You are on page 1of 15

http://helenang.wordpress.

com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

Lahad Datu: Dr M di Sabah / pekhidmat sukarela (kemaskini)


Mac 17, 2013 at 7:50 pm 12 comments

Blog AKKJ: Tun M Tiba Di Lahad Datu Jumpa Anggota Keselamatan (mutakhir) *** *** *** Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah syarahan perdana yang disampaikannya di Universiti Malaysia Sabah malam tadi telah menyarankan agar setiap warga perlu ada perasaan cinta negara. Katanya: Jika rakyat tidak mempunyai semangat patriotik dan setia pada negara, negara tidak akan selamat dan akan hilang kedaulatannya. Bersangkutan ini, peranan dan pengorbanan polis dan tentera bagi menjamin keadaan yang selamat adalah amat disanjung tinggi, Dr M dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian. Mengikutnya laporan berita itu, mantan perdana menteri berkata orang Malaysia yang menganggotai pasukan keselamatan negara ataupun lain-lain badan berpakaian seragam bukan sahaja perlu patriotik tetapi harus juga menguasai ilmu pengetahuan. Kemajuan dan kehidupan yang selesa bukannya datang dengan mudah tetapi hanya akan dikecapi jikalau keamanan negara boleh terus terjamin, tambahnya lagi. *** *** ***

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

Yang saya tengok, kaum Malaysian First lah yang paling kuat semangat cinta negara di kalangan kita semua. Saya rasa Bangsa Malaysia ini yang begitu tinggi tahap patriotisme mereka wajar menyertai badan-badan keselamatan negara sebagai ahli sukarelawan. Misalan, warga Malaysia macam Stephen Ng dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya memang sesuai dikerah tenaga untuk menyumbang bakti di Lahad Datu dan tempat-tempat lain di mana keselamatan negara terancam. Saya terbaca sepucuk surat kepada pengarang yang ditulis oleh Stephen Ng yang disiarkan kelmarin di FMT. Disalin-tampal beberapa perenggan surat nukilan Stephen Ng (di bawah): *** *** *** By Stephen Ng [...] Under the Pakatan manifesto, every Malaysian should be treated as a fellow Malaysian whether Indian, Malay or Chinese. I wish to quote Nurul Izzah Anwar, who on one of the interviews with Patrick Teoh (produced by MediaRakyat): After 50 over years of Independence, why are we still talking about Race Politics? Why are we still talking about Chinese, Malays and Indians? These words brought tears to my eyes, not because I had heard it for the first time, but the fact it came from a young Malay lady, I saw hope for my five-year-old son and two year daughter in this country. Hannah Yeoh, in another recent interview with TVKini, also said the same thing that we have to do away with race politics. This is the most damaging to national unity. Because Umno in fact, Dr Mahathir was

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

the main culprit has been playing racial politics all these years, it does not mean that we should continue to think in terms of race. *** *** *** Itu yang Kadir Jasin silap tempoh hari. Beliau telah mencadangkan perhaps there is wisdom in getting more Chinese and Indians to join the armed forces so that they too can die for one Malaysia.

Pasca-2008 orang Malaysia sudah masuk zaman buta warna kulit, dan sepertimana yang disyorkan oleh Stephen Ng, kita sebenarnya harus mampu melangkau batasan ras. Kerangka pemikiran kita yang selama ini dikongkong oleh kepompong Mahathirisme, mengikut kata Stephen Ng, haruslah menjadi lebih terbuka untuk menerima jiran-jiran bangsa lain ibarat saudara sedarah.

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

Sampai menitis airmata Stephen tatkala memikirkan betapa cantiknya kasih sayang sejagat yang terjalin di antara saudara sedarah Bangsa Malaysia. Tiada sebab untuk patriot-patriot Malaysian First tidak menjadi Sukarelawan Pertama yang bersiap siaga mempertahankan ibu pertiwi.
About these ads

Share this:

Email Facebook4 Twitter4 Google +1

Like this:
Entry filed under: Anak Malaysia. Tags: Kadir jasin, Mahathir Mohamad, Malaysian First,Stephen Ng.
Wong Chun Wai, I buy you a mirror nehWill Star reporters vote BN or Pakatan?

12 Komen Add your own

1.

sharifah | Mac 17, 2013 at 8:43 pm

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

Seratus peratus setuju! Satu cabaran untuk kaum jerusubang . jangan lah menggunakan jari & mulut sahaja untuk konon-konon melaungkan semangat patriotik Malaysian Malaysia pergilah sama-sama berjuang di Lahad Datu! Kalau kita tak nampak apa-apa berita dalam tabloid The Snip aka The Star tentang lawatan Hanah Banana, Papa Dapster, Datuk Dapster atau lain2 jerusubang ke Lahad Datu, maka sahihlah bahawa kaum jerusubang ini cakap tak serupa bikin Shame on you! Balas

2.

alwieabdullah | Mac 17, 2013 at 8:54 pm

Helen, Stephen menangis kerana mendengar kata-kata hebat dari Hannah Yeoh dan Nurul Izzah? Katanya, These words brought tears to my eyes, not because I had heard it for the first time, but the fact it came from a young Malay lady, I saw hope for my five-year-old son and two year daughter in this country. Sebenarnya saya tergelak apabila membaca keratan yang anda paste bukan kerana kata-kata 2 wanita yang dikatakan hebat itu tetapi saya merasakan kata-kata berkenaan cuma cakap-cakap politik untuk memancing unditidak lebih dari itu nilainya. Sebab? Kita lihat saja apa yang berlaku di Singapura dengan konsep Singaporean Singaporenya.vapa jadi dengan rakyat yang bukan berbangsa Cina?

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

Seorang kawan (Cina Malaysia) beritahu kalau ada sesiapa yang tidak sebulu dengan pemerintah, mereka biasanya ditutup mulut dengan dipenjarakan lama sekali. Katanya Tun Mahathir lagi baik sebab penjarakan orang bawah ISA cuma beberapa tahun sahaja. Realitinya? Saya amat yakin, ras tetap menjadi keutamaan sesiapapun. Ras adalah nilai-nilai keturunan yang tidak boleh disangkal walaupun di mulut menafikan. Begitu juga dengan kronisme. Tidak ada siapapun akan kata tidak mahu mengutamakan ahli keluarga dan kawan-kawan.. Oleh itu, walau siapapun memegang kuasa, tidak dapat tidak keadaan mengutamakan Ras dan Kroni akan tetap berlaku kerana sebab yang mudah iaitu kita semua ialah manusia. Perbezaan antara kita ialah apabila diskriminasi kaum dan hubungan yang diamalkan samada ketara atau tidak dan di zaman siber ini, kita semua sentiasa diperhatikan oleh orang lain. Kesimpulannya, apa yang diucapkan oleh Nurul Izzah dan Hannah Yeoh hanya berjaya menitiskan airmata seorang yang bernama Stephen yang tentunya sebahagian dari kumpulan yang mendokong aspirasi DAPsters yang hanya lebih indah kabar dari rupa bagi mereka yang memahami kerana mereka berfikir.. rgds Balas
o

3.

anakjamil | Mac 17, 2013 at 9:14 pm

airmata saya mencurah-curah macam air paip di Selangor (sebab dapat subsidi free) membaca nukilan penuh kesedaran

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

dari saudara seMalaysia saya, Encik Stephen Ng (bukan nama sebenar!). airmata saya juga mencurah-curah seperti ketika saya memotong bawang membaca teks ucapan saudara SeMalaysia saya, Puan Nurul Izzah serta Puan Hannah Yeoh, yang percaya politik perkauman tidak sepatutnya wujud di zaman ini. Saranan saya yang serba daif serta naif, apakata dianjurkan pada parti-parti saudari semua agar meletakkan calon bukan melayu di kawasan majoriti melayu dan sebaliknya. Dengan cara ini, saya pasti kita dapat melihat betapa ramai saudarasaudara seMalaysia saya seperti Encik Stephen (bukan nama sebenar) membuta warna kan diri untuk melantik mereka yang berkeupayaan menjaga kawasan saudara-saudara sekelian. Saya juga ingin menyarankan kepada pentweeter-tweeter dari semua parti untuk mengguna bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Memandangkan saudara-saudara semua mahukan asimilasi dari integrasi kaum. Jika saudara-saudara seMalaysia saya, yang penuh cinta pada negara serta buta warna & bahasa ingin maklum asimilasi adalah untuk kaum minoriti mengikut adat budaya serta resam dan cara hidup kaum minoriti yajanganlan selepas ini dipersoalkan Hak Istimewa kaum, kebebasan itu & ini dan mempersoal perlembagaan negara kerana ini adalah pilihan saudarasaudara semua. airmata saya juga pantas mengalir bila membaca betapa patriotisnya segenap lapisan rakyat Malaysia, disarankan agar

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

serta merta memuat turun borang permohonan serta sederasnya menghantar permohonan untuk menjadi tentera atau polis. Tak kenal maka tak cinta, maka kenalah bermula dari bawah.. janganlah terus meminta jawatan Inspektor General atau sewaktu dengannya. Balas

4.

Akbar Nasihin | Mac 17, 2013 at 9:01 pm

Dr Khoo, who, among others is the Chairman and Chief Executive Officer of Malayan United Industries Berhad, is a born-again Christian. Dari the Star. Perlu ke dijelaskan yg dia ni nasrani kelahiran semula? Tujuannya apa? Balas
o

5.

Helen Ang | Mac 17, 2013 at 9:08 pm

Mungkin kelahiran semulanya menjadi punca keretakan perkahwinan serta sebab penceraian? Isterinya menuntut cerai atas alasan on grounds of unreasonable behaviour. Tingkahlaku ala Jerusubang itu boleh jadi dipandang si isterinya sebagai perangai luar batasn. Tak tahulah. Sekadar spekulasi sahaja. Balas

6.

Fakin' Fake Calvin | Mac 17, 2013 at 9:36 pm

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

Malaysian first? Or myself first? Seriously, them yuppies should really think & think hard before making these tear jerking statements. How many Chinese are in our security forces? How many joined territorial army or Rela? What about their very own neighborhood watch? I dont have the figures at hand but if Im a betting man, Id not think twice about betting my bottom ringgit that the percentage is not proportionate to their numbers in the country. Im pretty certain that Malays & Bumiputeras make up at least 80-90% of our uniformed personnel. In the comfort of your own home, with satellite TV, broadband services, air conditioners, a car or two, smartphones that cost upwards of a months pay for a police constable or army private, it is damn easy to make rhetorical remarks. Ask them to give that all up, see if that comes easy. Seeing how many trying to dodge 3 months of National Service tells you a lot about these cry baby Malaysians. They can bawl their eyes out to fill a river & cause a flood in downtown KL for all I care, but they sure as hell wont fool me with their crocodile tears. Balas
o

7.

Lim Tat | Mac 18, 2013 at 3:07 am

Sebenarnya ramai kaum Cina yang menganggotai RELA. Saya tidak pasti jumlah sebenar keanggotaan mereka tetapi saya boleh katakan ianya ramai. Saya mempunyai ramai rakan yang berbangsa Cina di sekitar Selangor yang menjadi anggota RELA walaupun sebahagian mereka bukan

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

penyokong kerajaan. Namun, saya percaya mungkin agak kurang penyertaan dari kaum bukan Melayu yang menyertai Askar Wataniah dan JPAM (saya merujuk kepada jumlah mereka di kawasan saya) berbanding RELA. Mentaliti dan persepsi rakyat Malaysia yang dikongkong oleh sindrom partisan seharusnya diubah dan tidak sepatutnya melabel badan sukarela sebagai anjing simpanan kepada kerajaan. Ini adalah kerana, kerajaan pemerintah tidak pernah sesekali meletakkan kewajipan kepada ahli-ahli badan sukarela supaya mengundi mereka di dalam PRU. Objektif penubuhan badan-badan sukarela di Malaysia adalah amat jelas untuk mewujudkan gelombang kesukarelaan dikalangan masyarakat bagi membantu negara samada dalam bidang keselamatan, pertahanan dan juga kecemasan mahupun bencana. Masalah di sini, pihak PR cuba mewujudkan sendiri badan sukarela mereka untuk tujuan politik dan parti serta memberi persepsi negatif kepada badan-badan sukarela yang telah sedia ada sekian lama sedangkan badan sukarela yang sedia ada yang diwujudkan oleh kerajaan adalah bersifat nasional dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja waima penyokong parti cap kaldai ataupun unta. Cuma disini yang menjadi persoalan saya, adakah penyertaan kaum bukan Melayu ke dalam badan sukarela ini sepenuhnya dipandu atas dasar patriotik atau sekadar platform untuk mempelajari kemahiran mengendalikan senjatapi atas tujuan sampingan. Dari segi pengamatan saya sebagai seorang

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

anggota RELA, saya melihat kurang penglibatan kaum bukan Melayu untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan RELA di kawasan saya. Mereka lebih berminat untuk terlibat di dalam aktiviti latihan senjatapi dan juga latihan operasi. Bukan bertujuan untuk buruk sangka, tetapi ianya menjadi persoalan saya mengapa mereka begitu selektif. Alasan yang diberikan oleh sebilangan mereka menyatakan komitmen terhadap kerja kerana kebanyakannya berniaga. Perengaan di bawah ini agak off-topic. Penyakit kebencian tahap kronik terhadap institusi pemerintah perlu dipulihkan. Pergilah kemana-mana jabatan kerajaan di bawah kerajaan persekutuan yang ada di seluruh Selangor misalnya, mereka masih menggantung bingkai gambar MB Selangor disisi gambar PM dan YDPA. Tidak pernah sesekali wujud larangan dari mana-mana ketua jabatan supaya tidak mempamerkan gambar pemimpin yang bukan datang dari parti bertentangan. Cakap memanglah senang. Cuba kita lihat berapa ramai kaum bukan Melayu yang secara sukarelanya sanggup menjadi pendidik kepada anak-anak Melayu di sekolah-sekolah luar bandar dan juga IPTA sedangkan warga pendidik yang berbangsa Melayu tidak pernah peduli mereka mengajar bangsa apa sekalipun asalkan anak murid mereka mempunyai masa depan. Sanggupkah mereka membuka pusat tusyen percuma kepada golongan kurang kemampuan demi mendidik warga Malaysia tanpa mengira bangsa secara sukarela?

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

Jikalau benar mereka bangsa Malaysia sejati, buktikanlahbukan dengan kata-kata sahaja. [ Saranan saya yang serba daif serta naif, apakata dianjurkan pada parti-parti saudari semua agar meletakkan calon bukan melayu di kawasan majoriti melayu dan sebaliknya ~ anakjamil ] Saya sangat bersetuju. Mereka perlu berani untuk membuktikan bahawa warna kulit bukan menjadi ukuran kepada pemilih. Adakah benar secara majoritinya keseluruhan warga Malaysia telah benar-benar bersedia untuk memilih tanpa melihat kepada warna kulit dan komposisi kaum. Balas

8.

Fakin' Fake Calvin | Mac 18, 2013 at 8:48 am

Saya setuju tentang persepsi yang kaum Cina kemungkinan besar menyertai Rela semata mata untuk mendapat peluang mengendalikan & memohon lesen senjata api. Saya selalu melihat golongan muda serta professional Cina dalam lingkungan umur 20an ke 40an di lapang sasar walaupun mereka tidak mempunyai permit untuk memiliki senjata api. Saya sering ditanya oleh golongan ini bagaimana saya dapat mendapat kelulusan untuk permit senjata api. Bila ditanya mengapa mereka inginkan senjata api, jawapan biasa mereka ialah Its cool to have one Balas

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

9.

Lim Tat | Mac 18, 2013 at 11:42 am

Sungguhpun saya berada dikedudukan generasi baru dalam pasukan sukarelawan ini, saya melihat motif penyertaan generasi masa kini berbeza dengan generasi terdahulu. Generasi terdahulu menyertai pasukan sukarela atas faktor rela hati untuk menjaga keselamatan bermula sejak zaman Home Guard lagi. Berbeza dengan generasi sekarang, mereka lebih mementingkan imbuhan elaun berbanding berkhidmat secara sukarela untuk berbakti. Soalan yang sering saya terima dari golongan belia untuk sebarang aktiviti kemasyarakatan ada elaun tak?. Berbalik kepada penyertaan di kalangan kaum bukan Melayu, secara kasar saya melihat mereka kurang berminat untuk menghadiri kursus-kursus yang dikendalikan oleh pusat latihan. Untuk makluman, kursus asas Rela hanya mengambil masa 7 hari berbanding masa terdahulu di mana ianya dikendalikan selama 10 hari. Kursus ini hanya perlu diambil sekali seumur hidup. Namun, sebilangan kaum bukan Melayu yang menyertai Rela kurang memberi komitmen untuk menghadiri kursus ini. Saya membuat kenyataan ini berasaskan fakta dan realiti. Mengapa begitu sukar untuk meluangkan masa selama seminggu sekali seumur hidup untuk menghadiri kursus ini sedangkan kerajaan sedia membantu mendapatkan perlepasan

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

dari majikan untuk membenarkan kakitangan mereka yang menyertai pasukan sukarela untuk menghadiri sebarang aktiviti sukarela. Saya mengingatkan generasi saya dan diri saya sendiri, wang boleh di cari, namun kedaulatan dan keselamatan negara tidak boleh di jual beli dan ditukar ganti. Golongan belia yang terpisah dari arus perdana yang didorong atas faktor fahaman politik amatlah merugikan buat negara. Kita tidak mahu golongan generasi masa depan hanya tahu berperang di alam siber. Kita tidak mengharapkan terjadinya peperangan, tetapi kesiapsiagaan amatlah perlu demi mempertahankan keselamatan negara. Ramai yang tidak sedar, penglibatan orang awam sebagai sukarelawan polis (PVR) dalam membantu PDRM bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan indeks jenayah, ianya juga mampu mengelakkan penjawat awam dari melakukan salahlaku rasuah. Ini kerana PDRM terpaksa bertugas bersama orang awam yang juga menjadi mata dan telinga kepada SPRM. Balas

10.

bisu | Mac 17, 2013 at 9:52 pm

Hehehe!! The ball is in stephens court now. Lets seeberani ke dia isi borang jadi askar wataniah tu..? Balas

http://helenang.wordpress.com/2013/03/17/lahad-datu-dr-m-di-sabah-pekhidmat-sukarela/

11.

mat yo | Mac 17, 2013 at 9:54 pm

it is very easy la, siapa yang selalu sangat kata orang lain rasuah, dialah yang banyak rasuah. siapa yg selalu kata orang bodoh, dialah yg sebenarnya rasa dia bodoh. sesiapa yg kata org lain rasis, dialah lah sebenarnya MAHA rasis. it is psychology 101>one finger pointing to others, 4 fingers pointing to that person. Balas
o

12.

random comment | Mac 18, 2013 at 10:05 am

Kau memang pandai he he he Balas

You might also like