You are on page 1of 3

KESAN TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN TERHADAP ALAM SEKITAR

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 1)Pencemaran udara Pelepasan asap daripada kenderaan dan kilang-kilang perusahaan serta pembakaran sampah secara terbuka meningkatkan pencemaran udara.Dalam sektor pembinaan,khususnya pembinaan rumah kediaman dan perniagaan menyebabkan permintaan tinggi terhadap batu dan jubin.Permintaan terhadap bahan ini akan menyebabkan semakin banyak aktiviti kuari.Aktiviti kuari ini akan menyebabkan pencemaran udara. 2)Pencemaran air Pembangunan sektor pertanian dengan penggunaan baja kimia,racun serangga dan racun rumpai menyumbang kepada pencemaran air.Pencemaran air juga disebabkan oleh pembuangan sisa.Cth:pembuangan sisa kelapa sawit dlm sungai merendahkan kadar keperluan oksigen biokimia(BODbiochemical oxygen demand).Oleh sebab itu,hidupan air mati kerana kekurangan bekalan oksigen dalam air.Pencemaran air berlaku apabila tempat pelupusan sampah berhampiran sungai.Apabila hujan turun,kotoran dan leachate(bahan larut lesap) dari tempat pelupusan sampah akan masuk ke sungai.

3)Pencemaran tanih Penggunaan baja kimia dan racun serangga berlebihan menyebabkan pencemaran tanih.Tanih yang tercemar memberi kesan terhadap organisma yang hidup dalam dan di permukaan tanih.Organisma spt:cacing tanah dan organisma lain ini penting kepada tumbuhan.Organisma ini berperanan dalam proses penguraian yang dapat membantu kesuburan tanih. 4)Pencemaran bau Pembandaran meningkatkan permintaan terhadap makanan spt:daging dan telur.Oleh itu sektor penternakan dijalankan di desa.Walaupun sektor ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk desa namun kegiatan ini menyebabkan pencemaran bau daripada najis haiwan dan serangan lalat ke petempatan berhampiran.Di bandar pula buangan sisa domestik yang tidak terurus menyebabkan bau yang busuk mengganggu ketenteraman penduduk. 5)Pembuangan sampah sarap Masalah sampah sarap lebih serius di bandar daripada di luar bandar kerana pertambahan penduduk di bandar.Pertambahan jumlah sampah di bandar menyebabkan tapak pelupusan sampah semakin penuh.Kawasan baru pelupusan sampah sukar diperolehi.Pembangunan tanah untuk tempat kediaman dan pembandaran lebih diutamakan.

6)Pencemaran sisa toksik Pencemaran sisa toksik dikaitkan dengan proses perindustrian terutamanya di bandar dan kawasan desa yang dibina kilangkilang perindustrian.Pelupusan sisa toksik berbahaya menjadi masalah kerana kekurangan loji rawatan dan kos pengangkutan sisa dari kilang ke tempat pelupusan adalah tinggi.Ada pengusaha kilang tidak mengambil berat terhadap pelupusan sisa toksik.Cth:cara penyimpanan sisa kilang dalam tong-tong di premis kilang.Simpanan cara ini mempunyai risiko kebocoran tong berlaku dan sisa toksik masuk ke dalam longkang dan mengalir masuk ke sungai.

You might also like