You are on page 1of 16

http://muhammadkartini.wordpress.

com/1-malaysia/

1 Malaysia
SATU MALAYSIA

Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan penari-penari cilik melaungkan slogan 1 Malaysia selepas majlis perasmian sambutan Minggu Perpaduan 2009 peringkat kebangsaan di IOI Mall Puchong.

Melihat bagaimanakah pembinaan negara bangsa dapat diselarikan dengan konsep Satu Malaysia.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Satu Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. Satu Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Satu Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Satu Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi,

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi bumi bertuah ini. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Satu Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai Satu Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Konsep Satu Malaysia

Gagasan Satu Malaysia, Rakyat didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Gagasan tersebut merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara. Satu Malaysia akan memastikan tiada golongan atau satu kaum yang terpinggir di negara ini tetapi pada masa yang sama tidak menolak dasar affirmatif. Yang penting kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha menggerakkan transformasi besar. Dasar affirmatif bagi membantu orang Melayu yang paling ramai miskin dan ketinggalan (berbanding dengan kaum lain), akan diteruskan. Sememangnya ada keperluan untuk meneruskan dasar affirmatif atas realiti sejarah dan kontrak sosial sambil kerajaan memperhebatkan pencapaian dalam meningkatan taraf hidup semua kaum.

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep Satu Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah: 1.Budayakecemerlangan 2. Ketabahan 3. Rendahhati 4. Penerimaan 5. Kesetiaan 6. Meritokrasi 7. Pendidikan 8. Integriti

Pembinaan Negara Bangsa selari dengan Konsep Satu Malaysia


Matlamat kerajaan untuk membina Negara Bangsa adalah selari dengan gagasan Satu Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat Satu Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Tidak ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang disediakan bagi menyerlahkan segala keupayaan dan potensi masing-masing.

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan. Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Kementerian Pelajaran akan terus menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi. Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep Satu

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsipprinsip utama Satu Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini. Justeru, dalam semangat Satu Malaysia, seluruh komuniti dan warga, wajar memelihara integriti negara. Masyarakat Malaysia harus mengatakan tidak kepada sebarang anasir ataupun penggugat keamanan dan kesejahteraan sosial rakyat. Caranya dengan tidak memberi dokongan dalam bentuk moral dan material kepada pihak yang terang-terangan mengamalkan budaya politik luar tabie demi kepentingan diri. Rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk menilai antara kaca dan permata. Mampu memilih dan mengiktiraf kerajaan yang

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

bekerja untuk rakyat dan kerajaan yang sering mempergunakan rakyat. Kematangan rakyat Malaysia dan kesedaran merekalah yang memungkinkan negara ini terus aman, kerana realitinya mereka memilih kerajaan yang mampu penuhi aspirasi zaman. Kebolehan dan daya intelektual komuniti Malaysia membolehkan negara ini terus kukuh pentadbirannya, makmur ekonomi dan sejahtera penghidupan komunitinya. Oleh itu adalah menjadi satu kewajipan kepada seluruh rakyat negara bangsa ini untuk bersama-sama mempertahankan kewibawaan wilayah dan kehormatan negara daripada terus diporak-perandakan oleh kalangan mereka yang sentiasa mengintai peluang. Sesungguhnya pembinaan negara bangsa perlu diselarikan dengan gagasan satu Malaysia agar matlamat perpaduan dapat dicapai.

Melihat bagaimanakah guru boleh memainkan peranan di sekolah bagi mencapai hasrat pembinaan negara bangsa dalam konteks Satu Malaysia.
Bagi negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia, usaha membina Negara Bangsa adalah sangat penting untuk memastikan rakyatnya hidup bersatu padu dalam aman dan damai. Dalam era globalisasi dan perkembangan ICT yang pesat, usaha ini menjadi penting kerana pengaliran secara

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada pelbagai negara. Ini boleh menjejaskan perpaduan negara. PIPP menggambarkan Bangsa Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik. Faktor pemangkin kepada usaha Membina Negara Bangsa ini adalah : a) b) c) d) e) Bahasa kebangsaan Intergrasi nasional Kewarganegaraan Patriotisme Demokrasi Matlamat dan dasar yang dihasratkan dalam teras Membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Dalam teras Membina Negara Bangsa Malaysia, empat fokus utama yang digariskan dalam PIPP adalah : i) ii) iii) Memperkasakan bahasa kebangsaan Memantapkan perpaduan Negara dan intergrasi nasional Memupuk kecintaan kepada seni, warisan dan budaya

Negara iv) Memupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari

Dalam sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut. Definisi dan konsep Pembinaan Negara Bangsa Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebihlebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:

membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. (Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, proses pembinaan negara bangsa tidak boleh dicapai dalam tempoh yang singkat dan peranan guru amat penting untuk memastikan kejayaannya. Kerajaan berharap golongan guru bekerja dengan lebih keras kerana mereka menjadi tonggak kejayaan konsep ini lantaran hubungan rapat dengan anakanak murid khususnya di peringkat awal. Peranan Guru Menjayakan Pembinaan Negara Bangsa Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai yang membangkitkan semangat satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia di kalangan

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

murid-muridnya bermula dari usia yang muda, seperti kata pepatah, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Masyarakat guru diberi amanah yang berat kerana mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri murid. Nilai kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan perlu disemai di kalangan anak bangsa. Guru juga perlu berfungsi mewujudkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh. Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu aktiviti pendidikan haruslah member keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat satu bangsa dan satu negara di kalangan pelajar. Guru dapat memainkan peranan dalam beberapa cara seperti dinyatakan bagi mencapai hasrat Pembinaan Negara Bangsa.

1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama oleh pelbagai kaum dalam perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Pelajar-pelajar perlu diberi kesedaran tentang kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia. Tanggungjawab guru untuk menyemai semangat cintakan Bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Malaysia,

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

menghormati dan berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia. Beberapa strategi pelaksanaan ke arah memperkasakan Bahasa Kebangsaan, memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menggalakkan minat membaca dan mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Antara program yang telah dijalankan seperti Bulan Bahasa dan Sastera, Bulan Membaca, kem penulisan, teater, kuiz dan sebagainya. Ini menunjukkan komitmen guru dalam memastikan semua pelajar dapat menguasai bahasa Malaysia. Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan Guru-guru dan pelajar pelbagai kaum bersama-sama menyertai aktiviti yang ditentukan seperti RIMUP. Selain menggalakkan sekolah-sekolah tiga jenis aliran berinteraksi dan menjalin kefahaman serta memupuk semangat bertolak ansur dan muhibah di antara mereka, murid-murid dari ketiga-tiga buah sekolah juga dapat berkumpul di bawah satu bumbung yang sama dan menjalankan pelbagai aktiviti bersama. Contohnya : merentas desa, perkhemahan, pertunjukan kebudayaan, sambutan hari kebangsaan, gotong-royong untuk keceriaan sekolah dan kawasan sekitar sekolah. Pertemuan dan bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dirancang akan menyemai perpaduan di antara pelajar. Kekerapan mereka bersama akan mengeratkan perhubungan antara ketiga-tiga kaum walaupun mereka bersekolah di sekolah berasingan.

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Walau di mana mereka berada, objektif peperiksaan adalah sama dan guru-guru akan mengajar sukatan yang sama untuk pelajar-pelajarnya. Meningkatkan Perpaduan Kaum Pada peringkat awal sekolah, jati diri murid boleh dipupuk melalui kurikulum, program ko-kurikulum dan sukan. Guru sebagai pendidik perlu memastikan diri bersedia untuk berusaha lebih inovatif, proaktif, mampu mencipta kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik untuk memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen perpaduan dapat diterapkan dalam aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan semangat patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Contohnya pertandingan bola sepak, bola jaring, hoki, bola baling, bercerita, nyanyian dan olahraga. Melalui aktiviti seperti ini, kerjasama antara kaum

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

dapat diterapkan dan perpaduan akan wujud dengan sendirinya. 1. 1. Penerapan Nilai Murni

Guru-guru perlu menerapkan nilai murni dalam semua matapelajaran yang diajar Penerapan nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik murid-murid agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Fungsi utama pendidik ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang penting adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak. Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnya semangat patriotisme, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum. Guru perlulah memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik agar objektif mata pelajaran ini tercapai untuk menjayakan pembinaan Negara Bangsa. Rumusan Pembinaan Negara Bangsa Malaysia yang beridentiti nasional memerlukan usaha yang gigih dan kerjasama padu daripada setiap golongan masyarakat dan kaum di Malaysia. Melalui

http://muhammadkartini.wordpress.com/1-malaysia/

pendidikan diharapkan segala usaha menyemai semangat perpaduan, cinta dan setia kepada negara dapat diperkembangkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Pembinaan Negara Bangsa dapat memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi. Guru diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pembinaan negara bangsa kerana perpaduan perlu dipupuk sejak dibangku sekolah lagi agar ianya menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia. Kesemua strategi pelaksanaan dan pelan tindakan dalam teras Membina Negara Bangsa ini telah dirancang dengan mengambil semua pertimbangan yang sewajarnya, supaya Negara Bangsa Malaysia dengan acuan sendiri dapat dihasilkan. Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru mempunyai peranan utama untuk membentuk anak-anak bangsa Malaysia seperti yang dihasratkan dalam matlamat pembinaan Negara Bangsa.

Leave a Reply

You might also like