You are on page 1of 2

TATA CARA PERMOHONAN KWAPM: Semua murid yang telah berdaftar dengan sistem eKASIH dan disahkan sebagai

Miskin dan Miskin Tegar, akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan. B agi yang b elum mend aftar, permohonan boleh dibuat melalui laman web:- http:www.ekasih.gov.my . Ibu bapa/ penjaga yang berpendapatan di bawah paras Garis kemiskinan (PGK) Nasional dan belum tersenarai dalam sistem eKASIH juga boleh membuat permohonan dengan mengisi borang yang boleh diperolehi di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
JAWATANKUASA KWAPM SK SHAH ALAM PENGERUSI Pn. Hjh. Maah bt. Hj. Rosdin NAIB PENGERUSI En. Abd. Rashid bin Md. Ihsan PENYELARAS Pn. Saniah bt. Ismail SETIAUSAHA Pn. Masrah bt. Yahya AHLI JAWATANKUASA Cik Nur Amirah bt. Mustapha En. Nazril bin Muhamad Yusop

SEKOLAH KEBANGSAAN SHAH ALAM JALAN DAWAI 16/2, SEKSYEN 16, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN Tel: 03 55191161 Fax: 03 55182468

VISI Sekolah Kebangsaan Shah Alam Cemerlang Menjelang 2012 MISI Sekolah Kebangsaan Shah Alam Untuk merealisasikan Visi, Kami Warga Sekolah Kebangsaan Shah Alam akan memastikan Misi berikut dilaksanakan dengan jayanya; *Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik melalui aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan *Berusaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan yang inovatif

PENGHARGAAN

Pentadbiran Sekolah AJK Unit HEM Guru-guru & Kakitangan Sekolah PIBG & Serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

AUTOGRAF ...... ...... ... ... .

*Berusaha meningkatkan kecemerlangan sahsiah murid melalui program bina insan yang efisyen dan efektif.
WAWASAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Shah Alam berazam untuk melahirkan murid yang berkembang secara harmonis serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani untuk memenuhi keperluan dan cabaran masa hadapan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

LATAR BELAKANG:
1. Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah seksyen 10 Akta tatacara Kewangan 1957. Satu Surat Ikatan Amanah telah diluluskan pada 10 April 2003 dengan tujuan member bantuan kepada murid/pelajar miskin untuk mendapat dan meneruskan pendidikan di sekolah, disamping meningkatkan kecemerlangan pencapaian pendidikan mereka. Penubuhan KWAPM adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang mula berkuatkuasa pada Januari 2003. 2. Mengikut tatacara sedia ada, semua borang permohonan bantuan KWAPM dikemukakan terus oleh sekolah kepada Bahagian Biasiswa tanpa melalui mana-mana pihak. Setelah diproses, cek bayaran akan dikeluarkan terus oleh Bahagian Biasiswa kepada sekolah yang mempunyai Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) manakala sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK, cek bayaran akan dikreditkan ke dalam Akaun Khas di JPN/PPG/PPB sebelum wang tunai dikeluarkan ke atas nama jawatan Guru Besar sekolah-sekolah berkenaan. 3. Berdasarkan perkembangan dan keperluan masa kini, beberapa perubahan keatas tatacara permohonan dan bayaran bantuan perlu dilakukan bagi memastikan sistem penyampaian bantuan kepada kumpulan sasaran menjadi lebih cekap dan berkesan. Perubahan tatacara ini akan memberi lebih fleksibiliti dan akauntibiliti kepada Pengetua / Guru Besar dalam menguruskan bantuan KWAPM.

KATEGORI MURID YANG LAYAK


Murid yang layak menerima bantuan KWAPM ditetapkan mengikut kategori seperti berikut: Kategori 1: Murid Miskin tahun 1 yang tercicir daripada sistem persekolahan di bawah Dasar Pendidikan Wajib 2003. Kategori 2 : Murid miskin tahun 2-6 yang pernah bersekolah tetapi tercicir pada tahun seterusnya / di tengahtengah persekolahan atau kanak-kanak yang berumur 812 tahun yang tidak pernah bersekolah langsung. Kategori 3: Murid miskin tahun 1-6 yang masih bersekolah (bukan tercicir) tapi memerlukan bantuan dan sekiranya tidak diberi bantuan akan menyebabkan tidak dapat meneruskan persekolahan. Ini termasuk murid tahun 6 yang akan memasuki Tingkatan 1 pada tahun berikutnya. Kategori 4: Murid miskin sekolah rendah / pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam kes-kes kecemasan seperti bencana alam, kebakaran dan lain-lain yang menyebabkan punca pencarian keluarga terjejas.

3. Murid/ pelajar miskin yang pendapatan keluarganya tidak dapat menampung keluarganya tidak dapat menampung keperluan pendidikan dan berada di bawah paras kemiskinan, dimana pendapatan keluarga tidak melebihi kadar yang ditetapkan seperti berikut: 4. Pendapatan keluarga :RM530.00 atau Perkapita RM106.00. 3. Pendapatan keluarga bermaksud pendapatan terkini ibu dan bapa/ penjaga murid miskin yang memohon bantuan, termasuk gaji pokok dan elaun-elaun tetap. 5. Perkiraan perkapita hanya akan diambil kira apabila pendapatan keluarga melebihiparas yang ditetapkan, iaitu dengan mengambilkira bilangan tanggungan. 6. Maksud tanggungan adalah ibu dan bapa pemohon (murid) serta anak-anak di bawah tanggungan, tidak termasuk yang bekerja, yang telah berkahwin dan anak-anak yang berumur 21 tahun ke atas. 7. Murid yang tidak mendapat bantuan persekolahan yang sama dari mana-mana pihak samada bantuan-bantuan lain.Ianya untuk memastikan tidak berlaku pertindihan pemberian bantuan. Ini termasuk murid istimewa atau murid orang asli yang tidak menerima bantuan yang sama.

KRITERIA KELAYAKAN
1. Murid / Pelajar miskin (warganegara Malaysia di semua sekolah rendah / menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. 2. Murid yang ketua isi rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH dan di ketegorikan sebagai miskin (M) dan miskin tegar (MT)

OBJEKTIF KWAPM
Memberi bantuan secara khusus kepada pelajar miskin dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh

You might also like