You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal

: Ke - 4

Minggu Praktikum : Minggu 4 Tarikh Peristiwa / Kejadian : 18.2.2013 hingga 22.2.2013 Tajuk Jurnal : Pungutan mata dalam menjalani aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran

1. Masalah / Peristiwa Saya telah membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan. Setiap kali menjalankan aktiviti yang memerlukan murid-murid menjalankan pertandingan, pasti akan menggunakan papan pungutan mata. Murid-murid berasa gembira bila menjalankan aktiviti yang memerlukan pertandingan dengan menggunakan papan pungutan mata.

2. Analisis Hal ini kerana murid-murid berasa tidak mahu kalah kepada kumpulan lain dan berasa bangga bila mendapat johan dalam pertandingan. Mereka mempunyai semangat yang kuat bila menjalani aktiviti yang melibatkan pertandingan. Ini adalah satu motivasi untuk menggalakkan murid-murid sanggup berusaha dalam mempelajari ilmu pengetahuan yang baru.

3. Cadangan Tindakan Susulan Cara ini nampaknya berkesan dan boleh digunakan dalam aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, papan pungutan mata boleh digunakan untuk membentukkan sikap murid yang baik. Jika murid menunjukkan sikap yang baik dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran,guru boleh menambah mata bagi kumpulan tersebut.

Dengan murid mempunyai sikap yang baik akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan 25 Februari 2013 19 April 2013

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like