makanan khas daripada syarikat w. Syarikat w telah diberitahu dengan jelasnyaspesifikasi dan tujuan pembelian dapur tersebut serta tarikh dapur itu mesti itumesti sampai di premis syarikat enak bhd. Malangnya,
syarikat w telah gagal untuk menghantar dapur tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan dan juga telah gagalmenepati spesifikasi yang telah ditetapkan.
Syarikat enak bhd ingin menuntut gantirugi. Nasihatkan Syarikat Enak Bhd
.
ISU :
Samaada Syarikat Enak Bhd boleh menuntut ganti rugi dari Syarikat W.
PRINSIP UNDANG-UNDANG :
Seksyen 40,
apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan, atautelah tak membolehkan dirinya dari melaksanakan, janjinya pada keseluruhannya, maka penerima janji bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika ia telah menunjukkan,dengan kata2 atau kelakuan, persetujuannya untuk meneruskaan kontrak itu.
Pelepasan kontrak disebabkan oleh pecah kontrak. Suatu kontrak juga dilepaskan daripada pelaksanaannya jika terdapat mana-mana pihak di bawah kontrak itu gagal memenuhi obligasinyaseperti yang telah dipersetujui menurut terma-terma dan syarat2 kontrak tersebut. Pihak yanggagal ini dianggap telah memungkiri kontrak itu jesteru memberikan hak kepada pihak yangmelaksanakan obligassinya menurut kontrak itu untuk membatalkan kontrak yang telah dimungkiridengan menuntut ganti rugi daipada pihak yang telah memungkiri tadi.
KES RUJUKAN :
CHEN CHUAN DEVELOPMENT SDN BHD VS NG AH HOCK.
Perayu yang merupakan seorang pemaju perumahan telah bersutuju untuk menjual sebuah rumahkedai kepada responden dengan harga RM49,500.00. responden telah pun menjelaskan wangtempahan kepada perayu. Perayu kemudiannya cuba menaikkan harga rumah kedai tersebut kepada RM85,000.00. Perayu seterusnya memulangkan cek dan wang tempahan pembeli. Peguamresponden merupakan salah seorang penerima cek tersebut dan dia telahpun menunaikannya.Mahkamah persekutuan telah memutuskan bahawa satu penolakan kontrak telahpun berlakuapabila perayu menulis surat kepada responden memaklumkan tentang kenaikan serta tindakannyamemulangkan wang tempahan. Walaubagaimana pun, menurut mahkamah lagi, tindakan peguamresponden menunaikan cek yang diterima itu jelas menunjukkan penerimaannya terhadapkemungkiran kontrak oleh perayu dan keadaan ini menyebabkan kontrak tersebut tamat ataskemungkiran kontrak oleh perayu.
HUBUNGKAIT :
Syarikat W telah gagal melaksanakan janjinya kepada Syarikat Enak Bhd iaitu telah gagalmenghantar dapur pada tarikh yang ditetapkan dan gagal menepati spesifikasi yang telahditetapkan.mengikut seksyen 40, suatu pihak bagi suatu kontrak yang tidak dapat melaksanakan janjinya, maka penerima janji boleh menamatkan kontrak itu. jadi syarikat Enak Bhd berhak untuk menamatkan kontrak itu atau menuntut ganti rugi daripada pihak yang memungkiri kontrak itu( syarikat W ). Dirujuk melalui kes chen chuan development sdn bhd vs ng ah hock. Juga terdapat kemungkiran kontrak oleh perayu dan keadaan ini menyebabkan kontrak tersebut tamat ataskemungkiran kontrak oleh perayu.
KESIMPULAN :
Syarikat Enak Bhd boleh menuntut ganti rugi dari syarikat W.
SOALAN 3.
Leave a Comment