You are on page 1of 57

SEKOLAH BERKESAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Oleh: Prof. Dr. Saiful Akhyar Lubis, M.A.

CABARAN KRITIKAL
Dalam era globalisasi, cabaran institusi pendidikan kita adalah meningkatkan kualiti menyeluruh bagi mengekalkan keyakinan rakyat pada tahap yang lebih tinggi terhadap kecemerlangan institusi. Dalam perkara ini, aspek sumber manusia, kurikulum, tadbir urus, kewangan, infrastruktur, perkongsian, pengantarbangsaan, dan budaya perlu dimantapkan, supaya institusi pendidikan lebih berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya tahan di peringkat global dalam menangani cabaran globalisasi dan realiti hidup yang sedang mengalami perubahan pesat.

CABARAN YANG HARUS DIBERI PERHATIAN


(ARAHAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2006 DAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2007)

1. Sumber manusia berkualiti 2. Kurikulum berkualiti 3.Tadbir urus berkualiti 4. Sistem kewangan berkualiti 5. Infrastruktur berkualiti 6. Perkongsian berkualiti 7. Pengantarbangsaan berkualiti 8. Budaya berkualiti

TRANSFORMASI PENDIDIKAN
Transformasi pendidikan sejajar dengan pembangunan negara: 1. Sebelum merdeka, pendidikan terasing 2. Ordinan Pelajaran 1957, mengutamakan perpaduan 3. Ordinan Pelajaran 1961, menggariskan bahasa Melayu bahasa pengantar 4. Tahun 1970-1990, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan 5. Tahun 1970, Rukun Negara diperkenalkan bagi mengukuhkan perpaduan negara 6. Tahun 1979, cadangan pendekatan dan strategi baru sistem pendidikan dimantapkan 7. Tahun 1983, kurikulum baru Sekolah Rendah digubal 8. Tahun 1988, falsafah pendidikan kebangsaan digubal 9. Tahun 1989, kurikulum bersepadu Sekolah Menengah dilaksanakan

LANJUTAN
10. Tahun 1991, wawasan menjelang negara maju 2020 dilancarkan 11. Tahun 1996, beberapa akta digubal (Akta Institusi Pendidikan Tinggi, AktaPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara, Akta Pendidikan Tinggi Swasta, Akta Lembaga Akreditasi Negara) 12. Tahun 1997, Lembaga Akreditasi Negara (LAN) ditubuhkan 13. Tahun 1999, Sekolah Bestari ditubuhkan 14. Tahun 2000, Akta Institut Tekonologi MARA digubal menjadi universiti 15. Tahun 2002, Jemaah Menteri memutuskan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris

LANJUTAN
16.Tahun 2004, Skim Baucar Tuisyen memberi bantuan tuisyen kepada pelajar Sekolah Rendah tahun 4-6 (yang miskin dan berpencapaian rendah), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ditubuhkan, Islam Hadhari diperkenalkan 17.Tahun 2005, program j-QAF diperkenalkan bagi memastikan pelajar Islam menguasai tulisan Jawi, bacaan al-Qur`an, komunikasi dalam bahasa Arab, dan fardu ain apabila tamat sekolah rendah

LANJUTAN
18. Tahun 2006, misi nasional usaha kerajaan mencapai wawasan 2020 dilancarkan, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 19. Tahun 2007, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menggubal Pelan Strategik Pengajian Negara untuk menubuhkan modal insan bagi menyokong teras Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama

PERANCANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Dibagi kepada 5 peringkat: Zaman sebelum mencapai kemerdekaan: a. Dasar Pecah dan Perintah (1786-1957): - period awal (1786-1941) - period kedua (1941-1957) Zaman selepas mencapai kemerdekaan: b. Dasar memperkasakan pendidikan kebangsaan (1957-1970) c. Dasar memperkasakan perpaduan kaum melalui memperkukuhkan pendidikan kebangsaan (19701990) d. Dasar memperkasakan pendidikan bertaraf dunia (1991-2000) e. Dasar melonjakkan kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia (2001-2010)

BAGAIMANA DARI PERSPEKTIF ISLAM?


Islam Hadhari sebagai satu rangka kerja atau pendekatan pembangunan manusia, masyarakat, negara, tamadun, dan peradaban yang unggul berdasarkan ajaran Islam (diperkenalkan tahun 2004) menganjurkan 10 prinsip pembangunan menyeluruh dan bersepadu: ketakwaan dan keimanan kepada Allah, kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif, kehidupan berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemulihan alam semula jadi, dan kekuatan pertahanan.

Lanjutan
Pada tahun 2005 program j-QAF diperkenalkan bagi memastikan pelajar Islam menguasai tulisan Jawi, bacaan al-Qur`an, komunikasi dalam bahasa Arab, dan fardu ain apabila tamat sekolah rendah. Seterusnya, Jemaah Menteri memutuskan menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru yang boleh menganugerahkan ijazah. Semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan pada 31 Mac 2006 Misi Nasional menggariskan 5 teras: meningkatkan ekonomi dalam rantai lebih tinggi, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, menangani ketidakseimbangan masalah sosioekonomi berterusan secara membina dan produktif, meningkatkan tahap dan kelestarian kualiti hidup, dan mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaannya.

KONSEP SEKOLAH BERKESAN


Para ilmuwan bersetuju bahawa penghasilan pendidikan berkualiti tinggi perlu mengambil kira 4 perkara teras: 1. Strategic direction (arah haluan strategik) 2. Strategic plan (pelan strategik) 3. Effective implementation (pelaksanaan berkesan) 4. Continous monitoring (pemantauan berterusan)

SEKOLAH BERKESAN, DIAWALI OLEH PEMBARUAN PENDIDIKAN


Perubahan menuju kepada yang lebih baik memerlukan tekad dan masa (needed and time). Itulah sunnatullah, tekad diasaskan pada makna surah al-Rad ayat 11: Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum, sehingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka. Pepatah Arab : man jadda wajada (siapa bersungguh-sungguh akan menuai keberhasilan). Pepatah Barat: by work all thing increase and grow (dengan kerja keras segala sesuatu niscaya tumbuh dan meningkat). Prinsip teras pembelajaran: utlub alilma min al-mahdi ila al-lahd, belajar sepanjang hayat (long life education)

Lanjutan
Perubahan ke arah yang lebih baik harus diniatkan dengan lurus dan telus serta diperjuangkan dengan pengorbanan harta mahu pun jiwa. Modernisasi sebagai proses perubahan menuju objektif ideal, memiliki 3 makna: pertumbuhan, mobilitas, ekspansi budaya. Sekolah modern adalah sekolah yang tumbuh, meningkat dan berkembang dalam semua aspeknya. Yang terpenting: perubahan perilaku menjadi modern sebagai akibat ekspansi budaya modern seperti pelan, efektivitas, efisiensi, standarisasi dan maksimalisasi pelaksanaan pendidikan. Semua akan berdampak pada: tertubuhnya perilaku, sistem sosial, dan fungsifungsi sosial yang baru. Boleh jadi, bertentangan dengan nilai lama.

PROFIL SEKOLAH BERKESAN


1. Arahan KPM dan KPTM tahun 2006 2007. a. Membimbing sekolah untuk berdikari melaksanakan penambahbaikan dengan mewujudkan sistem kawalan (peringkat penilaian). b. Kepentingan mewujudkan budaya sekolah yang kondusif menerusi kerjasama dari semua pihak. c. Kepentingan pihak luaran sekolah ke atas sistem pendidikian. d. Pencapaian akademik dan sosial pelajar yang menjadi ukuran matlamat utama sekolah.

Lanjutan
e. Penekanan kepada proses penambahbaikan sekolah, iaitu tambahan nilai yang diperolehi sekolah. f. Pencapaian tinggi dalam penyesuaian sekolah berkesan. g. Penekanan terhadap kesamarataan agar semua pelajar menikmati kejayaan sekolah masing-masing. h. Piawaian (garis pandu) yang memperbaiki sekolah sepanjang masa.

Lanjutan
2. Arahan Kementerian Pendidikan Nasional (Indonesia), ada 8 kriteria: a. Pelajar sebagai input terseleksi dengan ketat dan dipertanggungjawabkan secara akademik b. Sarana & prasarana kondusif bagi proses pembelajaran c. Iklim & suasana mendukung kegiatan pembelajaran d. Profesionalitas dan kesejahteraan guru tinggi e. Sekolah melakukan improvisasi kurikulum untuk keperluan pelajar f. Masa belajar lebih lama kerana tuntutan kurikulum g. Proses pembelajaran berkualiti,dipertanggungjawabkan kepada pelajar dan orangtua/wali pelajar (stakeholder) h. Sekolah memberi manafaat bagi persekitaran

Lanjutan
3. Menurut Lipsitz, Succesful Schools for Young Adolescent, 1983, ada 4 kriteria: a. Aspek pelajar, kualitas graduan diakui b. Aspek guru, profesional dalam merencanakan dan melaksanakan proses pembelajaran c. Aspek kelembagaan, mempunyai program hari besar nasional dan keagamaan, program ekstrakurikuler yang diminati pelajar, moral lembaga tinggi d. Aspek stakeholder, orang tua menerima hasil studi anaknya secara baik, konsekuen dalam menetapkan pilihan

Lanjutan
4. Menurut Fantini, Regaining Excellence in Education, 1986, ada 4 dimensi: aspek individu pelajar, kurikulum, guru, graduan. 5. Menurut Davis and Thomas, Effective Schools and Effective Teacher, 1989, ada 5 kriteria: a) praktik pengelolaan bilik darjah yang baik, b) kemampuan akademik pelajar yang tinggi, c) monitoring kemajuan pelajar, d) penambahbaikan kualiti pengajaran menjadi prioriti, e) arah dan objektif yang jelas.

Lanjutan
6. Menurut Edmonds (1979) Mendefinisikan sekolah berkesan bukan sahaja dari segi kualiti hasil, tetapi juga dari kesaksamaan (equity). Keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik pelajar yang kurang beruntung, sehingga kadar bilangan pelajar kurang beruntung = bilangan pelajar kelas menengah yang tingkat penguasaan akademiknya tinggi.

Lanjutan
7. Menurut Purkey and Smith. Lebih mengarah kepada struktur organisasi: a. Penekanan kepada pengurusan yang demokratis. b. Kepimpinan pendidikan pengetua dan guru. c. Kestabilan staff. d. Penekanan kurikulum pengajaran. e. Program pembangunan staff di peringkat sekolah. f. Penglibatan sokongan ibu bapa. g. Pengikhtirafan tentang kejayaan akademik. h. Penggunaan masa yang berkesan. i. Sokongan daripada pejabat pendidikan daerah.

Lanjutan
8. Menurut Shoemaker (1982), Gauthier (1982), Villanova (1984). Sehubungan dengan Projek Kajian Keberkesanan Sekolah Connecticut dirumuskan beberapa ciri: a. Persekitaran sekolah yang selamat. b. Misi sekolah jelas, kakitangan mempunyai tanggung jawab bersama. c. Hubungan sekolah-ibu bapa positif. d. Pelajar berhasrat meningkatkan pencapaian akademik, mementingkan penggunaan masa. e. Guru menaruh harapan tinggi terhadap kemahiran asas pelajar yang cukup. f. Guru memiliki daya kepimpinan pendidikan.

Lanjutan
9. Dalam konteks Malaysia. KPM memperkenalkannya pada tahun 1995 dalam Seminar Sekolah Efektif (anjuran Institut Aminuddin Baki). Diberi perhatian kepada kertas kerja Peter Mortimore (London University) Key Characteristics of Effective Schools, merangkumi : a. Kepimpinan profesional. b. Perkongsian visi dan matlamat. c. Kewujudan budaya pembelajaran.

Lanjutan
d. Penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran. e. Pengajaran bermatlamat. f. Pengharapan yang tinggi. g. Pengukuhan yang posisitif. h. Pemantauan terhadap perkembangan. i. Hak dan tanggung jawab pelajar. j. Permufakatan rumah-sekolah. k. Organisasi yang dinamik.

Lanjutan
Kriteria berasaskan aspirasi yang termaktub dalam FPN dan wawasan 2020, iaitu: a. Konsep kesaksamaan dipraktikkan sepenuhnya b. Memupuk perpaduan melalui kurikulum. c. Kebajikan & perkembangan seimbang, interaksi sosial pelajar diberi perhatian. d. Sekolah terbuka kepada cadangan & bantuan rakan kongsinya. e. Sekolah tidak membeza-beza dan melabel pelajar.

Lanjutan
f. Sekolah mengamalkan sekolah penyayang. g. Sekolah menjalankan program pembaikan mengikut keperluan & wawasan warganya. h. Guru-guru tidak merasa tertekan, seronok membantu menjayakannya. i. Sekolah menggalakkan pelajar menjadi kreatif, berfikiran kritikal, penyayang, taat pada ajaran agamanya, memiliki kesedaran sivik yang tinggi. j. Sekolah menggalakkan budaya belajar bagi semua warganya, termasuk guru & ibu bapa.

Lanjutan
10. Perspektif Islam. Islam memandang bahawa kriteria utama adalah terwujudnya suasana keagamaan (penghayatan & pengamalan) di sekolah dalam semua aspek, khasnya aspek P&P dan interaksi sosial semua warganya, termasuk interaksi dengan persekitaran sekolah, (terlebih-lebih jika majoriti warga sekolah beragama Islam). Yang terpenting adalah semua warga sekolah berusaha membawa sekolah ke puncak kejayaan dan menjunjung tinggi nilai Islam di dalam atau di luar sekolah.

Menurut Rosnani Hashim (Jabatan Pendidikan UIAM)


1. Ketinggian moral dan akhlak di kalangan warga pendidikan. 2. Kesepaduan kurikulum dan agama. 3. Budaya sekolah yang menjanakan persaudaraan Islam. 4. Kewujudan ilmu yg memberi penghormatan kepada guru dan kecintaan kepada ilmu. 5. Memberi kemudahan kepada aktiviti yang diberi perhatian oleh agama dan mencegah perkara munkar.

PROFIL PELAJAR SEKOLAH BERKESAN The Seatle Public School di Washington Amerika Serikat, pada tahun 1982 menetapkan 3 kriteria pelajar sekolah berkesan: a) mastery of basic skill, b) mastery academic prestation, c) systematic testing. Menurut Buchori (Pendidikan Antisipatoris, 2001): Pelajar tidak hanya siap bagi profesi dan jabatan dalam masyarakat, tetapi lebih dari itu: a) dapat hidup (to make a living), b) dapat membina kehidupan bermakna (to lead a meaningful life), c) ikut memuliakan kehidupan (to enoble life).

Lanjutan
UNESCO merekomendasi the four pillars of education untuk menghadapi milenium ketiga abad ke-21, graduan sekolah berkesan mampu: 1. Learning to know, memiliki kemampuan dan kecergasan intelektual (bernalar, kreatif, inovatif, cepat/benar mengambil keputusan, dapat menyelesaikan masalah) 2. Learning to do, memiliki kompetensi personal yang menghimpun bakat, perilaku sosial, prakarsa personal, kehendak 3. Learning to live together, menghormati kehidupan bersama dalam keragaman budaya, agama, etnik 4. Learning to be, memiliki kepribadian yang utuh (bertanggung jawab, bersosialisasi, berintegriti, jujur)

KEPIMPINAN SEKOLAH BERKESAN


Menurut Greenberg and Baron, 1995, pemimpin: seorang yang menentukan matlamat organisasi dan strategi untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Tugas: mencari kesesuaian, mencapai matlamat dan visi, menanggung resiko, meneruskan cabaran dan mengintai peluang, (di sekolah) menghasilkan pembelajaran. Kriteria: mementingkan kemaslahatan organisasi, mewujudkan suasana berpasukan yang teguh, mengagih dan mendelegasi tugas dengan saksama.

DEFINISI KEPIMPINAN
Pengertian awam: Usaha mempengaruhi individu atau sekumpulan individu untuk melakukan sesuatu tugas bagi mencapai objektif tertentu. Tingkah laku individu apabila ia sedang mengarah aktiviti kumpulan ke arah mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Seni menyusun hubungan antara individu dengan beberapa kumpulan yang mengarahkan mereka kepada matlamat yang dirancangkan.

Pengertian teoritis: Proses dimana seorang individu mempengaruhi ahli-ahli kumpulan bagi mencapai matlamat tertentu kumpulan atau organisasi (Yulk, 1989). Proses bagi seseorang pengetua mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah penyempurnaan matlamat tertentu (Campbell, 1983). Cara mempengaruhi tingkah laku manusia supaya perjuangan itu dapat dilaksanakan mengikut kehendak pemimpin (Reed, 1976).

Proses manusia menggunakan kemahiran, akal fikiran dan potensinya yang melibatkan keupayaan, kebolehan, kebijaksanaan seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong atau mempengaruhi (A.L. Ramalah, 1999). Seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan (Harold Koontz & Heinz Weihrich, 1995).

Menurut Perspektif Islam: Melaksanakan amanah/risalah yang mempunyai kesinambungan dengan tradisi kepimpinan Rasul (Kamal Hasan). Dalam konteks sekolah: Merujuk kepada satu aspek tingkah laku pengetua dan juga sejenis pengearuh. Kepimpinan pengetua disifatkan sebagai kepimpinan formal dalam struktur organisasi sekolah. Pengetua diberikan pengiktirafan dan status yang berwibawa dalam struktur organisasi sekolah (A.L. Ramalah, 1999).

MODEL-MODEL KEPIMPINAN
(MENURUT TEORI BARAT DAN ISLAM)
Para pakar secara umum mengidentifikasi dengan 4 model: 1. Transformasi: mampu mengubah sifat orang yang dipimpin dari negatif menjadi positif 2. Transaksional: merupakan perhubungan antara majikan dan pekerja 3. Situasional: seseorang boleh dianggap sebagai pemimpin atau pengikut bergantung kepada situasi dan keadaan 4. Spiritual: menekankan kepimpinan tauhid, merangkumi ajaran Islam, bersepadu antara kekuatan fizikal dan spritual dalam menjalankan organisasi

KEPIMPINAN TRANSFORMASI
Gaya kepimpinan yang membantu mencapai visi dan misi organisasi. Pemimpin akan memperbaharui komitmen kerja serta menstruktur semula organisasi dan sistem bagi mencapai matlamat. Pemimpin transformasional memiliki pengaruh yang dapat mengatasi individu yang berinteraksi secara terus dengan mereka. Melalui visi, tindakan dan pengaruh mereka mengubah aspek-aspek yang besar dalam organisasi (Philip L. Hunsaker, 1986).

Suatu proses untuk mempengaruhi perubahan yang besar dari segi sikap dan andaian ahli-ahli sesebuah organisasi dalam membina komitmen untuk mencapai visi, misi, objektif dan strategi organisasi (Yulk, 1989). Memberi kefahaman tentang cara seseorang pemimpim boleh mempengaruhi pengikutnya dalam sebarang situasi untuk melakukan pengorbanan diri, komited terhadap matlamat organisasi dan mencapai prestasi melampaui sasaran (Bass, 1997).

Kepimpinan transformasi memfokuskan kepada peringkat moral dan motivasi dalaman yang tinggi dalam menjalankan sesuatu tugas. Kepimpinan jenis ini memerlukan seorang bersifat kemanusiaan, adil, jujur dan tidak emosional, tidak tamak dan tidak mencemburui kakitangannya (Salleh Lebar, 2000). Transformasi pada asasnya adalah sebuah proses prubahan yang mendasar pada diri manusia.

KEPIMPINAN TRANSAKSIONAL
Gaya kepimpinan ini mementingkan penca-paian matlamat kerja organisasi dan tidak mementingkan matlamat individu terutama pekerja. Melihat hubungan antara majikan dengan pekerja atau pengetua dengan pengikut sebagai satu kontrak pertukaran. Kepimpinan yang mengarahkan usaha orang lain melalui tugas, ganjaran dan struktur. Pemimpin mengenal pasti dan menjelaskan tugas dan memberitahu bahawa kejayaan pelaksanaan tugas akan menuju penerimaan ganjaran (Avolio & Bass, 1988).

Kepimpinan transaksional akan ditemui apabila kuasa memainkan peranan penting. Jika dilihat dari sudut positif mempunyai networking. Jika dilihat dari sudut negatif sepertinya menyalahgunakan kedudukan (Schuster, 1994). Kepimpinan transaksional memfokuskan kepada keperluan motivasi luaran untuk menggerakkan pekerja bawahan. Ia bukan saja boleh dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi, tetapi juga di luar oragnisasi terutama pada masyarakat yang lebih besar atau politik kepimpinan (Salleh Lebar,2000).

KEPIMPINAN SITUASIONAL
Gaya kepimpinan ini lebih melihat kepada situasi seperti bila pemimpin itu harus bersikap memaksa, bila harus bersederhana, dan pada situasi macam mana harus memberikan keleluasaan kepada bawahan. Model kepimpinan yang menggunakan pelbagai jenis gaya kepimpinan yang efektif dalam menghadapi siatuasi yang berbeza (Hersey & Blanchard, 1996).

Faktor Situasi lebih menentukan keberhasilan seseorang pemimpin dibandingkan dengan watak pribadinya. Menurut pendekatan ini, seseorang yang dianggap sebagai pemimpin atau pengikut tergantung pada situasi atau keadaan yang dihadapi (Hencley, 1973). Teori situasi ini (situational theory) adalah pendekatan situasi (contingency approach), ertinya: keberhasilan seorang pemimpin dipengaruhi oleh situasi tertentu (Yulk, 1989).

KEPIMPINAN SPIRITUAL
Dari perspektif Islam, spiritual sentiasa berkait dengan realiti ketuhanan (tauhid). Dari perspektif sejarah, kepimpinan spiritual telah dicontohkan Rasul saw dengan integriti yang luar biasa, sehingga mendapat gelaran al-Amin. Difahamkan bahwa kepimpinan ini membawa dimensi keduniaan kepada dimensi spiritual (dimensi Ilahiah). Berdasarkan etika religius yang mampu mempengaruhi dan menggerakkan orang yang dipimpin melalui teladan, layanan, kasih sayang, nilai murni. Menggunakan kecerdasan spiritual dan ketajaman mata batin dalam menjalankan tugas kepimpinannya.

Merupakan kepimpinan dimensi keempat yang lebih mengasaskan kepada iman dan hati nurani dalam kualiti kepimpinannya atau kepimpinan yang membersihkan hati, memberi, melayani, mencerahkan dan menenangkan jiwa berasaskan semangat syukur dan kasih sayang (Tjahjono, 2003). Merupakan model kepimpinan yang lebih mengutamakan nilai-nilai rohani ataupun spiritual untuk mempengaruhi, mengilhami, mencerahkan dan menggerakkan orangorang di bawah kepimpinannya (Tobroni, 2005).

KEPIMPINAN MANA YANG TEPAT?


Renungkan: kebenaran yang tidak terorganisasi akan dikalahkan oleh kebatilan yang terorganisasi Menurut Murphy and Hallinger, 1987, kepimpinan pengajaran yang harus dipamerkan oleh guru besar ada 10, iaitu: 1. Merangka matlamat sekolah 2. Menjelaskan matlamat 3. Menyelia dan menilai matapelajaran 4. Mengurus kurikulum dan ko-kurikulum 5. Memantau kemajuan pelajar 6. Mengawal waktu pembelajaran 7. Pembabitan yang bersinergi 8. Memberi insentif pengajaran. 9. Menggalakkan peningkatan profesional 10. Memberi insentif pembelajaran

KEPIMPINAN TRANSFORMASI
Kriteria: 1. Karisma (menyediakan wawasan & misi, bermaruah, hormat, dipercaya) 2. Inspirasi motivasi (menyebar matlamat yang mencabar, menggunakan simbol untuk menumpukan tenaga) 3. Menggerakkan intelek (menggalakkan kecergasan, rasionaliti, pragmatik) 4. Perhatian kepada individu (perhatian secara personal, memberi bimbingan dan nasihat)

Lanjutan
Kesan: 1. Menjana lebih banyak penyelesaian yang tulen 2. Usaha yang lebih dan kepuasan terhadap pemimpin 3. Sering mengeluarkan kata-kata yang menyokong 4. Pengikut dapat memenuhi jangkaan prestasi

Lanjutan
Aplikasi di sekolah: 1. Pengurusan pelajar: mahir mengendalikan bilik darjah, menggerakkan intelek-kecergasanrasionaliti, menghargai dan tidak membezakan, memotivasi, khidmat bimbingan dan kaunseling. 2. Pengurusan guru dan kakitangan: mengambil berat kepentingan semua, bersikap mesra, komunikasi dua pihak, bertimbang rasa memberi tugasan, memberi rangsangan dan sokongan. 3. Pengurusan sekolah: mencatat perbelanjaan keluar masuk, membolehkan guru mengadakan tabung sendiri, mencukupi sarana dan prasarana yang lengkap, memfungsikan pengawal sekolah.

KEPIMPINAN SPIRITUAL
Kriteria: 1. Memelihara habl min al-Allah 2. Memelihara habl min al-nas 3. Memelihara habl min al-alam 4. Memiliki sifat-sifat mahmudah 5. Menjadi uswah al-hasanah bagi pengikutnya 6. Bebasis pada etika religius 7. Memiliki kejujuran sejati dan rendah hati 8. Fokus pada amal saleh 9. Terbuka menerima perubahan, kritik, dan saran

Lanjutan.
Kesan: 1. Memiliki kecerdasan spiritual 2. Memberi makna ibadah atas perilaku dan pekerjaan 3. Memiliki pola pemikiran tauhid 4. Berprinsip semua pekerjaan hanya kerana Allah 5. Spiritualisme, tetapi tidak dogmatis 6. Membina potensi terbaik pada dirinya dan orang lain

Lanjutan
Aplikasi di sekolah: 1. Pengurusan pelajar: teladan yang murabbi, bersungguh-sungguh,menggunakan pelbagai kaedah, menerapkan konsep ihsan, pendekatan berhikmah, menerapkan aspek tauhid & pemulihan pelajar yang lemah, khidmat bimbingan dan kaunseling. 2. Pengurusan guru dan kakitangan: telus dan adil, kerja berpasukan, menjadi teladan, syura dalam memutuskan, menjadikan kursus dan latihan bagi memantapkan kualiti, adil memilih tugasan, muhasabah diri. 3. Pengurusan sekolah: bijak mengurus kewangan, membangun sekolah mesra dengan alam, menjaga kebersihan dan keindahan sekolah, menjaga makanan halal dan berkhasiat di kantin.

ISU-ISU BERKAITAN SEKOLAH BERKESAN


Isu yang berkenaan: membezakan, membandingkan antara sekolah efektif dan sekolah unggul. Sekolah efektif: efektif proses pendidikannya, sehingga hasilnya maksimal. Sekolah unggul: unggul pelajar dan gurunya, megah gedungnya, fasiliti lengkap, cukup perbelanjaan pendidikan. Apakah sekolah efektif pasti unggul, atau sekolah unggul pasti efektif? Tentu tidak ada jaminan pasti. Keunggulan memiliki peluang lebih besar untuk menjadi sekolah efektif, efektivitas memiliki peluang lebih besar untuk menjadi sekolah unggul

Lanjutan
Townsend, 1994, menetapkan framework untuk menilai efektivitas sekolah, meliputi 8 aspek: tujuan sekolah, implementasi kurikulum, kepimpinan guru besar, pengambilan keputusan, sumberdaya, persekitaran sekolah, komunikasi, dan pembabitan kakitangan. Pendekatan penilaian kualiti: Menurut pakar falsafah pendidikan: sekolah mampu merumuskan objektif dan nilai-nilai yang menjiwai visi-misi-proses pendidikan (terdapat dalam sistem kurikulum).

Lanjutan
Dari pandangan sosiologi organisasi serta pengurusan dan pentadbiran pendidikan, menurut Gibson and Robin, 1994, ada 3 pendekatan penilaian efektivitas sekolah: 1. Diukur dari keberhasilan mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan (model pendekatan tujuan) 2. Diukur dari kualiti proses pembelajaran (model proses atau sistem) 3. Diukur dari pelaksanaan organisasi sekolah yang berterusan (model respon persekitaran)

Lanjutan
Mengukur efektivitas sekolah berkesan berdasarkan pencapaian objektif adalah sebagai pendekatan klasik, tetapi tetap menjadi cara yang fungsional, efektif-efisien-mudah. Namun, perlu disertai beberapa notis: 1. Objektif sekolah tidak semata-mata diukur dari prestasi akademik pelajar, tetapi juga prestasi moral, religius, dan kepribadian 2. Sekolah juga memiliki ukuran efektivitas kepuasan dan prestasi kerja guru, kepuasan pelajar, orang tua/wali pelajar (sebagai stakeholder), kepimpinan yang ideal, pelaksanaan organisasi sekolah yang berterusan

SOALAN QUIZ
SOALAN PERTAMA
Upaya pembinaan sekolah berkesan harus diawali dengan pembaruan pendidikan. Perubahan menuju kepada yang lebih baik memerlukan tekad dan masa (needed and time). Jelaskan pendapat anda dengan menyertakan argumentasi. ( 5 markah )

SOALAN KEDUA Pencapaian objektif sekolah berkesan tidak hanya


diukur dari prestasi akademik pelajar, tetapi juga prestasi moral, religius, dan sahsiah. Huraikan dengan menyertakan analisa. ( 5 markah )

Selamat mengkaji lebih lanjut, semoga sukses.


Good luck, thank you very much for your attention.

You might also like