You are on page 1of 4

PROGRAM PISMP SEMESTER 7 2013 KERJA KURSUS PROJEK : BMM3113- FORMAT PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN: PANDUAN IPGMKPM Tajuk

k kajian : Isu, Instrumen, Siapa (Responden) dan tidak melebihi 15 pp. Nama Penyelidik Nama Institusi Isi kandungan 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengajaran BM (Bermartabat) Falsafah Pendidikan Negara Kepentingan BM Masalah Pengajaran BM : akhirnya membawa kepada masalah yang hendak dikaji. Kesan masalah /implikasi Masukkan keperluan Sukatan Pelajaran

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu skop kelas apa berlaku: apa yang dilihat daripada pengalaman berbahasa murid apa masalah: melihat sesuatu kekurangan yang dihadapi oleh murid macam mana kesan masalah: daripada pemerhatian dan juga bukti pencapaian terangkan secara individu dan kelompok: huraikan pola masalah yang dihadapi sama ada secara indivudu atau berkumpulan

1.3 Nilai pendidikan Huraikan dari sudut pedagogi / teori: yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid. Contoh Chomsky: Menurut Chomsky penguasaan kata nama adalah lebih dahulu daripada penguasaan kata kerja dan kata sendi. Membantu murid untuk mencapai hasil pembelajaran dalam sukatan: Kaitkan masalah yang dihadapi oleh murid dengan kemahiran yang tersenarai di dalam Sukatan Pelajaran BM KBSR atau KSSR dan huraikan dengan lebih lanjut dengan memasukkan sokongan rujukan. Dapat menggerakkan domain (afektif, kognitif, psikomotor) murid > apakah faedah dan peluang kepada murid?..beri peluang murid belajar. [Huraikan bagaimana teori yang dikaitkan dengan SP dapat memberikan murid peluang untuk menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan]. Kebergunaan kepada guru dan murid kaitkan teori dalam membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid yang berkenaan.

2.0

FOKUS KAJIAN/ISU KEPERIHATINAN 2.1Tinjauan masalah

Kaitkan dengan permasalahan yang telah dinyatakan di dalam pendahuluan. Kaitkan masalah dengan beberapa kajian yang telah dijalanakan. Kaitkan masalah dengan artikel yang pernah ditulis. Dedahkan masalah yang dihadapi di bilik darjah. Berikan kesan/impak akibat masalah yang dihadapi. [Huraikan secara terperinci].

2.2 Analisis masalah Kekerapan masalah berlaku [huraikan secara deskriptif dan juga disertakan dengan bukti kuntitatif, boleh disorot secara sejarah atau mengambil pendapat daripada cikgu yang lain]. Kalau mengambil pendapat cikgu lain, sediakan transkripsi di bahagian lampiran. Bagaimana prestasi murid [Prestasi murid boleh berdasarkan markah ujian yang lalu atau petunjuk prestasi yang lain].

2.3 Fokus kajian Penggunaan- hendak dikaji setakat mana? [Skop kajian] > apakah batasan kajian yang hendak dilakukan. Contoh: sekiranya kajian bertumpu kepada struktur ayat, maka kajian akan mengabaikan struktur semantik > memberi tumpuan kepada aspek struktur sahaja. Contoh lain : imbuhan beR: sama ada ber yang menunjukkan mempunyai atau ber yang menunjukkan upaya. Contoh lain: ter sebagai penanda pasif atau ter sebagai penanda kepalingan. Keslahan ejaan: sama ada ejaan kata pinjaman atau kata asli...Kalau pola ejaan, hadkan bilangan pola iaitu kv, kvk, kvkv, kvkv. Dalam erti kata yang lain, pola ejaan selain daripada yang telah dinyatakan tidak akan dianalisis.

3.0

TINJAUAN LITERATUR Tengok tesis / kajian ilmiah Apa yg mereka buat Bagaimana mereka buat [metodologi > siapa responden, instrumentasi] Apa yg mereka peroleh / dapatan

4.0

OBJEKTIF KAJIAN 4.1 Objektif am Melihat penggunaan imbuhan dalam kalangan murid Tahun 4

4.2 Objektif khusus 1. Melihat masalah penggunaan imbuhan ber dalam kalangan murid tahun 4. 2. Meninjau sejauh manakah murid melakukan kesalahan imbuhan ber dalam penulisan ayat.

Setiap perenggan mesti ada nama pengarang yang dirujuk. 4.3 Soalan kajian (fokus, tindakan, pencapaian) Persoalan kajian mestilah menjawab objektif kajian. Persoalan kajian menghuraikan bagaimana obj itu hendak dibuktikan. Contoh : 1. Melihat masalah penggunaan imbuhan ber dalam kalangan murid tahun 4. Apakah masalah imbuhan ber yang dihadapi oleh murid dalam penulisan ayat? 2. Meninjau sejauh manakah murid melakukan kesalahan imbuhan ber dalam penulisan ayat. Apakah prestasi murid dalam penggunaaan imbuhan ber dalam ayat.

5.0

KUMPULAN SASARAN Latar belakang - berapa orang murid, prestasi, bahasa komunikasi, bangsa, pekerjaan ibu bapa [demografi]. Contohnya adakah bahasa Melayu itu merupakan bahasa pertuturan responden di rumah? Atau berapa jamkah mereka memperuntukkan masa untuk menonton cerita berbahasa Melayu....

6.0

PELAKSANAAN KAJIAN 6.1 Perancangan langkah-langkah tindakan Instrumen/Instrumentasi [nama instrumen, ciri-ciri instrumen, cara menggunakan instrumen] Penggunaan instrumen perlu dirujuki daripada sumber yang berwibawa seperti buku, jurnal dan lain-lain... Masukkan konsep, [model penyelidikan dan kerangka penyelidikan] gambar dan instrumen.

6.2 Perancangan cara mengumpul data Nyatakan pelan tindakan yang melibatkan tempoh masa, kekerapan latihan, kekerapan memungut data. Nyatakan sama ada data yang hendak dipungut itu melibatkan masa pengajaran atau di luar masa pengajaran.

6.3 Perancangan cara menganalisis data Analisis data bertujuan untuk menjawab persoalan kajian. Nyatakan cara analisis bagi setiap persoalan kajian. Contoh. Persoalan kajian: Adakah instrumen x dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa responden. Untuk menjawab persoalan kajian ini, maka ujian berstatistik frekuensi dilakukan. Contoh lain: Sejauh manakah instrumen x dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa murid? Untuk

menjawab persoalan kajian ini, maka ujian-T dan korelasi antara skor permulaan dengan skor akhir dilakukan. Nyatakan sama ada hendak menggunakan frekuensi, peratusan, ujianT, Annova, korelasi, ranking deskriptif, min kumpulan, dsbnya....

7.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN 7.1 Jadual pelaksanaan kajian tindakan [buat jadual tindakan] 7.2 Kos kajian [nyatakan kos sekiranya ada. Kalau ada kos, cara bagaimana hendak mendapatkan kos...mungkin dari sekolah, NGO dsbnya...]

SENARAI RUJUKAN : 15-50 buku, 10 tesis, dan 10 jurnal LAMPIRAN [insturmen, gambar, dsbnya...]

You might also like