You are on page 1of 2

Nama: Ahmad Farhan bin Ramli No. k/p: 811002-02-5017 No.

Giliran: 4242407370 Sekolah: SMK Bum Bum, Semporna. Soalan 2 Pendekatan-pendekatan berikut boleh meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Huraikan 3 daripada pendekatan dibawah: a) Latihan kepimpinan. b) Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan. c) Perubahan sikap dan nilai. d) Pengalaman dan pusingan kerja. Jawapan Keberkesanan kepimpinan boleh dicapai dengan menggunakan beberapa pendekatan iaitu: a) Latihan kepimpinan Setiap individu yang baru menganggotai sesebuah jabatan perlu diberi kursus orientasi supaya mereka memahami akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Selain daripada kursus orientasi, latihan kerohanian juga perlu diberi penekanan dan diadakan dari masa ke semasa. Ketua-ketua jabatan hendaklah menugaskan pegawai-pegawainya untuk mengikuti latihan kepimpinan supaya semua pegawai-pegawainya mengetahui tentang konsep kepimpinan dan perkhidmatan awam, dan memiliki kemahiran utama yang diperlukan oleh Penjawat Awam yang efektif, antaranya: i. pemimpin haruslah berwawasan dan jelas dengan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasinya. Pemimpin juga haruslah berkeupayaan untuk menerajui kepimpinannya dengan berkesan. Oleh itu, pemimpin mestilah

mempunyai kecekapan dalam merancang dan merangka strategi, mengemudi dan mengarah proses pentadbiran. ii. pemimpin harus memiliki kemahiran diplomasi dan daya penarik yang boleh meraih sokongan dan menggalakan penglibatan komuniti setempat dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan awam. iii. Pemimpin atau pegawai haruslah mempunyai sifat terpuji dan mempamerkan teladan yang baik. b) Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan. Ketua jabatan hendaklah menekankan kepada kakitangannya mengenai kepentingan nilai-nilai murni dalam kepimpinan. Ini bertujuan untuk menjaga hubungan yang baik dalam organisasi, antaranya ialah tidak memilih kasih ketika memberi perkhidmatan yang mana tidak mendahulukan perkhidmatan kepada kenalan atau saudara yang datang terkemudian daripada mereka yang sudah lama menunggu. Penerapan nilai murni kepimpinan berkait rapat dengan budi bahasa individu, malah ia juga mencerminkan keperibadian individu terbabit, maka seseorang penjawat awam mestilah memaparkan nilai budi bahasa yang boleh dicontohi. Selain itu, beberapa nilai kepimpinan lain yang perlu diberi perhatian juga perlulah diamalkan dengan baik oleh penjawat awam. Antaranya ialah menepati masa, mengucapkan terima kasih selepas berurusan, senyum ketika berurusan dan menjaga kebersihan tempat kerja. c) Perubahan sikap dan nilai. Pemimpin yang dihormati mempunyai toleransi dan mampu berubah untuk kebaikan organisasi. Seseorang pemimpin haruslah mampu menerima teguran daripada kakitangannya. Selain itu, melalui kursus-kursus dan perbincangan, seseorang pemimpin itu haruslah mampu berubah dan menyesuaikan nilai dirinya agar dapat diterima dan dipersetujui oleh kakitangannya.

You might also like