You are on page 1of 2

Nostalgia Abdullah di Sekolah Tinggi

Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM 14 Mac – Datuk Seri


Abdullah Ahmad Badawi hari ini kembali ke Abdullah Ahmad Badawi (kanan) bersama guru kelasnya dulu, Ong Poh
sekolah lamanya, Sekolah Menengah Kee (kiri) serta seorang rakannya melihat kedudukan meja dan bilik darjah
yang pernah digunakan Perdana Menteri ketika zaman persekolahan.–
Kebangsaan (SMK) Tinggi Bukit Mertajam UTUSAN/SHAMSUDIN SALEH
(HSBM) di sini untuk menyorot kenangan kali
pertama ‘mencipta’ tandatangan yang kekal digunakan sehingga hari ini.

Beliau belajar di sekolah tersebut sejak tahun 1940-an sehingga 1957.

Kata Perdana Menteri, ketika itu beliau dalam tingkatan dua dan mencipta tandatangan yang
keistimewaannya adalah di bahagian hujungnya.

“Secara asasnya itulah tandatangan yang saya reka dan saya gunakan sehingga hari ini. Oleh itu,
apabila saya menandatangani buku alumni sekolah, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan
tandatangan saya itu.

“Jadi, saya minta menandatanganinya semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Warisan HSBM dan
Majlis Makan Tengah Hari dan perjumpaan bekas penuntut HSBM di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Alumni HSBM, Datuk S. Kulasegaran dan rakan-rakan sekelas Perdana
Menteri ketika sama-sama belajar di sekolah ini

Selain itu, hadir sama Pengetua HSBM, Mohd. Ghazali Abu Bakar, guru-guru dan kira-kira 400
pelajar sekolah tersebut.

Pada majlis itu juga, Dewan HSBM hari ini secara rasmi ditukar nama kepada Dewan Abdullah
Haji Ahmad Badawi sempena mengambil nama Perdana Menteri.

Abdullah berkata, dahulu, sebagai pelajar di sekolah, beliau tidak pernah membayangkan dirinya
berdiri di hadapan orang ramai untuk memberikan ucapan.

Perdana Menteri yang juga Penaung Alumni HSBM gembira kerana dapat menjenguk sekolah
lamanya itu yang menyimpan segala kenangan ketika di bangku sekolah.

Beliau berkata, adalah penting bangunan sekolah ini dibina semula dan dikekalkan untuk
diwarisi oleh pelajar akan datang.

Sehubungan itu, beliau berpesan kepada seluruh warga sekolah HSBM agar memelihara
bangunan sekolah yang telah dibina semula.
Menurut Abdullah, di sekolah inilah juga permulaan baginya bergaul dengan rakan-rakan bukan
Melayu serta kali pertama mempelajari Bahasa Inggeris.

Bangunan blok C sekolah tersebut yang usang telah dibaik pulih dengan kos berjumlah RM4.16
juta.

You might also like