You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PISMP

NAMA PELAJAR:

TAJUK KURSUS: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN KOD KURSUS TARIKH MULA : EDU 3106 07 FEB 2013

SEMESTER : 5 (Ambilan JAN 2011)

TARIKH HANTAR

07 MAC 2013

I. Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia. 2. Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan. 3. Menganalisis kepelbagaian sosio-budaya dan implikasinya terhadap pengajaranpembelajaran. 4. Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. 5. Mahir berkomunikasi untuk mendepani kepelbagaian kelompok. 6. Menangani isu-isu kepelbagaian sosio-budaya dan bahasa di dalam bilik darjah. 7. Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3, 4, 6, dan 7

II. Objektif Tugasan Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menjelaskan konsep kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia. 2. Membincangkan implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat. 3. Menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap bagi memperlihatkan bagaimana guru dapat mengimplementasi satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan yang dapat menerapkan keunikan pelbagai adat kaum yang perlu difahami dan dihormati dalam diri para pelajar di bilik darjah . 4. Menghasilkan satu penulisan refleksi barkaitan dengan tugasan.

III. Tugasan Projek ( 100% ) Sebagai pelajar yang sedang mengikuti Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP ), anda seharusnya mengetahui dan memahami halangan-halangan tertentu dalam mendidik para pelajar di dalam atau di luar bilik darjah. Antaranya halangan dari sudut budaya. Sebagai pendidik anda harus memahami bahawa penduduk Malaysia yang majmuk sudah tentunya mempunyai perbezaan dan keunikan kepelbagaian sosio-budaya dan pelbagai adat kaumnya. Situasi ini sedikit sebanyak akan menimbulkan implikasi kepada sistem pendidikan dan budaya pembelajaran di negara kita dari aspek murid, guru, sekolah dan kurikulum tersiratnya. Berdasarkan rangsangan di atas : A) i) Jelaskan konsep kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia. ii) Banding bezakan 3 implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat.Tugasan anda hendaklah dalam bentuk esei (huraian) dan di persembahkan dengan menggunakan pengurusan grafik. ( 40% ) B) Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) lengkap yang memperlihatkan bagaimana keunikan pelbagai adat kaum di Malaysia dan bagaimana anda dapat mengimplementasi satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan untuk menampakkan dengan jelas keunikan pelbagai adat kaum di Malaysia yang perlu difahami dan dihormati oleh para pelajar di bilik darjah anda. ( 40% ) C) Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan ini mestilah menunjukan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi. ( 20% ) IV. Panduan Pelaksanaan Projek. 1. 2. 3. Tugasan ini adalah tugasan secara berpasangan. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 3.1 Font Arial 3.2 Saiz huruf ialah 11 3.3 Langkau 1.5 baris 3.4 Rujukan mengikut format A.P.A ( American Psychological Association ) Panjang tugasan adalah antara 2500 hingga 3000 perkataan dan tidak melebihi 15 muka surat ( termasuk persembahan visual ) Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

4.

5. 6. 7.

V. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. 2. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut : a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia dengan jelas dan menarik b. Mampu membuat banding beza dengan jelas terhadap tiga implikasi kepelbagaian sosio- budaya dari aspek guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat. c. Dapat menyediakan satu RPH yang menampakan dengan jelas keunikan pelbagai adat kaum di Malaysia sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. d. Rumusan/ cadangan menjawab persoalan tugasan. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan ( sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal , 2 bahan bercetak yang lain ).

3.

4. 5. 6.

7.

Tugasan disediakan oleh: . ( FUZI BIN MOHAMED ZIN ) Penyelaras Kursus EDU 3106 Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Raja Melewar

Disemak oleh: ( EN. AHMAD RIDZWAN BIN BASRI ) Pakar Bidang ( SME ) Jabatan: Ilmu Pendidikan IPG Kampus Raja Melewar

Disahkan oleh: (TN. HJ. MUZAFAR SHAH BIN MUSTAFA ) Ketua Jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Raja Melewar

You might also like