You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI JOHOR BAHRU

PANDUAN PENGGUNAAN CD PENILAIAN KOKO GURU PENASIHAT

Panduan penggunaan CD Penilaian Koko ini untuk kegunaan dalam sahaja SMK TAMAN UNIVERSITI

TATACARA MELAKSANAKAN PROSES PENILAIAN KOKURIKULUM UNTUK GURU-GURU SMK TAMAN UNIVERSITI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Penolong Kanan Kokurikulum mengadakan taklimat Panduan Penilaian Kokurikulum. Guru-Guru diberi penerangan tentang penggunaan CD Penilaian Kokurikulum oleh Penolong Kanan Kokurikulum. Penolong Kanan Kokurikulum memberi taklimat kepada para pelajar mengikut tingkatan. Penolong Kanan Kokurikulum mewar-warkan proses penilaian kokurikulum kepada semua pelajar di perhimpunan mingguan. Pelajar mengambil borang penilaian kokurikulum daripada Penolong Kanan Kokurikulum. Pelajar menyediakan segala dokumen yang diperlukan dan mengisi borang penilaian kokurikulum. Pelajar menyerahkan borang beserta dokumen yang telah disiapkan kepada guru penasihat masing-masing. Guru Penasihat akan membuat penilaian berdasarkan dokumen yang disediakan oleh pelajar. Guru Penasihat memasukkan data penilaian ke dalam CD Penilaian Koku Guru Penasihat. Guru Penasihat mencetak keputusan dan menyerahkan kepada Guru Tingkatan beserta dengan borang yang lengkap dengan dokumen untuk di masukkan kedalam CD Penilaian Keseluruhan. Guru Tingkatan mencetak slip keputusan penilaian kokurikulum dan menghantarnya kepada Penolong Kanan Kokurikulum beserta semua dokumen. Guru Penasihat mesti memastikan tiada pelajar yang tertinggal dari senarai untuk dibuat penilaian. Guru Tingkatan juga mesti memastikan semua pelajar dalam kelasnya telah dibuat penilaian. Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dijalankan dan mengesahkan penilaian yang dibuat oleh Guru Penasihat dan Guru Tingkatan. Slip Keputusan Penilaian diserah kepada Guru Tingkatan untuk dipulang kepada pelajar untuk ditanda tangani oleh ibu bapa pelajar masing-masing. Jawatankuasa Penilaian menyediakan sijil Kokurikulum bagi pelajar tingkatan 5 dan memasukkan data ke Lembaga Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya pada 15 Oktober setiap tahun. Setiap slip keputusan dan dokumen sokongan hendaklah disimpan dengan baik sehingga pelajar tersebut tamat persekolahan. Semua CD yang dibekalkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum pada atau sebelum cuti akhir tahun pada setiap tahun.

15. 16. 17.

Panduan penggunaan CD Penilaian Koko ini untuk kegunaan dalam sahaja SMK TAMAN UNIVERSITI

Penilaian Kokurikulum adalah wajib dilaksanakan kepada setiap pelajar pada setiap tahun. Penilaian Kokurikulum ini mesti disiapkan sebelum 15 Oktober pada setiap tahun. Setiap guru penasihat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penilaian kokurikulum atas pelajar di bawah pengawasannya. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan satu kesalahan di dalam Akta Pelajaran. TATACARA PENGGUNAAN CD YANG DIBEKALKAN. A. CD PENILAIAN KOKURIKULUM GURU PENASIHAT. CD ini dibuat untuk memudahkan guru penasihat untuk memasukkan data dan membuat penilaian kokurikulum terhadap pelajar di bawah pengawasan mereka. Setelah data dimasukkan guru penasihat hendaklah menyimpan data tersebut menggunakan nama unit mereka masing-masing dan mencetak serta diserahkan kepada guru tingkatan untuk proses seterusnya. Langkah 1. Masukkan CD dalam pemacu CD dan paparan 1 di bawah akan kelihatan. Klik Folder Penilaian Koko_ Penasihat
Klik Folder Penilaian Koko_ Penasihat

Paparan 1 Langkah 2. Setelah Folder Penilaian Koko_Penasihat di klik maka papara 2 akan kelihatan.
Klik Folder Kelab dan Persatuan Guru Penasihat

Panduan penggunaan CD Penilaian Koko ini untuk kegunaan dalam sahaja SMK TAMAN UNIVERSITI

Paparan 2 Langkah 3. Apabila Folder Kelab dan Persatuan Guru Penasihat dipaparan 2 di klik maka Borang Penilaian seperti di paparan 3 akan dikelihatan.

Paparan 3 Langkah 4. Simpan fail tersebut dalam komputer anda. Tukarkan nama fail kepada nama unit kelab/persatuan , unit beruniform atau kelab permainan. Contohnya Kelab Pencegahan Jenayah. Prosesnya adalah seperti di bawah.

Klik file kemudian klik Save as. Kotak save as akan dipaparkan seperti di bawah

Panduan penggunaan CD Penilaian Koko ini untuk kegunaan dalam sahaja SMK TAMAN UNIVERSITI

Klik di sini dan klik pada My Document. Folder dalam My Document akan dipaparkan seperti di bawah.

Klik di File name dan tukar kepada nama unit anda kemudian klik pada kotak Save dan Borang penilaian dengan nama fail baru dipaparkan seperti di bawah.

Panduan penggunaan CD Penilaian Koko ini untuk kegunaan dalam sahaja SMK TAMAN UNIVERSITI

Nama Fail baru iaitu Kelab Pencegahan Jenayah

Langkah 5. Sekarang anda boleh mengisi maklumat. i. Masukkan maklumat Nama Unit anda di Kotak C3 (Baris C lajur 3). Contoh Kelab Pencegahan Jenayah. ii. Masukkan maklumat No. K/P , Nama Pelajar, jantina, tingkatan secara manual. Jika ahli kelab anda dari satu tingkatan sahaja, bolehlah disalin dari Sistem Maklumat Murid. iii. Masukkan markah Kehadiran, Penglibatan, Pencapaian dan Jawatan yang anda perolehi dari borang penilaian beserta dokumen yang diserahkan oleh pelajar. Kehadiran (perlu ada maklumat fotostat buku kehadiran koko), Penglibatan (sijil penyertaan, surat akuan guru pengiring ), Pencapaian ( sijil penghargaan, gambar, hadiah untuk tempat 1,2 dan 3 sahaja), Jawatan (Surat akuan guru penasihat, senarai AJK, surat perlantikan jawatan) iv. Anda dilarang menaip apa-apa di ruangan jumlah markah ataupun gred kerana komputer akan mengira dan mengred maklumat yang anda masukkan seperti contoh di bawah. v. Setelah maklumat telah anda masukkan sila taip nama anda di bahagian bawah borang penilaian ini dan cetak. Seterusnya serahkan kepada guru tingkatan untuk tindakan selanjutnya.

Panduan penggunaan CD Penilaian Koko ini untuk kegunaan dalam sahaja SMK TAMAN UNIVERSITI

Langkah 6. Akhir Simpan fail anda dalam disket atau pen drive atau dalam komputer anda. Jika anda ada CD writer pada komputer anda maka `Burn semula fail tersebut dalam CD yang dibekalkan atas nama fail unit anda. Jika tidak hantarkan sesalinan borang yang telah diisi maklumat kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk simpanan beserta CD yang dibekalkan tersebut. Sekian sahaja Panduan Melaksanakan Proses Penilaian Kokurikulum dan semuga apa yang dibekalkan akan dapat membantu para guru untuk melaksanakan tugas ini. Kerjasama dan bantuan para guru adalah amat diperlukan dan diucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas bantuan tuan/puan untuk kepentingan anak didik kita di masa akan datang. Disediakan oleh, Encik Mustafa Kamal Bin Md Yusof Penolong Kanan Kokurikulum SMK Taman Universiti Jalan Pendidikan, Taman Universiti, 81300 SKUDAI, Johor Bahru, Johor Darul Tazim No. Tel : 019-7899504 07-5208288 (Sekolah) 07-5215526 (Faks)

Panduan penggunaan CD Penilaian Koko ini untuk kegunaan dalam sahaja SMK TAMAN UNIVERSITI

Panduan penggunaan CD Penilaian Koko ini untuk kegunaan dalam sahaja SMK TAMAN UNIVERSITI

You might also like