You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LENGGONG

33400 LENGGONG PERAK KOD SEKOLAH: ABA 7008 7691221 TEL: 05 -

09 April 2008 Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad 33400 Lenggong, Perak.

Tuan, Memohon Menggunakan Padang SMK Dato Ahmad Bagi Pertandingan Bola Baling MSSPK Daerah Hulu Perak Tahun 2008
Merujuk perkara di atas. 2. Untuk makluman pihak tuan, Sekolah Kebangsaan Lenggong telah diamanahkan untuk mengelolakan Pertandingan Bola Baling MSSPK Daerah Hulu Perak pada tahun ini. Disebabkan pihak kami menghadapi masalah saiz padang yang kecil untuk mengelolakan pertandingan ini, saya memohon untuk menggunakan padang sekolah tuan. 3. Untuk makluman pihak tuan, Pertandingan Bola Baling MSSPK Daerah Hulu Perak akan berlangsung pada 16 April hingga 18 April 2008. Sehubungan dengan itu, kami memohon untuk menggunakan padang sekolah tuan bermula pada 12 April 2008 hingga 19 April 2008 bagi tujuan persiapan padang sebelum dan selepas pertandingan. 4. Pihak kami juga memohon untuk menggunakan kemudahan di sekolah tuan iaitu tandas, bekalan elektrik, bangku kantin dan meja murid semasa pertandingan ini berlangsung. 5. Segala kerjasama dan keperihatinan yang pihak tuan berikan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang menjalankan tugas, . (RAJA AZIZUR RAHMAN B RAJA OMAR) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Lenggong.

You might also like