makluman 3.4 Anugerah kecemerlangan akan diadakan pada 1/11/2012 (Khamis). Kategori hadiah kecemerlangan sudah pun dimaklumkan kepada semua guru yang terlibat. Tindakan : Makluman

-2UAI/PIBGSKS18/1213

3.5

Aktiviti Kokurikulum

Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti 1 Murid 1 Sukan (1M1S) untuk aktiviti permainan akan diadakan pada hari Sabtu 20/10/2012. Butiran aktiviti akan dijelaskan kepada semua guru yeng terlibat.Aktiviti perkhemahan unit beruniform pula akan diadakan pada 3 & 4 November 2012 bertempat di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat. Tindakan : Makluman 3.6 Penasihat selaku Guru Besar mengumumkan sekolah akan mula bercuti pada 25-28 Oktober 2012 sempena Hari Raya Haji. Tindakan : Makluman 4.0 4.1 Pembentangan Laporan Kewangan Semasa En. Mohd Norazmi b. Roban @ Arif selaku Bendahari Kehormat melaporkan baki kewangan PIBG dari 09/07/2012 hingga 26/09/2012 ialah sebanyak RM14,858.74

4.2 Bendahari juga melaporkan bahawa sumbangan PIBG yang diterima setakat penyata ini dikeluarkan adalah 441 keluarga. 5.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit Mesyuarat ketiga telah dicadangkan oleh En. Mansuriatus Shahrir bin Amir dan disokong oleh En. Mohammad Ikhram b Ishak.

6.0 6.1

Perkara Berbangkit Permohonan Hari Anugerah Kecemerlangan sebanyak RM1000. PIBG meluluskan. Tindakan : Bendahari

6.2 Permohonan sumbangan untuk pertandingan bola sepak Piala Raja Muda sebanyak RM1200. PIBG meluluskan. Tindakan : Bendahari 6.3 Permohonan untuk aktiviti perkhemahan kokurikulum di Nur lembah Pangsun sebanyak RM1500. PIBG meluluskan.

-3UAI/PIBGSKS18/1213

Tindakan : Bendahari 6.4 Permohonan untuk menambah bilangan kerusi plastik untuk kegunaan di dewan sekolah sebanyak 100 buah. PIBG akan mempertimbangkannya. 7.0 Hal-Hal Lain

7.1 En. Wan Amirul Naim memohon agar kemudahan ICT di Bilik Wawasan dipertingkatkan (braket untuk menyimpan LCD). Guru Besar memohon agar PIBG menanggung kos pemindahan braket yang sedia ada di dalam kelas yang tidak boleh digunakan ke Bilik Wawasan untuk pendawaian. 7.2 Pn. Sri Bani memaklumkan perjalanan UPSR berjalan lancar dan sama-sama berdoa agar keputusannya nanti menggembirakan kita. YDP mewakili PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha sedaya upaya untuk mendidik murid-murid sehingga mereka tamat tahun 6 nanti. 7.3 Pn. Norhayati Mat Zain mencadangkan Program LINUS yang sudah ada kertas kerjanya dilaksanakan pada tahun hadapan kepada ibu bapa / penjaga tahun 1 2013. 9.0 Penangguhan mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.15 malam. Disediakan oleh : ( MOHD JUFAIRI BIN HJ.MD NOR ) Setiausaha Kehormat PIBG, SK Seksyen 18, Shah Alam. Disahkan oleh: ( NORHISHAM BIN NORODDIN ) Yang Di Pertua PIBG, SK Seksyen 18, Shah Alam.

-4UAI/PIBGSKS18/1213

You might also like