You are on page 1of 4

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan Sistem saliran berfungsi untuk menguasai air permukaan larian (air larian)untuk meringankan (kurangkan) banjir dan melindungi fabrik jalan.Sistem saliran ini juga di buat untuk mengelakkan air di permukaan jalan daripada bertakung diatas jalan sehingga mengundang bahaya kepada pengguna.Oleh sebab itu, 3 pembetung jalan digunakan untuk air mengalir melalui bawah jalan raya.

Pembetung berfungsi sebagai jambatan yang merentasi sungai, saliran dan sebagainya. Pembetung juga berfungsi sebagai saluran pengaliran, laluan bawah bagi kenderaan dan juga orang awam, lebuhraya, lintasan sungai, lintasan keretapi, laluan bawah untuk kegunaan motosikal, garaj, terusan atau parit, lorong jalan bawah, lorong bagi kemudahan awam dan sebagainya.

Justeru,untuk mendapatkan rekabentuk ekonomi dan berkesan, pertimbangan dari segi struktur, hidraulik, kedudukan, bentuk, penjajaran dan kaedah pembinaan perlu dilakukan semasa rekabentuk. Pembetung bagi laluan air mestilah mempunyai saiz yang mencukupi bagi menampung jumlah kawasan tadahan sesuatu kawasan. Pertimbangan rekabentuk pembetung dari segi hidraulik berdasarkan kawalan salur masuk dan salur keluar pada sesuatu pembetung amat perlu diambil kira sewaktu rekabentuk dijalankan

2.2 Jenis pembentung Terdapat pelbagai bagai jenis pembetung di Malaysia. la dibezakan melalui saiz, bentuk, kegunaan, bilangan laluan, muatan dan kaedah pembinaannya. Bentuk pembetung akan mempengaruhi cara pembinaan pembetung yang akan dilakukan di tapak pembinaan. Bentuk pembetung juga memberi nilai estatik kepada pembetung. Jenis-jenis pembetung adalah seperti berikut: I. Pembentung Segiempat a. Terdapat beberapa jenis pembetung segiempat iaitu pembetung segiempat kotak tuang di situ, pembetung segiempat bersegmen pratuang, pembetung segiempat pra-tuang tanpa pertimbangkan dry weather flow " aliran musim kemarau dan pembetung segiempat pratuang dengan pertimbangkan dry weather flow " aliran musim kemarau.

II.

Pembentung Bulat a. Pembetung ini biasanya berfungsi sebagai medium pengaliran dalam paip, pembetung ini juga dibuat pada saiz yang lebih kecil berbanding dengan pembetung segiempat biasa. Muatan kadaralirnya adalah rendah dan ia tidak boleh menanggung beban yang besar di atasnya. Terdapat beberapa jenis pembetung bulat, di antaranya adalah pembetung bulat konrit bertetulang, pembetung paip aluminium-alloy

dan pembetung paip keluli dan pembetung paip HDPE (High density Yolyethelene ) atau pembetung paip plastik.

III.

Pembentung Melengkung Pembetung ini juga dikenali sebagai gerbang.Ia juga berfungsi sebagai jambatan. Ia jarang dijumpai di Malaysia. Pembetung ini mempunyai nilai estatika berbanding dengan pembetung yang sedia ada. la biasa dijumpai di tempat-tempat pelancongan. Dari segi struktur, la adalah lebih kuat berbanding dengan pembetung bulat..Reka bentuk pembetung ini adalah lebih rumit berbanding dengan yang lain kerana rekabentuknya lebih kepada bentuk jambatan.

IV.

Pembentung Laluan berganda Pembetung ini mempunyai dua atau lebih laluan aliran air di dalamnya. la boleh merupakan kombinasi beberapa pembetung segiempat atau pembetung bulat atau pembetung melengkung. la biasa digunakan apabila kelebaran aliran adalah besar dan rentangan pembetung terlalu besar sehingga perlu dibahagikan kepada beberapa rentang kecil supaya pembetung boleh mengambil beban yang dikenakan di atasnya.

V.

Pembentung Elips Pembetung jenis ini banyak dijumpai di luar negara. la diperbuat daripada konkrit bertetulang dan mempunyai bentuk semi-elips. Ia juga lebih kepada nilai estetik berbanding pembetung biasa.

VI.

Pembetung Ladam Pembetung ini banyak dijumpai di tepi lebuhraya. la mempunyai bentuk semi-bulat pada bahagian atasnya dan segiempat pada bahagian bawahnya.

You might also like