You are on page 1of 1

Malaysia yang merupakan sebuah negara sedang membangun giat berusaha dalam melakukan kemajuan dari segala aspek

dan komponen pembangunan. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperbaiki, mengekalkan dan meningkatkan kemajuan negara seiring dengan perkembangan dunia pada masa kini dan tidak terkecuali dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan negara mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Menurut Noor Azreen Abd Aziz (20 0!, pendidikan berperanan dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri, berterampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan yang ingin dilahirkan ini juga berupaya untuk ber"ikir secara kreati" dan kritis, dan berkemahiran dalam menyelesaikan masalah. #erajaan Malaysia telah memikirkan usaha bagi memantapkan sistem pendidikan negara. $engan itu kerajaan telah merangka strategi pembaharuan terhadap struktur kurikulum pendidikan dan sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan. %okus utama dalam perlaksanaan sistem pendidikan kebangsaan adalah untuk meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar serta memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya menjadi lebih holistik. &ha"ar (20 !, mende"inisikan pentaksiran adalah proses mengukur, proses penilaian, proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objekti" pengajaran. 'usteru, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan di bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interprestasi keseluruhan meklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah menilai keberkesanan pembelajaran seterusnya membuat penambahbaikkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

You might also like