You are on page 1of 3

Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas.

Pengerusi : 019-861275

Setiausaha : 019-83217668
Flat Persekutuan Km. 5, Email:RTkompleksukankk@Gmail.com
Web:http://rtkompleksukanlikas.blogspot.com

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : RTKSL/J/001(0708)

Tarikh : 25 Julai 2008

Ibu bapa

Pelatih Karate Do

Flat Persekutuan Km 5

Jlan Kompleks Sukan Likas

88400 Kota Kinabalu.

Tuan/Puan,

SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN DEWAN SERBAGUNA FLAT PERSEKUTUAN KOMPLEKS


SUKAN LIKAS

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dengan ini saya ingin memaklumkan kepada tuan/puan bahawa pihak Setia Usaha
Persekutuan Sabah (SUPS)telah memberi kuasa kepada Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga
Kompleks Sukan Likas (RTKSL) untuk mengendali, menjaga dan mengawalselia Dewan Serbaguna
Flat Persekutuan Km 5, Kompleks Sukan Likas selaras dengan keputusan mesyuarat bersama
Pengarah SUPS pada 12Hb. Mei 2008 yang lalu.

3. Oleh yang demikian, Pihak RTKSL telah bersetuju untuk membenarkan anak-anak tuan/puan
mengguna/memakai dewan ini dengan tidak dikenakan sebarang bayaran bagi menjalankan latihan
Karate Do tertakluk kepada syarat-syarat penggunaan dewan seperti di Lampiran A. Sekiranya
tuan/puan bersetuju sila tandatangan borang yang dikepilkan dan kembalikan kepada:

3.1 En Latif Hj Muluk - Pengerusi RT KSL - 019-8612758 atau

3.2 En. Haidir Abdullah - Bendahari - 014-8740100) atau

3.3 En. Abd. Rashid Ag Tuah - Ketua Unit Biro Harta dan Inventori - 019-5300575.

4. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.


Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas. Pengerusi : 019-861275

Setiausaha : 019-83217668
Flat Persekutuan Km. 5, Email:RTkompleksukankk@Gmail.com
Web:http://rtkompleksukanlikas.blogspot.com

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.

Sekian, terima kasih.

Yang berusaha,

Abd Rashid Ag Tuah

b.p Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas


Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas. Pengerusi : 019-861275

Setiausaha : 019-83217668
Flat Persekutuan Km. 5, Email:RTkompleksukankk@Gmail.com
Web:http://rtkompleksukanlikas.blogspot.com

Jalan Kompleks Sukan Likas,

88400 Kota Kinabalu.

Lampiran A

Syarat-Syarat Penggunaan
Dewan Flat Persekutuan Kompleks Sukan Likas

1. Pengguna mestilah memberitahu kepada pihak RTKSL apabila hendak menggunakan dewan.

2. Pengguna tidak boleh merokok, meludah atau membuang sampah merata-rata di dalam
dewan.

3. Pengguna hendaklah menjaga kebersihan tandas.

4. Pengguna hendaklah menggunakan apa-apa kemudahan yang disediakan dengan cermat


dan sebaik mungkin. Jika terdapat kerosakan yang disebabkan kecuaian oleh pengguna, ibu
bapa pengguna hendaklah bertanggungjawab untuk membayar kos-kos yang bersabit. Ibu
bapa hendaklah mengganti atau membayar mengikut nilai harga barangan tersebut.

5. Pihak RTKSL tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kecederaan atau kemalangan yang
berlaku ke atas pengguna sebelum, semasa dan selepas penggunaan dewan.

6. Pengguna adalah bertanggungjawab di atas keselamatan diri sendiri

7. Pengguna hendaklah memastikan lampu-lampu dimatikan dan mengunci pintu apabila dewan
telah selesai digunakan.

Saya dengan ini bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan di atas.

Tandatangan Ibu/Bapa :……………………………………………..

Nama Ibu/Bapa :……………………………………………..

Tarikh :……………………………………………..

You might also like