You are on page 1of 25

BAB 1 PENGENALAN KEPADA MASALAH KAJIAN 1.

1 Pengenalan

Setiap murid mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai perkara yang dipelajari. Tahap penguasaan bergantung kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dialaminya. Satu daripada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru bagi menguasai hasil pembelajaran adalah melalui pendekatan Pengajaran Masteri. Pembelajaran Masteri adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.Menurut Bloom (1968), Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada pengurusan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Menurutnya lagi, Pembelajaran Masteri adalah dibina berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua boleh menguasai pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.

1.2

Latar Belakang

Sekolah-sekolah di Malaysia dipenuhi dengan murid-murid daripada pelbagai latar belakang, budaya dan bahasa. Selain itu, mereka juga berbeza dari segi minat,kebolehan, dan bakat ( Mok Soon Sang, 1996 ). Ada pelajar yang boleh belajar dengan cepat dan terdapat juga segelintir yang memerlukan pendidikan pemulihan. Pendidikan pemulihan ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk menolong pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran seperti tidak menguasai kemahiran matematik yang tertentu di diadakan. Mereka menunjukkan perkembangan yang lambat dalam mendapat dan menggunakan pelbagai kemahiran matematik. Mereka juga mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang sebaya mereka. Oleh itu, kita perlu merancang kaedah yang sesuai dengan kehendak pelajar agar mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran matematik yang telah ditetapkan oleh KBSR dan KBSM. Kaedah Pembelajaran Masteri merupakan salah satu kaedah yang sesuai untuk guru laksanakan di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru itu, kajian ini bertujuan membuktikan keberkesanan kaedah Pembelajaran Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kelas pemulihan Tahun 6 di bawah tajuk addition of fractions. dalam tempoh yang ditetapkan.

Pelajar-pelajar ini mempunyai pencapaian yang rendah di dalam setiap penilaian yang

1.3 Pernyataan Masalah Matematik adalah satu matapelajaran yang penting dalam kurikulum sekolah menengah. Mulai tahun 2003, penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik telah dimulakan . Perkara ini menyebabkan kurangnya semangat dan usaha pelajar untuk belajar terutamanya pelajar yang lemah Bahasa Inggeris. Ini menambahkan masalah pelajar untuk memahamkan konsep matematik di samping menggunakan Bahasa Inggeris. Mengajar matematik adalah satu tugas yang mencabar dan kompleks. Menurut Nik Aziz (1996), guru matematik yang berjaya harus mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan bijaksana. Peranan guru adalah faktor penting dalam kejayaan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran matematik. Menurut artikel yang ditulis oleh David Tall dan Mohamad Rashidi Razali (1991), kesukaran mempelajari matematik yang dihadapi oleh pelajar yang kurang berkebolehan (koordinasi proses mental) adalah lebih tinggi daripada pelajar yang berkebolehan (manipulasi konsep mental). Kebanyakkan pelajar ingin menghabiskan sesuatu tajuk dengan segera dan melompat ke tajuk-tajuk yang seterusnya.Ini menyebabkan mereka panik dan lantas lupa akan pembelajaran sebelumnya.Tanpa kefahaman yang jelas terhadap konsep dan kemahiran asas yang telah dipelajari di peringkat awal, ini menyebabkan pembelajaran seterusnya semakin sukar. Justeru, kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar yang kurang menguasai sesuatu tajuk dan mengulanginya sehingga pelajar menguasai tajuk tersebut untuk pembelajaran tajuk seterusnya. Ia juga dapat membantu pelajar-pelajar yang lambat membina konsep matematik dan seterusnya dapat menguasai kemahiran supaya mereka tidak ketinggalan daripada pelajar-pelajar lain. .Tinjauan awal tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sejauh mana pelajar dapat menyelesaikan soalan penambahan pecahan yang tidak sama

penyebutnya. Ianya juga turut dapat mengenal pasti bentuk kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan soalan penambahan pecahan. 1.4 Rangka kerja Pembelajaran Masteri

Unit Pembelajaran 1 Penentuan Hasil Pembelajaran Pengajaran & Pembelajaran Penilaian


Tindakan Susulan Aktiviti Pengayaan Ya Tidak Tindakan Susulan Aktiviti Pemulihan

Sudahkah murid menguasai?


Ya

Teruskan

Unit Pembelajaran 2

Berdasarkan rangka kerja Pembelajaran Masteri menunjukkan bagaimana proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran Masteri memberi peluang kepada pelajar menguasai sesuatu unit pembelajaran yang dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit mengikut pemeringkatan. Pelajar maju akan ke unit seterusnya manakala pelajar yang tidak menguasai akan melakukan aktiviti pemulihan.

1.5 Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah kaedah Pembelajaran Masteri dapat menangani masalah pelajar pemulihan dalam meningkatkan pemahaman pelajar kepada matematik. 1.6 Objektif Kajian Berdasarkan tujuan di atas, maka objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengukur keberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri terhadap pencapaian pelajar Tahun 6 dalam topik pecahan berdasarkan berbezaan, Min praujian pencapaian pelajar Tahun 6 dalam topik pecahan antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan.(STB) min praujian dengan min posujian pencapaian pelajar Tahun 6 dalam topik pecahan kumpulan rawatan.(SB) min praujian dengan min posujian pencapaian pelajar Tahun 6 dalam topik pecahan kumpulan kawalan.(SB) min posujian pencapaian pelajar Tahun 6 dalam topik pecahan antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. (STB)

1.7 Hipotesis Kajian Berdasarkan objektif kajian di atas, maka lapan hipotesis kajian berikut dibentuk iaitu;Teknik pembelajaran masteri didapati berkesan terhadap pencapaian pelajar Tahun 6 dalam topik pecahan berdasarkan hipotesis berikut. Tidak terdapat perbezaan signifikan min praujian pencapaian pelajar dalam topik pecahan antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan pelajar Tahun 6. Terdapat perbezaan signifikan min praujian dengan min posujian pencapaian pelajar dalam topik pecahan kumpulan rawatan pelajar Tahun 6. Tidak terdapat perbezaan signifikan min praujian dengan min posujian pencapaian pelajar dalam topik pecahan kumpulan kawalan pelajar Tahun 6. Terdapat perbezaan signifikan min posujian pencapaian pelajar dalam topik pecahan antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan pelajar Tahun 6. 1.8 Kepentingan Kajian Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat kepada guru tentang kepentingan penggunaan kaedah Pembelajaran Masteri untuk meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar yang pencapaiannya rendah. Kajian ini juga sebagai panduan alternatif kepada guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekiranya memperolehi pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran matematik yang lemah. Dengan menggunakan kaeadah Pembelajaran Masteri, pelajar akan menguasai sesuatu sesuatu kemahiran matematik dengan jelas dan ia akan meningkatkan pencapaian pelajar.Ia juga dapat memberi panduan bagi membantu guru-guru lain untuk mengaplikasikan kaeadah Pembelajaran Masteri di dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.9 Batasan Kajian Kajian ini akan dilaksanakan ke atas 60 orang pelajar Tahun 6 yang mempunyai pencapaian matematik yang rendah. Ia meliputi 30 pelajar kumpulan kawalan dan 30 orang pelajar lagi kumpulan eksperimen bagi topik pecahan. Pengkaji akan hanya menggunakan keputusan markah bagi melihat keberkesanannya. 1.10 Takrifan Istilah

1.10.1 Pembelajaran Masteri Menurut Bloom (1968). Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Manakala menurut falsafah Bloom menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. Menurut Anderson dan Block (1975) Pembelajaran Masteri ialah satu set idea dan amalan pengajaran s ecara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri berpadukan kriteria yang jelas. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan pembelajaran Masteri suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya.

Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan

pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama Kesimpulannya, Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari. Pembelajaran secara ini memerlukan pelajar menguasai hasil pembelajaran sesuatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. 1.10.2 Addition of Fraction Salah satu tajuk pelajaran matematik tingkatan satu yang diperbincangkan dalam kajian ini. 1.10.3 Ujian pos Ujian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan Pembelajaran Masteri dalam kelas dengan membandingkan antara kelas kawalan dan kelas eksperimen. 1.10.4 Keberkesanan

Keberkesanan adalah sesuatu tindakan atau hasil tindakan yang menyebabkan sesuatu perubahan berlaku. Ia menunjukkan keupayaan untuk mewujudkan sesuatu hasil atau perubahan yang diingini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2007), keberkesanan ialah perihal berkesan, berkesannya ( sesuatu tindakan, perubahan dan sebagainya ). 1.10.5 Prestasi Merupakan satu ukuran kebolehan pelajar yang dapat dilihat tentang kemajuan sesuatu perkara yang telah dilakukan sama ada berubah kearah positif, negatif ataupun tidak berubah. Prestasi yang diukur di sini adalah tentang peningkatannya dalam dua ujian yang dilaksanakan.

1.11

Ringkasan

Di dalam bab ini menghuraikan sejauh manakah kaedah pengajaran masteri dapat membantu pelajar pemulihan untuk meneruskan pembelajaran mereka. Cabaran seorang guru adalah untuk menyediakan satu cara pengajaran yang berkesan bagi membantu murid-murid berpencapaian rendah. Amalan dan teori harus selari dan ini memerlukan masa untuk memastikan yang ia sememangnya memenuhi kehendak murid berpencapaian rendah ini. Justeru itu, Pengajaran Masteri amat bersesuaian dengan pelajar yang berpencapaian rendah.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Tinjauan kajian ini ingin melihat tentang satu kajian terhadap kaedah Pembelajaran Masteri dapat membantu pelajar menguasai sesuatu topik sebelum mempelajari topik seterusnya. Kaedah ini digunakan untuk mengajar topik pecahan kepada pelajar dalam sebuah kelas kajian. Kaedah ini dapat membantu pelajar pemulihan dalam kelas tersebut terus mempelajari topik pecahan sehinggalah pelajar dapat menguasai. Ini juga akan memberi penjelasan tentang bagaimana kaedah Pembelajaran Masteri dapat membantu pelajar menguasai kemahiran yang diajar dengan mudah dan seterusnya memberi keyakinan kepada pelajar. Pengkaji akan mengupas mengenai pengajaran Pembelajaran Masteri dalam matematik yang berkaitan dengan teori, kesalahan pelajar dalam menyelesaian operasi pecahan, contoh dan kajian yang bersesuaian. 2.2 Literatur Berkaitan Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran. Dengan kata lain, Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan pelajar menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang dihasratkan sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.

10

Menurut Bloom (1968), Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada penguasaan murid dalam sesuatu pekara yang diajar. Ianya direka berdasarkan falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan dan kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan, sekiranya keadaan sesuai dan masa yang mencukupi. Anderson & Block, 1975 pula berpendapat Pembelajaran Masteri adalah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk berlajar secara konsisten. Idea pembelajaran secara masteri ini dapat menghasilkan pembelajaran yang sistematik, membantu murid apabila mengahadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kaedah masteri dengan jelas. Justeru itu, jika guru ingin menggunakan strategi Pembelajaran Masteri guru hendaklah mempelajari atau mempelbagaikan kaedah penyampaian supaya ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan seterusnya memudahkan guru untuk mencapai matlamat Pembelajaran Masteri iaitu 80% pelajar menguasai topik kemudian barulah beralih kepada topik yang lain. Guru boleh menilai pencapaian ini melalui ujian sumatif atau formatif. Pendekatan pembelajaran masteri telah lama digunakan dalam mata pelajaran Matematik. Contohnya kajian oleh National Council of Teachers of Mathematics (2000) mendapati penggunaan pembelajaran masteri membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran secara progresif sekiranya guru kerap menjalankan pentaksiran secara formatif bagi setiap unit pembelajaran. Kaedah ini sesuai digunakan dalam pengajaran matematik kerana ia mengukuhkan tentang apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran, mengenal pasti apa yang telah diketahui dengan berkesan dan apa yang perlu diketahui lagi dengan lebih baik selepas pengajaran dilakukan. Kepentingan elemen masteri juga dihuraikan dalam sukatan mata pelajaran Matematik.

11

Selain itu, Slavin, Lake dan Groff (2009) telah menjalankan satu kajian tinjauan tentang program pembelajaran masteri dalam mata pelajaran Matematik di sekolah menengah rendah dan menengah bagi melihat keberkesanan program ini. Kajian ini dijalankan selama 12 minggu dan didapati subjek kajian telah mencapai kriteria yang ditetapkan terhadap pembelajaran masteri dalam subjek Matematik. Selain itu, hasil kajian ini juga mendorong guru bersikap positif tehadap prinsip dan amalan pembelajaran masteri selepas mereka didedahkan dengan pendekatan ini. Oleh itu, pemilihan kaedah ini adalah sesuai dengan latar belakang pelajar yang tidak meminati matematik. Menurut kajian Junaidah dan Rasyidah (2006), pembelajaran masteri merupakan pendekatan P&P yang penting untuk memastikan murid dapat menguasai apa yang diajar dan mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan memuaskan. Hal ini disebabkan pendekatan masteri membenarkan proses pembelajaran berlaku mengikut tahap kemampuan pengguna (83.33%) serta dapat membantu pengguna menguasai sesuatu topik dengan mudah (86.11%). Hal ini bermakna, pendekatan yang diterapkan, iaitu pendekatan masteri mampu menjadikan proses pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Pendekatan ini juga membolehkan pengguna menguasai topik pembelajaran yang disediakan mengikut stail dan kemampuan mereka yang tersendiri. Pencapaian murid dipengaruhi oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk belajar. Menurut Zimmerman dan Dibenedetto (2008), oleh kerana murid-murid dapat mencapai pengetahuan asas yang diperlukan untuk setiap unit pembelajaran, maka mereka bersedia untuk mempelajari konsep-konsep dan kemahiran membaca, kurang mengalami kekecewaan dalam pembelajaran dan lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti di bilik darjah. Oleh itu, pendekatan pembelajaran masteri sesuai dijalankan di kelas pemulihan yang mempunyai bilangan murid yang sedikit dan memudahkan murid menguasai sesuatu kemahiran yang dihasratkan sebelum ke aras yang tinggi.

12

2.3 Kajian Berkaitan Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan menerima dan mengakui apa sahaja yang dicurahkan oleh guru.Walau bagaimanapun adakalanya kefahaman yang diterima oleh murid tidak sama maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan kesilapan konsep dalam minda pelajar (Vinner, Hart&Wilson, 1994). Contoh yang jelas boleh dilihat dalam melakukan operasi tambah pecahan yang tidak sama penyebut. Rees & Barr (1984) memberi contoh: 1 4 + 1 2 = 2 6

Pelajar tersebut telah menambah pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut.Keadaan ini disebabkan oleh kebiasaan dan kefahaman yang telah diterima semasa menambah nombor bulat. Dengan menggunakan Pembelajaran Masteri, guru boleh membantu pelajar untuk membina kefahaman konsep yang sebenar melalui pelbagai strategi, pendekatan dan kaedah mengikut minat dan aras kebolehan murid. Contohnya, Pembelajaran Konteksual, Konstruktivisme, Pembelajaran Koperatif, Eksperimen, Simulasi dan lain-lain lagi. Pembelajaran Masteri ini dilaksanakan dalam empat langkah iaitu: i) Penentuan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar. ii) Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan. iii) Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan. iv) Pelaksanaan tindakan susulan yang berupa aktiviti pemulihan bagi pelajar yang belum menguasai hasil pembelajaran dan aktiviti pengukuhan serta pengayaan bagi pelajar. yang sudah menguasai hasil pembelajaran yang tertentu.

13

Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa Pembelajaran Koperatif adalah berkesan untuk Pembelajaran Masteri. Dalam Pembelajaran Koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas. Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif ialah (Spencer Kagan, 1990): a. Giliran Ahli Kumpulan Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara giliran. b. Pameran Kumpulan: i. Setiap kumpulan mempamerkan hasilnya . ii. Setiap pelajar melihat setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli kumpulan itu. c. Memadan Benda Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda. d. Kuiz: i. Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan . ii. Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan jawapan . iii. Seorang pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru . e. Kad Hafalan i. Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau maklumat penting untuk dihafal . ii. Guru menyoal . iii. Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu menjawab dan markah akan diberi . f. Semakan Pasangan: 14

i. Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan . ii. Dalam satu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah itu dengan bantuan pelajar yang lain. g. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat i. Pelajar dalam satu pasangan berfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh guru ii. Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas h. Peta Konsep Berpasukan Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas yang besar. i. Jawapan Giliran: i. Satu kumpulan diberi sebilangan soalan ii. Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan Kajian oleh Abdul Razak (1993) mendapati bahawa minat para pelajar terhadap matematik bergantung kepada cara pengajaran yang dijalankan oleh guru. Oleh itu, kejayaan pelaksanaan Pembelajaran Masteri di dalam kelas amat bergantung kepada kecekapan dan ketrampilan guru dalam merancang dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Masteri bukanlah sesuatu perkara yang baru kerana langkah demi langkah yang terlibat dalam Pengajaran Masteri sudah pun disarankan oleh KBSR dan KBSM. Adalah penting guru mempunyai kemahiran tertentu untuk menangani pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dan aras pembelajaran.

2.4 Ringkasan Setelah tinjauan dilakukan, didapati kaedah Pembelajaran Masteri yang akan dijalankan akan memberi satu dapatan yang baik. Berdasarkan banyak kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pangkaji lepas, terbukti ianya banyak mendatangkan banyak kebaikan

15

kepada pelajar. Oleh itu pemilihan kaedah ini adalah sesuai dengan latarbelakang pelajar yang tidak meminati matematik. Pembuktian ini menjadi lebih bermakna seandainya ia dapat menghasilkan suatu dapatan yang berkesan apabila dibuat perbandingan dengan suatu kumpulan responden yang lain, yang tidak menggunakan kaedah ini. BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Sekolah dan sampel dipilih dengan persetujuan dan kebenaran Guru Besar sekolah tersebut. Sebelum kajian dilaksanakan, lawatan dibuat ke sekolah untuk memilih kumpulan kawalan dan eksperimen. Kajian ini merupakan kajian mengenai keberkesanan kaedah Pengajaran Masteri bagi pelajar Tahun 6 berkaitan topik pecahan di salah sebuah sekolah di negeri Selangor. Merujuk kepada objektif yang hendak dicapai menerusi kajian ini, bab 3 akan menerangkan tentang lebih terperinci lagi mengenai rekabentuk kajian, responden kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisaan data. 3.2 Rekabentuk Penyelidikan Kaedah kajian digunakan untuk kajian ini ialah Pembelajaran Masteri. Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Pembelajaran ini diperkenalkan oleh Bloom pada tahun 60an dan berasaskan kepada suatu kepercayaan atau falsafah bahawa semua pelajar boleh menguasai perkara itu dan disediakan dengan pembelajaran berkualiti. Dalam proses pembelajaran Masteri, guru harus memastikan semua pelajar dapat menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan dalam satu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran yang lain. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

16

Kajian ini bercorak eksperimental. Ia melibatkan dua kelas Tahun 6 yang lebih kurang sama pencapaian dalam matematik. Salah satu daripada kelas ini diberi rawatan dan sebuah kelas lagi digunakan sebagai kawalan. Ujian-ujian pra dan pasca dilaksanakan untuk menentukan perbezaan dan keberkesanan penggunaan pengajaran masteri dalam pembelajaran bagi pelajar pemulihan. Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk Pembelajaran Masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk Pembelajaran Masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda. Berikut ialah beberapa kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melakukannya seperti syarahan, penerangan, penjelasan, huraian, demostrasi, bercerita, pembacaan, memberi nota. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah antara seperti soal jawab, latih tubi, bercerita, membuat latihan, perbincangan, demostrasi pelajar, kerja amali, projek, kuiz, pembelajaran koperatif, lakonan dan sebagainya.

3.3 Populasi dan Pensampelan Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar pelajar Tahun 6 di sebuah sekolah rendah di Perak. Semua pelajar yang dipilih adalah pelajar yang sedang diajar oleh guru pembimbing dan guru memilih mereka sebagai sampel. Pelajar terdiri daripada pelajar perempuan dan pelajar lelaki. 17

Pelajar Tahun 6 dipilih kerana mereka terlibat dengan peperiksaan umum. Sampel terdiri daripada pelajar lemah yang telah dikenalpasti dari keputusan peperiksaan Akhir Tahun (Tahun 5). Tajuk dan kandungan matematik Tahun 6 adalah menguji kepada pengetahuan matematik asas sahaja. Semasa kajian, guru akan meneruskan tajuk pecahan yang perlu diajar mengikut silibus matematik Tahun 6.

3.4 Instrumen Penyelidikan Di dalam menjayakan kajian ini, penggunaan instrumen yang bersesuaian akan membantu keberkesanan dan dapatan yang lebih berguna kepada pengkaji. Terdapat beberapa instrumen yang dipilih oleh guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Pengajaran Masteri. dalam menjalankan kajian ini ialah: a) Di awal kajian, pengkaji akan membuat pemerhatian ke atas pelajar yang terlibat di dalam kajiannya. tentang tahap pencapaian pelajar. b) Ia bertujuan mendapat maklumat Pengkaji juga boleh mendapatkan Instrumen yang digunakan

maklumat daripada guru menerusi keputusan ujian sebelumnya. Instrumen yang seterusnya ialah pra-ujian, di mana ia akan diberikan kepada dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan keksperimen.Sebanyak 10 soalan berkaitan pecahan yang akan diberikan c) dan pelajar diminta menjawab dalam masa yang diberikan (Sila lihat lampiran 2 ) Instrumen yang terakhir ialah pasca-ujian. Soalan yang sama diberikan di dalam pra-ujian tetapi pasca-ujian hanya diberikan kepada kumpulan eksperimen sahaja bagi menguji keberkesanan kaedah pengajaran masteri yang digunakan oleh pengkaji bagi topik pecahan.(Sila lihat lampiran 3)

18

3.5 Prosedur Pengutipan Data Rawatan diberi pada waktu-waktu yang ditentukan kepada kumpulan eksperimen mengikut jadual diberikan oleh guru pembimbing. Setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam menyelesaikan masalah secara kumpulan kecil atau perseorangan.

3.6 Prosedur Penganalisaan Data Maklumat mengenai markah dan gred matematik setiap pelajar adalah untuk melihat peratus keupayaan awal pelajar. Maklumat ini juga akan digunakan untuk mencari hubungan antara keberkesanan Pembelajaran Masteri dengan prestasi pelajar. Data yang dikumpul dari soalan ujian pra dan ujian pasca akan dianalisis berdasarkan ujian t. Ujian t digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian pelajar penambahan pecahan yang tidak sama penyebutnya di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kebolehan pelajar pada peringkat awal dan akhir kajian selama 7 minggu akan dilihat berdasarkan skor markah yang diperolehi pelajar untuk setiap item soalan dan markah keseluruhan .

19

3.7 Ringkasan Kajian ini menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran Masteri bagi

menunjukkan keberkesanan dalam membantu pelajar pemulihan tidak ketinggalan dalam topik pembelajaran. Dalam kajian ini, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kedua-duanya menduduki uijian pra dan pasca dalam tempoh masa yang ditetapkan. Analisis data dibuat selepas kedua-dua ujian selesai dijalankan. Pelajar yang masih belum menguasai tahap masteri 80% diberikan pemulihan. pengayaan. Untuk menjayakan Pembelajaran Masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah. Sekiranya pengajaran dan pembelajaran masteri ini dirancang rapi dan dilaksanakan sepenuhnya oleh guru dan pelajar, ianya dapat membantu pelajar pemulihan meneruskan pembelajaran mereka. Sementara murid yang telah mencapai tahap yang diinginkan diberi

20

Bibliografi Assoc. Prof. Dr. Rohani Ahmad Tarmizi. (2008). SBEM3203 Remedial in Teaching and Learning Mathematics. Selangor : UNITEM. Sdn. Bhd. Prof.Dr.Ansary Ahmed,Prof.Dr.T.K.Mukherjee.(2004).SBEM3303 Methodology in Teaching Mathematics: UNITEM Sdn Bhd. Prof Madya Dr. Mansor Fadzil, Prof.Madya Dr.Abd Razak Habib, Open University Malaysia 2003, EDUH2025 Psikologi Pendidikan dan Kaunseling: UNITEM Sdn Bhd. Assoc. Prof. Dr. Saat Md Yasin,Assoc.Prof.Dr. Bakhtiar Mansor, Assoc. Prof. Dr. Abdul Rashid Johar, Assoc. Prof. Dr. Mohd Kidin Shahran, Prof Dr. Abdul Razak Habib, Assoc. Prof. Dr. Alias Mohd Yatim, Dr. David Lim Chong Lim & Dr. Nor Azizah Salleh.(2008).HBEF4106 School based Research.:UNITEM Sdn. Bhd. Atan Long.(1991).Pelbagai Kaedah Mengajar: Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur .

Ee Ah Meng . (1998). Pedagogi 11 Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabri Ahmad.(2007). Trend Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

21

Lee Chin Choy.(2002). Yeo Mui Kiow, Intregated Curriculum For secondary Schools Mathematics Form 1 : Pustaka Cipta Sdn Bhd.

Microsoft PowerPoint - Pembelajaran Masteri.ppt [Read-Only] [Online]http://219.94.96.174/sainsmath2002/pedagogi%20ubahsuai/Pembelajaran Masteri.pdf [2008,September 11]. Rencana-rencana [Online]http://www.teachersrock.net/masteri1.htm#Konsep%20 Pembelajaran%20 Masteri [2008,September 11]

Tengku Zawawi Tengku Zainal. ( 1998). Matematik KBSM: Harapan Dan Realiti. Jurnal Akademik Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit, 40-41. Tengku Zawawi Tengku Zainal. ( 1999). Kefahaman Konsep Dalam Matematik. Jurnal Akademik Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit, 25-26 Yong Ping Kiang, Wong Kam Cheu, Chew Lee Kian.(2005). Drive a @ PMR Mathematics Form 1: Sasbadi Sdn Bhd .

22

LAMPIRAN 2 : PRA-UJIAN Instruction: Answer all the questions. Write your answer in the space provided. 1. Calculate 3 + 2 = 5 7 2. 4 5 + 1 4 =

3.

+ 6 = 11

4.

Evaluate 1 + 1 + 1 3 6 12 =

5.

1 4

1 6

6.

Calculate the value of 1 3 + 3 4 =

7.

Calculate 2 + 3 + 5 1 = 10

8.

19 + 6 = 10

9.

5 6

1 = 5

10. Evaluate 1 + 3 1 4 + 1 = 6

23

LAMPIRAN 3 : PASCA UJIAN Instruction: Answer all the questions. Write your answer in the space provided. 1. Calculate 3 + 4 = 6 8 2. 8 + 10 5 5 =

3.

+ 6 = 15

4.

Evaluate 1 + 1 + 1 4 2 8 =

5.

Calculate 2 + 3 + 6 1 = 12

6.

Calculate the value of 1 3 + 3 4 =

7.

1 3

1 8

8.

19 + 6 = 10

9.

5 + 12

1 = 4

10. Evaluate 1 + 2 24 1 4 + 1 = 8

25

You might also like