You are on page 1of 9

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan

n dan Rubrik Pemarkahan)

Kursus : Ekosistem dan Biodiversiti Program : Kumpulan : Disediakan oleh : Disahkan oleh : Nama & Tandatangan : PPG SN Ambilan Jun 2011 Pn. Prema Nambiar Krishnan Penyelaras Kursus Tempoh : 6 Minggu

Tarikh Mula : 28.01.2013 Tarikh Serahan : 9.03.2013 Tahun/Semester : 2/4

Ketua Jabatan

Pn. Prema Nambiar Krishnan

En. Sairi Bin Jasman

Tarikh :

28.1.2013

28.1.2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK JABATAN MATA PELAJARAN KUMPULAN SEMESTER Tarikh Mula Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menghuraikan pelbagai ciri organism-organisma hidup dan ekosistem mereka. 2. Menerangkan bagaimana ekosistem berfungsi, perkhidmatan yang diberikan oleh ekosistem dan nilai serta ancaman yang dihadapi oleh biodiversiti. 3. Menerangkan aplikasi prinsip ekologi dan biologi untuk memulihara biodiversiti sejagat. 4. Menerangkan penggunaan peralatan sedia ada untuk membantu pemuliharaan biodiversiti. 5. Membincangkan sifat budaya yang berbeza terhadap haiwan liar dan implikasinya kepada pemuliharaan. 6. Menghubungkaitkan teori, pengetahuan dan amali dalam Ekosistem dan Biodiversiti melalui pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kurikulum sains sekolah rendah. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 4 dan 6. Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut : 1. Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber mengenai satu ekosistem yang dinamakan bagi menjelaskan komponen biotik, abiotik dan perkhidmatan-perkhidmatan.. 2. Melaksanakan dan menulis laporan bagi tiga amali subjek SCE 3107 3. Menjalankan Kajian Lapangan ke Taman Alam Dan Taman Kelip-Kelip, Kuala Selangor untuk melengkapkan tugasan yang diberi serta menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan pengalaman semasa menjalankan kajian (PCK 3). 4. Menduduki satu ujian objektif. 3 : SAINS : EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU : EMPAT 28.01.2013 Tarikh Hantar 9.03.2013

Spesifikasi Tugasan TUGASAN TAJUK 1. Ekosistem 2. Perkhidmatan Ekosistem 3. Biodiversiti 4. Pemuliharaan In-Situ 5. Pemuliharaan Ex-Situ 6. Ekologi Akustik 1. Pengumpulan Maklumat - Penjelasan mengenai komponen biotik, abiotik dan perkhidmatan-perkhidmatan satu ekosistem yang dinamakan 2. Tiga laporan amali - Mengikut format yang disarankan - Jawapan bagi soalan-soalan perbincangan - Rujukan tidak kurang daripada 5 sumber 3. Laporan Kajian Lapangan (PCK 3) - Memenuhi kriteria tugasan - Penulisan laporan di antara 1500 dan 2000 perkataan (berkumpulan) - Penulisan refleksi tidak lebih daripada 2 muka surat (individu) - Membuat pembentangan 20 min (berkumpulan) Kriteria penilaian: - Organisasi kandungan - Kolaborasi WAJARAN CATATAN

10%

30%

Kriteria penilaian: - Memenuhi format laporan amali - Skema jawapan bagi soalan perbincangan - Rujukan bercetak dan internet Kriteria penilaian: - Organisasi kandungan - Komitmen dan kolaborasi semasa kerja lapangan - Menunjukkan keupayaan pemikiran reflektif dan mencatat refleksi dengan kaedah penulisan refleksi yang bermutu - Persembahan menarik Skop - Topik 1 hingga 7.

40%

4. Ujian Objektif - 20 soalan objektif - Masa ujian 20 min.

20%

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : Program Pensiswazahan Guru NAMA GURU PELATIH:

KOD DAN NAMA KURSUS : SCE3107 EKOSISTEM & BIODIVERSITI

SEMESTER : 4 (Ambilan Jun 2011)

TARIKH MULA : 28.01.2013 Hasil Pembelajaran Kursus

TARIKH HANTAR : 09.03.2013

1. Menghuraikan pelbagai ciri organism-organisma hidup dan ekosistem mereka. 2. Menerangkan bagaimana ekosistem berfungsi, perkhidmatan yang diberikan oleh ekosistem dan nilai serta ancaman yang dihadapi oleh biodiversiti. 3. Menerangkan aplikasi prinsip ekologi dan biologi untuk memulihara biodiversiti sejagat. 4. Menerangkan penggunaan peralatan sedia ada untuk membantu pemuliharaan biodiversiti. 5. Membincangkan sifat budaya yang berbeza terhadap haiwan liar dan implikasinya kepada pemuliharaan. 6. Menghubungkaitkan teori, pengetahuan dan amali dalam Ekosistem dan Biodiversiti melalui pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kurikulum sains sekolah rendah. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 4 dan 6. Objektif Kerja Kursus: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut : 1. Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber mengenai satu ekosistem yang dinamakan yang menjelaskan komponen biotik, abiotik dan perkhidmatan-perkhidmatan 2. Melaksanakan dan menulis laporan bagi tiga amali subjek SCE 3107 3. Menjalankan Kajian Lapangan ke ke Taman Alam Dan Taman Kelip-Kelip, Kuala Selangor untuk melengkapkan tugasan yang diberi , menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan pengalaman semasa menjalankan kajian serta membuat pembentangan hasil dapatan kajian (PCK 3). 4. Menduduki satu ujian objektif.

Tugasan Kumpulan 1 (10%) Tugasan ini menekankan ilmu mengenai pelbagai ekosistem serta meminta pelajar menyiasat kompone biotik dan komponen abiotik setiap jenis ekosistem utama di dalam dunia sebenar. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Dalam kumpulan empat orang, pelajar-pelajar dikehendaki mengumpul maklumat dari pelbagai sumber mengenai satu jenis ekosistem yang dinamakan. Tugasan anda perlu merangkumi butiran terperinci mengenai perkara-perkara berikut: Ciri- ciri komponen abiotik Ciri-ciri komponen biotik Aktiviti interaksi antara faktor-faktor abiotik dan biotik Perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem berkenaan. 2. Hasil kerja perlu diserah dalam bentuk pengumpulan maklumat berkaitan. Tugasan Kumpulan 2 (30%) Tugasan ini merangkumi kerja amali dan aktiviti PCK bagi topik-topik berikut: Amali 1: Biota tanah Amali 2: Spesis Amali 4: Mengukur Dan Membandingkan Kepelbagaian Spesies Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Menjalankan Amali 1, Amali 2, Amali 4 secara berkolaborasi. 2. Menulis laporan bagi amali 1, 2 dan 4 secara kumpulan. Tugasan Kumpulan 3 (40%) Tugasan ini melibatkan kajian lapangan di sebuah pusat pemuliharaan in-situ bagi haiwan. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Pelajar-pelajar dalam kumpulan perlu : 1. Mengadakan kajian lapangan ke ke ke Taman Alam Dan Taman Kelip-Kelip, Kuala Selangor 2. Melengkapkan tugasan yang diberi dengan membuat laporan bertulis dan pembentangan mengenai: Tugasan 1 : Mengkaji akoustik (bunyi) burung dan menerangkan bagaimana maklumat ini diaplikasikan dalam kajian populasi. Tugasan 2 : Menyiasat kemandirian hidup burung dan huraikan bagaimana proses ini 6

telah menyumbangkan kepada kelangsungan spesies. Tugasan Individu 1 (20%) Pelajar dikehendaki menduduki satu ujian bertulis yang mengandungi 20 soalan objektif. Jangka masa ujian adalah maksimum 20 min. Format Penulisan Tugasan 1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini 2. Fon Arial 3. Saiz huruf 12 4. Langkau 1.5 baris 5. Rujukan mengikut format APA (American Phychological Association) 6. Lampiran adalah wajib 7. Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah. 4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 5. Penulisan laporan / refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah. 6. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan. 7. Rujukan internet tidak boleh melebihi 30% daripada keseluruhan bahan rujukan. 8. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

Tugasan disediakan oleh: ................................................. ... KHALIDAH BINTI AHMAD Penyelaras Kursus Ekosistem & Biodiversiti Jabatan Sains IPGK Temenggong Ibrahim Disahkan oleh: ..................................................... SAIRI BIN JASMAN Ketua Jabatan Jabatan Sains

Disemak oleh: ............................................................... PREMA NAMBIAR KRISHNAN Pakar Bidang Biologi Jabatan Sains IPGK Temeggong Ibrahim

IPGK Temenggong Ibrahim

You might also like